Aku mgsa rg0l kwn baik sendiri, slps berkahwin aku jd tkut dan jerit2 bila suami sentuh aku

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt pembaca semua. Terima kasih admin seandainya confession ini disiarkan. Nama aku Nur. Berasal dari belah utara. Berusia 25 tahun dan telah berkahwin pada bulan Oktober lepas. Sekarang agak panas tentang kisah mngsa r*gol dan c4bul. Disebabkan itu, aku salah seorang mngsa r*gol ingin berkongsi satu cerita yang telah lama aku pendamkan.

Ramai yang pertikaikan kenapa perempuan tu tak buat report polis lepas kena r*gol, suka sama sukalah tu, kenapa tak cek hspital, kenapa boleh bermalam, kenapa ikut laki tak kenal, kenapa mudah percaya lelaki baru kenal.

Netizen sekalian, seandainya anda tak pernah menjadi mngsa r*gol atau cabul, bersyukurlah dan tahniah. Ye, kisah ini tentang aku yang menjadi mngsa r*gol kawan baik lelaki sendiri.

Saat ni jari masih terketar nak taip. Tak ada siapa yang tahu rahsia terbesar ini kecuali suami yang sedang lena diulit mimpi di sebelah.

Pada usia aku 19 tahun, aku bekerja part time di sebuah kedai baju sementara nak sambung degree. Pada masa tu sumpah Lillahitaala aku tak pernah disentuh atau menyentuh lelaki yang bukan muhrim.

Bahkan aku takut pada lelaki sebab adik beradik aku semua perempuan dan kami diajar untuk jaga diri sebaiknya.

Entah macam mana masa kerja part time tu, ada kawan kawan lelaki yang mula menegur dan ingin berkawan.

Aku seorang yang agak gemok dan putih sebab ada campuran cina. Mereka cuba untuk merapatkan diri dan berkawan.

Pada awalnya aku jauhkan diri tapi lama lama rasa seronok sebab dikelilingi lelaki. Lurusnya aku masa tu sebab tak nampak dan tak pernah tahu niat lelaki.

Ada seorang staff di situ aku namakan dia Amir. Dia antara kawan lelaki yang paling rapat dan disenangi. Kemana sahaja dia akan teman dan pastikan aku rasa selamat.

Dia tak pernah sentuh aku sebab dia tahu aku sangat menjaga bab itu tapi entah macam mana satu hari dia cubit pipi aku waktu aku tengah fokus kira sale.

Katanya geram. Aku yang lurus awalnya marah dan terkejut tapi lama lama jadi seronok dicuit sana sini.

Sehinggalah suatu hari di bulan Ogos. Dia ajak aku keluar minum minum katanya.

Masabitu aku stay di asrama pekerja. Entah apa Allah nak uji, aku terlupa tengok waktu pkul berapa sebab terlalu eksited dan seronok.

Kononya macam hebat lah sebab ada budak lelaki ajak lepak sama. Aku pelik kenapa Mydin depan asrama aku dah tutup.

Jam berapa sekarang ni? Sedangkan di phone pon ada waktu tapi aku betul betul terlepas pandang.

Bila aku turun bawah, Amir dah ada tunggu dengan kereta Wira sport dia. Dan disisi dia ada seorang lelaki yang dia katakan sepupunya. Dia ajak aku naik kereta dia atas alasan nak pergi minum tempat lain.

Aku bodoh sebab terlalu percayakan dia yang menjaga aku. Ya aku naik kereta dia dan ikut dia. Mulut aku tak berhenti potpetpotpet sembang dengan dia.

Tapi aku perasan malam tu Amir lain. Dia lebih banyak diam dan agak kasar. Lepas lebih kurang 30 minit dalam kereta baru aku perasan lama betul perjalanan ni.

Aku tanya Amir berulang ulang kali nak kemana, aku nak balik esok kerja, hantar aku balik.

Tapi Amir senyum dan cakap Percayakan Amir, Amir akan jaga awak, Amir tak akan biarkan sesiapa apa apakan awak.

Dasar lelaki jahanam. Sampai di satu rumah kosong yang gelap dia suruh aku turun, katanya nak lepak sembang situ.

Kemudian sepupu dia bawak kereta ke tempat lain. Tinggal aku dengan Amir berdua.

Aku dah mula rasa tak sedap hati dan masa tu aku cuma panggil mama mama dalam hati. Aku berdoa Allah lindungi aku. Waktu itu pkul 2 pagi.

Amir mula berkelakuan tidak sopan dan pada malam hari lahir mama aku, buat pertama kalinya aku dir0gol oleh kawan baik sendiri.

Badan aku yang agak besar ni tak mampu melawan kudrat Amir yang krus. Hanya air mata keksalan dan ks4kitan yang meleleh saat tu.

Aku merayu pada Amir jangan, tolong jangan buat aku macam ni. Aku teresak esak. Dia tetap juga dengan tindakan dia yang dirasuk shaitan.

Katanya dia tak percaya aku masih dara dan dia nak rasa sendiri sebab kawan kawan yang lain mencabar.

Sampai saat aku menaip sekarang ni, aku masih menangis dan menyesali apa yang jadi.

Selepas Amir dapat apa yang dia inginkan, dia hantar aku balik seperti tiada apa yang berlaku.

Aku masih ingat ayat terakhir dia waktu aku terhincut hincut berjalan keluar dari kereta. Katanya kalau nak lagi cari saya tau. Sumpah aku berdend4m hingga ke saat ini.

Di usia 19 tahun. Aku hlang maruah yang aku jaga. Aku hlang kepercayaan pada lelaki. Aku hampir gila. Aku berhenti kerja tanpa sebarang notis. Aku tinggalkan asrama tanpa ambil gaji dan deposit.

Aku telefon mama kononnya aku nak balik sebab tak larat bekerja. Aku tersenyum di sebalik ks4kitan yang tuhan je tahu.

Aku block kawan kawan sekerja, aku deactivate Facebook sebab aku taknak mereka cari aku.

Sehinggalah beberapa bulan kemudian baru aku berani untuk unblock kawan kawan sekerja termasuk Amir. Laju whatsapp berderu masuk.

Aku ingatkan mereka dah putus asa mencari aku. Amir merayu memohon maaf dan katanya dia menyesal.

Dia minta aku reply dan call dia. Dia nak ajak aku kahwin, nak jumpa mama papa, nak bertanggunjawab. Aku biarkan setiap whatsapp dan call dia tanpa sebarang respon.

Setiap malam aku tidur terkejut dan meracau. Aku marah dalam tidur. Aku menangis dalam tidur.

Aku pendam sendiri s4kit yang rasakan. Sehingga hari ini mama papa bahkan sesiapa pon tidak tahu kisah silam aku ini. Hanya suami sahaja yang tahu.

Setiap hari selepas kejadian tu aku tulis surat, aku tulis diari, aku tulis WhatsApp panjang panjang, untuk aku lapor pada polis.

Tapi aku tak mampu. Aku tak ada kekuatan untuk tengok muka mama papa yang terluk4.

Aku tak ada kekuatan untuk meluahkan. Aku s4kit. Aku nangis sepanjang malam. Aku menangis waktu sujud bahkan waktu bacaan Al-fatihah dalam solat aku teresak esak.

Bukan sebab s4kit dir0gol tapi s4kit dikhianati kawan baik sendiri dan skit memendam tak mampu meluahkan pada sesiapa.

Sehingga saat ini, aku meratapi dan cuba melupakan. Pada awal pernikahan pon aku takut disentuh, aku rasa malu seandainya suami aku tahu isteri dia sudah ditebuk.

Tapi Alhamdulillah Allah hadirkan suami yang memahami dan sangat baik. Dia tak pernah tanya kisah silam aku, cuma dia hairan bila aku menolak sentuhan dia dan sering terkejut bila disentuh.

Aku beranikan diri berterus terang pada dia selepas kami solat, aku minta ampun dan ceritakan segalanya.

Dia tenang mendengar dan hanya tersenyum. Kemudian ada satu ayat yang dia sebut, benda yang lepas jadikan pengajaran,

Seandainya kita ada anak, didiklah mereka supaya tidak berlaku benda yang sama, supaya mereka tidak s4kit.

Saat tu aku menangis semahu mahunya. Terasa beban yang aku pendam hlang sebegitu sahaja.

Bukan aku tak nak report polis. Bukan aku tak nak cek hspital. Tapi aku tak kuat untuk buat semua tu.

Aku bodoh dan aku tak tahu jalan. Aku malu dan aku tak nak keluarga aku terpalit malu.

Biarlah aku pendam sejarah ni sampai ke liang lahad. Amir ada cari aku baru baru ni di Facebook, dia merayu maafkan dia.

Dia dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan. Dia tak berhenti mencari jalan untuk hubungi aku dan meminta aku memaafkan dia atas alasan takut anak anak perempuannya menanggung kifarah dari apa yang dia lakukan pada aku.

Kepada semua netizen, jangan mudah mengadili sesuatu cerita tanpa mengetahui kisah sebenar.

Jangan mudah menilai seseorang tanpa berada ditempatnya. Jangan mudah percaya dengan manusia walaupun dia adalah drah daging anda. Jangan pernah lupa bahawa kifarah itu ada dan Allah tidak pernah tidur. Sekian…

Ini antara respon dari netizen.

Nor. Kalau org aniaya kita, zalim pd kita the best revenge is to be happy. Alhamdulilah suami bg kekuatan, bg kata2 semangat nasihatkan kita utk didik anak2 nnt. For org yg zalim n aniaya kita tu.. kita doakan aje..

jgn doakan yg buruk or kalau tk mampu doakan kebaikan, doa aja begini “Ya Allah aku serahkan kepadaMu apa sahaja takdir yg ingin engkau tetapkan pada si polan.

Namun aku mohon pd mu jdkan aku orang yg kuat dan hidup bahagia dgn rahmatmu.” Insyallah kita sama2 cr kekuatan dan kumpul pahala utk syurga kita.

Anis. Kadang tak faham dgn anak muda yg lelaki ni suka sangat bet macam ni. Adik pun ada cerita yg kat tmpt kerja dia ada budak² lelaki bet utk dptkan budak perempuan utk jadi gf.

Tu pun dah rasa teruk sgt, ni kan pulak sampai bet nak tgk org tu ada dara ke tak…Allahu…mudahnya lah hidup seseorg dijadikan taruhan.

Bukan benda kecik, maruah seorg perempuan tu. Masa buat langsung tak fikir apa yg perempuan tu akan tanggung & lalui sedangkan bagi org perempuan perkara mcm ni sampai akhir hayat mmg tak mungkin dilupakan.

Titik hitam yang tak mungkin terpadam. Bila dah ada anak, tau pulak takut membayangkan apa yg akan terjadi pada anak. Keep strong ya awak.

Moga Allah beri kekuatan pd awak & hubungan awak & suami bahagia hingga Jannah-Nya. Amin

Aida. ksian confessor. mujur lah tak sampai mengandung. kalau tak, mesti dia lagi depressed dan physically ment4lly hurt

alhamdulillah Allah hadirkan suami yg baik utk confessor. si per0gol amir setan tu biarlah dia merangkak kt akhirat nanti minta maaf. kifarah tu tetap ada. kau dah aniaya hidup org kau ingat kau selamat lah kt dunia ni.

Farid. Tak adil lah..mngsa trauma seumur hidup, tp yg dajal tu cuma nak minta maaf modal air liur.dh tu bukan minta maaf ikhlas, minta maaf sbb nak lindungi anak2 perempuan dia je..dasar chibai

Farhan. Rasa bersalah dan nak lepas diakhirat? Maka pergilah ke balai polis dan mintalah azab dunia untuk lepas dari akhirat.

Dipadang masyar hang tuntut segala amalan si amir tu seumur hidupnya untuk bekalan akhirat hang, jangan risau komen netizen paksa hang maafkan secara free tu.

Di padang masyhar tu nanti kira hang tak sibuk dah dengan mamat tu, maka maafkan dengan bersyarat agar si Amir sentiasa menjadi golongan yang rugi.

Rajihah. Big hug to you sis. Awak sgt kuat.. Klau sy kat tempat awk, sya rsa sy x kuat nk truskn hdup.. Allah dah berfirman, Dia takkan uji hamba Nya melebihi kemampuan hamba Nya.. Stay strong sis.. Alhamdulillah u get the good husband..

Syah. yg victim blaming, semoge kau pon jadik mangse r0gol. simpati empati langsung takde. balik2 salahkan mangse nape keluar malam2, nape tak melawan, nape tak tu, nape tak ni.

banyak cekadak kau. cube kau plak jadik mangse r0gol. nk tgk kau mampu bfikir ke tidak. nk tgk kau trauma ke suke. ment4liti mcm ni tlg la ubah.

r0gol tetap jenayah. even pelacur kalau taknak buat s3ks dan di paksa, tetap dikire r0gol. semoge tt kuat dan semoge laki jahanam tu dpt kifarahnye

Jefri.Kasihan sungguh bila baca ksahnya, terutama bila dia kata asyik panggil mama dalam hati. Keadaanya semacam anak ayam dah masuk genggaman serigala. Helpless, hopeless.

Sbg otai usia, kita akan banyak teringat kpd org tersayang bila baca k3s begini. Anak2 mentah yg masih jauh perjalanan hidupnya, begitu banyak jerangkap tengah jalan hidopnya…

Yg dah berlaku tak boleh di undur lagi dah. Kepada yg baru meningkat usia tu ambiklah iktibar dari ksah ni.

Kalian (gadis) tu ibarat daging yg berada di depan harimau. Jauhilah harimau, tu saja caranya.

Islam dah bagi SOP hubungan antara bujan mahram, ikutlah… Apa guna suruh lelaki tundukan pandangan dan sebagainya sebab fitrah org muda ni dia takan endah kan agama apalagi pesan2 org tuanya. Ada peluang dia sapu, tak ada peluang dia akan create sampai ada.

Tolonglah berhenti berharap lelaki asing (bukan drah daging) akan menjaga kehormatan anda. Tu cuma cerita dongeng.

Kalau cakap Nabi pun kalian tak mau dengar, senang lah buaya nak buat job. Pelanduk lupakan jerat, tapi jerat tak penah lupa.

Dia sabar menunggu mngsa masuk kedalam nya. Tak ada yg namanya lelaki jujur bila dia langg4r pesan Nabi nya sendiri. Kalau Nabi pun dia langg4r, apa nak heran dia berani merog0l.

Jadi tolonglah, stat hari ni kpd yg baru nak kenal alam dunia ni berentilah jadi daging dimulut harimau. Jangan ikut. Islam dah ada SOP ttg ni. Ikutlah SOP nya.

Hasnah.Sebab tu jangan ada yg komen. “Dah tahu dosa berdua2an dgn bukan muhrim kenapa pi jugak” “ni mesti cinta x berbalas sebab tu kata kena rog0l”.. “sy n suami sokong suspek”

Sy banyak jumpa komen2 macam ni berkaitan k3s rog0l dan cabul seorang daie..

kalau pemngsa lain baca mesti fikir ooo xpa ni cari mngsa nnti org salahkan mngsa.

X takutkah kita satu hari nanti tempat kita x lagi selamat? Nak ke negara kita jadi macam India? K3s rog0l berleluasa?

Que.See. Paham tak sekarang ni ramai mngsa rog0l yang terpedaya?

Tolongla stop victim blaming. Takde sapa enjoy or expect to be r4ped.
If it’s forceful then it is a crime.

Sis, don’t u worry. U jangan sksa ment4l u dengan ingat dia. Live your life, cherish your husband.

Jangan layan atau maafkan dia. Dia bebas hukuman dunia. Tapi 1 thing for sure, hidup dia takkan bahagia sebab sentiasa dihantui dosa2 dia.

Dia bukannya tak sengaja. It was well planned. Siap ada ally lagi, memang eiiiiiii

Biar dia mereput dengan jiwa tersksa. Sampai m4ti rasa takut anak2 dia diapa2kan (takde sapa2 pun harap apa2 jadi kat anak2 dia, takleh doakan camtu..

tak baik, moga Allah jauhkan.. tapi pelaku sendiri yang paranoid dengan dosa2 dia). Rasakan. Kat akhirat apatah lagi.

Zila.Sy pernah sexually assaulted di tempat kerja lama. Disentuh tanpa rela dalam setiap perjalanan pegi site. Kereta pula kereta kancil, nak lari kemana? Peha mmg temu peha.

Lama2 sy jadi makin tak selesa. Sampai kan bila sy dgr suara dia sy lari menyorok bawah meja bilik meeting dan menangis ckp nak berenti.

Sy igt nak report bos tapi dia lagi lama kerja dari sy lagipun tah kenapa sy rasa org akan salahkan sy dari dia. Sb dia nampak innocent mungkin org lain takkan percaya. Tapi taktau nape dgn sy dia lain mcm.

Sy kerja situ 3 bulan je pastu sy nekad berenti. Menganggur balik. Bila org tanya kenapa berenti sy tak berani nak ckp.

Sy sejenis yg kasar juga orgnya. Tapi bila kena something unexpected cmtu kita rasa terkedu dan takut. Taktau cmne nak describe.

Yg pernah kena assault je tau. Kalau dah perempuan tu kasar mana pun takkan lari dari rasa takut. Fitrah perempuan.

Mujur kena assault je. Cuma hasben dgn rakan rapat je tau. Nasib jugak sy nekad berenti. Bg sy, nak kumpul kekuatan tu bukan senang.

Support sistem kena kuat. Senang ckp tak senang buat ye. Tlg jgn kecam. Patut kita perempuan saling memahami betapa lemahnya kita.

Sepatutnya support bukan kecam. Tapi biasala keyboard warrior zaman sekarang.

Semoga kita perempuan sentiasa dilindungi dari orang berniat jahat cmni