Foto sekadar hiasan.Untuk beberapa tempoh aku bertahan, aku dapatkan jua jawapan. Akhirnya aku tahu. Aku yang bersalah. Mohon admin siarkan, kerana ini curhat terakhir dariku. Salah aku bila aku tegur pakaiannya. Katanya aku perlu terima siapa dia. Katanya luaran nampak sebegitu, tapi siapa tahu amalan diam2 yang dilakukannya. Mungkin lebih banyak dari aku.
Aku tahu zikir dan istighfar nya sampai puluhan ribu sehari, tahajud jarang sekali tinggal.
Akhirnya, aku juga yang bersalah. Salah menegur pakaiannya. Tidak banyak kupinta, cukuplah sopan, sedap mata memandang sepet mertua yang dambakan menantu yang berpakaian sopan dan sedap dipandang.
Salah aku bila aku minta dirinya menanggalkan hair extension untuk solat. Katanya solatku ini amalan aku dengan Allah.
Hanya Allah yang tahu amalan diterima atau tidak. Akhirnya, salah aku mengingatkannnya.
Salah aku bila aku tegur contengan mekap diwajahnya masih banyak tersisa selepas berwuduk walaupun dia ingin solat. Katanya, dia lupa untuk membawa pencuci makeup.
Bahkan aku ditanya semula, perlukn dia cuci makeup nya guna sabun pencuci tangan yang ada di tempat wuduk? Bagiku itu satu perlian.
Akhirnya salah ku, sebab katanya aku perli dirinya tidak mencuci muka dengan betul.
Salah aku menolak suruhannya, lantaran aku terkejar kejar untuk tunaikan solat. Mungkin aku tersikit tinggi suara baginya, padahal aku hanya ingin cepat.
Lagi berapa minit habis waktu solat. Padahal aku sudah ingatkan sebelumnya. Akhirnya, salah aku kerana tinggi suara menolak suruhannya.
Peristiwa ini berlaku seketika tadi. Tatkala ralit membeli belah, berkali aku ingatkan asar hampir ke maghrib.
Sehingga lagi 5 minit masuk waktu maghrib, mertuaku panggil untuk memilih barang. Tatkala aku dalam kereta, aku jawab ” nanti dulu, asar belom lagi”.
Baginya aku tinggi suara. Mungkin ya, mungkin tidak. Aku rasa bodoh, aku salah. Aku salah tinggi suara.
Aku tertanya, apakah dia tidak sedar waktu? Akhirnya suamiku dipersalahkan.
Katanya kenapa tidak dari awal mengingatkan nya. Bagiku soalan itu bodoh.
Aku bersamanya, tiap masa aku ingatkan, “jom ibu, kita tak asar lagi” dirinya masih ralit.
Dek kerana aku tinggi suara, habis emosi dirinya. Campak2 barang, hempas pintu kerata. Anaknya juga disalahkan. Akhirnya? Aku lah manusia paling bersalah.
Apa solusi anaknya? Anaknya berpihak pada ibunya. Minta aku memohon maaf kerana tinggi suara pada ibunya. Jika tiada waras aku ingin katakan, ” kenapa aku perlukn minta maaf?
Adakah ibumu mahu minta maaf dengan aku sedang dia mencuri masaku sampai habis waktu? ”
Tapi aku masih waras, sebab akhirnya sedar, walau apa yang berlaku, aku yang salah tidak mencari solusi awal.
Semuanya salah aku. Salah aku yang menegurnya, salah aku yang mengingatkan dirinya. Aku rasa aku tak berguna. Aku rasa Tuhan tak sayang aku.
Aku dah lakukan terbaik, tutur kataku cukup aku kawal. Kadang bukan aku hendak tinggi suara. Tapi itu hanya refleksi diri ketika diri kekalutan.
Terima kasih pada semua atas nasihat. Ada yang membangangkan aku, kata aku bodoh, kata aku tak bersyukur, kata aku tak layak tegur dan mengingati mertuaku.
Terima kasih semua. Kini aku sedar, manusia jangan ditegur jangan diingatkan, kelak dia juga dipersalahkan.
Pada suamiku, maaf. Aku tak kuat. Cukuplah aku dipersalahkan. Tidaklah aku melihat dirimu tersepit di tengah memilih aku atau ibuku. Pastinya aku yang mengundur diri, tiada lagi aku di bumi ini.
Kini aku sedar, bagaimana sebuah pencer4ian itu masih dalam kedamaian antara bekas suami isteri.
Kerana puncanya adalah keluarga terutama ibu yang terus guna kuasa “reda Allah terletak pada reda ibu walau tiada taat dirinya pada Tuhannya”.
Selamat tinggal, akulah Maisarah dari kisah “antara tegas dan taat”
KISAH KE 2 DI BAWAH. Saya dah lama makan hati dengan mak mertua saya, suami pula hanya menurut ibunya sahaja. Setiap minggu mak mertua akan suruh bawa dia shopping. Satu hari itu saya nak balik kampung rumah mak ayah saya boleh pulak mak mertua marah sebab dia nak pergi beli periuk dan minta saya….
Ini antara respon netizen untuk kisah pertama.
Fadi.Tanya jujur pada hati, betul ke awak rasa awak bersalah, atau sekadar menyindir mereka yg tak sependapat dgn awak bab teguran aurat/amalan ibu mertua?
Awak rela runtuhkan rumahtangga sendiri sebab ini?sebab dakwah kpd mertua gagal?berbaloi ke?
Daripada lewatkan waktu sebab tunggu mertua,kenapa tak beritau nak pegi solat sendiri?atau beri alasan nak ke tandas. bukan awak tak tegur tp dia tak nak ikut.perlu skit hati lagi?
Bukan nak memihak kat mil awak, tapi awak dah tegur sudah la,awak tetap tak boleh paksa dia.
Daripada tulisan kali ni,nampaknya awak mcm tak pedulikan nasihat ramai dlm komen sebelum ni.sebelum skit hati dgn mil,check juga hati awak.
Hazirah.Tegur 3 kali. Pastu dah lepas tanggungjawab. Cukupla. Hidup la bahagia dengan suami. Mertua tu bukannya ganggu rumah tangga awak pun. Awak sendiri yg fikir too much hingga menyebabkan rumah tangga bergolak.
Tak masuk neraka kalau kita tegur dia masih tak berubah. Bersangka baik la. Mungkin nanti dia akan berubah juga. Doa banyak2.
Jangan beratkan kepala sangat. Just enjoy your life. Dia nak pakai macamna, solat ka tak lantak pi dia la. Yang penting awak solat semua.
Shar.Terlampau ramai dah saya jumpa manusia macam ni..yang terasa diri adalah ahli syurga dan sewenang-wenang melabelkan orang lain ahli neraka
Saya tak rasa awak menulis di sini untuk meminta pendapat..jadi..saranan saya, di saat awak berdoa untuk perubahan mil ke arah kebaikan..
doakan juga agar Allah lindungi hati awak agar terhindar dari sifat takbur, riak dan s0mbong.
Raif. Ini menegur dan berdakwah kerana Allah ke kerana menyembah eg0 sendiri? Kalau betul berdakwah bukan camtu caranya. Kena lah sabar bukan minta perubahan waktu yg singkat.
Cara menulis pun dah tahu perasaan diri tu alim dan warak sgt. Kenapa perlu ditegur begitu? Sepatutnya tunjuk dgn perbuatan dan kelembutan, lama2 org pun boleh faham.
Ini rigid tak kena tempat. Mak mentua tu bukan anak awak, dia dah ada cara dia sendiri. Kalau ikhlas nak merubah, kurangkan eg0 betulkan niat. Btw, saya setuju dgn title confession ni, tepat sekali.
Syafiqah. Ni lah masalah dia bila rasa diri kita mulia, kononnya lagi helok dari orang.. jangan sok suci sangat diknon.. tegur sekali je sudah la, ni sampai nak cer4i bagai.. childish sangat.. kalau mertua kecik hati walaupun bukan salah kita, mintak maaf je la kenapa eg0 sangat.. nak tegur orang tua pun ada cara, jangan main sembur je
KISAH KE 2. Salam Admin.
Tolong hide profile saya. Tq
Saya tak faham dengan mak mentua saya ni. Hampir tiap minggu akan “kacau” kami laki bini.
Family mentua saya ni memang takde kereta nak kemana2. cuma ada motor saja. dan mengharapkan saya sorang je yang ada kereta.
rumah kami tak jauh, adalah dalam 15 minit nak sampai rumah mak mentua tu. tiap minggu waktu kami cuti mesti lah nak spend time masa bersama laki bini. ini tidak.
asal kami cuti je mesti akan mintak kami bawakkan dia pegi ke sana sini. beli barang dapur lah, macam2 tempat. Padahal depan rumah je jalan kaki dah sampai kedai2 barang basah.
barang2 yang dia beli selalu dekat supermarket tu pun ada je dekat kedai depan rumah tu. Tapi tak, dia pilih jugak nak pegi supermarket.
macam tak boleh nak tengok kami berdua rileks2 waktu cuti. SETIAP MINGGU YE.
kalau 2 minggu sekali, atau sebulan sekali saya boleh faham sebab dia takde kereta. Saya dah lama makan hati dengan mentua saya ni.
Tapi suami saya ni pulak jenis menurut je.. sampai ada sekali tu saya dah lama sangat tak balik kampung sebab pkp.
bila dah boleh rentas negeri, mak dia boleh cakap, “tak perlu balik la, bawak mak pegi beli barang dapur” serius saya sentap gile.
Yang saya pelik, bila nak keluar berjalan dengan adik beradik lain pandai pulak naik grab, public transport and boleh pulak tiba2 pakai kereta adik ipar sorang lagi tu.
Dan yang paling saya geram, adik dia tu kalau berjalan sampai hujung dunia pandai bawak diri. tapi nak pegi klinik buat check up suruh kami ambek dekat rumah.
padahal klinik tu 5 min je dari rumah dia Ape patut saya buat ye? Suami macam lebihkan family dia je selalu.
sampai sanggup suruh saya jangan balik jumpa family saya sebab nak melayankan mak dia yang nak ke sana sini tiap minggu tu.
Saya rasa macam dah penat dah nak melayan kerenah mak dia. Tiap minggu makan hati. selalu je bergduh dengan suami sebab benda ni. Tapi masih tak bukak mata. Tolong kawan2.
Ini antara respon netizen untuk kisah ke 2.
Ani. Keta ko kan. Setiap minggu ko angkut anak ko gi jejalan. Setiap minggu ko cakap ‘dinda ada plan. Dah minggu dinda nak pergi bersantai rehatkan minda. Kalau laki ko nak ikut, bawak. Kalau tak ko letak dia kat umah mak dia. Ko keluar makan nakan dgn member lagi best leh bergosip. Keta ko kak, tegas sikit.
Linda. Tiap minggu klo ade org kacau skt weh paler..boleh kemurungan..time hujung minggu tu la nak berehat..nak santai2 ngn family..
jarang2 ok kot..klo kerap..rsenye seme org kemurungan..nak2 bini..nak sediakan blaka..tlg la beradap n paham sikit yer jd org tuh…
Aida. Xbaiklah mil dia buat mcm tu.Kalo sy pun bengang.Pentingkan diri.Kita nk mintak tolong pun tgklah keadaan.Xkn setiap minggu asyik nk temankn mil jer.Ckp terus terang kat husband and mil.Minggu ni jer last hantar.Minggu dpn ckp nk balik kg. K3s ni mcm sengaja nk SABOTAJ
Riena. Suami puan kena main peranan.. Ksian puan… Saya faham sgt perasaan puan apa yg mampu puan buat, bertahan & sabar.. Xtahan puan kena luah dkt suami… Hbis suami xphm jgak puan kena meletup sekali sekala….saya doakan puan tabah hadap mentua mcmni…
Hani. Ko tak faham satu perasaan yg ko hanya akn faham bila ko tua . semoga anak menantu kita akn layan kita baik2 masa kita tua. Eh sempat ke tua wallahualam
Nurul. Tak boleh menang kan sebelah pihak, ye mak mentua sama traf dengan mak kita, tapi sekurangnya2 kita kena adil, kena ade masa untuk family sendiri, family mentua dan family belah keluarga kita,
if kalau xdapat adil dekat sini, berat sebelah, yang sana menderita yang sini bahagia, nasihat dan berbincang dengan suami, sebab kita berhak bersuara perkara macam ni,
kadang ade yang cakap benda ni perkara remeh temeh, tapi orang yang hadapi benda ni boleh jadi satu tekanan, lama2 perasaan hormat makin hilang, jiwa makin kosong,
Noraini. Aku just cakap “sy ada mak pak, awak pun ada mak pak. Kalau rasa tak boleh jadi adil, jgn paksa sy pun jd adil”. Kau takkan faham bila menang sebelah pihak je sedangkan rindu yang kau tanggung tak diendahkan.
Simple. Klu rasa tiap2 minggu nak isteri balik rumah belah suami, suami buat benda yang sama. Kalau tak boleh jangan paksa. Tiap org tak sama.
Ada yang boleh je turut positif ikhlas bagai. Tp drpd kau berkata2 dalam hati lebih baik bertegas dgn pendirian kau. Ayat “takpayah balik” tu boleh terima pakai bila kawin dgn sebatang kara je.
Zulaika. Aku rasa tt ni dah baik amat tiap minggu jd grab untuk mak mentua dia . Dia skit hati sbb mak mentua dia kata ckp xpyh balik kg je aku rasa … K3s gini dah bole ckp NO kot kat mak mentua tu .
Nk jumpe fmly sndiri dah la susah pastu dia kata gitu kalau aku pun aku meng4muk .. laki nye pun mcm bodo xadil siap suh bini balik sndiri sbb dia nk lyn mak Nye baik xpayah kawen kalau mcm tu ko layan je mak ko …
Ye mak mentua mmg kita anggap mcm mak sendiri tapi mak mentua belum tentu anggap kita mcm anak sendiri dan kita masih org luar ye sis
Evi. Bersyukur lah,kerana diantara semua adik beradik suami awak,hanya kepada suami awak lah dia rasa paling selesa,saya faham perasaan awak.
tapi kalau lah awak tau hadiah istimewa dari Allah untuk anak yang berbakti kepada orangtua ,in shaa Allah turn awak akan sampai mendapat anak yang sholeh solehah seperti suami awak aamiin