Foto sekadar hiasan. Aku berumur awal 30 an dan sudah berkahwin. Kisah aku sebelum kahwin sama seperti confession sebelum ini, mengenai gadis yang kehil4ngan maruah sebelum berkahwin. Gadis yang pada mata kasarnya bukan lah perempuan soc1al, bukanlah perempuan s3ksi, bukan lah perempuan yang bergaul bebas dengan lelaki. Cuma masalah nya, mempunyai bf.
Zaman sekolah aku langsung tak terdedah dengan cinta kerana dihalang oleh family aku untuk bercinta sama sekali.
Dari zaman sekolah bukanlah kebiasaan aku untuk bercampur bertepuk tampar dengan lelaki.
Tapi segalanya berubah dialam universiti. Jauh dari keluarga. Hmm. Pertamanya, bercinta.
Terlalu sekejap kemudian bersetuju naik motor dengan bf aku. Masa first time naik motor dengan lelaki tu aku dah rasa cukup berd0sa.
Bayangkan betapa aku tak pernah terdedah dengan perkara sebegitu. Kemudian berdating naik kereta.
Ya seperti orang lain. Perkara paling memudaratkan bermula apabila berduaan dalam kereta. Tak perlulah aku cerita panjang kejadian nya.
Tapi sewaktu itu aku sangat benci dengan perkara itu. Aku benci dengan diri sendiri yang kotor.
Tapi yang b0dohnya, aku tak pernah menolak bila bf menyentohku dan melakukan mksiat. Kami bukan tahap checkiin setiap kali berjumpa. Cukup didalam kereta.
Sewaktu itu, bukan aku yang akan meminta tapi bf ku yang sentiasa memulakan dan aku sentiasa merelakan. Bdohnya perempuan ni kan. Dia tahu salah tapi dia tak cakap NO
Perkara ini berlarutan sepanjang kami study, hidup dengan mksiat. Bukan aku tak cuba nak stop, solat taubat, tapi tak dapat kerjasama dari bf.
Dia sentiasa mahukan nya. Bayangkan masa tu memang dia kata dia bernfsu tengok aku. Bende h4ram kan.
Masuk alam pekerjaan, perbuatan terkutok itu semakin berkurangan kerana kami berjauhan tetapi tetap dilakukan melalui v1deo call.
Lama kelamaan, aku mahu move on. Aku mahu berubah tinggalkan hubungan sia sia ini.
Aku solat taubat, solat istikharah, aku pernah berniat nak discuss dengan bf untuk akhirkan hubungan.
Aku masih ingat, pada hari itu, belum sempat aku berbicara, dia menyatakan hajat dulu tentang fasa hubungan kami. Mahu hantar keluarga nya untuk masuk meminang.
Jadi aku kira masa tu mungkin itu petunjuk Allah membuka jalan kami ke arah hubungan yang halal.
Setelah bertahun tahun tahun bercinta, kami bernikah. Ya disini cabaran aku bermula wahai pembaca sekalian.
Aku sememangnya bersyukur kerana aku berjaya menghalalkan hubungan kami dari berterusan melakukan d0sa.
Dengan lelaki yang pertama menyentuhku, melakukan mksiat terhadapku dan pernah terlanjur (bukan rutin to having sek setiap kali berdating dulu but still d0sa besar buat mksiat).
Bayangkan sepanjang tempoh percintaan bf ku yang kini suami ku pantang tengok aku bernfsu kata nya, tapi bila dah kahwin, aku jarang disentoh suamiku. Sedangkan masa tu baru berkahwin tak sampai 3 bulan aku dah jarang disentoh.
Kalau nak bersama pun aku yang kena minta itupun dapat la sebulan sekali. Sekarang dah 3 4 tahun ni lagi lah payah nak bersama.
Allah.. ini lah dugaan aku. Kami tersangat sangat jarang mengadakan hubungan suami isteri. Pernah sampai 7 bulan dia tak sentuh aku. Dah penat aku suarakan isu ini.
Pelikk bukan. Masa bercinta kemain seronok buat mksiat. Bila dah halal, tak mahu disentohnya pula.
Buat bini macam kain buruk. Tipu lah aku tak rasa terh1na. Aku minta pun dia tak mahu. Alasannya penat, penat bekerja.
Bila aku persoalkan zaman bercinta, dia kata zaman bercinta takda komitmen, takde apa nak fikir.
Sekarang dah kerja penat fikir duit, fikir anak, fikir masalah rumah dan macam2. Tapi bagi aku itu semua alasan.
Hati aku kuat mengatakan dia takda nfsu lagi pada aku. Kata orang, aku ni dah luak kena sentoh.
Apa yang aku boleh kata, suami aku ni sayang dekat aku, yela kami sama sama first love, agak serasi, dia memang tak berkira dengan aku.
Oh ya tapi suami aku ni boleh tahan banyak kali kantoi macam ada sc4ndal. Tapi tak pernah kantoi terang terang.
Entah lah dia ni memang pandai menipuu dan aku tak pernah ada bukti yang kukuh. Bukti semuanya sipi sipi yang berjaya di’spin’ oleh dia.
Sebab tu aku masih bertahan walaupun aku selalu fikir dia ni jenis cari keseronokan luar.
Dah kalau tak sentoh bini, mesti lah makan luar kan. Mungkin dah terbiasa dengan bende h4ram. Wallahualam.
Jadi nasihat aku pada semua wanita diluar sana, adik adik yang pada mata kasarnya kita ni solat cukup, tahu halal h4ram tapi tetap melakukan d0sa mksiat kerana tewas dengan lelaki, berhentilah lakukan mksiat.Bertaubat lah. Sangat lah sia sia.
Mungkin bagi kisah aku, lelaki yang merampas mahk0ta aku tetap bertanggungjawab terhadap aku tetapi tengok lah ujian perkahwinan kami.
Jaga lah m4ruah kita. Please la jangan terjebak. Elakkan lah. Lawan lah. Sebab lelaki ni akan bosan bila bende dia dah dapat.
Sama ada dia tinggalkan kau seperti confession diatas, atau kalau berkahwin pun, nfsu dia dah hil4ng dekat kau.
Aku tahu ini mungkin kifarah dari d0sa d0sa kami. Kerana tiang msjid yang didirikan tidak kukuh.
Doakan rumahtangga aku kuat dan mendapat redha Allah. Aku tak pernah behenti berdoa demi kesejahteraan rumatangga aku kini dan mohon suamiku berubah.
KISAH KE 2. Aku tak pernah sentuh isteri, setiap kali kami nak bersama muncul lembaga hitam di muka isteri….
Assalamualaikum. Nama aku Naqib. Aku baru mendirikan rumahtangga sejak beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah rumahtangga kami bahagia dan saling melengkapi.
Cumanya ada satu part yang aku sendiri tak dapat nak rungkai dalam hidup aku. Keluarga aku dan belah isteri orang biasa-biasa je. Bab agama sentiasa dijaga. Takde yang amalkan ilmu-ilmu khurafat sebab semua berpendidikannya terjaga.
Namun sejak aku dah mendirikan rumahtangga, aku rasa seperti ada sesuatu yang marahkan aku. Terutama sekali bila aku bersama dengan isteri aku.
Lumrah dalam kehidupan rumahtangga, kalau suami adalah pakaian bagi si isteri dan isteri adalah pakaian bagi suami.
Dan bagi seorang lelaki, itu adalah maruah dan jati diri yang perlu dijaga. Ehem2. Termasuk juga aku. Tipu la kalau ada isteri tapi takde nafsu kan. Tetapi lain pula k3s aku.
Setiap kali aku dan isteri cuba untuk bersama, seolah2 ada satu lembaga hitam yang datang dalam bentuk bayangan yang menganggu fikiran dan pandangan aku.
Sampaikan kadang2 bayangan tu berubah di wajah isteriku atau menjelma di sudut2 bilik dan membuatkan aku takut setakut-takutnya. Dan waktu itu juga nfsu jantan ku turun secara drastik.
İsteriku tidak nampak benda-benda seperti itu kerana dia agak berani orangnya. Jadi setiap kali aku cuba terangkan keadaan lembaga yang aku nampak,
dia seolah-olah tidak dapat bayangkan mcmne lembaga tu datang mengacau. Walaupun dia cuba untuk memahami penceritaanku tapi dia memang tak boleh buat apa2.
Pernah satu hari, dia bertanya bagaimana rupa lembaga tersebut. Aku pun memberitahu, lembaga itu berambut panjang yang amat kusut.
Berbaju putih lusuh dan kotor, bermuka sgt buruk dan tua. Boleh dikatakan macam muka ‘cik pntianak’. Dan yang peliknya bayangan tu datang sejak kami mendirikan rumahtangga.
Pernah juga isteriku bertanya, adakah benda tu marah sebab aku telah berkahwin dengannya. Aku pun tak tahu nak jawab macamna sebab bab2 ilmu ghaib ni, aku bukan tahu sangat. Tapi aku jawab, lembaga tu ganggu bukan sebab isteri aku,tapi sebab aku dah berkahwin.
Jadi mana- mana perempuan yang aku kahwini pun,boleh jadi benda tu akan datang juga. Aku terangkan supaya isteri aku tak salahkan diri dia. Biasa la orang perempuan ni sensitif sikit.
Dulu aku pernah dengar kalau ada makhluk yang dah suka dekat kita, dia takkan lepaskan kita pada orang lain. Jadi boleh jadi juga kalau dia marah bila aku dah jadi milik orang. Aku takut ianya hanya ‘hantaran’ orang yang dengki dengan aku dan keluarga aku .
Tapi aku tak berani untuk menfitnah siapa2. Akan tetapi aku tak nak percaya benda-benda ni, takut jadi khurafat. Cumanya bayangan tu menganggu aku bila aku ingin bersama isteriku sahaja.
Sampaikan satu tahap, isteriku pernah merendahkan dirinya sendiri sebab aku tak pernah sentuh dia sejak dari kami berkahwin. İsteriku sampai terfikir yang aku tak ada nafsu dengan dia. Ye la, siapa tak sedih kalau jadi macamtu kan. Bayangkanlah mcmne perasaan dia.
Mesti dia fikir aku tak sayang dia. Sedangkan lumrah suami isteri memang untuk saling membahagiakan. Jadi aku dilema bila nak bersama. Bukan disebabkan isteri aku tapi disebabkan lembaga tu selalu kacau. Sedangkan aku sayang sangat kat isteri aku.
Dan tiap kali lembaga tu ada,aku akan minta isteri aku pluk aku kuat2 dan bacakan ayat2 yang sepatutnya. Kadang kami tidur beralunkan bacaan ayat2 al-quran, baru aku boleh tido dengan lena.
Cumanya ada satu masa,bila benda tu tengah marah dengar ayat al-quran,dia seperti pijak/hempap betis kanan aku.
Waktu tu aku rasa memang lenguh dan kebas. Dan isteri aku juga yang tolong urut dan tenangkan aku. Kadang aku rasa kesian pada isteri aku sebab dia tak tahu apa2 pun pasal benda2 ni
tapi bila suami dia kena kacau, dia tak boleh nak bantu apa2. Nak halau apatah lagi. Cumanya aku bersyukur sebab dapat isteri yang sangat2 pengertian dan memahami.
Dia seorang yang tabah, sabar dan kental.. Dia tak pernah merungut pun. Dia selalu tenangkan aku. Macam Siti Khadijah tenangkan Rasulullah saw waktu dapat wahyu pertama.
Betullah orang kata, pluukan isteri tu sangat menenangkan dan buat kita rasa selamat. Dan setiap kali ada benda yang tak sedap cuba ganggu aku, isteri aku yang akan jaga aku dan tidurkan aku walaupun dia tak dpt tidur lena.
Bila difikir2kan, belum tentu semua wanita mampu untuk buat benda-benda ni untuk aku. Boleh jadi ramai yang tak tahan dan melarikan diri dari aku.
Kesimpulannya, aku masih tak tahu kenapa lembaga tu suka ikut aku. Sedangkan keluarga kami tiada belaan saka atau sekutu dengannya. Ada juga yang nasihatkan aku untuk pergi ber ruqyah.
Ye, aku cuba banyak kali. Dan kebanyakkanya kata ada benda tu dah suka dengan aku, jadi dia ikut je aku. Tapi sejak aku dah kahwin, aku belum ke ruqyah lagi. İnshaaAllah aku cuba untuk pergi waktu terdekat ni.
Apa2 pun, aku harap korang tolong doakan untuk aku dan family ya. Aku harap rumahtangga aku tak hncur hanya semata2 kerana lembaga tu. Sekian.
Ini antara reaksi netizen untuk kisah pertama.
Dzarul Azfan Dasuki –Bila yang haram didahulukn dari yang halal, hil4ng manis dalam perkahwinan.
Akak pun dah insaf.. Doa banyak banyak kak.. inshaa Allah, hubungan akan kembali seperti biasa.
Nur Imaan –Memang betul dah orang kata yang haram lagi nikmat. Suami sis ni macam makan luar je.. Hmm tapi apa apa pun doa banyak2. Allah Maha Pengampun.
Fiza Ismaildin –Kadang aku pelikk. Orang yang buat mksiat sebelum kawen, yang jenis urban kan boleh aje layan isteri macam biasa walaupun diorang pernah buat mksiat sebelum kahwin.
Pelik kan tetiba dah kawen takde nak sentoh isteri dah. Aku rasa suami tu tak cinta isteri dia tapi takut nak bagitahu sebab banyak benda dah lalui bersama.
Better la kot cari kebahagiaan lain. Ape ape pun awak berhak dapat nafkah batin secukupnya walaupun awak pendosa sebelum ini.
Nur Ain –
Saya pernah terbaca, andai kita bermksiat sewaktu belum kahwin, suami isteri dua2 kena taubat mohon keampunan atas keterlanjuran sebelum kahwin sebagai tebusan dosa dosa lalu sekiranya inginkan rahmat Allah dalam perkahwinan. Dua2 kena solat taubat sama sama, sungguh2.
Kedua, zin4 ni hutang. Hutang kita pada Allah. Kalau tak taubat, dia akan turun pada anak kita. Maksudnya, tak mustahil akan ada anak kita atau ahli keluarga kita akan buat benda sama atau mengulangi dosa kita @hutang kita pada Allah. Wallahualam.
Nik Taufiq –
Jangan bersedih dan jangan merasa hina. banyakkan taubat atas dosa dosa silam, istighfar banyak banyak dan merintihlah minta Allah serikan semula rumahtangga puan.
Rahsia mendapat seri wajah (tapi jangan niat sebab ni) dan kekuatan batin (hati) adalah dengan taubat dan qiyamullail. Musim PKP ni elok sebenarnya untuk suami-isteri muhasabah diri dan solat sama sama. Untuk tambatkan semula hati hati kalian pada jalan Allah, “till jannah”..
Ini antara reaksi prihatin netizen untuk kisah kedua.
Ridzuan Husni, Amalkan ayat pendinding dan selalu la pasangkn ayat2 ruqyah kt rumah tu. Buat solat hajat mohom Allah temukan dgn perawat yg sesuai yg boleh menyelesaikn masalah ni,
Penat dn buang masa, tenaga dn wang ringgit jika pergi ke tmpt2 yg tak serasi. InsyaAllah bila dh bertemu dgn per4wat yg sesuai, selesai la masalah ni.
Emam Ismail, Aku pernah alami situasi macam ni masa mula2 kahwin dulu. Dekat 10 bulan kahwin juga wife aku kekal dara.
Wife aku pun sedih, sebab takut aku frust. Tapi aku relax je. Aku selalu motivate dia supaya jangan sedih sebab kalau selalu sedih hubungan suami isteri akan jadi hambar. Maka menang la orang yang buat tu.
Zuhara Zahra, dik.. sebelum adik bernikah seboleh2nya syaiitan/j1n akan suh adik berbuat mksiat, berziina, dan segala bentuk yang boleh menjerumuskan adik dan pas4ngan tak halal melakukan perbuatan d0sa.
Bila sah sahaja lafaz ijab dan qabul.. maka berebut2 pula mereka aturkan stratergi mencrai beraikan ikatan perkahwinan adik dan isteri.. pergilah berubat dik.. bw isteri sekali.
Benda ni dia kena buang.. kena berubat.. sbb ada kala kudrat kita xmampu nak hil4ngkan dia.. perluukan bantuan orang yg betul2 mahir perubatan islam.. ini je nasihat akak.
Mahmud Othman, Insallah makhluk jin ni boleh dikeluarkan dengan mudah andainya diislamkan dengan menggunakkan ayat ayat al quran..sebab dia juga makhluk Allah..yang perlu ditunjukkan jalan yang lurus.
Sama ada siihir..saka.. atau apa sahaja semuanya ganguan jin je..yg penting empunya diri kena banyak mengamalkan zikir..tak susah pun yg penting kena istikomah.
Jika ada yg mengalami masalah ganguan boleh pm saya nnt saya beri no guru saya..dia duduk di air hitam batu pahat…jangan risau tentang bayaran kerana jariah seikhlas hati.
Aura Maira, Sila hantar di fiksyen shasha juga ya..minta pendapat. Nanti ramai yang akan suggest nama perawat yang masing3 pernah gunakan khidmatnya.
Di iium ni dulu ada seorang pnh confess, tentang ex housemate yang marah dia buang ulat sampah, dan balas balik bn0h kucing confessor.
Next confession dia hantar ke fiksyen shasha, ex housemate nama nani tu hantar mcm mcm ‘makhluk’ pada dia even akibatkan dia jadi 0KU. Atas suggestion pengomen bagi no per4wat, dia pilih En Zul tak silap atas gerak hati.
Dua tahun lpas tu dia hantar confession lagi yang Ustaz Zul bgtau ex housemate dia dah kmbli pada yang haq.
Cik Nadia, Mungkin ko mmg tak mahu bersama isteri ko… sbb tu ko sanggup confess kat sini drpd pergi beruubat… apa pun, kalau ko betul takde perasaan kat isteri ko, bgtau dia dan dengar apa solusi dia.
Kalau dia mahu bercrai, bercrai kalau dia mahu bertahan dan bagi peluang pd hubungan kamu, then kamu bertahan la. cuba semampu yg ko boleh utk selamatkan rumahtangga ko.
Cik Ros, Pergi jumpa pakar ps1kiatri juga selain pi rukyah. Kesian bini. Dah mcm terbalik pula. Asal ko takut jer dia kena berjaga spnjang mlm plukkan kau sambil baca2 ayat quran smpai pg.
Bkn skali berbulan2 plak tu. Jgn nak samakan tindakan kau dgn nabi yg dpt wahyu pertama ditenangkan Siti Khadijah. Geeli aku dengar. Kau takut hntu. Bkn dpt wahyu dr malaikat.
Izzah Halim, dh rmai suh ko g berubat… aku cma nk pesan, bca al-mathurat sblum ko pergi brubat… bismillah 6 skli.. tu boleh halau dia skejap.. g brubat kalau nk halau bt slmenye.
Nadia Huda, Berubat first. Cary ustaz yng guna ayat suci Al-quran. Dia x suka sbb u brkhwin. acctly ramai pasngan mngalami bnda2 mcm ni.
Ade yg mimpi syaiitan/jin dok sebelah dia and perhatikan dia..bila da sedar..mmg btol ade sebelah dia dan tngah mengilai kt tepi tlinga dia..
I ada number ustaz yng boleh dtng rumah and rawat u. Ade tu bila ustaz otw ke rumah dia rasa panas..gelisah..bila ustaz da sampai rumah dia rasa nak marah dkt ustaz..
Tue adlah salah satu gangguan syitan/jin..berubat la cepat2.sbb lama2 akan bgy kesan pada rumahtangga..Bila berubat bukan sekali ajew dah berkesan..kena berkali2..dia amek masa..berusaha untk selesaikan prob.