Mertua pksa aku letak vicks dan air limau kt luuka jahitan dan bg mkn maggi cup je msa bpantang

Foto sekadar hiasan. Saya dalam dilema sekarang ni. Saya tahu keluarga mertua memang tak suka kan saya. Masalah nya ex suami cerita macam2 pasal saya..Dia rapat dengan mertua. Jadi dengan dengar sebelah pihak jer saya terus dibenci. Ok lah saya taknak cerita pasal tu sekarang ni. Saya cuma nak minta pendapat semua.

Saya baru bersalin anak ke dua 10 hari lepas. Suami hantar saya berpantang rumah mertua sebab dia sibuk sangat sekarang ni.

Projek dia kena tipu, so dia jarang boleh ada kat rumah.. Mak saya pulak pat4h tangan. Tak boleh nak jaga saya berpantang.

Mertua just tolong uruskan anak saya yang sulong tu jer. Mandikan dan tidur dengan dia sebab dia suka kacau adiknya. Makan minum mandi saya, saya yang buat sendiri.

Mertua suruh saya letak vicks dekat luk4 jahitan tu. Saya taknak sebab mesti pedih kan.

Dia paksa2 saya suruh letak.. Dia cakap kalau taknak dengar cakap dia, tak boleh berpantang kt rumah dia. Saya pun tipu la cakap letak dah vicks..

Pastu dia suruh saya letak garam campur asam limau, kata nya untuk cepat tanggalkan benang jahitan tu..

Saya berkeras taknak sebab sebelum ni tak pernah dengar pun orang buat macam tu.

Dia simpan baju saya dalam bag dan letak kt pintu. Katanya kalau tak turut cakap dia bila2 masa dia boleh campak bag saya keluar.

Sedih sangat dia buat saya macam ni. Petang kelmarin lepas saya mandi dia buatkan air garam campur limau nipis suruh saya cuci tempat luk4.

Saya ambik dan masuk bilik. Tapi saya buang air tu ikut tingkap.. Dia tanya saya dah buat ke mcm dia suruh, saya tipu dia cakap dah..

Tapi dia tahu saya tipu. Dan dia cakap esok dia sendiri yang akan cuci luk4 saya pakai vicks dan air limau tu.

Tak tahu nak rasa apa dah sekarang ni. Pernah ke korang buat apa yang mertua saya cakap tu .

Mungkin saya yang tak tahu ada cara macam tu.. Tapi saya rasa mesti lah pedih kalau letak vicks.

Alhamdulillah sy skg dah ada kat umah mak. Terima kasih yg tak terhingga utk seorang hamba Allah dari group (KRT) ni sanggup dtg ambik sy kt jengka 11, beliau dr kuantan.

Sy dan suami tggal kt shah alam. Sy berpantang kt rumah mertua d pahang, dan keluarga sy d kelantan. Tu yg agak susah utk sy bergerak.

Ptg tu sy bagitahu mertua yg sy nak balik kelantan. Tp dia xbagi.. Dia cakap nak balik tolong balik sorang, anak anak tinggal kt sini.

Dia tahu sy xkan kemana mana tanpa anak. Sy call suami berkali kali tapi xdapat. Suami mmg selalu keluar kawasan..

Nak suruh family dtg ambik, memang merasa luk4 jahitan kena vicks dulu la sy. Sbb agak jauh..

Akhir nya sy cuba hubungi seorang hamba Allah ni yg ada tawarkan pertolongan utk sy dlm komen.

Alhamdulillah ada respon dr beliau.. Kami berpakat malam tu dia akan ambik sy dlm pkul 3pagi, sbb masa tu semua dh tidur..

Malam tu sy dukung anak sulung yg berusia 1tahun 6bulan dan anak kedua sy 11hari .

Baju bawak yg mertua sy dh siap packing dlm bag jer masa dia nak halau sy haritu. Alhamdulillah sy ditemukan dgn insan yg sangat baik hati. Akak ni nak hantar sy balik Kelantan tp tunggu pagi kata nya.

So, dia bawak sy rehat rumah dia dulu.. Masa sy kat rumah dia suami sy call. Sy cerita semua nya kt suami dan suami suruh sy tunggu kt rumah akak tu dulu sbb dia akan datang.

Malam tu suami sampai, dia ambil sy terus ke rumah mertua. Dlm kereta dia x habis menangis minta maaf.

Sampai rumah mertua, ipar duai semua ada.. Bila suami tanya, mertua xmengaku. Ipar duai tuduh sy buat ftnah..

Sy terus masuk bilik dan ambik bekas vicks dan air limau yg sy sembunyi kan dr mertua.

Mertua terus senyap.. Masa tu sy dah xdapat tahan airmata lg bila ingatkan apa yg mertua buat kt sy.

Luk4 sy sgt teruk dan banyak sgt jahitan, susah utk sy berjalan. Hari pertama hingga hari ketiga berpantang sy hanya diberi makan maggi kari cup.

Hari keempat baru sy keluar beli ikan kt seberang jalan utk masak.. Xhabis dgn tu dipaksa pulak sy letak vicks dan air limau kt luk4 jahitan.

Sy cerita semua nya depan ipar duai. Mertua hanya diam.. Ipar pulak nampak mmg xpuas hati sy cakap mak diorang mcm tu.

Diorang cakap masa diorang pantang, mak diorang jaga diorang dgn baik..
Suami sy nampak terlalu sedih.

Dia cakap selagi keluarga dia xboleh terima sy dgn ikhlas dia xkan balik kerumah tu lg..

Mertua terus halau kami dgn mengatakan suami anak drhaka dan xkan masuk syurga.

Sy sedih memikirkan suami. Mungkin dia tersepit diantara ibu dan isteri.. Sy xnak suami sy jd anak drhaka.

Dlm perjalanan balik ke kelantan, suami cakap dia sedih bila dpt tahu mak dia bg sy makan maggi jer.

Sedangkan dia dh bagi 2.5k kt mertua utk buat belanja dia, sy dan anak. Ada yg cakap kenapa x upah org jaga dlm berpantang

Sy pun cadangkan mcm tu dulu.. Tp suami x yakin org dpt jaga sy dan baby dgn baik.

Dia ingatkan bila minta tolong ahli keluarga, akan lebih selamat. Rupa² nya lagi teruk..

Skg alhamdulillah sy dh selamat berpantang kt rumah mak. Tenang emosi sy.. Terima kasih untuk warga² krt yg memberi pendapat pada post sy sebelum ni.

Dan terima kasih tak terhingga untuk akak yg tolong sy haritu.. Jasa akak sy xkan lupa sampai bila bila . Inshaallah hubungan silaturahim kita xkan putus. Hanya Allah yg boleh balas jasa akak.

KISAH KE 2. ” Sampai rumah mertua, mak mertua terus ambil baby saya dan bawak masuk bilik dia. Tiba tiba saya dengar baby nangis kuat saya tengok calar berdrah kat muka baby, mak mertua cakap tula tak bagi pakai sarung tangan. Tapi sebelum2 ini memang baby tak pernah pakai. Terpandang kuku mertua panjang…. “

SAYA nak meluahkan perasaan saya yang tidak tahan dengan perangai mak mertua. Usia baby saya baru genap sebulan. Selepas habis berpantang, saya dan baby terpaksa balik ke rumah suami sebab mak dan ayah dia kata rindukan cucu.

1. Sampai di rumah mertua, suami meminta saya bawakan baby ke dalam bilik di tingkat atas. Mak mertua tak bagi, dia kata nanti kitorang buat baby macam ‘rusa masuk kampung’ sebab mengecam tempat. Mak mertua suruh letak baby tidur di dalam bilik dia.

Selepas itu mak mertua suruh saya pergi mengemas bilik saya. Masa saya berada di bilik atas, saya terdengar baby menangis tetapi mak mertua tak nak bagi baby dengansaya. Masa saya turun tengok baby selepas setengah jam kemudian, muka baby sudah ada kesan calar dan berdrah.

Saya tak pernah bagi baby saya pakai sarung tangan. Masa di rumah mak saya, baby okey saja. Tak pernah buat muka calar balar sampai berdrah. Tetapi mak mertua menyalahkan saya tak bagi baby pakai sarung tangan.

Hari kedua berada di rumah mertua, saya perasan kuku jari jemari mak mertua panjang dan tajam.

2. Sewaktu mandikan baby, saya cuci muka baby menggunakan kapas. Badan baby saya siram dengan air menggunakan tangan. Mak mertua saya pagi ini jam lapan pagi kata dia nak mandikan baby tetapi saya tak bagi. Tetapi dia tetap tak pedulikan saya.

Masa dia memandikan baby, saya nampak dia lap muka baby dengan menggunakan tangan dia. Dia mandikan badan baby menggunakan container. Selepas habis mandikan baby, dia kata saya tak pandai mandikan baby. Dia kata selepas dia mandikan baby, baby happy, tangan dan kaki baby pun bertenaga.

Dia kata, saya mandikan baby, baby jadi tak selesa sebab saya guna tangan siram air saja. Dia kata saya mandikan baby tak wangi. Dia mandikan, baby jadi sangat wanit sebab banyak syampu yang dia gunakan.

3. Saya bagi baby minum susu ibu. Mak mertua setiap hari kata susu ibu saya tidak mencukupi. Padahal baby saya semakin hari semakin bam-bam.

4. Mak mertua suruh saya sapu minyak kapak pada baby, katanya nanti baby jadi sangat wangi. Saya buat baby tak wangi langsung. Mak mertua kata ipar-ipar saya yang lain pun buat begitu pada anak-anak mereka.

5. Saya tak bagi baby tidur dalam buaian. Mak mertua kata tanpa buaian, baby tak dapat tidur. Malah dia kata saya buat baby tak tidur.

6. Semasa saya burp baby, mak mertua kata cara yang saya buat terlalu kuat membuatkan baby skit dan tidak selesa.

Saya betul-betul marah dengan cara percakapan mak mertua saya sebab dia macam salahkan mak saya. Mak saya yang mengajar saya mandikan baby, mak saya yang mengajar saja menjaga baby. Mak mertua saya cakap, dengar cakap dia tak akan salah, saya yang salah.

Baby dalam kandungan saya selama sembilan bulan. Masa beranak, saya skit selama 18 jam. Baby saya keluar kena incubated sebab tak bernafas. Saya sebagai mak, adakah saya akan buat baby saya skit dan tidak selesa.

Kenapa mak mertua selalu salahkan saya? Masa saya mengandung, mak mertua langsung tak pedulikan saya. Kenapa bila baby dah dilahirkan, baru sekarang dia jadi begini? Saya betul-betul stress dgn perangai mak mertua saya ini.