Mlm ptama aku tidur dlm tndas sbb xnk suami sntuh. Sbln sekali je aku bg suami blk rmh tu pn tidur blk asing

Foto sekadar hiasan. Bini kedua ni selalunya perampas. So aku nak cerita dulu macam mana aku boleh dapat title ‘isteri kedua’. Umur aku masuk 25 tahun. So korang nak tahu macam mana aku dapat title ni? Suami aku kena tangkap basah dengan madu aku iaitu kawan kerja dia sedangkan kitaorang dh bertunang dan tinggal lagi 3 minggu nak nikah.

Ya 3 minggu lagi gais. What a sad life. Aku dapat berita ni sebabkan aku dengan suami aku dan madu aku (kawan kerja dia kan) kerja satu company yang sama.

Cuma beza aku kerja dalam office. Dia dan madu aku banyak travel dan diaorang 1 team. Masa malam dia kena tangkap basah tu aku memang tak tahu lah kan cuma aku ada rasa tak sedap hati bila dia tak call atau msj aku 1 hari.

Esoknya aku masuk office petang sebab aku halfday. Bila aku masuk je semua orang dekat deptartment aku pandang aku dengan pandangan aku tak dapat tafsir.

Aku mula ingt aku ada buat salah. Tapi tetiba dapat call dr manager HR suruh jumpa dia. Dari situ la aku tahu suami aku dah bernikah dengan madu aku.

Aku ? Jantung aku gugur waktu tu. Tapi yang aku tahu air mata aku sikit pun tak jatuh gais. Cuma aku rasa remuk hati aku.

Rasa skit yang mana air mata pun tak mampu nak keluar. Oh ya masa kena tangkap basah tu diaorang tengah outstation la.

Macam mana boleh jadi macam ni ? Aku rasa aku yang terlalu baik hati. Hahahaha. Hurmm. Baik hati macam mana ???

Aku dah lama tahu madu aku suka dekat suami aku. Sebab aku perempuan. Kita perempuan ni sense dia lain sikit kan. Boleh tangkap dengan cepat.

Tapi aku baik hati. Aku cuma cakap dengan suami aku. Hati2 jelah dengan madu aku tu. Jangan sampai tersuka bila dh kerja sama2 tu.

Tapi tak sangka la tangkap cintan jugak diaorang berdua ni. Aku tahu suami aku dulu suka tumpang kereta madu aku sebab suami aku pakai motor pergi kerja tapi kalau pergi luar negeri.

Suami aku banyak tumpang kereta kawan2 team dia. Jadi madu aku salah sorangnya lah. Pernah jugak sekali madu aku jemput suami aku bawak pergi balik kerja around 1 bulan kot sebab suami aku punya motor rosak.

Aku dengan rasa baik hatinyaaaaaa (sekarang baru rasa kebongokkan dia) okay je bila madu aku buat macam tu. Katanya suami aku. Madu aku je yang sanggup nak jemput hantar dia.

Aku ada fikir lain tapi aku tepis perasaan tu sebab aku rasa tu je jalan yang ada. Yelah aku pun tak nak fikir panjang sangat sebab nanti boleh bawak gduh pulak dengan suami.

Aku tak nak cerita panjang sangat pasal ni. Tapi inilah jugak antara salah 1 sebabnya diaorang boleh bercinta belakang aku.

So next apa yang berlaku lepas diaorang nikah tu. Mak ayah aku nak batalkan semua majlis dan keluarga pihak laki pun redha kalau aku nak batalkan. Tapi aku ? Baik hati lagiiiiiiiii(geram dengan diri sendiri) sebab nak jaga dua2 belah pihak punya muka.

Aku mintak teruskannnnnnn. Yes gais. Aku teruskan. Bongok sangat aku rasa. Aku tak tahu la kenapa aku boleh bertindak macam ni.

Cuma waktu tu aku banyak mengalah. Mungkin sebab aku tak dapat fikir panjang dah. Aku tak nak semua malu. Aku tak nak menyusahkan siapa siapa.

Jadi aku tetap teruskan pernikahan aku dengan suami aku. Yupp tahun lepas bulan 1 aku sah jadi isteri kedua suami aku.

Macam tu lah aku dapat title isteri kedua. Setelah 7 tahun bercinta 8 bulan bertunang. Akhirnya aku jadi isteri kedua. Pathetic thing happen in my life.

Aku sebenarnya dah tawar hati dengan suami waktu akad nikah. Aku rasa kosong. Bukan ini yang aku nak. Aku betul2 tak dapat terima kenyataan aku kena hadapi benda ni.

Tapi aku buat fake. Aku buat lagak aku yang aku OK. Tapi sedangkan semuanya tak ok. Malam lepas majlis. Aku terus buat beberapa perjanjian dengan suami.

Orang kata kalau ada 2 isteri ni. Kena adil kan? Tapi aku kategori baik hati + tawar hati aku cakap aku nak dia duduk dengan aku 1 hari je dalam sebulan.

Hari apa yang dia nak duduk tu ikut lah dia nak bila. Tapi selebihnya memang aku tak kasi dia masuk rumah.

Kami dah ada rumah sewa gais dan nasib baik rumah atas nama aku dan kunci semua aku pegang. So dia memang tak boleh buat apa.

Nafkah tu ikut mana yang dia mampu. Aku pun tak kisah sangat sebab aku ada saving aku sendiri dan aku ada pendapatan tetap. Dan ada lain2.

Malam dia dengar perjanjian aku tu. Dia nangis teruk. Dia mintak maaf sujud dekat kaki aku. Aku tak nangis pun. Aku pandang dia macam tin kosong je.

Lalu sepi je dekat telinga aku dengar dia teresak2. Dan malam tu jugak aku sanggup tidur dalam bilik air gais. Sebab tak nak dia sentuh aku.

Aku tahu aku dah jadi isteri yang derhaka masa first nikah. Tapi aku boleh buat apa. Aku pun manusia biasa. Yang sedang terluk4 hati dan perasaan.

Setahun lebih dah aku dengan suami aku macam ni. Kami memang macam orang asing. 1 hari yang dia duduk dekat aku tu hanya cukup syarat je

Aku balik kerja dia tak balik lagi. Aku akan tidur bilik no 2 dengan kunci pintu. Aku tetap masak dan basuhkan baju dia.

Esoknya dia akan balik dekat madu aku. Aku sekarang lagi banyak berdikari. Semua aku uruskan sendiri. Suami pun bagi nafkah.

Aku simpan je duit tu. Sebab aku tahu madu dengan suami aku lagi memerlukn duit lagi2 madu dah nak hampir dengan due date.

So inc4se diaorang tak ckup duit. Aku boleh pulangkan balik duit suami aku tu. (Baik hati lagi kan aku ni ?) Penerimaan keluarga. Masa mula2 dulu.

Mak ayah aku dengan adk beradk aku memang langsung tk nak pandang muka suami aku. Apatah lagi nak berborak. Dan raya tahun lepas n tahun ni aku raya dengan family je tanpa suami.

Aku kan isteri kedua. Korang faham jelah. Hahahaha. Apa boleh buat. Dah nasib. Side mentua aku dengan ipar aku. Alhamdulillah diaorang semua syang aku.

Mungkin sebab serba salah anak dan abang diaorang buat aku. Tapi aku banyak kali cakap. Benda dah lepas jangan diungkit. Mak mentua aku manjang nangis je kalau jumpa aku. Pluk aku. C1um aku.

Aku tahu hati kecil mak mentua aku masih lagi rasa bersalah. Tapi aku nak diaorang redha je. Biar aku je rasa macam ni. Masa first2 aku tengok family in law aku layan madu aku agk teruk.

Tapi aku pujuk diaorang jangan buat macam tu sebab dia manusia jugak. Aku ?? Dari first sampai hari ni aku tak pernah bercakap pun dengan madu aku. Hahahahaahahahah.

Balik kampung suami pun. Aku akan tidur hotel dengan adk ipar perempuan aku. Mungkin sebab adik ipar aku sama baya dengan aku.

Jadi aku selesa dengan dia. Thank you Ima for understanding me. Hehehe. And actually ayah aku ada cakap dengan suami aku. Kalau rasa tak mampu jaga dua isteri.

Pulangkan balik anak dia. Suami aku terkedu sebab aku tak pernah pun nak mintak dilepaskan atau fasakh. Bagi aku biar dia sendiri tentukan.

Hak berpisah kan hak lelaki. Huhuhuhu. Aku ada jugak tunggu kata2 tu dr dia. Tapi tak ada pun so aku pun buat donno jelah.

Cuma bila bapak aku ada cakap macam tu dia ada tanya aku. Apa pilihan aku. Aku cakap terus terang pada dia. Aku pun tak rasa hubungan ni kekal sampai bila2.

Jadi aku serahkan kata2 tu dekat dia. Dia nampak faham tapi tak tahu la kan. Dia faham ke idok. Secara jujurnya. Aku pun tak ada rasa syang dengan dia. Hubungan kami atas nama suami/isteri je. Tapi bagi dia. Aku tak tahu la kan.

Aku sekarang masih lagi boleh bernafas sampai hari ni. Alhamdulillah. Allah bagi ujian ni pasti ada hikmahnya. Walaupun ramai kata aku tak nampak ada suami tapi aku tetap jugak mintak kebenaran kalau nak keluar ke apa.

Hubungan aku dengan madu memang tak pernah baik. Madu pernah bercakap dengan aku tapi buat macam angin lalu. Aku tak jahat gais.

Cuma aku tak rasa nak berbaik lagi. Hati aku ni masih lagi berbekas. Mungkin sampai bila2 pun takkan pulih. Hubungan dengan suami pun macam dengan madu. Cakap benda yang perlu je.

Tak ada mesra macam orang lain. Masing2 banyak senyap kalau balik rumah mentua/kg dia. Dia ada jugak banyak kali tarik perhatian aku.

Tapi macam aku cakap kan . Aku rasa betul2 kosong. Apa je dia cuba buat tu semua aku pandang nothing. Empty.

Aku banyak dengan kehidupan aku sendiri je. Sikit pun aku tk sentuh kehidupan suami dan madu aku. So akhirnya.

Aku jadi macam ni lah. Seorang isteri kedua yang sedang bangun sikit sikit untuk jadikan diri ni kuat.

And korang boleh tak tolong doakan supaya hati aku terus kuat untuk berjalan kehadapan tanpa jatuh ? Macehhhh if you do that.

Aku harap ada pengakhiran yang adil untuk aku. Huhu. Untuk perempuan diluar sana. Mungkin hari ni hari korang buat macam tu pada orang macam aku tapi dunia sentiasa berpusing girlssss. Watch outttt.

Untuk yang seiring dengan jalan cerita aku. Jom lah kita sama2 naik menghadapi dugaan ni.

Mungkin kesilapan kita yang lalu buatkan Allah jadikan ujian ni sebagai peringatan. Siapa tahu ? Moga semuanya baik baik sahaja. Moga Allah sentiasa jaga kita. Aminn.

Untuk lelaki diluar sana. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi jangan se-ksa perempuan macam bin-atang.

Kalau kau yakin kau nak. Kau buat betul2. Kalau tak nak tak payah. Kan senang ? Jangan nak tunjuk handal sangat.

P/S: Hikmah poligami amat murni kerana ia sepatutnya mendekatkan lagi hubungan, sekali gus mengukuhkannya dan bukan menjarakkan hubungan kekeluargaan.

Jadi dalam proses membina keluarga yang lebih besar ini saya berpandangan suami perlu mendapatkan persetujuan isteri pertama kerana hanya dengan cara itu matlamat poligami yang dianjurkan Islam dapat dicapai.

Bahkan, ia amat penting dalam memupuk persefahaman dan mengurangkan konflik di antara psangan,”

KISAH KE 2.

Assalam semua pembaca. Terima kasih sekiranya confession ini disiarkan. Terfikir untuk membuat pengakuan selepas membaca pengakuan seorang wanita bergelar isteri pertama yang sangat positif seminggu dua yang lepas. Dalam hati berkata, wanita ini sebaik madu saya. Ya, Saya adalah isteri kedua. Perkahwinan kami kini alhamdulillah menjangkau usia 11 tahun.

Ketika bernikah, usia saya 31 tahun, suami 37 tahun, dan madu saya ketika itu 35 tahun. Berkenalan dengan suami selama 6 tahun sebelum berkahwin, pelbagai rintangan kami lalui hanya untuk menghalalkan hubungan ini.

Yer lah, isteri mana rela suaminya diambil orang, kan? Kalau saya sendiri di tempat isteri pertama, saya juga akan menentang selagi terdaya. Dan itulah yang madu saya buat.

Ketika suami memohon kepada mahkamah untuk berkahwin kali kedua, isterinya menentang habis-habisan. Beberapa kali mereka naik turun mahkamah, hampir setahun juga k3s dibicarakan di mahkamah. Ingat senang mahkamah nak benarkan orang berpoligami?

Tapi kenapa kami memilih untuk memohon berpoligami dengan cara yang betul? Bukan dengan cara kahwin lari ke Siam dan sebagainya sedangkan itu lebih mudah dan menjadi pilihan ramai orang. Kenapa kami memilih cara yang sukar?

Kerana saya yang minta begitu. Saya bekerja di bidang profesional dalam perkhidmatan awam. Begitu juga isterinya. Suami pula pekerja swasta yang bergaji boleh tahan. Saya ada maruah saya sendiri.

Takkan saya nak maluukan keluarga dengan berkahwin lari? Takkan saya nak hitamkan muka ibu bapa saya sedangkan saya adalah anak kesayangan mereka?

Ibu bapa saya sudah cukup kecewa bila saya memilih suami orang sebagai pasngan, kerana mereka rasa saya boleh mendapat yang lebih baik. Saya terpelajar, pernah menjadi best student dan saya adalah harapan mereka.

Namun akhirnya mereka terpaksa merestui juga pilihan saya ini. Dan itu sudah cukup membuatkan saya rasa bertanggungjawab untuk memilih berkahwin dengan cara yang betul, sama seperti orang lain berkahwin, walaupun dengan suami orang.

Saya nak pernikahan saya diiktiraf oleh undang-undang, dan oleh masyarakat. Saya nak hak yang sama seperti isteri pertama. Hak dari segi kalau dia boleh bernikah dengan cara yang elok, kenapa dengan saya perlu sembunyi? Sedangkan pernikahan itu sesuatu yang perlu diwarwarkan. Hak dan pengiktirafan ini yang saya nak.

Alhamdulillah, pihak keluarga suami faham ini. Ibubapa dan pihak keluarganya datang sendiri dari selatan ke utara untuk meminang saya. Mereka buat saya rasa dihargai walaupun saya hanya menantu kedua. Walaupun ketika itu mereka sedar hati isterinya terluuka.

Berbalik kepada k3s di mahkamah, selepas beberapa bulan, entah bagaimana, akhirnya isterinya bersetuju untuk membenarkan suaminya berkahwin lagi. Dengan banyak syarat pastinya, yang melibatkan kewangan. Saya faham, dia cuma mahu melindungi haknya dan anak-anaknya.

Dan akhirnya alhamdulillah, kami bernikah dan disandingkan di rumah kedua-dua belah pihak dalam majlis yang meriah. Ia membuatkan saya tidak terasa saya berkahwin dengan suami orang. Penerimaan keluarga suami buat saya bersyukur.

Ibu bapanya melayan saya dengan baik sekali. Tidak pernah membezakan saya dengan menantu pertama mereka. Kakak-kakak ipar pula, tidaklah begitu mesra, namun mereka tetap melayan saya dengan baik walaupun mereka dalam dilemma. Kakak-kakak ipar semuanya rapat dengan isteri suami.

Saya faham dilemma mereka. Melayan saya, bermakna mereka akan mengecilkan hati isterinya. Tapi mereka juga tidak sanggup mengecilkan hati saya, kerana adik lelaki mereka yang memilih saya.

Ketika awal perkahwinan, berlaku juga siri mesej-mesej kemarahan dari isterinya. Sehinggalah suatu ketika, dia membuat keputusan untuk tidak lagi peduli. Number saya diblock. Dan sejak itu tiada lagi komunikasi antara kami.

Tapi sejak itu juga saya rasa kemrahannya reda sedikit demi sedikit. Di tahun ketiga perkahwinan, saya bersalin kali kedua, ketika itu umat Islam sedang membuat persiapan untuk menyambut hari raya.

Dialah yang menjaga anak sulung saya yang ketika itu berusia setahun lebih. Dibelikan baju raya untuk anak saya, sedondon dengan mereka sekeluarga.

Sehingga kini, anak-anak saya (4 orang) bebas ke rumahnya. Kadang-kadang tidur di sana. Anak-anak mula rapat dengan ibu tiri mereka. Ketika saya perlu berkursus di hujung minggu contohnya, dia yang menjaga dan memberi makan anak-anak saya bila dibawa oleh suami ke rumah mereka.

Anak-anak yang besar (sulung dan kedua) sering dibawa berjalan ke mana-mana bersama 5 anaknya yang lain. Mereka ke IKEA, Zoo, Giant dan lain-lain tempat. Dia seorang yang independent, maka selalunya dia ke mana-mana bersama anak-anak kami tanpa suami.

Dibelikan baju atau tudung untuk anak-anak saya. Ataupun diperturunkan baju anak-anaknya yang masih boleh dipakai kepada anak-anak saya pula.

Anak pertama saya, kini berusia 10 tahun. Seumur hidupnya, saya hanya berjaya memotong rambutnya beberapa kali saja. Selebihnya oleh ibu tirinya.

Pernah, ketika anak saya di tadika, terpaksa dijemput oleh beliau, kerana saya dan suami sama-sama tak dapat menjemput pulang anak saya. Tertanya-tanya juga pihak tadika ketika itu.

Pendek kata, isteri suami akhirnya menerima anak-anak saya. Walaupun sehingga kini, saya rasa dia masih tidak dapat menerima saya sepenuhnya.

Bayangkan kami tidak pernah bersua muka dan bercakap selama 11 tahun saya berkahwin ini. Rumah kami berdekatan. Hanya dipisahkan oleh beberapa buah rumah saja. Kadang-kadang ada juga kami berselisih di jalanan. Hanya setakat itu saja. Selalunya dia buat tak pandang saya pun.

Pernah 2 tahun lepas, suami bawa saya ke rumahnya untuk bersua muka, tapi oleh kerana dia belum bersedia, dia menguncikan diri di dalam bilik sehingga saya balik.

Ya, dia mungkin masih tidak menerima saya. Tapi penerimaannya terhadap anak-anak saya sudah membuatkan saya bersyukur sangat-sangat.

Terima kasih kak. Saya tau saya bersalah menerima suami akak dalam hidup saya. Saya sendiri kadang-kadang tak dapat menerima kenyataan yang saya perlu berkahwin dengan suami orang. Tapi suami selalu mengingatkan saya bahawa ini adalah jalan hidup kita, takdir kita. Siapa kita untuk menidakkan takdir Tuhan.

Suami juga selalu mengingatkan saya agar bersyukur. Walaupun saya bermadu, saya dapat jumpa suami setiap hari. Walaupun bermadu, tapi madu menerima anak-anak saya. Tidak pernah menyerang saya seperti yang terjadi pada orang lain.

Konsepnya, saya jaga rumahtangga saya, dia jaga rumahtangga dia. Saya tak masuk campur hal dia, dia juga tak masuk campur hal saya. No direct communication in between us. Hanya suami menjadi penghubung. Dan suami pula, berlaku adil dari segi giliran dan lain-lain.

Saya selalu berdoa, akhirnya dia betul-betul menerima saya. Teringin juga shopping sama-sama, bawa anak berjalan bersama- sama. Teringin jadi kawan baik dia.

Sementelah saya pun tiada saudara mara atau sahabat baik di negeri suami ini. Masih menunggu hatinya terbuka sepenuhnya untuk saya. Moga ada sinar nanti. InshaAllah

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Eita Ariff, Mesti ramai wanita yg kecam & menyumpah puan krn berani mengaku puan ‘mengambil’ suami org.

Tp bg sy,tiada apa yg dpt kita buat jika takdir hidup kita berbeza..puan telah berusaha & berdoa..puan hiduplah dgn penuh gaya..jgn dipedulikan yg negativ tu sesungguhnye depa jeles tgk wanita lain bahagia.

Fauzi Alias, Saranan saya, suami kene kawin kali ke 3 supaya istree kedua merasa perasaan bila dimadukan. selepas itu plak kawen kali ke 4 supaya istree ke 3 merasa perasaan bila dimadukan.

Secara x langsung dpt mberikn kelegaan dan bahagia kpd isteri nombor 1 & 2.. da cukup kouta tu jgn berangn nk kawen lagi kali ke 5 plak haha.

Marina Marissa, Alhamdulillah puan bahagia. Lagi pun poligami memang dibenarkan dalam Islam kan. Cuma nak tanya puan kenal suami 6 tahun sebelum kawen, memang dah tahu la kan dia dah beristeri. Puan tetap mahu menjadi isteri keduanya kah?

Soalan no 2, puan dah berkahwin 11 tahun, apa puan rasa klau tau diam diam suami puan ada simpan perasaan dan berhubungan dengan perempuan ke3 selama 6 tahun lalu?

Soalan ke 3, kalau suami puan nak kahwin ke 3 dan ke 4, adakah puan akan redha seperti mana isteri pertama redha kan? Tak payah jawab kat sini.. jawab di hati.

Hidayah Lee, Biarlah dia cari kebahagiaan dia. Tak perlu la kot kacau hidup dia. Dia mungkin menerima dan reda. Mana tau, hati dia dah hncur. Semuanya dilakukan utk tak nak lihat anak jadi mngsa. Teruskan hidup seperti sekarang. Doakan yang baik utk madu awak. Semoga berbahagia.

Hamidah Said, Moga2 pn berbahagia dgn madu pn. Didoakan juga moga bertambahlah lagi isteri2 suami pn sp cukup 4 org agar terbela nasib wanita2 yg dambakan suami di luar sana. Moga pn setabah madu pn ketika menyaksikan persandingan2 suami pn dgn isteri2nya nanti.

Ayu Wahab, Kesian kena kcam sbgai isteri ke-2. Confessor meluahkn saja. Memang poligami memeritkan sbb kena berkongsi.. perempuan mana nak… ditambah pulak perkataan dirampas, menyondol, …..

Kepada sesiapa pun yg beri comment jgn sebarangan komen sesuatu yg bukn kehidupan kamu. Disebalik manis dan perit confessor lalui hanya Allah saja yg tahu…

Boleh jdi Allah mahu menambah amal kebaikan isteri2 ini dengan hanya memikirkan masalah kluarga mereka..
Boleh jadi Allah menguji suami ini dengan 2 isteri…

Bagi suami yg seorang isteri dan bagi isteri yg tidak berkongsi, apa kamu yakin kehidupan kluarga kamu yg tidak berpoligami ini sudah menjamin kamu semua ke syurga.Sampai hari ini mentaliti masyarakat lebih suka menhina n mencaci.

Kpd confessor nasihat saya… klu kamu nk berbuat baik kpd madu kamu.. biarlah kerana Allah… letak saja Allah no.1 demi keredhaan no.2 dr suami.

Aslina Majid, Kalo tengok dari reaksi isteri pertama tu sejak awal… Kira bertuah sangat laa dia boleh terima anak2 tt ni. Paling takleh blah boleh lak dia angkut semua anak2 sendiri jalan2 tanpa suami. Mmg tt ni tak rasa apape ke sampai isteri pertama tu buat mcm tu? Kat mana suami masa tu?

Poligami yg bajet boleh jadi bff ni cuma wujud kalau isteri pertama yg carikan untuk suami dia… Tu je. Lain2… Susah sikit.

Ana Ruhaina, Saya tak tahu nak cakap mcm mana tt. Saya tak habis baca pun. Bila sampai ayat ibubapa suami tt datang meminang dari jauh, sumpah saya menangis.

Terluukanya hati ni.. Sebab 12 tahun perkahwinan dengan suami, saya kira saya la menantu yang paling disayangi keluarga suami. Tapi bila bekas suami saya cvrang, takda siap pun yang fight untuk pertahankan saya.

Sebab tu saya nekad, jika satu masa nanti anak lelaki saya memilih untuk menduakan isterinya, saya akan fight dan pertahankan menantu saya..

Andai ada buruk di pihak menantu saya, saya harap saya mampu buat sesuatu yang terbaik supaya anak2 lelaki saya tidak menduakan menantu2 saya dan mereka bole hidup harmoni. Perit tahu tak bila orang yang kita sayang menduakan kita.