Setahun suami tinggal aku ikut prm lain, mlm tu suami blk tanam benih kt aku. Tp esknya dia bg borang ceraai

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Nama aku Mia. Apa yang aku nak cerita ni bukan tentang kisah aku. Tapi tentang kisah sahabat baik aku. Biarlah aku gelarkan dia Aya (Bukan Nama Sebenar). Aku mula kenal Aya hanya selepas aku masuk Diploma di sebuah Universiti di Utara. Kami merupakan satu jurusan juga satu kelas dalam kos yang melibatkan lukisan ni.

Aku sangat kagum dengan Aya. Dia sangat cantik, Sopan Santun, lemah lembut, pakaian sopan.. Rupa dia ada iras iras Heliza helmi + Angelina Jolie sikit sikit.

Yang buat aku lagi kagum, semua lukisan dia, semua cantik cantik, macam dia jugak. Almost perfect bagi aku dia nih. Semua lecturer dan kawan kawan suka dia.

Every semester dekan. Lukisan dia sentiasa menjadi buah mulut lecturer. ‘ouh, ini lukisan Aya’. ‘Kalau Aya punya lukisan, tak payah komen banyak. semuanya gempak’

And not surprise me at all, she get ANC during Convo. Cukup serba sedikit intro pasal Aya.

Yang aku nak fokuskan kat sini, kehidupan dia sekarang. Kami hanya belajar bersama, dalam 4 tahun sahaja. Tapi cukup membuatkan kami rapat. Segala masalah dikongsi bersama.

Aku rapat dengan family dia walaupon tempat asal dia jauh dari aku. Dalam setahun Selepas konvo, dia bagitau berita gembira yang dia nak kawen. Of course i’m happy for her and surely aku akan datang walaupon jauh. Semua dah set. Tema baju ape nak pakai. She look gorgeous.

Tapi ada satu benda yang aku tak berapa happy. Actually dari masa kami belajar lagi, aku tak berkenan dengan bakal laki dia nih. Let me name him Syah (Bukan Nama Sebenar).

For info, diorang memang dah bercinta since kitorang study lagi. So aku memang tau sedikit sebanyak perangai Syah nih. Ramai yang kata dia tu plyboy. Tapi Aya yakinkan aku yang Syah dah berubah. So I’m okay with it.

So after dia kawen, the next year tu aku pulak naik pelamin. Aya and Syah memang datang. Package angkut sekali mak ngan ayah. Aku memang panggil mak ayah dia ‘mak Ayah’ sebab mulanya mak dia nak jodohkan aku ngan anak laki dia.

“Kalaulah anak anak laki mak perangai elok, nak je mak kawenkan dengan mia”. Nak bagitau jugak aku ni hellok. Hahaha. Ok gurau. So after 6 bulan kitorang kawen, lagi sekali aku happy. Aya mengandung lepas pernah sekali dia gugur.

Everything going well so far. And come to the day dia nak beranak, laki aku call.

“Sayang, Aya nak bersalin ke?”. Aik ?? Macam mana pulak boleh laki aku yang tau dulu nih. Laki aku tau sebab dia pergi kenduri kawen kawan dia dan terserempak dengan mak ayah aya kat sana. Diorang la bagitau.

Okay legaaa. Hahahhahahah. So aku pon ape lagi, DM la Syah tanye betul ke Aya dah nak bersalin. Syah cakap betul. Tengah tunggu masuk labour. Aku ni tak senang duduk ha dekat rumah.

Yela sebab aku nak pergi sane jauh. Laki aku pulak takde. So konon konon mundar mandir dalam bilik jelah walaupon pada hakikatnya kalau dalam drama sepatutnya scene aku ni kat depan bilik bdah sambil tunggu dktor keluar ‘dktor, macam mana keadaan kawan saya’.

Cut story short, lepas anak dia dah masuk 3 tahun macam tu, aku detect something yang tak kena between diorang. So aku pon mulakan penyiasatan. Aku view ig Syah. Dah lama dia takde update pasal Aya. Kalau tak selang seminit adeeee je nak update. Pergi hotel lah. Pergi mall siap pegang tangan lah.

Walaupon aku menyampah dengan Syah ni, but still aku tetap mendoakan kebahagian Aya. Aku taknak tengok dia derita. Aku macam pelik. Kenapa sekarang aku baru perasan. And aku view plak story aya. Pon same.

So sebab aku ni jenis tak sabar nak jalankan penyiasatan lama lama, aku terus whatsapp Aya.

“Aya, are you okay ?” for the first, dia macam nak deny.

“Aku okay lah, ape kau ni tetibe wasap salam tak bagi ape tak bagi, tanye aku okay ke tak”.

So aku terus terang je. Aku cakap,

“Korang ade pape masalah ke. Sebab aku perasan, yang dekat IG dah lama korang tak post pasal memasing”.

And lepas tu baru dia cerita semua benda.

“Mia, aku ngan Syah ade masalah. kami almost 9 bulan dah tak stay together”. Allahuakbar.

Lama dah sebenarnya benda ni jadi. kenapa baru sekarang aku baru perasan benda ni.

“Aya, maafkan aku. Aku tak tau”.

“Takpe Mia, aku sebolehnya tanak cerita pada sesiapa. tapi aku tak kuat Mia. Tolong aku. aku boleh jadi giila kalau macam ni”.

“Korang ada masalah ape ? teruk sangat ke ?”.

“Syah nak cerrai”. Allah …..

“Tapi kenapa?”.

“Katanya dia dah tak boleh hidup dengan aku sebab aku asek meroyan tak boleh manage emosi aku”.

“Kau meroyan ? kenapa ? Dia buat ape dekat kau Aya?”

Aya yang aku kenal, sangat lemah lembut. Sepanjang aku kenal dia, tak pernah Nampak dia marah. Always cool je walaupon sebenarnya keadaan tu sepatutnya dia kena marah.

“Sebenarnya, aku dah lama pendam benda nih. Tapi aku still bagi dia peluang. But he always waste every chance that I give to him. Dia kantoi DM pompuan lain. bukan sekali, bukan dua kali Mia. Dah banyak kali. Cuma aku je still deny yang dia tetap sayangkan aku sorang je”.

“Infact, masa aku lahirkan Zikri, time tu pon dia tengah chat dengan pompuan lain. Macam mana aku nak kuat kalau emosi aku selalu terganggu dengan benda macam nih?”

“Aku boleh hadap kalau setakat perangai tak semenggah, makan tak basuh pinggan ke, kentut bersepah ke. Tapi once benda ni melibatkan orang ketiga, mana mana pompuan pon tak boleh tolarate”.

Panjang berjela aku baca whatsapp dia. Pompuan ni memang suka pendam. Tapi once dah meletup, habis dia bagi semua cerita dalam satu trip jee. Ya Allah. Kesiannya kau Aya. Dah lama kau simpan benda ni sorang. Maafkan aku, sebab aku takde dengan kau lebih awal.

Walaupun diorang tak stay together time tu, tapi Aya sentiasa nak pulihkan hubungan diorang sebab Zikri. Dia taknak Zikri hidup dalam family yang tak sempurna tanpa Ibu dan Abah dia. Aya pujuk Syah. mintak ampun, mintak maaf, mengaku dia banyak buat salah dekat Syah. And everything just wasteful.

Semua tu tak mengubah langsung keputusan Syah. Syah tetap nak cerrai. Aya redha. tapi Syah seolah olah macam nak main tarik tali.

Melambatkan proses mahkamah. Lama jugak. hampir setahun macam tu. Aya dah tak tahan. kalau betul nak bercerrai, lepaskan secara baik. Kenapa perlu melambatkan proses.

One day, Syah datang ke rumah family Aya. katanya rindukan Zikri. Dia layan Aya baik sangat. Seolah olah macam takde ape yang berlaku. Syah tido situ malam tu. Aya ingat Syah memang nak berbaik dengan dia. Hati Aya dah berbunga sangat malam tu. Diorang tidur macam biasa as husband and wife. Faham kan ?? ermmmm…… tutttt….

Esok pagi, masa Syah nak balik, Aya sempat hulurkan tangan nak salam. And guest what ? Syah kate, “Saya tetap nak bercerrai”.

“Whatttttt Habis yang semalam tu ape?? Aku ni isteri, tapi lepas apa yang jadi ni aku rasa kau layankan aku tak ubah seperti seorang pelcur”.

Aya cerita every single thing weh dekat aku…. Nak menangis nya aku rasa. Sampainya hati dia buat dekat kawan aku macam tu. Kalau kau memang nak bercerrai, buat ape nak bersama lagi. Aku tahu tu tanggungjawab. tapi tak malunya kau nih.

Ya Allah kuatkan lah aku agar aku tak carutkan jantan tak guna nih. Aku banyak bagi sokongan, nasihat and cadangan sepanjang masalah Aya ni berlaku.

Setiap kali Aya whatsapp ‘Mia, kau sibuk ke?’. Aku terus akan reply and curi-curi masa untuk ada dengan Aya. I’m always by your side sister. Just text me.

Selang dalam 3 bulan dari k3s malam tu. Diorang sah bercerrai. Proses yang sangat singkat dan langsung takde air mata dari Syah. Memang nak bercerrai sangat dah dia nih. Menyirap pulak aku. Masa dekat mahkamah, Aya just pergi dengan Ayah je.

Aya taknak mak ikut sekali sebab Aya taknak tengok mak sedih. Mak dah cukup kecewa dengan Syah sebab buat anak dia macam ni. Masa nakkan Aya dulu, bulan bintang sanggup ku gapai. Lautan api sanggup ku kuak lentang. Ha kau tunggu la ‘lautan api’ kat akhirat esok.

Aya tak kuat lepas bercerrai. Dia banyak berkurung dalam bilik. Termenung. Mak pon masih bersedih tengok Aya macam tu. Lepas sebulan dia bercerrai, aku nampak Aya jual baju kat FB. Cantik-cantik semua design.

“Aya, Kau design sendiri ke baju baju tu? Cantik”.

“Aah. Aku la designkan. Aku planning nak brandingkan jenama baju aku. Aku collaboration dengan mak. Okay tak Mia?”.

“Eh ape yang tak okay nye. Ofcourse okay. Aku support kau dari belakang”.

Ade je lecturer yang bagitau aku, dia one of customer baju Aya tu. Alhamdulillah, seronok aku dengar. Makin maju.

Baju collection-collection baru siap ade photoshoot semua and ofcouse Aya tak perluukan mana-mana model sebab dia dah cukup cantik untuk jadi model.

You look stunning buddy. Just move on. Tak perlu toleh belakang mengenangkan lelaki tak guna satu sen tu. Tahu nak tabor benih je.

Bulan kelima lepas Aya divorce, Mak Aya mngal. Sekali lagi Aya diuji. Kalini lagi hebat ujiannya. Laki aku call,

“Sayang, nama mak Aya sape?”. Dah kenapa pulak laki aku ni tetiba call Tanya nama mak Aya. ‘Zubaidah rasanya’.

“Cuba sayang tengok dekat FB, Aya post cakap mak dia dah mngal pagi tadi”.

Allah … sahabat. Beratnya dugaan kau. Kau baru nak bangkit dari perpisahan, sekali lagi Allah takdirkn perpisahan. Kali ini perpisahan dengan pemilik mustajabnya doa dalam kehidupan Aya. Allah, aku sendiri tak kuat.

Sebelum Mak mngal, aku ada bagitau yang aku rindukan sambal ikan bilis tumbuk mak. bila la nak dapat ke sana. Terkilannya aku. tak sempat jumpa mak. Masa Mak mngal, aku kerja. memang tak dapat kesana. Aku terus call Aya. ‘Aya, kau kat mane?’.

Takde riak suara dia nangis langsung.

“Mia, Mak dah takde. Aku tak tahu nak percaya ke tak sebab pagi tadi sebelum aku keluar pergi keje, dia elok je Mia. Tadi Akak call cakap mak dah takde. Sepatutnya aku tak kerja harini. Tapi officemate bagitau aku ade show kene attend”.

Aku yang menangis sebenarnya tengah tengah cakap dengan Aya. Kenapa Allah beri ujian perpisahan secepat ni di saat Aya sangat memerluukan doa Mak dia untuk dia bangkit.

Aya sampai je rumah, dah penuh dah orang kampung dekat area rumah. Aya tak terurus sangat lepas Mak mngal. Berat turun sampai muka cengkung.

Lepas pada ni, Aya terus hiilangkan diri. Aku contact memang tak pdapat. Aku buntu, macam mana nak cari dia. Aku risaukan dia. Lama jugak Aya menghiilang. Entah apa khabar dia.

Satu hari tu, aku tengah view IG. Tetibe aku Nampak IG adik Aya. Terus aku follow and sent DM kat IG. Tanya mintak contact number baru Aya. So aku contact,

“Kenapa kau menhiilang Aya? Kau dah tak sayangkan Aku ke? Sampai hati kau buat aku macam nih. Merata aku try cari number kau tau. Ni pon dapat sebab aku mintak dekat Bella”.

“Phone aku hiilang la. Ni baru dapat beli phone dengan number baru”. ekelleh budak nihhh. beriya tau aku whatsapp konon-konon aku ni take care takut apa-apa jadi. Phone hiilang rupanya.

“Zikri macam mana. okay ke dia? Dia cari tak Abah dia?”.

“Awal-awal dulu dia meng4muk jugak la nakkan Syah. Dia rindukan Syah. Ade jugak aku bagi Syah amek dia bawak pegi sane. Tapi aku letak syarat. Zikri tak boleh tido sana. Mesti balik hari sampai la umur dia 5 tahun”.

“Kenapa kau letak syarat macam tu?”.

“Aku tanak dia terikut perangai Syah. Sebab sekarang dia belom boleh berfikir sebab dia kecik lagi. Aku taknak tanggung risiko. Cukuplah dengan ape yang dah jadi pada aku”.

I’m crying sister.. nasib lah muka si Zikri tu ikut Aya. takdelah dia nk terkenang sangat arwh husband dia tu. eh hahaha. ex husband.. hidup lagi rupanya. Bila agaknya nak pupus species tak guna ni.

“Mia, aku sebenarnya tak sihat”.

“Kau saakit apa? Dah pergi check dktor ke ?”

“Aku kene buatan orang”. Satu ayat je dia bagi. Allah.. apa lagi pulak kalini. Cukup cukup lah orang kampung Aya kate Mak Aya mngal sebab tak boleh terima Aya bercerrai. Eee nak je aku santau makcik bawang yang suka suka mengata nih. Dia ingat ajal m4ut ni bleh pilih pilih ke nak m4ti sebab ape.

“Aku s4kit since aku hiilang itu hari lagi. Entah lah, dah banyak ustaz yang aku pergi nak rawat. Katanya orang tu tanak tengok aku Berjaya. Nak buat aku merana. Nak buat aku lupa ingatan.

Apa yang ada pada aku Mia sampai sanggup orang buat macam ni dekat aku. Hidup aku memang dah musnah sejak aku dicerraikan. Nak berjaya tu jauh sekali Mia”.

Ya Allah. Kau berilah Aya kebahagiaan walaupon seketika. Janganlah Kau izinkan perkara syirik ni berlaku keatasnya. Dia dah cukup menderita.

Aku speechless. Aku tak tahu nak react macam mana sebab aku tahu semua cerita luuka dia dari awal sampai lah saat nih. Aku sendiri tak sanggup dah nak dengar cerita luuka dia. Aku sedih. Aya baik sangat orangnya.

“Kau tahu ke sape orangnye?”.

“Uztaz tu kate aku kenal, tapi uztaz tu tanak bagitau. katanya nanti aku akan tahu sendiri. Cumanya dia bagi clue yang orang yang buat ni dari side sana (ex-husband)”.

“Ape lagi la yang dia nak dari kau ni Aya. Sampai sanggup buat benda benda ni dekat kau. Dah bercerrai tu dah laa. pergi berambos jelah”.

“Haritu ade Syah whatsapp aku katanya dia rindukan aku. His life turn upside down”.

Upside down taik kucing laaah. Haritu sape yang beriya nak berpisah. Eee aku memang tak boleh tahan dah. dah setahun lebih dah aku tahan nak carutkan si Syah ni. Inilah masanya.

“Family belah sana tuduh aku giila. Diorang kate aku tak layak jaga Zikri.”

“Ya Allah.. weh bagi surat dktor la kalau nak kate kau giila. jangan nak main tuduh tuduh je. Anak dia yang giila. Gila perempuan, giila s3ks. segalanya yang berkaitan dengan giila semua dia sapu.” skitnya hati aku..

“Aku masih on going dengan perubatan islam. Badan aku jadi skit dekat tulang belakang. Aku jadi blur. Aku jadi bingung tak boleh buat kerja. Bila maghrib je aku pening kepala. Aku rasa macam aku ni tak berguna. Semua yang jadi ni semua salah aku”.

Teruknya lahai.. Aku ada family dan bisnes yang perlu aku handle. Jadi agak terbatas aku kesana untuk ada dekat dengan kau Aya. Maafkan aku.

Aku ada ajak Aya datang rumah aku. Bawak je Zikri. lari sekejap dari segalanya. Atleast bila Aya ada teman nak berbual, kurang sikit stress dia. Tapi Aya kate dia tanak susahkan aku. Biarlah semua ni berlalu dulu. Nanti dia akan datang.

Mulianya hati kau sahabat. Aku doakan disebalik penganiayaan ini ada balasan buat diorang. Dan berharap sangat Allah akan pulihkan semuanya satu hari nanti.

Ada satu hari tu, s4kit Aya dah makin pulih sikit. So Aya decide untuk maafkan semua orang. Termasuk ex-husband dia. Dia nak Zikri membesar bukan dalam kebencian kedua parents dia. So that dia akan lebih tenang. Jadi dia nak sambung kerja.

Dia dapat kerja dekat Syarikat Architect di Selatan. Agak dekat dengan tempat tinggal bapak si Zikri. Malas aku nak sebut nama. Menyakitkan hati betul.

So Aya hantar Zikri dekat rumah Syah. Pagi dia hantar Zikri pergi taska, lepas balik kerja dia amek dari taska, and hantar dekat rumah Syah. Dekat rumah Syah ade ex bapak mertua dia sekali. So dapatlah jugak orang tua tu merasa nak main dengan cucu.

Ada sekali tu, Aya nak balik rumah dia dah lambat. Jadi Bapak mertua offer untuk tinggal sementara nak cari rumah sewa baru. Aya yang bendul lagi lurus ni pon ikut lah. Guest what ?? Si Syah ni cuba untuk ‘Try’ Si Aya ni wehhhhhhh. Jahanam la perangai.

Dia pegang pegang Aya. Sampai si Zikri menangis tengok Ibu dia kene buat macam tu baru dia berenti.

“Awak dah lupa ke? Kita dah berpisah. Kalau awak lupa, ni saya tolong ingatkan”. Sempat jugak si Aya ni bagi sedas peluuru tepat menusuk ke hati si Syah.

Lepas kejadian tuh, Aya keluar dari rumah tu and cepat-cepat dari rumah sewa baru atas nasihat kawan-kawan tempat keje dia. Diorang sanggup tong-tongkan duit sewa sebab nak Aya keluar dari rumah tu.

Banyak Pengorbanan yang Aya terpaksa lalui demi nak cari rezeki nak besarkan Zikri. Duhai anak, tolonglah jaga Ibu baik-baik ye. Ibu dah banyak menderita disebabkan bapak kau. Haish. emosi aku terganggu betul setiap kali nak menaip pasal bapak kau nih.

Tak lama lepas tu, Negara kita dikejutkan dengan C0vid-19. So everything tergendala. Sekarang ni pulak PKP, jadi Aya work from home je kat kampung.

PM Muhyidin ade umumkan tentang BPN. Alhamdulillah, boleh la si Aya ni apply buat duit-duit makan. Tapi BPN aya mohon tu tak lepas. Dua kali dia mohon. But still tak lepas.

Semalam dia wasap aku dia tunjuk screenshot,

“Mia, s4kitnya hati Mia. Patutlah aku mohon tak lepas. Syah dia mohonkan atas nama dia, tapi dia letak status berkeluarga”.

Tertera dekat screenshot tu nilai RM1600 dah lulus.

Ya Allah.. Lagi sekali hak dia diambil. Becerrai dah setahun lebih kot. Kau mohon jela status duda. Aya ada pergi pejabat LHDN semalam.

Tapinye LHDN tak boleh buat apa unless pihak yang pemohon tu update status terbaru. Kesiannya Aya. Aku mintak no acc Aya. Aku nak transfer sikit duit BPN yang aku dapat tu. Serious aku rasa sedih giila.

Disaat aku susah, ada yang lagi susah. Tapi Aya tolak. katanya duit ade je. Saje je mohon BPN tu. Sekali lagi nak sedapkan hati aku. Rupanya Syah dah lama tak bagi nafkah diorang. Kononnya sebulan RM500. hmm RM5 pon tak Nampak bayang.

Aku cuba dapatkan contact Peguam dari lecturer aku. Aku nasihatkan Aya untuk fight hak nafkah dekat mahkamah. Jangan berlembut lagi. please Aya. Wake Up. Kau dah lama sangat dibuuli. Do something. Show him the real you.

Setakat dia dok update status dkat IG konon bahagia sangat life sekarang ni, aku doakan Allah tarik semua nikmat bahagia tu sebab dia bahagia atas penderitaan dan penindasan kawan aku.

Doakan kawan aku guys. Supaya keadilan ada buat dia. Doakan jugak semoga ada sinar pelangi di sebalik mendung yang berpanjangan ni. Dari sahabatmu.

Ramai terkesan dengan perkongsian ini. Ini antara reaksi netizen.

Rabiatu adawiyah, Kenapalah nak baik lg dgn syah tu… bijak sketla sahabat mu itu… pegiila jauh besarkan anak baik2..soh dia pindah dekat ko.. ko sahabat pun.. tolg betul2… kalau nak tolg, x yah tanya..terus je bagi… org penyegan ninkita kena proaktif..x yah tanya2..tolg je… pegiila jumpa member hang tu jap.. kata kawan.

Ahmad Kamil, Semoga sahabat ko di berikan kebahagian pd masa akan dtg & d jauhkan drpd prngai2 dengki manusia yg mensyirik Tuhan tuh.. Ko (Mia) contoh seorang sahabat yg terbaik sentiasa bg moral support & cuba bantu sahabat ko tuh..Sentiasa Tuhan sentiasa menjaga hubungan persahabatan kalian berdua.

Wan Fatiha, Tabahnya Aya… Sister Mia adalah kawan yg plg bgus. Wlupon Aya diuji tp Mia tetap dgn Aya. Smoga Aya terus kuat. I think Aya kne fight nafkah anak dye n jgn makan pujuk rayu si badigol tu. Bertimpa2 ujian yg dtg kat Aya. Stay strong sis Aya.

Indah Sumayyah, Semoga Aya terus kuat . Allah ada. kifarah n karma tu ada.. Banyakkan doa.. Doa org2 teraniaya makbul. lagi2 bulan yang mulia ini… Keep strong mommy. Allah with you.

Rose Azalea, Celaaka betul jntan ni…kau dh craikan aya, lepastu kau ambik pulak hak dia? Eiii dasar jantan tak guna. Tak ke mana pon lah kau dgn perangai mcm tu. Kau ingat eh, Allah tu tak tido tau. Nanti satu2 Dia bagi kau rasa ape yg kau buat dekat aya. Aya, f1ghting.