Masa bsuh bju suami aku tjumpa k0ndom, pelik kami xprnh guna. Bila di tnya jwpan suami mcm xlogik

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Admin ,tolong hide kan profile saya. saya nak minta pendapat. sebab dah tahu jln penyelesaian. Saya dah kahwin 12 tahun. ada anak 2. sorang 12 tahun sorang 9 tahun. saya full housewife. Nak kerja dulu suami tak bagi. katanya nanti bagi 1k sebulan. ok lah fikir masa tu, tapi tak ada juga bagi. masa tu fikir tak apalah,asal makan pakai cukup semua,alhamdulilah.

Dari start kahwin sampai sekarang dah 12 tahun ,suami selalu kerja out station dari anak lahir sampai la skrg hanya saya sorang yang jaga.

sampai lahirkan anak ke2. Berpantang pun entah ada pun tidak sebab saya pantang sorang2. berurut lepas pantang pun tak ada. cuma makan ubat/pil yang beli untuk ibu berpantang tu la.

dengan jaga anak yang pertama lagi masa tu. dengan anak yang baru lahir lagi. dengan kerja rumah lagi saya teresot2 buat sorang 2. sebab masa tu mak dah tak da.

anak first mak sempat tolong jaga beberapa bulan sebelum dia meninggl.

Mertua pun tak pernah kata nak tolong jaga. jadi jaga anak, jaga rumah, jaga diri sorang2 saja. dan masa pantang tu, ada sehari suami tak balik rumah.

alasan kena tangkap polis sebab main judi dengan kawan.

Sehari lepas tu saya cuci baju jumpa kond0m yang dah dipakai dekat dalam mesin basuh tapi kond0m tu tak ada sperma la dah habis bersih saya cuci bila tanya dikata kawan aniaya dia sengaja letak benda tu dalam poket dia.

saya positif saja la masa tu c4se close la..

Sampai satu tahap sekarang ni saya dah rasa saya boleh buat semua benda sorang2. termasuk lah hal2 baiki barang rosak contoh sink sumbat, paip rosak, atau benda2 lain, saya buat sendiri.

Dalam 2 tahun lepas, suami saya ada la tolong2 kerja rumah. memang rasa bahagia sangat. tapi sekarang memang dah tak ada. walau pun kadang diungkit balik kerja2 yang dia buat kalau bergduh.

Skit hati juga lah. tapi sekarang kerja dia hanya tidur bila pulang rumah. outstation bukan sehari dua. Tapi sebulan.

Dia kerja sebulan outstation, 2 bulan tak kerja. sebab tak da permit. tak boleh stay lebih sebulan. jadi dalam masa 2 bulan tak kerja tu tidur lah sj kerja dia.bangun makan, mandi, tidur.

Kadang saya rasa lg bagus dia tak ada kat rumah. mata saya tak skit tengok dia asyik tidur.

Kadang ambil anak balik sekolah, anak pun tanya, ”papa buat apa mami? tidur lagi ka?dah pkul 3 petang. hari2 tidur.” dalam hati bisik, anak pun mula terkesan.

Masalah tidur dia memang dari sejak awal kahwin memang dah ada.

tapi saya tak kisah sebab masa tu dia bangun pun 2-3 petang.

Jadi saya anggap dia penat walaupun saya penat jaga anak2 yang masih kecil. tapi lama2 dia jadi bangun makin lewat sampai 7-8 malam. anak2 pun tak peduli. bila saya tegur akan jadi gduh.

jadi saya diam kan untuk elak anak2 tengok asyik bergduh. dan makin lama sekarang, sampai berhari-hari tidur dalam bilik. bila tegur jadi gduh.

Lepas gduh lagi teruk dia kurung diri dia dlm bilik ada sampai seminggu. tak faham saya. tak makan. tak buat apa cuma terbaring.

bila tanya dibagi alasan kepala pening. mcm mana tak pening kalau dh terlebih tidur, jadi malas, badan skit, otak tak berfungsi.

Saya sedih sangat. anak2 tak di peduli. makan kah, skit kah. tak ambil tahu langsung. kalau dia outstation.

whatsapp semua manis2 tanya pasal anak, dah makan ke, makan apa hari ni. nak balik rumah tengok anak and isteri. Tapi bila dah balik dia tidur.

Tapi bila masa dia nak bersama, dia akan bangun awal, tolong kerja rumah sikit2, layan saya elok manis.

Lepas malam bersama, esok start tidur lagi. bila tegur, kata faham dia salah, akan berubah. tapi lepas 2 hari datang balik perangai tidur.

Suami saya baik, tak melepak, makan pakai cukup, tak da perempuan saya tak tahu lah sebab dkt sana saya tak nampak. hanya Allah boleh tahu.

Kadang bila bergduh, adalah dia mengungkit2. yang dia dah bagi macam2 kat saya. sedih juga la, sebab saya tak kerja kan. hanya mengharap duit dia.

tapi bila dia elok, pijak semut tak matti. manis mulut.

Tapi yang saya kisah kan, selagi dia hidup bersama saya, dia asyik tidur sampai kan semua benda saya buat sorang2. anak2 cuti sekolah panjang pun dia tak peduli nak bawa anak2 pergi mana. apatah lg cuti hujung minggu.

Kadang saya rasa bosan, tak da orang nak bersembang, bercakap. sebab keluarga saya jauh, kawan pulak memang saya tak hubungi sebab suami tak bagi.

jadi saya hormat. tapi lama2 dia buat macam ni, buat saya dengan anak2 tak wujud.

Rasa bosan. Saya sayang dia, sayag anak2, sayang rumah tangga yang saya bina selama 12 tahun ni. saya cuba bertahan dan bersabar.

tapi sampai sekarang ni saya dah tak tahu kesabaran saya ni boleh lagi bertahan atau tidak sebab saya rasa saya boleh hidup tanpa dia. sebab dah berpisah outstation saya buat semua.

Bila kat rumah pun saya sendiri uruskan semua nya. sampai sekarang anak2 pun dah besar. Jalan terakhir saya adalah berceraai. betul kah keputusan saya ni?

saya dah cuba bawa berbincang dalam sebulan ni tapi gagal, semua berakhir dengan pergduhan. dan dah cuba suruh dia pergi jumpa doktor tanya apa masalah. dia asyik tangguh2 dan tidur saja. dan bila gduh, saya lah yang uruskan semua nya juga.

Dengan stress, dengan tak cukup tidur. nak diadu pada keluarga atau kawan, takut dijadikan bahan cerita. Jadi saya ambik keputusan minta pendapat KRT. saya tak kenal awak, awk tak kenal saya.

Minta maaf semua. cerita saya panjang sangat. ye la, dah 12 tahun di pendam, tak da tempat mengadu. kalau 20 tahun mungkin kena buat buku.

KISAH KE 2. Balik offshore 3bulan suami macam rilek tak nak sentuh aku sedangkan aku sangat rindu belaian dia,tiba tiba aku terjumpa k0n dom dalam beg suami. Bila di tanya jawapan suami hanya ingin berselindung…. 

Ada daging Elok, Daging Busuk Juga mahu dimakan. Sudah ada yang halal, yang haram juga dikejar kejar.Elok elok dah bernikah, pergi buat perkara tidak senonoh.

Suami bercinta dengan janda. Konon nak selamatkan janda anak 3 tetapi telah menjandakan isteri anak 4. Isteri tidak sanggup poligami dan minta dilepaskan.Isteri merajuk, tinggal senyap dalam rumah. Dah risau pulak.

Selama ni, isteri setia depan mata buat tak tahu, sebuk melayan whatsapp kek4sih di depan isteri.

Bila isteri bagitahu nak balik rumah di selatan, kerana rumah di selatan rumah sendiri yang dibeli bersama, yang ditinggalkan kosong kerana mengikuti suami bertugas luar negeri dan menyewa sebuah rumah sederhana tanpa perabut.Isteri sabar melayan anak dan suami.

Suami balik terus boleh rehat, ada isteri yang urus anak, makan minum. Bila balik bukan mahu tanya “ayang dah makan, ayang masak apa hari ini? Ada benda nak masak?”Balik aja hadap telefon, layan whatsapp kek4sih. Isteri mana tak skit hati.

Selama ini setia menghambakan diri kepada suami, tiba tiba suami buat hal. Dulu masa susah, 20 tahun berumah tangga, itulah ayang, intan payung.

Sekarang sudah kerja offshore, gaji ribu riba, duit banyak, tapi belanja dengan kek4sih. Isteri begitu juga.

Rumah sewa murah, kosong takde perabut. Alasan, perabut semua dah beli, senang nak pindah jika rumah takde perabut.

Tapi dia balik rumah, kata rumah suram dan muram. Tak fikirkah, isteri 24 jam di rumah, tidak pernah merungut apa apa, minta apa apa.

Suami balik pkul 8.00 malam dan 8.00 pagi keluar semula. Kalau offshore kadang kadang 3 bulan tak balik rumah, isteri tetap setia menunggu.Saya tak tahu suami jenis apa macam ni.

Tidak menghargai kesetiaan isteri. Rugi , rugi…20 tahun isteri bersabar, bukan suatu masa yang singkat hadap suami yang tiba tiba berubah jatuh hati pada janda anak 3.

Memang janda tu sksi, tidak tutup aurat.Sampai isteri pernah berkata pada suami, “abang terpikat sebab janda tu sksi dan tak tutup aurat?

Kalau abang izinkan saya pun boleh macam tu. Saya cantik, saya sksi, tapi saya tak pernah tunjuk pada orang lain.

Saya cuma tunjuk pada abang saja, tapi abang tak pandang pun saya. Abang hadap telefon tu saja, jadi abang tak nampak cantik dan sksi isteri abang.” Sambil menangis nagis.

Kasihan saya pada isteri ni, yang saya sudah kenal bertahun tahun.Sekarang bila suami tak dapat respon isteri yang merajuk , suruh pulak saya pergi tengok, kot apa apa jadi.

“En. Kenapa nak ambik tahu dan ambik berat pulak sekarang ni? Dulu masa depan mata buat tak peduli. Bila kek4sih merajuk, en pujuk, isteri merajuk buat tak tahu.

Biarkan aja isteri memandu sendiri dengan anak kecik balik selatan. Kalau masih sayang, baliklah tengok, pujuk. Kalau tak peduli, biarlah dia buat apa apa.

Kalau maati pun tentu en senang hati nak bernikah, tak payah bayar nafkah.”Ayat lain yang saya tak ungkap, ” kalau jadi apa apa pada isteri kau, kaulah pembnuh anak isteri kau.”

Memang lelaki, sudah ada yang halal, yang haram jugak dikejar kejar. Mana isteri tidak kecewa, bila suami balik dari offshore luar negara, jumpa k0n dom di dalam beg.

Bila ditanya, “kenapa ada k0n dom dalam beg?”“Senang emergency ada k0n dom, tak kan awak tua tua nak beranak lagi , anak kecik pun belum setahun, belum berjalan lagi.”

“Abang, selama 20 tahun kita kahwin tak pernah pun abang guna k0n dom, alasan ini abang berikan pada saya. Ingat bila balik, kita rindu rindu asmara tapi abang takde pun dengan saya, abang relax aja.

3 bulan abang, bukan 3 hari. Lepas tu jumpa nak guna k0n dom? Logik ke bang?”Atas merajuk ini isteri minta izin balik rumah di selatan, membawa hati yang amat luk4.

Allah tunjukkan sesuatu selain bercinta depan mata, jumpa k0n dom dalam beg kerja. Untuk apa? Dengan siapa?

Saya bercerita, bukan mengumpat atau mengata, takde nama yang disebut, tidak ada identiti yang dinyatakan, jadi jangan kata saya buka aib orang.

Saya cerita untuk mengubah sempadan iman lelaki. Syaitan sudah membuka jalan untuk mengajak ke neraka. Nak memporak perandakan rumah tangga yang selama ini bahagia.

Apabila Allah mengurniakan rezeki berlimpah limpah terus lupa daratan. Terus tersungkur iman.

Berhati hatinya. Memang ada di dalam kisah ketika Rasulullah diisrak , Rasulullah menemui satu k4um apabila diberikan dua magkuk daging, satu mangkuk daging busuk, satu mangkuk daging elok, tetap daging busuk yang diambik dan dimakan. Inilah dia kisah benarnya yang berlaku di dalam masyarakat hari ini.