Prm ni berpurdah tp fiitn4h aku mcm2, smpai ckp aku pkai susvk sbb xnk lelaki mengorat aku.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT. Tahun 2021 aku ditutupi dengan fitnah terbesar yang jadi dalam sejarah hidup aku. Aku nak gelak jugak sebenarnya. Allahu. fitnah disebarkan oleh manusia yang paling bertutup litup dalam office aku, yang berpurdah dan berjubah. Untuk pengenalan, nama aku Mak Lampir, bukan nama sebenar.

Awak, demi Allah… saya takkan pernah maafkan awak sampai kiamat ye atas semua tindakan yang awak buat ni. Terlalu berat fitnah yang awak lemparkan sampai menjejaskan periuk nasi, lubang rezeki anak2 saya. Tu saja saya mampu cakap.

Okay, back to story.

Awal masuk bekerja, aku as usual…buat kerja aku sendiri. Aku sejenis manusia yang buat hal aku sendiri, sumbat telinga dengan earphone dan siapkan kerja aku.

Dan kalau kerja aku banyak, aku akan buat kerja sambil mulut aku ikut menyanyi dan tangan aku lantang menyiapkan typing kerja yang perlu.

Tapi….

Aku pelik, kenapa officemate aku semua pulaukan aku. LITERALLY, semua.

Yang tak pernah kenal aku, yang not even know nama penuh aku pun. Dan termasuklah consultant company aku, out of sudden menempelak aku tanpa punca. Dan keep on cari salah aku.

Bulan pertama aku kerja, aku dah rasa nak resign. Sebab aku pelik, what kind of office politic yang maha teruk ni.

Aku sebelum ni bekerja sebagai HR Manager di syarikat yang berkapasiti 200++ pekerja, aku dilayan elok, aku boleh berborak dengan semua staff macam biasa, even staff dan boss selalu belikan aku breakfast dan lunch.

Dan aku sorang saja Melayu di syarikat lama aku. Dan aku boleh berbahasa Mandarin level begginer hasil dari bergaul dengan mereka + short course yang boss hantar aku untuk belajar.

Cuma rezeki tak lama, bertahan lebih 2 tahun. Syarikat lama dilanda beberapa issue dan aku decide, mungkin aku boleh start over di syarikat Melayu.

Hari aku nak tinggalkan company lama, aku terima macam2 hadiah dan text dari colleague NON-MuSLiIM aku. Aku highlight kan sini, NON-MUSLIiM.

Aku pun bawak diri, mencuba nasib di syarikat ALL MUSLIiM yang mengamalkan policy solat di awal waktu etc. Alhamdulillah, inilah circle yang aku cari.

Okay, back to story.

Bulan pertama aku kerja, aku dah rasa nak resign sebab mengarut sangat culture.

Job description tak jelas dan bila diminta untuk explanation, alasan yang di beri oleh si purdah, “consultant tak confirmkan lagi. ” okay, fine.

Then, aku bertanya consultant untuk jelaskan JD yang aku dah propose dia untuk semua staff dan aku harap JD aku pun jelas. Kenapa aku cakap macam ni?

Sebab job scope aku banyak sangat tangan yang interferance. Banyak tangan yang campur kerja aku. I was like, “ehh kerja aku kan… kenapa perlu sibuk?” Kenapa kerani baru masuk tiba2 nak sibuk dengan hal ehwal kerja aku etc.

Sebab aku dah biasa handle HR department dan Legal department dan itu adalah forte aku.

I used to be a HR Manager sebelum ni, dan aku merupakan former Legal Practitioner yang bekerja di firma guaman sebelum ni. Dan aku juga merupakan former Legal Advisor untuk Developer company.

Jadi, aku tak perlukn campur tangan dari orang yang bukan bidangnya untuk duduk bercekak pinggang di tepi aku dan check aku buat kerja, then lepas tu dia sendiri mengaku pening pasal kerja aku.

Yes, I don’t need that. And she was doing it on purpose. Dia buat berdasarkan arahan si purdah yang kononnya mencari setiap kesalahan aku.

Take note, si purdah memang lah GM tapi aku tengok kenapa dia sibuk sangat dengan kerja HR dan kalau betul dia concern pasal company well being, dia patut sibuk untuk hal2 berkaitan seperti sales department, account department, operation department etc.

Tapi dia lebih concern hal HR untuk staff yang 20 orang ni. Pelik kan?

And u know what? Selepas aku bertanya kepada consultant company tentang kemusykilan aku dan aku mengharapkan untuk dia reply segala kerja yang aku refer dia, untuk dia revert back a.s.a.p , korang tahu apa consultant reply?

“Kami hanya memberi khidmat kepada company tak xxx sahaja dan kami bukan dibayar untuk memberi respond kepada individual yang bernama Nur Binti Hamzah. Jika you nak kami respond, sila bayar kami di kadar RM350 sejam”. (in english)

I was like……… what the heck? I am asking on behalf of the company to settle my pending task, which is the pending is from your side.

Dan terjadilah beberapa insiden yang aku rasa total bullshit.

I managed to survive over 4 months here.

Report yang aku siapkan ditempelak oleh si purdah atas alasan aku tak fit all the table into one sheet of paper and aku tak guna font 6.5 as she expect.

Aku pelik, dia ni tak pergi sekolah ke? A format format for font is 11 and I need to make my report readable. Bukannya sumbat macam sardin.

Thats one thing lah.

Another thing, dia report dekat boss mengatakan aku tak pandai guna excel hanya atas assumption, di mana pada satu hari, aku pernah tanya dia, “kolumn ni awak tengok di mana?” dan dari situ, dia terus make an assumption.

Come on, ada masa, bila kita nak baca excel yang orang lain buat, tak salah kot nak tanya kolumn tu dari mana. dalam keadaan kita tengah siapkan kerja lain dan kita just nak fast answer.

I don’t have a time to scroll down and back, just bgtahu jelah nombor column tu. And bear in mind, im handling legal department yang aku perlu draft agreement from scratch, otak aku bekerja sambil aku nak tengok table, I just need a fast answer.

Dan si purdah ni, boleh report dekat boss dengan mengatakan aku perlu belajar balik basic excel.

Kelakar sangat. Mana datang semua jadual aku buat sebelum ni, segala report aku buat guna excel di company sebelum ni and I even can provide a management calendar, buat opex, buat account guna excel.

Tak pasal2 aku kena warning letter on the subject of poor knowledge of excel. Allahuakbar.

Okay make it short.

Aku dah semak sangat dengan perangai dia. Aku pun resign. Aku hantar resign notice.

Meniti hari2 terakhir untuk aku resign, di mana… dia pun lebih sebulan tak datang kerja atas alasan saakit. Saakit belakang lah, saakit tapak kaki lah. Macam2 alasan saakit dia.

Meniti hari2 terakhir di office…. maka…….

Maka…. terbongkarlah satu persatu…. scandal s3x dia di office.

Scandal dengan suami orang yang anak ramai dan bini dua.

Apa hasutan dia dekat consultant, by saying aku “bawak aura hitam masuk office”.

Dan motif dia tak datang kerja, hanya kerana si scandal sudah dibuang kerja. jadi, being a “good third wife to be”. Dia pun ikut sekali tak datang kerja… entertain the guy dating etc. (Proof with pricture and admission by both of them.)

Boss speechless, dengan segala scandal s3x dia yang terbongkar.

Dan apa yang buatkan aku speechlessssss……bila staff semua datang confront aku… untuk minta maaf, ada yang menangis…. minta maaf, sebab selama ni, mereka pulaukan saya dari hari first saya kerja sampailah segala scandal s3x tu terbongkar….

Di mana…. mereka telah disajikan dengan berbagai fitnah yang keluar dari mulut si purdah.

Fitnah tersebut, di mana si purdah menyatakan saya ada memakai sihir, ilmu hitam…. yang menyebabkan scandal dia tu sukakan saya. Saya guna ilmu hitam, so that orang nampak saya cantik. Dan sesiapa yang mendekati saya, confirm telah dicalit minyak dagu.

Allahu….

Rupa2nya dari hari pertama dia cuba singkirkan saya, sebab scandal dia tu ada merenung saya. ada menyimpan rasa dekat saya.

Rupa2nya dari hari pertama lagi dia cuba singkirkan saya kerana dari hari pertama saya masuk lagi, staff lelaki ramah dengan saya.

Funny, isn’t it?

Aku tak mintak pun orang ramah dengan aku dan aku tak mintak pun jadi attractive.

Maaf awak, saya bukan janda jalang macam awak.

Awak, kita sama status tapi saya ada anak2. Mungkin awak nampak saya cantik walaupun saya dah beranak pinak, bukan kerana ilmu hitam ye. Saya tak pakai susuk. Saya memang terpaksa akui, saya memang cantik sejak dari zaman muda.

Sebab tu anak2 saya hensem2. Saya terpaksa akui semua tu, walaupun awak menyampah dengan saya. Saya gmuk tan skin pun saya cantik, macam mana kalau saya kuurus putih macam mihun? Tu sebab saya taknak diet. Saya penat nak tepis segala godaan yang masuk.

Kita sama, kita menjanda dah lama. Tapi kan awak, saya takde niat pun nak goda scandal awak tu. Awak bagi free pun saya tak nak. Orang datang meminang saya pun, saya pilih.

Saya pilih dengan siapa saya nak hidup bersama. Kalau awak rasa saya sama macam awak, londeh kain selepas office hour dalam office ni, awak bukan level saya. Tu saja saya mampu cakap.

Ambil kain purdah awak tu, jadikan seluar dalam tambahan sebagai perisai malu awak.

Terima kasih atas fitnah terbesar yang awak lemparkan dekat saya.

Untuk pertama kalinya hari ini, saya rasa nikmatnya ada officemates di office ni.

Walaupun dah jadi hari terakhir, Tuhan bagi saya rasa nikmatnya silaturrahim tanpa sebarang prasangka buruk ni.

No longer your working place, since boss pun dah prohibit awak dari masuk bekerja di sini.

Takpe, saya pun dah dapat offer di company yang lebih besar, yang lebih memandang intergrity bekerja daripada melayan gossip murahan dari perempuan macam awak.

Tu saja saya nak luah.

Dan saya nak awak tahu, sampai kiamat pun saya takkan maafkan awak.

You are too much.

Sekian. Assalamualaikum.

Ini antara pengalaman netizen mengenai perempuan berpurdah.

Arman. Aku x paham why people like this. Makin berpurdah makin ringan je mulut dia bersuara. Mcm x dak filter. Aku pakai baju lip lap dkt tangan dlm seinchi tebal terus dia tegur ‘bini firaun ke ni?.

Nasib baik aku innocentel time tu, kalau aku yg sekarang ni dah lama aku balas balik ‘cantik baju makcik, mcm dementor dlm citer harry potter’

Tuharik laki makcik dementor ni mintak aku buat kerja free utk company dia. Sebagai mak kepada dua anak yg montel terlebih susu, obviously said no walaupun dia ckp “buat kerana pahala”.

Aku sound balik pekerjaan yg dibayar gajinya yg setimpal pun ada pahala Siapa ajar buat kerja free sampai menganiaya org lain tu dapat pahala? Bukak kitab bg tahu dekat sini.

Sampai sekarang dia social ban aku. Like i care.

Syahirah.Saya ada kawan berniqab. Bila saat dia berhijrah pakai niqab je, MasyaAllah memang drastik dia berubah. Dia tidak lagi menonjol. Dia memang jaga betul diri dia. Bila tanya khabar, dia ok baik baik saja.

Dia cuma nak jaga diri dia and tak mahu tersalah langkah sehingga orang rasa niqabis ni teruk kalau dia buat salah.

Hidup dia semuanya untuk diri dia dan keluarga dia. Kami tetap berkawan, cuma dia tak menonjol dah di media sosial.

Tapi saya juga ada kenal dengan niqabis yang memang narsistik, yang suka fitnah orang, yang buat orang lain putus silaturahim.

Imej dia suci, jenis play victim, jenis nak orang bagi attention pada dia dan burukkan semua orang lain yang dia rasa menggangu gugat hidup dia. Sekarang perlahan-lahan saya tengok dari jauh hidup dia memang huru hara.

Niqab atau tidak, yang buruk tu sikap individu tu sendiri. Cuma kalau berniqab, buatlah kerana Allah. Bukan sekadar menunggang agama dan berlindung disebalik topeng.

Marlia.Mak Lampir,

I’m HR too. Saya faham benar apa yang Cik lalui. P0litik di pejabat dan pelbagai emosi yang bercampur baur dengan bebanan kerja. Endless.

Don’t worry.
Banyak je vacancies untuk experienced HR Manager. Nak dengan tak nak walk off sahaja. Banyak syarikat memerlukn anda.

Since kita sama, you and me tahu kerjaya kita one day nanti akan take over our life again and again. Over and over again.

Sementara muda dan berpeluang, cubalah explore business opportunity. You will have an option to choose when the time comes. I did this.

Take care Mak Lampir and I have to admit mostly HR personnel memang lawa-lawa