Aku pkul suami kt kepala dan cabar dia utk lafaz ceraai klu dh xsyg aku. Suami trus lafaz talak 3

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua saya seorg wanita mengndung 8 bulan yg baru ditalak 2 pd hari sabtu lepas. Cukup tiga talak bila dikira sekali lafaz talak 1 yg ex suami lafaz masa bulan 9 tahun lepas. 23hb ni baru sy dgn ex akan lapor penceraaian di makhamah. mesti ramai yang marah kt ex saya, sedagkn punca masalah ini adalah saya.

Saya alami gangguan emosi yg teruk, minggu lepas sy keluar rumah bersama anak sambil diambil oleh keluarga sy. Perkara ni buat ex suami sy sgt terluk4. Saya jahat sgt.

Sy ckp buruk mcm2 kt ex suami. Saya ada pkul dia di kepala, ada berkasar dgn dia. Saya xbg dia c1um anak pon sebelum keluar rumah tu.

dua hari lepas, saya cabar suami lafaz ceraai kalau dia btul2 tak sayang dan tak boleh terima saya dah.

Saya tahu suami sy masih syg sy tp sbb dia terluk4 krn sy dah jatuhkan maruah dia dn jd isteri derhaka.

Dia pon lafaz talak 2 dlm keadaan dia lupa dia ada lafaz 1 talak tahun lepas. Dia meraung lepas lafaz. Saya tak berhenti nanges. Saya rasa bodo dgn diri sendiri.

skg suami sy tinggl rumah tu sorg2, makan minum dia terabai. Dia jga jatuh skit sbb terlalu rindu dgn anak. Dia masih syg sy cuma sy ni dah terlalu bnyak menyakiti dia dn menyusahkan dia.

Saya kahwin cina buta, ye memang tau hukumnya berdosa tapi ni je jalan saya dapat kembali bersama dengan suami sy. sy dah jumpa seorg lelaki yg sanggup nikah sehari dn berceraai utk keesokannya.

skg sy nga tunggu abis tempoh iddah sbb dh talak 3. Saya nak berpantang 3 minggu dn seterusnya fokus settle nikah dgn suami baru dn berceraai selepas nikah sehari krn sy nak lulus syarat dpt akad baru dgn suami lama sy.

Lepas abis tempoh iddah dgn suami baru, sy nk aqad baru dgn suami yg sy syg sepenuh hati dn bertaubat sbb sy tahu kahwin cina buta ni ALLAH laknat walaupn sah nikah semula dgn suami pertama lepas dh berceraai dgn suami baru dn selesai tempoh iddah dgn suami baru.

Siapa pernah alami kisah seperti sy? Saya syg sgt kt suami sy dn anak anak. Saya xnk anak anak jd mngsa keadaan krn sy dn suami berceraai hidup.

Ya mmg kami buat silap, selagi sy hidup sy akan mempertahankn apa yg boleh. Semoga ALLAH terima taubat sy dn suami. terima kasih admin siarkn.

KISAH KE 2. Suami aku dengan maduku telah berceraai talak 3 tetapi masih tinggal sebumbung. Bila kami berkahwin aku halang dia duduk sekali oleh kerana meraka tidak boleh rujuk balik. Satu hari kami bergduh, suami kembali tingal bersama anak2nya dan bekas isterinya dan kantoi mereka masih berhubungan kelamin, suami tidak mengaku akhirnya terbukti selepas….

Hi. Nama aku Linda. Terima kasih admin jika confession aku tersiar. Sedikit pengenalan tentang diri. Umur aku pertengahan 30-an. Berpewatakkan menarik, dan berjawatan.

Aku sudah berkahwin dengan seorang duda yang sedikit berusia dari aku. Untuk pengetahuan semua, perkahwinan pertama suami aku dengan bekas isterinya gagal bukan disebabkan aku.

Biar aku memberikan singkatan S kepada suamiku dan X kepada bekas isterinya. S telah bercerrai dengan X selama 2 tahun sebelum aku dan S berkenalan.

Tetapi, mereka menyembunyikan percerraian antara mereka. S pada masa itu juga menyatakan yang dia masih mempunyai isteri yang sah.

Aku hanya berkawan biasa biasa sahaja dengan S pada waktu itu. Kerana aku juga mempunyai ramai kawan lelaki yang lain.

Hubungan aku dengan S menjadi semakin rapat apabila S kerap outstation ke tempat aku. Dalam diam, aku meminati S kerana susuk tubuhnya yang tinggi (kerana aku adalah perempuan yang tinggi).

Selama beberapa bulan berkawan, hubungan kami menjadi semakin akrab. Aku semakin risau memandangkan S ketika itu, masih lagi ‘suami orang’.

S juga seperti tidak mahu kehilangan ku. Kami ‘bercinta dalam diam’ memandangkan status yang masih ‘dipegang’ oleh S.

Suatu hari, aku berkata jujur padanya yang aku tak mahu bermadu. Biarkan aku berundur dari hubungan ini. S menahanku dari berbuat demikian.

Aku memberikan kata dua pada S. Ternyata S memilihku. Tapi aku masih ragu ragu. Akhirnya, S berterus terang tentang status mereka.

S menunjukkan aku surat percerraian mereka. Percerraian yang tidak boleh dirujuk atau dinikahi semula, melainkan cina buta.

Aku seakan tidak percaya kerana S dan X masih lagi tinggal dirumah yang sama. S menerangkan, itu demi anak anak mereka yang sedang membesar. Aku minta S memberikan aku masa untuk berfikir.

Dalam masa yang sama, S tak henti henti memujukku untuk menerimanya. Aku jadi keliru dengan perasaanku sendiri. Aku tak sanggup bermadu. S sudah mengakui, tapi kenapa aku masih sangsi?

S berjumpa dengan orangtuaku untuk merisik dan menceritakan hal yang sebenar. Aku nampak kesungguhan S disitu.

Dipendekkan cerita, kami pun bernikah di kampungku dan majlis sederhana dijalankan. Selepas bernikah, S berterus terang kepadaku bahawa X tidak mahu S bernikah lain demi menjaga perasaan X dan anak anak mereka. Aku terkedu.

Masalah mulai timbul apabila S diuji dengan beban kewangan. Masalah kemuncak, apabila S mula gagal menyediakan wang ringgit bagi tempat tinggal, makan dan pakaiku. Aku bertahan selama 2 tahun dengan menyediakan keperluanku sendiri.

Bila kami bertengkar, S akan kembali ke rumah X. Aku juga mengakui silapku, aku selalu mengungkit bila timbul perbalahan. Aku akan ungkit dari segi duit terutamanya.

S pernah beberapa kali kantoi dengan aku tentang hubungan kelaminnya dengan X. Tapi S menidakkan. Hingga suatu hari, X didapati mengandungkan anak S.

Tapi mereka mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan tersebut. Kerana mereka tiada sijil perkahwinan yang sah untuk mendaftarkan kelahiran di kemudian hari.

Sepanjang perkahwinan kami, aku sering dimaki dihina dengan kata kata kesat oleh S disebabkan perkara perkara yang kecil.

S menyatakan aku menyalahkannya, sedangkan aku hanya menjelaskan, tapi aku terus digelar b**i, sial, anak haram dan sewaktu dengannya oleh S.

Aku juga pernah dipkul beberapa kali disebabkan perbalahan. Aku akui silapku yang seringkali ‘provok’ S bila aku inginkan kepastian.

Aku pernah meminta S untuk melepaskanku kerana aku rasa perkahwinan ini t0xic. Ada masa kami gembira, ada ketika aku berduka.

Aku perasan, setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan, aku dan S akan bergduh dan semestinya S akan kembali ke X dan anak anak mereka.

Aku rasa sedih bila berhari hari S tidak disisiku. Langsung tiada pertanyaan khabar dari S tentang diriku seakan aku tidak wujud baginya.

Bila aku ajukan pertanyaan tentang itu, S hanya jawab; “dah bergduh, apa guna bertanya khabar?”

Sepertinya, S sengaja mencari jalan untuk kami berbalah agar S dapat bersama X dan anak anak mereka.

Aku juga difitnah oleh X. Bahawa aku adalah perampas suaminya. Aku dimalukn dimedia social nya sedangkan yang sebenarnya mereka telah pun lama bercerrai sebelum kehadiran aku.

Bila aku minta simpati suamiku, S memarahiku kembali dengan mengatakan aku sengaja cari pasal mengintai media social X.

S juga seringkali mengadu dan menceritakan perihal burukku kepada X. Untuk apa, aku tak pasti.

Aku ada bertanya tanya orang lain tentang X, mereka hanya memuji muji X dengan kebaikkan dan kewarakkannya. Sedikit sebanyak, aku berasa kecewa.

S yang aku kenali dahulu terutamanya sebelum kami berkahwin, adalah seseorang yang sangat aku sayangi.

S pandai ambil hati aku, romantik, dan membuat lawak. S juga terlalu ambil berat pasal diriku. Hari hari mengucapkan kalimat cintanya padaku. Membuatkan aku semakin sayang padanya.

Tapi segalanya berubah sedikit demi sedikit selepas kami berkahwin. Pastinya, aku sedih bila teringat kembali diri S diwaktu yang dulu.

Bila keseorangan, aku rasa sunyi. Aku inginkan zuriatku sendiri agar aku tidak kesunyian bila S tiada disisi. Tapi, Allah lebih mengetahui.

Aku pernah berdoa agar Allah tunjukkan aku jalan penyelesaian bagi masalahku ini. Tapi aku masih lagi buntu untuk tindakkan ku yang seterusnya.

Aku pernah menyesal kerana tergesa gesa untuk berkahwin. Dan aku juga tak mahu menyesal kerana tergesa gesa untuk menuntut percerraian dari suamiku.

Adakah aku menyesal menikahi S? Sejujurnya, tidak. Kerana aku juga mencintai S.

Yang aku sesali, aku memberikan ruang untuk S kembali ke X atas sikapku sendiri. Aku akui, terdapat banyak kesilapanku sebagai seorang isteri kepada suamiku S.

Aku ingin menebus silapku pada S. Tapi aku tak tau bagaimana, kerana X akan sentiasa ada dihati S. Aku ingin S mencerraikanku secara baik, tapi S enggan dan tidak menyatakan sebabnya.

Aku buntu. Aku mohon para pembaca yang budiman dapat memberikan aku nasihat dan pandangan disebalik kecaman.

Jika ada keperluan, aku akan sambung lagi confession ini. Terima kasih dan assalammualaikum.

Ini antara reaksi netizen untuk kisah kedua.

Wan Salina Wan Mamat –
Dia jadikan awak cina buta kot. Yelah dah talak 3, tak sanggup bekas isteri kawin lain, dia kawin lain. Cina buta jugak la tu kot bagi dia, haha.

Apa benda la pelik pelik sangat ni. Dia yang cerrai talak 3 dia pulak gila lagi dekat janda sendiri alahai. Penat lah nak fikir masalah orang.

Nurul Nadia –
Bila baca dah bercerrai and still lagi tinggal dengan ex wife, girl u r making a big mistake. Dari situ kita tau dah dia lelaki macam mana.

Yang saya kagum awak boleh tak report mahkamah yang diorang dah bercerrai tapi hidup macam laki bini lagi. Plus siap ex wife dia pregnant lagi.

Im not in ur shoes, so i tak boleh nak cakap banyak tapi u sendiri pun cakap this is a t0xic relationship. Dari awak hidup makan dalam, better u free ur selves.

Julaiha Shazmira –
Puan, tak perlu terfikir untuk ada zuriat bersama suami. Suami jelasnya bukan orang yang bertanggungjawab dan tak mampu untuk menjadi contoh teladan yang baik sebagai suami dan ayah dalam perkahwinan terdahulu, dan sebagai suami puan, apatah lagi untuk tambah anak lagi.

Langkah pertama, report dahulu pada pejabat agama semasa dia ada disana. Sekurangnya puan tak lagi bersubahat sama.

Dayang Senandung –
Lebih baik berpisah. Terangan suami jahil bab agama. Buat apa nak sksa hati dan perasan sedang kan awak lebih berhak dari X.

Berpisah sahaja dengan lelaki begini. Lepas berpisah buat aduan di pejabat agama tentang hubungan terlarang bekas suami dengan bekas isteri. Biar mereka celik hukum agama. Kalau awk tak buat aduan, subahat pulak. Sayang tu tapi salah tapi jangan bdoh..

Nur Sumayyah –
Ermm, lelaki yang dah berumur bersekedudukan dengan bekas isteri dan menggugurkn anak yang ko pilih untuk stay lagi sebagai suami ko. Dan ko ada hati pulak nak zuriat dengan dia.

Percaya la, dia tak punya hati pun dengan ko. Dia lebih sayangkn ex wife dan anak anak dia. Ko hnya pelepas nfsu yang ‘halal’ untuk dia.

Kalau dia takde ko pun dia tetap boleh lepaskan nfsu dia dengan ex wife dia. Untuk apa ko tunggu dalam perkahwinan yang t0xic ni. Ko sendiri yang jerat diri ko. Ko yang pilih jalan derita.

Suami tu boleh ke bimbing ko dan bakal anak anak ko nannti kalau dia sendiri pun jalan ibarat ketam. Tepuk dada tanya iman. Ko punya pilihan samada nak hidup tenang, bahagia atau pun derita..