Sblm khwin janda suami prnh pesan kt aku, bersiap sedia lah derita akn bermula. Aku fkir dia cemburu

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. nama aku Sha, aku awal 30an, aku seorang yang ceria dan manja. Aku berpendidikan serta mempunyai kerjaya yang tetap.

Aku baru berkahwin dalam tempoh 8 bulan bersama duda yang mempunyai dua cahaya mata perempuan lingkungan umur 10 tahun dan 11 tahun.

Lelaki duda baru menduda setahun. Sebelum berkahwin kami sangat bahagia seperti pasangan bercinta yang lain. Ini adalah kali pertama perkahwinan diriku. Tiada niat hendak membuka aib tapi diriku kini telah tawar hati walaupun baru berkahwin.

Kehidupan aku mula berendam airmata setelah aku bernikah. Benarlah bercinta itu tidak seindah berkahwin, setelah berkahwin baru kita mengenali pasangan kita itu.

Tak terluah dengan kata-kata ketika menaip kisah diriku yang dianggap perempuan paling bertuah di mata rakan-rakan sekelilingku.

Ingin aku luahkan disini, kehidupan aku adalah sebagai seorang isteri pjj. Syukur alhamdulillah, dari segi nafkah zahir batin suami aku beri mengikut kemampuan dan aku tidak pernah meminta yang bukan-bukan malah aku bersyukur dengan apa yang ada.

Ujian yang aku lalui kini bermula setelah Lafaznya nikah sah aku jadi seorang isteri. Majlis doa selamat diadakan pada hari nikah aku dan selesai sahaja majlis, pada hari itu jugak suami aku tiada di sisi.. ramai orang bertanyakan kepada aku termasuklah orang tua aku sendiri, mana suami?

Untuk pengetahuan, suami aku pulang ke kuala lumpur untuk menguruskan anaknya. Tinggal aku sorang diri dikampung.

Mulanya aku anggap tidak mengapa sebab memikirkan inilah pilihan aku, memilih duda ada anak, anak adalah tanggungjawabnya. Aku kena redha.. ya aku kena redha.

Setelah berbulan aku lalui kehidupan sebagai isteri serta ibu tiri, bukanlah tanggungjawab yang mudah. Sebelum berkahwin jandanya pernah pesan pada aku, derita akan bermula.

Pada aku, aku terima suami aku seorang yang baru, aku tidak mahu ambil tahu kisah2 terdahulu dan siapalah aku untuk menghukum orang itu baik atau jahat.

Sebulan telah berlalu, suami aku membawa aku pergi bercuti untuk berbulan madu, aku sangat teruja, sebab ini masa aku dan suami, tapi hambar.

Ex suami tidak henti2 call & anak2nya.. pada aku tidak mengapa pada mulanya tapi kalau 15 mnit sekali call, tanya dimana buat apa? aku merasakan, seolah2 berebutkan kasih sayang .

Aku cuba positifkan diri akhirnya aku menangis juga bukan mengenangkan apa yang terjadi, menangis kerana aku terima whatsapp dari anak tiri aku, digelarnya aku perampas.

Aku sabar serta diam tanpa pengetahuan suami aku. Satu hari kami sekeluarga keluar makan bersama. Suami aku langsung tidak mempedulikan aku dan anak, bila aku tegur dia terus melenting..

Baru aku tahu suami aku adalah seorang lelaki yang panas baran, sehingga beberapa kali airmuka aku jtuh kerana ditengking aku depan anak-anak dan orang ramai.

Niat diriku adalah menegur, pada waktu makan telefon letak dahulu ditepi, jamah dahulu rezeki akhirnya aku dipermalukn.

Bukan itu sahaja, anak-anak turut ketawakan aku dan merasa bangga bila bapanya buat begitu. Aku cpt2 minta maaf pada suami jika perbuatan aku membuatkan aku salah. Aku taknak jadi isteri derhaka.

Seterusnya, mengenai anak-anak, mind set mereka ibu tiri adalah jahat, aku cuba ambl hati anak2 dengan mendekatkan diri aku dan perhatian aku kepada mereka, aku mengajar mengaji dan macam2 lagi. Anak2 aku dididik dengan cara mewah dan agak liberal.

Hendak nak dibanding kehidupan dengan aku dan suami. Aku sedar aku tidak layak untuk menegur suami mengenai didikan anak kerana aku belum mempunyai zuriat. Salah ke aku berikan didikan agama? Didikan pelajaran?

Aku tahu anak2 tiriku agak kurang dalam pembelajaran, aku tidak menyangka anakku cuba sedaya untuk tarik perhatian suamiku untuk menampakkan aku seorang ibu yang jahat,

Sehingga orang sekeliling aku cakap kepada aku, kena kuat, kena tahan semampu boleh, minta kekuatan dengan Allah..

Berbeza dengan anak lelaki, anak perempuan cemburunya lain. Anak2 aku sehingga kini suami aku mandikan dan suapkan makan serta dodoikan sehingga tidur.

Aku? Aku cuma tidur dibawah berendam airmata manakala suamiku bersama anak diatas katil. Suami aku memberi amaran jika aku keluar bilik aku jadi isteri derhaka, aku terdiam lagi.

Sabar lagi. Aku sebagai seorang isteri naluri aku nak dimanja dan dibelai juga, tapi sampai bila? Anak2ku bukan kecil, dan sepatutnya kena pisah bilik tdur, bukan kej4m tapi privasi serta aib suami isteri. akhirnya aku tidur dibawah demi menjaga hati anak2.

Ketika suami dan anakku tidur, lama aku tenung mereka, entah apa diriku rasakan sehingga aku solat tahajud pun aku menangis, ini yang dipanggil tekanan? Atau aku cemburu kerana tidak diberikan perhatian?

Anak2 aku suka menangis tanpa sebab jika melihat bapanya bersama dengan aku ataupun bermesra.

Anak aku terbiasa dilayan dan dimanja, segala kerja rumah, masak, pinggan mangkuk semua aku uruskan mereka cuma makan serta tinggal begitu saja, sehingga aku pernah menangis dalam tandas kerana terlalu penat, hujung minggu aku adalah bersama mereka.

Aku dan suami? Bila suami aku ingin bersama,

Sahaja dia mencari. aku layankan tidak kira fizikal dan ment4l aku penat sekalipun. tak pernah suami aku tanya aku ok ke tidak? Tolong isteri buat kerja rumah? Itu belum campur suami aku ada skandal lain sebelum berkahwin dengan aku, isteri serta janda.

Nurul. Sebenarnya ada anak tiri kecil atau besar mmg satu cabaran yang berat. Apatah lagi klu dapat anak tiri yg besar panjang, smpi bilapun cemburu dengan kita seolah-olah kita rampas bapa dia..OMG.

Belum terlambat lah nak undur diri dari jaga anak tiri tak reti nak bterima kasih malahan di brainwashed oleh mak dia.
Boleh angkat kaki awal2x sebelum hati kita jauh disaakiti

Hati kita ni terlalu mahal untuk disaakiti , even suami tu kita sayang.

Lina. Peliknya anak umur 10/11 tahun tidur bersama ayah lagi, something fishy ni sis, ada drama yg Mira Filzah berlakon sama ke s macam ni, rupa2nya…. Baik sis dectetive conan sikit

Awang. napa le perempuan bujang suka cari duda untuk dijadikn suami dh banyak kisah perempuan bujang kawin duda yg ada ank idup menderita lepas kawin mengaa tk nk jadikn pengajaran

Iena. Anak sy 5 thn pun mandi sendiri.. adoii la.. laki hang tu bkn perlu isteri buat teman pun tp sekadar nk mneghalalkan nafsu serakah dia je..sy pun ada anak2 tiri masa sy kawen..

ianya sgt sukar utk dihadapi sbb muncul si penambah perisa dr setiap sudut.. pikir2 kan lah.. kalau dh gitu gayanya elok sis angkat kaki.. . Ianya bukan mudah..