Mak mertua minta hntaran 15ribu, aku ingtkan anak dara. Tp yg dpt janda pmalas, pgotor mlut puaka

Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum Min. Sebelum saya mula bercerita saya harap min rahsiakan nama saya ya. Saya guna fb fake. Takut kantoi dengan wife mengadu kat krt. Bukan takut bini tapi itulah, kalau merajuk susah nak pujuk. Saya Abg K dari Alor Setar. Saya berusia 25 tahun. Usia perkahwinan saya baru setahun. Tapi disaat ini saya masih rasa terbeban dengan hutang.

Hutang hantaran dengan mertua saya. Saya berkahwin tahun lalu dengan isteri saya. Kenal di wechat. Tanpa tempoh perkenalan yang lama saya terus ambil keputusan nak bertunang.

Bukan kehendak saya untuk bertunang tapi atas permintaan mertua yang tidak mahu saya berkawan terlalu lama. Tak elok katanya. Saya bekerja sendiri. Tidak ada pendapatan tetap.

Mertua sedia maklum saya bekerja sendiri. Tapi dia hentam hantaran 15 ribu kat saya. Saya nak kata taknak pun tak boleh, nak kata nak pun serba tak kena. Untuk makluman, wife saya ada ijazah sedangkan saya hanya ada spm.

Gaji pun cukup2 makan. Kami belum dikurniakan anak. Saya yang taknak atas alasan nak tunggu stabil dulu & memang ya kami masih tak stabil. Hidup pun menumpang di rumah mertua.

Kadang2 saya terasa dengan mertua. Dia lebihkan menantu dia yang berpendidikan. Saya ni layan pun nak tak nak. Yelah saya ni spm je. Menantu sulung dia ada master. Mana nak pandang.

Saya terasa hati tapi diamkan je sebab taknak bergduh. Pernah sekali saya ada luahkan pada isteri kenapa mama dia letak hantaran tinggi malahan wife saya melenting dan marah.

Katanya tak boleh masuk campur. Dan dia seolah olah mengmuk kalau saya minta kurang, dia kata awak ingat saya ni anak ayam nak murah murah? Untuk makluman min juga, wife saya ni janda, anak tak ada.

Masalahnya yang buat saya rasa terkilan adalah saya kena harga anak dare tapi yang dapat adalah janda. Saya bukan nak persoalkan jodoh yg allah bagi untuk saya tapi mama dia tu tak fikir ke hentam saya sampai 15 ribu sedangkan saya ni simpanan pun takde waktu tu.

Susah min, kerja sendiri bulan2 dapatlah 1500. 500 tiap bulan saya bayar kt mertua, dah macam beli kereta. Dah setahun saya berkahwin tapi tak settle2 lagi. Belum fikir bab lain min. Sesak dada & kepala saya memikirkan.

Bila saya cuba meluah kepada isteri, isteri saya mengmuk & lansung taknak dengar luahan saya. Isteri saya seorang yang garang & panas b4ran. Saya juga b4ran tapi malaslah nak melawan.

Saya diamkan je. Saya bayar mahal mahal tapi isteri saya ni dah la malas masak, mengemas rumah pun taknak. Perintah dan kata kata saya lagilah dia taknak ikut. Saya meluah ni sekadar nak tanya pendapat warga krt.

Berbaloi ke dengan 15K yg saya bayar selama ni hanya untuk terasa hati & sedih yang saya dapat ni? Kadang2 tu ibu bapa saya pun dia tak hormat, cakap kasar dan cuma terperap dalam bilik.

Saya dah puas menegur dan menasihati dia tapi dia masih sama. Belum saya tegur bab pakaian lagi, dia freehair, tak bertudung. Saya kenal dia bertudung tapi selepas kawin lansung taknak pakai tudung. Saya takut jadi laki dayus min.

Saya nak guna kekerasan saya takut kena gari. Saya dah puas bersabar dengan isteri. Apa yang dia nak saya ikutkan, melayan. Tapi kehendak dan kemahuan saya dia takpernah hiraukan. Saya cuma nak dapatkan pendapat dari warga krt. Tq min.

KISAH KE 2. Aku stress min tengok isteri aku asyik makan je dah tak cantik gmuk lepas tu duit aku habis sbb dia asyik beli makanan. Aku marah tapi jawapan dia buat aku kecewa…

salam min. Hide profile min, terasa nak meluahkan dalam ni. Saya dah berkahwin lebih kurang 4 tahun lebih dah min ada anak sorang perempuan umur cukup 3 tahun bulan 1 ni. Masalah sekarang ni isteri saya min. Kami sama2 kerja.

Tiap2 bulan saya bagi duit kat dia 500 tak pnh miss. Campur gaji dia lagi. Brang2 dapur brang2 anak semua saya belikan min. Gaji saya tak lah besar mana tapi cukup2 pakai. Saya bukan nak berkira tapi istri saya tak pndai nak menyimpan lansung min.

Duit yang bagi bulan2 kat dia habis macam tu jek. kalau beli brang2 peribadi dia ke dengan brang2 anak ke saya tak kisah saya lagi seronok nmpk jugak benda walaupn duit habis. Tapi ni bukan beli brang apa2 pun. Duit habis pakai buat makan apa yang dia suka mkn.

untuk membesarkan lagi badan dia tu. Bila tegur sikit sentap tarik muka. Memang betul2 pelahp kuat makan. kadang2 rasa nak m4ki jek dia min. Dah la kuat makan kerja rumah malas nak buat. Baju saya pun saya basuh sendiri min. Masak pun kadang saya masak.

Kemas rumah. Kerja dia cuma nak mengunyah 24jam penuhkan perut dia bagi lagi besar dan layan drama. memang stress dengan cara hidup dia macam tu. Nasib baik ingtkan anak je min saya bertahan. Sebab saya membesar tak merasa kasih sayang seorang ayah jadi saya taknak anak saya lalui perkara yang sama.

Sebab tu saya masih lagi bertahan smpai sekarang. Saya ni jenis tak bnyk cakap dan bnyk bunyi. Mungkin sebab tu istri saya jadi naik kepala. Dulu sebelum kawen dia krus cantik min tapi lepas kawen dah ada anak dia jadi besar.

Bila saya kias berat badannya dia cakap lepas beranak memang badan akan naik sedangkan orang lain beranak juga tapi tak lah besar macam dia. macam mana tak besar kalau mulut nak mngunyah sejam sekali. Lepas tu buat kerja rumah bagi kluarkan peluh mlas.

dia besar tak kisah min tapi sikap malas dia tu buat jadi skit hati. Tolong hide profile saya ye min. Saya sayang kat istri dan anak saya min. Apa yang patut saya buat kat dia min.

Ini antara respon kelakar daripada netizen untuk kisah kedua.

Angela. Kalau ko nk isteri ko lawa..ko beli lah produk kecantikan atau kesihatan utk dia..tu kn slh satu cr halus mengur isteri..tp dh dia nk mkn nk buat cm mane..Dan satu..jgn menghina ciptaan Allah swt..nk kn isteri cantik keluarkan duit lebih..

jgn berkira n kedekut..mkin ko memuliakan isteri ko..mkin bertambah lah rezeki ko..sbb isteri ko bahagia..mana tau bila mkn dia rasa bahagia..

Itu Salah satu punca jgak..rezeki ko x pdai putus .bkn rezeki bab duit je..kesihatan pun rezeki..kalau duit bnyk tp diri x sihat..x guna jugak..fikir²kanlah,renung²kanlah..

Farah. Bila baca kisah ko ni… Den rasa mcm bersyukur sgt.. Laki den boros bab makan… Makan la apa pun.. Den plak jenis berjimat… Ko ni mmg jenis nak waktu cntik ja… ?

Ko ensem sgt ke.. Tah2 perut pun buncit… X reti bersyukur langsung.. Isteri tu dah beranak anak ko dah cukup bagus… Nak sgt isteri slim… Sedia duit rm18k …masuk belon… Confirm krus… Setakat rm500 lebih baik beli makanan untuk anak..

Iman. Sebaik2 lelaki seburuk2 lelaki sebenarnya d hati d org nak isteri yg manis d pandang… Bkn ja fizikal tapi attitude. Cuma lelaki yg baik ni dia redha…

Menerima seadanya. So wahai isteri.. Fahami lah naluri lelaki.. Keinginan natural mereka.. Lelaki suka melihat benda yg cantik..ini adalah fakta bukan auta. So Isteri2 berusaha lah lebih sikit untuk suami… Bonus juga tuk anda.

Nurul. Betul dah tu apa dia cakap. Dia mungkin risau juga berat badan wife naik mendadak tu boleh jadi punca macam2 penykit.

Dah dulu dia kawin masa wife dia cantik mestilah dia nak maintain kan cuma masalahnya wife dia yang tak nak. So cadangannya stop dulu bagi duit ratus2 tu ke tangan wife sebab dia bukan pandai manage pun. Duit tu boleh guna untuk belikan dia healthy foods etc.