Gambar sekadar hiasan. Assalam. Ramai yang cakap bernasihat tentang perkahwinan sekufu tapi aku adalah diantara orang yang merasakan ‘breaking the rules for good apa salahnya’ dan aku merasakan ketidakseronokkan dalam perjalanan hidup aku sekarang. Aku Anya (of course lah bukan nama sebenar, nama yang aku pilih jika kelak mempunyai anak perempuan.
Kembali ke topik asal, ini adalah confession kerana aku merasakan persaan kurang suka pada keluarga mertua aku. Aku berkahwin few years ago. Selepas sebulan berkenalan, mertua aku datang merisik.
Cepat sangat kan? Semua orang berpendapat kerjaya aku bagus, gaji ok (padahal banyak commitment), bijak dan sedang mengambil PhD, ada rumah dan kereta sendiri.
Sedangkan husband aku baru habis diploma, baru few months kerja, tiada asset. Macam something fishy lah kata kawan-kawan aku pun. Mesti korang dah bayangkan gap umur aku kan? Ye tak salah tekaan anda gap kami hampir 10 tahun.
Mak aku bersetuju sahaja memandangkan tunang tak jadi aku taknak proceed hubungan ke next level dan mak aku tak sanggup tengok aku jadi anak dara tua (actually aku pun tak tahu apa dalam hati dia). Mungkin ini alasan paling kukuh untuk 3 series berjodoh kot.
Dan dalam ramai-ramai kawan lelaki aku dia yang commit to go for the next level.
Few months later, lepas dah kahwin baru aku faham satu-persatu nasihat orang sekeliling termasuk pakar motivasi. Mertua aku awal-awal cakap yang aku kena ikut husband aku especially kalau balik kampung.
Rupanya dari first day aku kahwin mereka dah atur dan influence macam mana husband aku kena kawal aku.
Masa awal kahwin dulu rumah aku masih aku sewakan, tapi mereka paksa suami aku untuk move in rumah aku cepat-cepat padahal penyewa aku ada few months ahead. Nasiblah penyewa tu kawan aku so kami settle cara baik.
Lepas tu setiap minggu kami kena balik kampung. Hari khamis dan jumaat dah call untuk remind balik kampung. Call harian tu lain cerita. Maaf okay. Mak aku didik aku untuk jarang call family (jimat topup dan berdikari sikit katanya) so aku memang shocked terima deringan telefon hari-hari.
Baru kahwin takde fasa honeymoon ye. It’s all about them. Kena simpan duit sebab hari family mereka, duit setiap minggu balik kampung. Sampai aku rasa tertekan dan mengambil keputusan untuk menipu.
Aku cakap ada ada kerja sebab ada auditor nak check documentation lah ape lah. Padahal aku duduk datang office tengok Korea dari pagi sampai petang. Punyalah sebab taknak balik kampung.
Kalau diorang call phone aku, aku cepat-cepat silent or buat-buat skit perut.
Kadang-kadang mak aku berkecil hati sebab lebihkan keluarga sana sedangkan dia single mom dan a cancer survivor, tinggal seorang je so fahamlah kan mak sendiri kecil hati tapi taknak anak menantu terasa hati juga.
Kenapa aku taknak balik kampung?
Ok. First, kalau aku balik kampung rumah mertua aku tiada bilik so aku kena tidur diruang tamu atau bilik transit which is bilik orang lalu lalang untuk ke bilik kayangan (bilik kak ipar aku). Mak pak mertua aku ni ada 7 orang anak. Anak lelaki 5 dan 2 perempuan.
So malu lah nak tidur ramai-ramai kat luar tu. Dengan aku ni pkul 9 -10 malam dah tidur dan mereka stay lagi mer0kok depan tv. Kadang-kadang rasa nak tegur je, ramai budak-budak dekat situ kenapa masing-masing mer0kok tak ingat dunia.
Tapi pak mertua aku ni per0kok tegar. Jadi aku zip mulut dan memberontak dalam jiwa je. Dahlah tu setiap kali balik mak mertua aku kedekut tilam. Sampai hati dia bagi aku tidur toto nipis satu inci. Sob.
Aku dah biasa tidur atas katil, tilam spring yang baik untuk tulang belakang tu. Banyak nyamuk sebab tingkap diaorang punya kaca semua dah pecah jadi ada langsir je.
Bilik air usahlah cakap, malam-malam aku mesti ajak husband aku sebab banyak katak terbang dan bilik air tu berada diluar rumah. Sumpah takut.
Waktu aku pregnant hari tu sanggup aku tunggu husband aku balik tournament sepak takraw kampung dia untuk buang air jam 4 pagi. Kalau siang aku akan pergi ke petrol pam berdekatan sebab aku tak selesa.
Mulut mak mertua aku boleh tahan juga, asyik cakap aku ni dah tua lah, gem0k lah (aku 60 kg kot biras aku yang 80 kg tu tak pula dia cakap), dia suka nyorokkan makanan tak bagi aku makan, bagi aku makan bekas-bekas dia.
Kadang-kadang dia campak masuk dalam pinggan aku (paling aku geram dia suruh aku habiskan aiskrim batang yang dia dah jilat-jilat).
Second, aku tak suka pak mertua aku nak pel0k c1um. Aku tak selesa. Mungkin sebab aku tak ber’bapa’ so aku tak suka affection dari lelaki ke arah itu.
Kadang-kadang dia buat depan ahli keluarga so jadinya ramai akan question pak mertua aku kenapa c1um aku seorang, sedangkan ramai menantu lain lagi. Dia cakap aku special sebab ada baby.
Kalau takde baby pun sama je aku tengok. Mak mertua aku pun satu, dia suka r4b4 husband aku ni. Kadang-kadang pagi dia kejut husband aku sambal r4b4 *&^ dia. Pelik betul aku.
Dan setiap kali aku balik mesti diaorang akan sibuk nak masuk bilik transit tu. Nak kejut lah, nak tanya benda-benda mengarut lah.
Malu lah weyhh kalau aku tengah menyusu. Rasa aku nak menangis je dan dan tu. Kadang-kadang baby menangis kul 3 pagi nak susu tetiba dah ada kat hujung tilam. Come on lah takkan lah aku tak terbangun nak bagi susu kot.
Dan lepas tu kalau diaorang dah masuk bilik dia orang akan buka pintu luas-luas. Macam nak perhati apa aku buat dalam bilik. Pernah aku kunci dan mak mertua aku duk perli je.
Third, terasa dipergunakan. Setiap kali kami balik. Kereta aku akan jadi bahan ke sana ke sini. Nobody pun tanya. Terus ambil kunci dan drive termasuk lah anak buah yang tiada lesen lagi.
Aku dulu nak driving pun mak aku tak kasi. Dia cakap simpan saving 1K dulu, nanti kalau accident ke apa ke ada duit emergency. Kita bukan orang kaya. Kami yang hidup selesa pun boleh fikir.
Mak mertua aku suka ajak husband aku ke sana sini dan aku tak dibenarkan ikut. Aku tahu dia saja nak korek apa-apa lah tu.
Kadang-kadang kami kena hantar anak buah dia balik university yang memang jauh dan berptah balik.
Dan pak mertua aku boleh cakap, sebab aku isteri memangnya kena ikut tanggungjawab suamiku jaga anak buahnya dan bukan tanggungjawab suamiku terhadap keluargaku dan anak buahku.
Seriously? Adik beradik aku perempuan semua dan takkan anak buah aku tak boleh bergantung pada aku?
Disebabkan itu aku minta pindah kerja ke tempat yang jauh jaraknya dari rumah. Kira-kira 10 -12 jam perjalanan. Jadi kita orang berpindah ke tempat baru.
Pada mulanya mereka suruh husband aku jangan ikut. Tapi kuasa Allah swt company suami aku kena downsizing dan husband aku diberhentikan kerja jadi haruslah dia ikut aku kan. Rumah aku? Ye mereka suka campur hal urusan aku.
Disebabkan mereka beriya volunteer jadi agent nak sewakan rumah aku jadinya mereka sibuk tanya husband aku duit semua. Aku tahu mereka ikhlas nak tolong tapi tak tahu lah kenapa hati aku ni tak nak husnuzon.
Sebab depa asyik je cakap ‘rumah kau macam mana’ pada suamiku (itu rumah aku kot, aku beli 4 thn sebelum kahwin). Penyewa dah bayar ke belum. So husband aku cakap itu rumah Anya mestilah masuk bank dia.
Dan mereka minta aku bagi duit tu kepada husband aku, mereka cakap “Anya bagi jelah Khuzairi duit tu rumah kamu berdua juga”. Rumah tu sebulan gaji suami aku kot, aku sewakan rendah kerana mulut mereka yang tawar menawar dengan penyewa. Sobs.
Duit tu untuk loan bank, bukan dibelanjakan. Tanya pula berkali-kali setiap kali call. Kalau buat video call tak ke aku kena bagi muka fake? Pasal gaji aku pun mereka sibuk nak tanya, duit anak aku pun sibuk nak kira.
Peliknya aku masa kami nak kahwin mereka langsung tak hulur duit. Suami aku, aku dan mak aku yang keluarkan belanja.
Aku tahu mereka bukan senang tapi bila mereka jual tanah kepada pemaju dan jadi Orang Kaya Baru, mereka lupa janji nak tolong husband aku yang sungguh banyak komitmen sebab hutang-hutang yang mereka lambakkan kepada suami aku.
Berpindah tidak bermakna cerita ini tidak berakhir mudah. Kalau aku balik kampung, aku memang adil 3 hari kampung dia 3 hari kampung aku. T
api kalau mertua aku tahu kami ke rumah mak aku dulu mesti dia akan suruh singgah rumahnya walaupun jam 1 pagi ke 4 pagi ke. Mesti touchdown dulu sana.
Suami aku Alhamdulillah rasional dan menolak sebab akan rugi few hours dan sampai separuh hari ke kampungku jadi kiraan akan tidak adil.
Tapi mertua aku akan tukar trick untuk datang ke rumah mak aku dan spend the whole day kat rumah aku sampai mak aku rimas. Selalu sangat buat macam ni sampai mak aku rasa marah dan bengang.
Kadang-kadang ada juga dia suruh aku bercrai sebab dia rasa aku dipergunakan.
Aku? Bukan Tak pernah terfikir. Tapi cuba aku buang jauh-jauh. Bukan sebab anak. Bukan sebab takut jadi janda. Sebab hubungan aku ikhlas dengan suami aku.
Susah senang dia, sabarnya dia walaupun kadang-kadang hilang juga sabar (huhuhu), tapi tak tahu lah kan jika Allah bolak-balikkan hati aku.
Aku masih tiada simpanan, sebabnya asyik nak tolong suami. Nafkah suami aku bagi time pkp jelah sebab tak kena bayar hutang. Aku jenis tak berkira tapi sedih kadang-kadang lihat suami aku struggle dan parent dia minta aku tanggung anaknya.
Ni duit gaji ni aku nak saving untuk buat sambutan hari jadi anakku mungkin tak jadi kerana mereka dah start collect duit untuk ‘event’ makan malam mereka. Suami aku awal-awal dah warning tak perlu beli perabot dapur, tumbuk je cili kat lantai sebab kena simpan duit.
Kalau ada tips nak jadi keras atau tips mengelat balik kampung. Sila bagi komen. Amat-amat tertekan.
Oh yaa last sekali aku takut balik sebab mertua aku macam jalani ilmu sesat je. Dia orang kalau travel memang tak solat, fatwa apa pun aku tak tahu. Lepas tu kalau zikir, macam orang sesat juga terjerit-jerit, macam kat dalam tv tu. Takut aku. Mimpikan hidup tenang.
Apa reaksi warganet
SN Afiqah, Sis, salah satu punca awk tak rasa bahagia sbb mak kandung awak sendiri rasa kecil hati dengan awk..sebab tu redha allah tak smpai kepada awak…walaupun syurga awak di bwh tapak kaki suami, tp redha mak awk pun penting untuk urusan dan kebahgiaan awk di dunia dan juga akhirat
Mak awak pun suruh bercrai, so apa mkna nye?awak ada pelajaran, ada kerjaya, ada semua asset sebelum awk kahwin. Dan suami tak boleh tuntut harta sepencarian. Pulangkan suami awk ke pangkuan keluarga mereka. Fokus kerjaya awak, anak awak dan ibu awak yg cancer survivor. Ibu ada 1 je, suami boleh cari lain.
Kalau dia pergi tanpa sempat awk bahagiakan dia mcm mne? Tak menyesal ke. Anda lebih berharga dan berhak bahagia. Tak semesti nya tiada suami tak boleh bahagia.
Belajar berkata tidak dan jgn biarkan org lain ambil kesempatan…awak perlu menyimpan utk kelangsungan hidup. Kalau suatu hari nanti awak jatuh, believe me your family in law tak akan ambil port pun psal awak…sedangkan ank sendiri susah pun diaorg berkira, inikan menantu.
Peah, Nasihat aku, dont exposed everything about your financial situation. Jangan kongsi apa pun kedudukan kewangan anda dgn mertua atau ipar duai (kalau boleh termasuk suami juga) . Jenis ambil kesempatan mcm ni memang bah4ya, takut di ambil kesempatan dan awak kena tanggung banyak belanja utk keluarga mertua, kena ada simpanan utk diri sendiri dan anak juga.
Ini penting utk anda dan anak. Yg lain lain tu pandai pandailah awak mencipta alasan utk mengelak. Dari perkongsian awak mereka juga jenis yg suka kawal segala aktiviti dan suka paksa utk awak terlibat sama. Memang awak kena bijak mengatur rancangan dan alasan supaya mereka mengalah dan faham keadaan semasa. Tak perlu rasanya nak ikut kehendak mereka setiap masa. Kita pun ada kehidupan dan rancangan utk keluarga kecil kita.
Elina Wan, Pindah and bawa you , suami you and mak you jauh Dari semenanjung and rumah sewa tuh tolong tukar orang lain kalau boleh . And pågår harta benda you dengan Yasin 1-10. And get lawyer opinion regarding your property. . You Kena Bantu diri sendiri dulu and mak you then baru Bantu in-laws you kalau you mampu.
Ignore their needs of money, put your child and yourself and your mom first. And buat hibah awal awal. Sapa nak Jaga mak you kalau diorang selalu buat macam tuh ? Kalau Buntu jugak, I can hook you up with a good syariah council for legal opinion. Yang penting , opinion mak you betul. Lelaki mesti beri nafkah. Bukan perempuan.
Aslina Majid,Heran kan suruh balik tetiap minggu tapi takde bilik, tido depan, tido kat bilik transit. Pastu mak mentua raba anak sendiri, pak mentua dok pulun nak pel0k c1um menantu. Something wr0ng oii.
Camni la. Hang nak balik rumah mak hg, senyap2 sudah. Masa balik tu, suh laki hang, dgn hg skali silent phone. Tutup terus lagi bagus.
Pastu kalau boleh mintak hang dgn husband hang maklumkan pada company ka, staff2 dan boss2, mintak pengecualian waktu weekend. Weekend je off terus phone. Bincang hati ke hati dgn husband hang. Bagi dia sedar sikit situasi kritikal rumah dia.
Aku rasa ampa 2 orang okey je. Yang tak okey nya parents dia.Hang suruh la laki hang further study. Ambik degree mana ka yg kena pi kelas weekend. At least selamat la sat untuk beberapa tahun.
Fitri Naqea, Bahagian apeeennya hak laki dlm rumah kau, rumah tu beli sblm dia wujud, kalau aku dah pulangkan anak dia kat mak pak dia, laki kau tu takde mulut ke nak backup anak isteri??? Mulut kau tu pun elok jadi longkang sikit, asik ikut je, dahla takde simpanan, esok m4ti semua harta utk anak kau fmly laki tu bolot
Hidup jgn jd bdoh sgt ikut je apa org kata, selama jadi bujang boleh keras lepas kawin lemah pulak ye kak, lepas ni dorang mintak duit ke apa2 ko cakap je TAKDA, nak mintak kat anak mak ni, apesal sy pulak bg nafkah, jgn diperb0dohkan lagi sis.
Fye Zura, Bertegas. Say No. penat lelah usaha kau beli rumah. Rumah tu kau beli sebelum kahwin . Tiada istilah hak laki ko. Awal2 lagi mertua kau, dah nampak yg anak dia boleh hidup senang atas kesenangan harta kau ada, income kau sendiri. Tak semua hal kau , kena bagi tahu lelaki.
Your own saving, income, simpan sendiri. Buat hibah awal2. Tu namanya ambil kesempatan atas kesempitan. Kalau boleh jauhkan diri, better jauhkan. Jangan buang masa dgn family macam ni. No means No. Ko jgn nak lembut sangat, no means yes. Dengar nasihat mak sendiri. Benda yg datangkan keburukkan, jangan teruskan.
Moza Lynda, sbb tu Islam suruh yg sekufu.. break the rules? you break your heart. Aku taknak la nak nasihatkan kau untuk crai.. Tapi aku rasa dah tiba masanya kau say NO.. kau kena tahu apa tanggungjawab kau sebagai isteri. tolong laki? yes. tapi sampai bila? patutnya dia yg kena fikir macam mana nak hidup tanpa kau bantu dia.
Setakat kau topup2 mana kurang tu mungkin la.. asyik la family event. kau kena buat saving. itu hak kau. duit kau. tak de sapa boleh sentuh income kau termasuk laki ko. pasal duit sewa rumah tu. kau kena berkeras. kau tuan rumah kot. apsal orang lain nak control harta kau pula. nanti kau dah m4ti pun, diorang tak de hak pun dekat situ.
Sedangkan hidup pun dah menyibuk, ntah2 dah m4ti waris kau pun tak merasa harta yang kau tinggalkan. kau fikir la baik-baik. buat la apa je alasan yg kau boleh buat utk break the normality yg diorang buat dekat kau.
Nuraz Wan, Nmpknya, confessor kena bicara dr hati kehati dgn suami. Mulakn dulu, dgn bgmn kehidupn confessor pd awalnya, kemana pergi wang, dn susah payah belajar utk apa… Semua tu bukn dtg bergolek. Kmudian bndingkn dgn kehidupn lepas bersuami dn apa sebenarnya, harapan puan pd awalnya.
Bgmn seorng suami sepatutnya utamakn yg paling dekat, ank isteri, lepas tu baru ibuayah…ank² buah tu, ada mak bapak mereka, knp nk bebankn pd suami pula.. Elok jg klu suami beli kenderaan kecil milik dia sendiri, jd bolhlh dia angkut kluarga dia dgn kereta tu..
Sebenarnya, seorng lelaki yg baik, x semestinya bnyak duit, tp tahu agihkn duit ikut kepentingn dn keperluan… Dia jg, tdk mngikat diri dgn hutang, apa lg hutang utk org lain..
Sumber : Anya (Bukan nama sebenar) via IIUMC