Mak tua terkena skit misteri xblh lyn ayah, dia mtk ayah khwin dgn mak. Tp lps khwin mak di lyn zaliim

Foto sekadar haisan. Aku jugak salah seorang m4ngsa poligami, tapi lagi hina kerana anak isteri kedua ataupun “ba** sondol” panggilan orang melayu. Selalunya orang hanya mengetahui corehan rasa isteri pertama dan anak2. Aku dan adik2 jugak adalah m4ngsa keadaan kerana “dosa” ibu kami.

Ayah aku seorang kontraktor kelas A, berkahwin dengan isteri pertama 10 tahun sebelum bertemu dengan ibu aku. Isteri pertama, kupanggil mak tua, seorang ustazah sekolah agama dan seorang yang baik budi bahasa. Mempunyai 4 orang cahaya mata hasil kongsi hidup dengan ayah aku.

Selepas Mak Tua melahirkan anak keempat, Mak Tua mengalami s4kit misteri sehingga tidak mampu untuk melayan nafkah batin ayah.

Jenuh mereka pergi berubat sampai ke borneo tetapi penykit mak tua tidak juga sembuh. Mak tua seperti hilaang nafsu dan tidak berupaya lagi “bersama” dengan ayah.

Atas kerana tanggungjawab, mak tua menyarankan ayah berkahwin dengan ibuku, seorang guru tadika dan mereka memang rapat seperti kakak dan adik. Ibu seorang anak yatim piatu dan atas dasar keakraban mereka, ayah bersetuju.

Mak tua menceritakan kepadaku, saat ayah diijab kabulkan, mak tua hampir pengsan kerana rasa sedih. Tetapi dikuatkan hati kerana dia amat menyayangi ayah. Hasil perkongsian hidup bersama ibu, mereka dikurniakan 3 orang anak. Dan aku anak sulung ibuku.

Ini adalah kisah aku bagaimana kami menghadapi pandangan masyarakat dari aku kecil sehinggalah dewasa. Ayah cukup baik, amat baik.

Aku juga memiliki saudara sebapa yang juga baik dan akrab

Kami sekeluarga tiada masalah. Tapi yang menjadi masalah adalah masyarakat dan keluarga ayah. Sejak berkahwin ibu tidak pernah dijemput sebagai hak isteri kerumah keluarga ayah. Jika ibu pergi, ibu dilayan seperti orang luar atau dicela sebagai perampas.

Nenek cukup sayangkan mak tua. Bagi nenek, walaupun apa pun alasan, ayah sepatutnya tidak perlu berkahwin lagi. Ayah boleh “berpuasa” jika mak tua tidak mampu untuk melayan ayah.

Ayah dikatakan gatal, ibu dicela sebagai perampas, dan anak2 ibu dilabelkan sebagai anak perampas. Kami dilayan berbeza dari sepupu2 yang lain hanya kerana kami anak isteri kedua ayah.

Nenek sampai keakhir hayat tidak pernah memandang wajahku. Nama aku pun dia tidak tahu. Jika raya, nenek selalu belikan hadiah untuk cucu2nya yang lain, tapi anak razak (bapaku) hanya diiktiraf legally 4 orang sahaja.

Mak tua seringkali membela aku sekiranya aku dan adik2 diperli masyarakat. Tapi masyarakat tetap memandang hina kepada kami dengan beralasan, ibu patut fikir sebelum kahwin dengan suami orang.

Sejak ayah berkahwin dengan ibu, ibu banyak beralah.

Walaupun hukum mengatakan hak sama rata terhadap isteri2, tetapi kerana ment4liti masyarakat melayu mengatakan isteri kedua tidak boleh ada hak seperti isteri pertama, ibu terpaksa memikirkan maruah ayah. Ayah hanya balik 2 hari seminggu.

Alasan ibu, mak tua s4kit. Kami 3 beradik memang jarang jumpa ayah tapi mak tua sentiasa menelefon ibu dan memohon maaf jika ada rasa terkilan didalam keluarga kami.

Bila ayah bawa kami sekeluarga keluar berjalan, ibu akan dicela sebagai penyebuk, suka berkepit dengan suami. Seolah2 ayah berhak bawa mak tua sahaja kepada umum, bukannya ibu.

Ibu berhenti kerja kerana tidak tahan diperli di tadika. Ibu luangkan masa menjaga mak tua dan membawanya berubat merata tempat.

Ibu memasak dan menghantar makanan ke rumah mak tua. Bila adik ayah ada dirumah mereka, adik ayah (pakcikku) membuang makanan yang ibu masak ke tong sampah dengan alasan takut makanan itu disihir.

Begitu dasyat sekali ibu dan kami adik beradik dihina dan difitnah hampir setiap hari.

Berkat kesabaran mak tua, Allah anugerahkan kesembuhan kepadanya. Akhirnya mak tua boleh meneruskan kehidupannya seperti biasa dan masih dianggap sri kandi kepada masyarakat kerana berkrban memberikan ayah keizinan untuk berkahwin lagi.

Ada yang menyuruh ayah mencer4ikan ibu kerana mak tua sudah kembali pulih seperti sedia kala.

Waktu itu aku berumur 18thn, aku duduk dengan ibu dan menyarankan ibu supaya berpisah dengan ayah. Bukan kami tidak sayangkan ayah, tapi kami tidak mampu lagi menahan diri dari dihina dan maruah ayah jugak saban hari diejek sebagai gila sks.

Aku usulkan kepada ibu disaat aku diterima masuk matrikulasi perubatan di pulau pinang. Petang itu, ayah menghantar aku ke kolej dan menasihatkan aku supaya teruskan bersabar.

Tidak sesekali ayah akan mencer4ikan ibu kerana baginya ibu adalah permata didalam keluarga kami. Ayah tidak kisah dihina dan diejek, kerana ayah tahu aku dan adik2 amat menyayangi ayah, ibu dan mak tua.

Kini, ayah sudah tiada lagi. Kami adik beradik semua sudah berjaya didalam kareer masing2. Aku menjadi seorang doktor, adikku seorang pegawai tentera dan si bongsu masih belajar di kolej kejururawatan dan dia menggalas tanggungjawab menjaga ibu dan mak tua.

Kami sekarang tinggal bersama dan berhijrah jauh dari kampung supaya tiada lagi kata nista yang menghantui hidup kami sekeluarga.

Sahabat2 ku sekalian.. trauma menjadi m4ngsa poligami ini cukup menyakitkan dan sehingga hari ini aku masih didalam rawatan depresi kerana kisah silamku. Aku bernasib baik kerana kami dianugerahkan mak tua yang cukup mulia.

Kami hanya diduga oleh masyarakat yang negatif. Aku amat memahami keadaan anak2 m4ngsa poligami yang lain tetapi sebagai anak isteri kedua, sekiranya ibuku seorang yang kej4m kerana merampas ayah, tetapi apakah salah aku dan adik2?

Kami tidak minta untuk dilahirkan sebagai anak isteri kedua. Mengapa kami dilayan seperti sampah masyarakat? Anak2 isteri pertama walaupun apapun berlaku, mereka tetap dianggap wira dimata masyarakat kerana kuat menghadapi kehidupan disaat si ayah berkahwin lain.

Oleh itu, aku ingin menasihatkan kepada mereka yang ingin berpoligami, fikirlah keadaan dan penerimaan anak2 yang sedang membesar. Fikirkan jugak masa depan bakal2 anakmu bersama isteri kedua ketiga dan keempat.

Mampukah kamu membela maruah isteri disaat masyarakat menghinanya? Ataupun kamu hanya berdiam dan duduk didalam rumah dan tidak peduli perasaan isteri2mu?

Buat gadis2 diluar sana, fikirlah masa hadapan dan jgn fikir keseronokkan sekarang kerana menjadi isteri kedua.

Bagaimana kamu dapat berhadapan dengan semua orang termasuk dengan keluarga mertua sekiranya mereka tidak dapat menerima kamu dan membeza bezakan layan mereka terhadap anak2mu?

Mungkin kamu boleh bertahan, tetapi bagaimana perasaan anak2 kecil kamu seperti keadaan aku yang dulu?

Sejujurnya.. sekiranya aku diberi pilihan, aku tidak mahu dilahirkan sebagai anak isteri kedua…

Ini antara reaksi untuk kisah ini.

Henna. Saya tak faham dengan masyarakat yang bersikap sinis dan kuat mengata terhadap sesebuah keluarga poligami yang harmoni yang mana keluarga poligami itu dibina dengan cara yang baik,makmur dan mulia atau tidak menganiaya dan menipu, suami yang sangat baik dan adil serta isteri-isteri itu dalam keadaan baik ,tidak bermusuh…seperti kisah TT ni.

To be honestlah,saya tak kisah masyarakat nak kecam poligami yang tak adil,yang menipu. Lantaklah. Yang tu saya sendiri pun kecam.

Tapi yang ini…semua baik-baik je,suami ok,isteri-isteri ok,anak-anak pun ok,still ada orang nak judge hina lagi. Korang nak apa sebenarnya.

Untuk TT,jangan rasa terasing dan hina kerana menjadi anak isteri bukan pertama. Dalam hal ni,Ibu TT bukan perampas. Ibumu datang dalam keadaan yang baik. Dipinang dijemput sendiri oleh ibu tua mu.

Yang datang ke office consult jumpa saya pun bukan anak isteri pertama je,anak isteri kedua ketiga pun ada yang alami masalah seperti kamu.

Untuk TT,teruskan menjaga ibu-ibu mu. Kuatkan semangat.

Steven.  Beza sgt dgn keluarga bekas suami saya. Mak mentua dan adik beradik dia bangga sangat bila anak2 lelakinya kawen banyak.

Setiap kali dpt menantu baru dilayan bagai puteri. Yg lama diorang dah tak pandang dah. Malah dikutuk dikeji difitnah pula. Aneh2 manusia ni. Macam2 perangai.

Natasha.Nampak tak bodoh nya mentaliti perempuan2 melayu yang double standard sampai memusnahkan hati budak yang masih suci.

Benda tak jadi dalam life netizen tapi netizen la paling agung jadi malaikat dok label benda yang Allah halalkan dengan mcm2 panggilan.

Ingat, bukan doa anak isteri pertama je dimakbulkan sebab teraniaya. Anak2 dari isteri kedua pun teraniaya dan doa mereka dimakbulkan.

Yang mulut2 tempayan label orang mcm2 ni aku harap ada lah balasan untuk korang sebab possesive sangat dengan suami masing2.

Haryani.Dik.. sekarang adik dah berjaya.. Jadi orang besar dalam kerjaya.. Bukan adik sahaja yang berjaya.. Ke semua kalian sebagai anak isteri kedua juga telah berjaya. Alhamdulilah..

Poligami itu adalah syariat Allah. Ia harus. Ia dibolehkan. Sementelah ibu adik juga bukanlah orang yang tepat untuk digelar perampas.

Malah.. Ayah adik, lelaki yang telah berjaya membina keluarga dia dengan baik. Terbukti.. Isteri2 Dan Anak2 dia ‘menjadi’.

Cumanya dalam konteks ini, masyarakat telah melabel keluarga adik.. Dilayan dengan cara yang tidak seperti nya.

Adik.. Kalau adik nak tau.. Dunia ini Memang tempat ujian. Ada orang diuji dengan keluarga yang h4ncur.. Berantakan Dan bercer4i. Ada pula.. Yang jadi sampah masyarakat.. Penzina.. Pelacur.. Penagih ddah.. Perasuah..

Ada sesetengahnya pula.. Datang dari keluarga yang miskin.. Hina.. Tak punya apa2.. Dan macam2 lagi.

Inilah ujian dunia. Kita tak boleh memilih Jenis2 keluarga yang kita mahu..

Sengaja Allah beri semua ujian ini kepada hambanya.. Dengan ujian kemudiannya, Allah akan nilaikan.. Bagaimana kita semua berespon dengan ujian ini.

Adakah dengan ujian ini, kita ni manusia semakin nak menjauh dengan hukum2 Allah atau sebaliknya.

Hidup ini bukan seperti yang kita mahukan. Tapi yakin lah.. Hidup ini.. Adalah pasti setepatnya dengan apa yg kita perlukn.

Allah sayang adik.. Dan adik2 adik.. Diberikan keluarga yang hebat buat adik.. Ia hadiah.. Itu nikmat.. Tapi bukan sekadar itu.. Diberikan juga adik ujian demi ujian..

Agar dengan ujian itu dapat kembalikan adik kepada maha pencipta..

Mulai sekarang.. Hitung sahaja nikmat yang Allah berikan. Jangan mengharamkan sesuatu yang telah Allah halalkan..

Poligami itu terlalu banyak memberi kebaikan kepada ramai orang.

Oleh itu adik.. Berhentilah memandang poligami menjadi perosak kehidupan adik.. Tapi.. Yakin lah.. Dengan poligami ini, telah menjadi kan adik sebagai INSAN yang sangat hebat Dan kuat ment4l Dan fizikal.. Dengan izin Allah.

Janji Allah.. Setiap ujian yang datang… Ada rahmat yang akan dihadiahkan.. Lihat sahaja jawatan yang adik sekarang.. Lihat sahaja.. Bagaimana Allah hadiah kan kebijaksanaan buat adik. Dan rahmat Buat kalian sekeluarga..

Itulah hadiah.. Yang datang di sebaik ujian yang Allah berikan.

So adik.. Mulai sekarang.. Belajarlah memandang sesuatu dengan rasa..

‘pasti ada sesuatu yabg hebat Allah nak beri selepas ujian ini, Kerana Allah yang maha baik tidak Mungkin buat sesuatu perkara sia2 belaka’

Buat masyarakat luar sana.. Berhenti lah hitung dosa orang.. Jika kalian seorang ibu, isteri, jiran, ahli keluarga atau ahli masyarakat.. Berhenti lah melabel.. Poligami Itu bawa keh4ncuran..

Yakinlah.. Allah tidak lakukan sesuatu dengan sia2

#yaninen