Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Benda ni dah lama. Selama ni aku pendam saja sebab ia terlalu pahit untuk dikenang. Tapi kali ni aku nak share. Laki aku ni anak sulung. Jadi dia ada adik adik bawah dia.
Masa awal awal kahwin, dia selalu sembang dengan aku pasal adik adik dia. Ada benda dia minta pandangan aku pasal masalah masalah adik dia.
Aku masa awal awal dulu, selalu simpan saja opinion aku, sebab aku rasa aku ni kakak ipar je.
Taknak lah beri pandangan lebih lebih. Tapi laki aku tak suka aku ada pandangan macam tu.
Dia kata, macam mana dia anggap adik beradik aku macam adik beradik dia, macam tu jugak dia nak aku anggap adik beradik dia tu macam adik beradik aku sendiri.
Kalau salah, tolong sama sama tegur katanya. Aku adalah kakak mereka. Begitu katanya.
Disebabkan kesungguhan laki aku, maka aku pun mulalah take part dalam perbincangan perbincangan dalam whatsapp group family dia. Bila ada orang tanya soalan, aku jawab.
Bila ada isu, aku sama sama bagi opinion untuk selesaikan. Bila ada benda tak kena, aku tegur.
Ada benda baik aku puji, ada benda kelakar, aku gelak. Ha gitulah. Kira macam mana aku berkomunikasi dengan family aku, macam tu lah aku berkomunikasi dengan family dia.
Dia ni family belah utara. Dan kebanyakan keluarga diorang ni semua kahwin dengan orang utara juga. Jadi, menantu dan ipar duai sepupu semua sebahasa dan sebudaya.
Aku ni saja orang central region. Jadi aku ni kira bukan “among them” lah. Dan aku pula ada pekerjaan yang mungkin langsung tak sama dengan kebanyakan mereka.
Jadi aku dianggap “lain”. Mungkin dengan jawatan aku ni, diorang ada persepsi aku ni level ‘boss’.
Tapi aku chill dan happy saja pada mulanya. Aku kesana kesini bercerita yang aku ada keluarga mentua yang baik.
Boleh terima aku seadanya. Aku sumpah rasa sayang pada adik adik dia, sama macam aku sayang adik beradik aku sendiri.
Setelah 10 tahun aku kahwin, Allah buka satu rahsia yang aku tak pernah sangka wujud.
Kebetulan aku belek belek gallery gambar dalam handphone laki aku, aku terjumpa gambar gambar screenshot conversation antara adik beradik laki aku dalam group secret yang tak ada aku dan laki aku dalam tu. Gambar tu adik dia screenshot bagi dekat dia.
Rupanya…
Selama ni, adik adik dia tak suka aku. Mak mentua pun tak suka aku. Aku dilabel pemalas, balik kampung tak banyak menolong (walhalnya aku sentiasa dekat dapur kot),
Adik adik dia tak puas hati kalau aku balik kampung. Mak dia konon kena layan aku macam raja (dan mula lah nak konon relate dengan status jawatan aku).
Walhal aku tak pernah terfikir langsung. Keluarga dia semua duduk dekat dekat dengan mak, semua duduk utara.
Setiap minggu balik rumah mak. Kami saja yang duduk di KL. Jadi kami dapat balik sebulan sekali je.
Jadi mak tu, bila jarang jumpa anak dia dan cucu, dia memang akan excited. Sediakan bilik siap siap sebelum kami sampai, tukar cadar baru,
Kami pula jenis suka bertolak jumaat malam lepas balik kerja, sampai utara subuh, jadi memang mak dah siap siapkan tempat tidur untuk kami. Aku tak pernah minta pun mak buat macam tu.
Aku selalu cakap, “eh tak pe mak, nanti saya ambil toto sendiri”. Mak cakap, “takpe.. ngantuk tu.. penat tu..gerak dari ofis kan tadi… pi tidoq dulu…”
Rupanya rupanya, benda ni jadi isu. Kata aku buat mak macam pusat servis. Sebab mak sambut kami balik macam tu.
Walhal aku rasa, setakat sediakan bilik tu, sesiapa nak datang rumah aku pun, memang aku siapkan bilik dan tukarkan cadar.
Kalau aku pergi rumah adik beradik aku pun macam tu. Aku rasa benda tu sangatlah normal. Tak sangka itu pun isu. Dah lah bukan aku yang minta dilayan sebegitu pun.
Adik adik dia mengumpat aku dalam whatsapp tu kata kalau adik dia datang rumah aku, semua kerja rumah adik dia kena buat. Kena basuh pinggan semua. Aku tak buat apa.
Lailahaillallah.
Aku ni balik kerja dah nak maghrib. Memang lepas makan, aku akan naik dulu. Mandi solat apa segala. Dah rehat, dah tenang, baru aku akan turun kemaskan dapur. Itu rutin aku.
Tapi bila adik dia ada, adik dia pergi bersihkan meja dan sinki tu semua. Aku tak suruh pun. Aku selalu cakap, biar saja pinggan tu, nanti aku basuh.
Tapi kalau dah adik dia nak basuh juga, takkan aku nak halang beria ia pulak. Tapi tak sangka lah benda tu dimanipulasi sampai aku pulak jadi pesalahnya.
Benda ni dia boleh cerita mak mentua aku dan buat alasan konon sebab tu dah taknak duduk rumah aku time dia kena pergi interview kat KL ni dulu.
Sanggup lagi dia duduk rumah sepupu kawan dia. So mak dia pun kata, ada abang kat KL pun tak boleh bantu adik juga. Sampai adik tu nak kena duduk rumah sepupu kawan. Ya Allah.
Macam macam lagi lah perkara yang aku dapat tahu daripada conversation whatsapp dia tu. Semua yang aku cakap dalam wassap group tu semua mereka salah ertikan.
Aku bergurau, kata aku perli. Aku bagi nasihat, kata aku salahkan diorang lah apa lah.
Pendek kata selama bertahun tahun aku dok take part dalam whatsapp family dia tu, semua tu mereka anggap salah. Apa yang aku cakap, semuanya diorang salah ertikan.
Bila mereka dah tanam persepsi terhadap aku, rupanya apa yang aku cakap semua salah.
Memang sedih hncur luluh hati aku. Adik beradik sepupu sepapat dia semua kata dia takut bini. Sebab kononnya sebab tu kami balik sebulan sekali je.
Maklumlah, aku kan “boss”. Walhal aku yang selalu carikan tarikh yang sesuai untuk laki aku ambil cuti ke apa supaya setiap bulan dapat kami balik juga kampung walau nuuuuuu jauh kat utara nuu. Hncurr hati aku.
Semua post aku dekat FB diorang stalk. Aku pergi mana semua semua diorang nak jadikan isu. Siap kata, pergi jalan boleh, balik kampung tak boleh. Lailahaillallah. Walhal aku pergi tempat tu balik hari je. Ingat nak balik KL-nuuuuuu utara tu boleh balik hari aje ke.
Bila aku dapat tahu pasal whatsapp tu, aku confront laki aku. Aku bayangkan dia nak back up aku, sebab dia sepatutnya lebih tahu apa yang berlaku dan dia lebih kenal siapa bini dia.
Sekalinya, laki aku kata, dia dah lama tersepit antara aku dan keluarga dia. Masa ni tanpa dia sedar dia terlafaz ‘talak kinayah’ dekat aku. Dia kata dia dah taknak jaga aku. Dia nak jaga mak dan keluarga dia sahaja.
Lailahaillallah.
Hncur hati aku.
Disebabkan persepsi keluarga dia macam ni terhadap aku, sanggup dia nak tinggal aku dan anak aku.
Aku tanya dia,
Apa salah aku sebenarnya.
Dia kata tak ada salah.
Tapi dia dah tak larat nak tersepit antara aku dan family dia. Dan dia mengaku memang family dia taksub dengan cara mereka. Dan susah nak terima cara orang lain yang tak biasa dengan mereka.
Family dia memang jenis mereka saja betul, mereka saja bagus. Rajin macam mereka saja bagus.
Tak serajin mereka terus jtuh level pemalas. Jadi memang semua benda yang aku buat, salah ke, tak salah ke, memang pada mereka, salah semuanya.
Lepas kejadian aku confront ni, laki aku outstation 3 hari. Jadi dalam tempoh 3 hari tu, aku cerita habis habis pada dia through WhatsApp betapa kecewa dan hampa nya aku dia boleh pilih nak tinggalkan aku dan anak semata mata nak puaskan hati adik beradik dan mak dia.
Walhal dia tahu betapa banyaknya pengorbanan aku untuk family dia, adik adik dia time diorang masih dekat U, dan semasa ayah dia sakiit dulu (now ayah dia dah meningg4l).
Semua pengorbanan ni aku tak nak cerita sini. Biarlah ia jadi kenangan kami sahaja. Adik beradik dia pun tak tahu.
Masa ni, aku cakap, aku redha dah kalau lepas dia balik dari outstation ni, dia nak keluar dari rumah ni. Aku dah redha. Kalau itu yang buat dia rasa hidup dia boleh gembira, go ahead. Aku taknak jadi punca dia derhaka dengan mak dan family dia.
Apabila suami balik dari outstation, the first thing dia buat bila masuk rumah, adalah meraung depan aku minta maaf, dan janji takkan tinggalkan aku sampai mti.
Dia minta maaf sebab terlalu ikutkan hati dan masa tu dia betul betul buntu bila adik beradik dia asyik cakap benda yang diorang tak suka pasal aku.
Dia jadi lupa apa pengorbanan yang aku dah buat selama ni untuk ayah, dan adik beradik dia. Dia pelvk aku sambil meraung sungguh sungguh.
Sekarang, dah bertahun dah peristiwa ni berlalu. Aku dah kembali hidup bersama laki aku macam biasa. Cuma, tipulah kalau aku kata aku pulih 100%, luuka tu walaupun boleh baik, tapi parutnya masih ada.
Untuk family dia, sampai sekarang aku tak pernah confront apa apa langsung sepatah pun dengan mereka pasal isu ni.
Aku tak tahu lah diorang tahu ke tak yang aku dah tahu pasal semua yang diorang cakap pasal aku. Tapi sejak dari hari itu, aku tak pernah muncul dah dalam whatsapp group family dia.
Aku langsung tak ambil tahu apa apa pasal family dia. Facebook semua aku block. Aku dah tak nak ambil tahu.
Bila berjumpa, aku buat macam biasa je. Tak adalah nak masam muka ke apa. Cuma kalau aku nak bercerita bergelak ketawa tu dah tak adalah. Tak ada. Tawar. Hati aku tawar. Dulu pun kita gelak gelak juga. Rupanya, belakang aku korang cari setiap inci kesalahan aku rupanya.
Jadi, kalau aku boleh putarkan masa, waktu suami aku kata, anggaplah adik beradik abang macam adik beradik sayang juga, aku nak cakap dekat diri aku sendiri, “usah dengar”.
Pada dia memang lah, memanglah dia nak kita dan adik beradik dia macam keluarga sendiri, tapi tak bermakna adik beradik dia pun sudi nak terima kita macam mana kita terima mereka.
Walau sehabis baik macam mana pun aku mencuba, aku tetap akan jadi orang asing di mata keluarga dia. You are a stranger, and that’s what you always be.
Alia. Saya suka Cara anda. Halus tp mmg berkesan. Klau berdiam lebih baik utk menjaga keharmonian… Diam kn saja, tak perlu bermasam muka. . Namun bak kata anda… Untuk bergelak ketawa seperti dulu mmg tidak mgkn. Senyum, bercakap bila perlu saja. Semoga anda sekeluarga bahagia Cara sendiri.
Anis. kite hanya menantu. selamenye kite akan jadi org luar. usah berusaha terlebih. jg hati sendiri. i feel u sis. dah 2 tahun. luuka tu masih ada. kemaafan tuk suami sentiasa ada. tp parut tu akan kekal. tuk family mertua, ku dah tutup hati. ckp la ape pun. aku pilih tuk jaga hati sendiri
Yaya. Sblm ni mak sy ada gak mengadu adik ipar xrajin basuh baju la,xbuat sarapan la..pastu sy ckp kat mak semua perangai adik ipar tu sama la dgn saya ni.bezanya saya kat umah sndiri,dia tinggal dgn mak.
jangan mula pandang salah org itu ini,nanti benda ni jd permulaan utk hilaang keharmonian dlm keluarga.saya nak adik sy bahagia,saya nak adik lelaki saya rasa seronok bawa isteri dtg umah kami,duduk rumah kami.
sy tanya,mak nak ke adik jauh hati ngn mak nanti sbb benda remeh mcm ni?adik ipar sy pun bekerja.kadang2 ada masa nak bermalas-malasan.isni-jumaat bangun pagi terkejar pi opis,bagi la masa sabtu tu dorg membungkam.
jgn harap kat menantu je,anak lelaki pun rajin2 la jugak suruh.dorg sama2 keje.penat pun sama.lgpun adik ipar sy xpenah suruh mak sy masak ke basuh kain ke..
dorg kalu malas order panda je.benda simple xyah jadi isu.jangan cite adik ipar itu ini,sedangkan anak mak ni pun sket lebih kurang.kalau mak xlarat basuh baju,xpayah la basuh.
dorg tau2 sendiri la nanti.sejak sy membebel camtu mak xde dah complain pape.bukan sbb takut ngn saya.tp mungkin dia da anggap menantu ni mcm anak dia sndiri.
sejak tu layanan mak kat adik ipar berubah,dorg selalu kuar bdua,beli baju sama2,sampai adik ipar saya kerap ajak mak sy blk kg belah dia..sofa,fridge,mcm2 dia belikan utk mak sy.
adik laki belikan cincin emas utk mak.anak laki xkan ingat nak beli kalau bukan bini dia yg suruh.skg mak sy lagi rapat dgn adik ipar dari dengan saya syukur sgt.