Sejak suami mula berubah jadi ustaz, dia mula cuurang dgn isteri orang

Gambar sekadar hiasan.Hai readers yang dihorm4ti.. Benarlah kata pepatah yang sering kita dengar.. demi nak membantu kek4sih lama, sanggup runtuhkan rumahtangga sendiri.Aku telah berumahtangga selama 12 tahun bersama H.Sepanjang perkahwinan, aku rasakan aku tidak pernah diberikan kasih sayang sedangkan suamiku H sering berkata bahawa kasih sayangnya terlalu banyak..

mungkin untuk diberikan kepada orang lain tapi terlalu kedekut untuk diberikan kepada aku isterinya.Aku terima seadanya walaupun pernah terdetik rasa menyesal berkahwin dengannya.

Masa tidak boleh diundur, kehidupan perlu diteruskan dengan sebaiknya.Aku mengaku aku seorang yang garang dan agak kasar.

Kami jarang sangat bergaduh namun jika terjadinya pergaduhan pasti agak besar. Aku tidak dapat menahan rasa amarahku dan pasti akan mengeluarkan kata-kata kasar dan meninggi suara terhadapnya.

Pada awal perkahwinan dia juga seorang yang pemarah dan sudah pastinya kata-kata kasarku turut dibalas kasar. Sehinggalah tiba suatu ketika, suamiku menghubungi kek4sih lamanya, Ros.

Ros mempunyai suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang. Entah bagaimana dia boleh berhubungan kembali dengan suamiku walaupun suaminya boleh dikatakan mempunyai sifat suami idaman wanita.

Ya, aku mengaku walaupun suamiku agak diam tapi dia pandai menuturkan kata-kata yang manis. Jika tidak, masakan aku boleh tergoda dengannya dalam masa yang singkat dan berkahwin dalam tempoh perkenalan hanya beberapa bulan sahaja.

Sebetulnya, ketika itu aku benar-benar merasakan perpisahan jalan terbaik buat kami.

Aku minta cer4i namun suamiku tidak mahu melepaskan aku dan akhirnya aku redha untuk terus bersamanya memandangkan Ros berjanji tidak akan menggangu lagi rumahtangga kami.

Kami meneruskan kehidupan seperti biasa namun hampir setahun kemudiannya aku dapati suamiku berhubungan kembali dengan Ros. Aku benar-benar kecewa dan nekad ingin berpisah.

Di hadapan ibunya aku meminta crai tapi ternyata suamiku tetap tidak mahu mencer4ikanku. Malam itu, dia bersumpah di hadapan ibunya tidak akan ulangi perbuatan yang sama dan juga bersumpah di hadapan al-Quran.

Kehidupan rumahtangga kami kembali seperti biasa. Rasa hormatku pada suami makin berkurang. Terasa benci meruap-ruap di hati. Namun aku cuba buang jauh-jauh rasa negatif itu. Dia tetap tidak berubah..

Aku tidak pernah merasakan kasih sayang suami darinya. Terkadang rasa cemburu hadir bila melihat psangan lain yang mana suaminya mengambil berat akan isterinya. Aku merajuk tak pernah dipujuk.. pujuklah diri sendiri andai rasa nak merajuk.

Namun begitu, tahun ke tahun rasa sayangku padanya makin menebal walaupun dia telah berhenti kerja. Mungkin faktor umur yang semakin mendewasakan namun satu perkara yang sukar ku ubah ialah tentang mulutku yang pasti akan berkata kasar apabila bergaduh.

Pernah sekali aku mengatakan dia dayus. Manakan tidak, suamiku sering mengutamakan kawan-kawannya, keluarganya berbanding aku isterinya.

Di sudut kecil hatiku terlalu kecewa dengan suamiku. Jika berjanji dengan kawan, pasti dia tepati masa..tapi bila denganku entah berapa kali tertunda.. alasan malas.

Sebetulnya aku sangat kecewa apabila dia berhenti kerja kerana kewangan kami baru sahaja hendak stabil. Tapi apakan daya, bergaduh sekalipun belum tentu dia akan mengubah sikapnya untuk bekerja kembali. Jadi, aku redha.

Mungkin bebanan keluarga yang ditanggung aku seorang ditambah penat menguruskan semuanya sendiri, menyebabkan aku sering menolak keinginan untuk bersama.

Maafkan aku wahai suamiku.Dalam tempoh tidak bekerja, suamiku mendalami ilmu agama.. sejak itu jika terjadi pergaduhan dia hanya berdiam diri. Asam garam berumahtangga pasti akan ada perselisihan.

Sekali setahun pasti berlaku ketidakpuashatian aku terhadapnya. Tapi, pergaduhan kami tidak lama.Setahun kebelakangan ini aku terasa sangat bahagia bila dia mula menc1um pipiku setelah bersalam dengannya untuk keluar kerja.

Dia juga mula mengajakku berjemaah subuh walaupun hanya pada hari jumaat.Bayangkan.. selama perkahwinan tidak pernah solat berjemaah.

Aku benar-benar sayangkan dia dan sering berdoa agar rumahtangga kami bahagia hingga ke syurga. Aku rasakan dialah psangan hidupku hingga ke tua, ke akhir hayat.

Rupanya, manis cuma seketika. Sempat hanya dua kali berjemaah subuh, aku dikejutkan dengan berita dia telah tiga minggu berhubungan kembali dengan kek4sih lamanya yang lain iaitu Fid.

Sehingga berjanji akan mencer4ikanku jika aku tidak sanggup bermadu. Walaupun hati berat menerima, namun aku pasrah. Aku benarkan mereka bersamanya cuma keadaan belum mengizinkan kerana Fid masih lagi bergelar isteri orang.

Asalnya hendak membantu Fid dalam rumahtangganya tapi kemudian ingin merebut kembali Fid daripada genggaman suaminya.

Aku mengaku banyak kelebihan Fid berbanding aku. Bukan sahaja rupa cantik dariku, dia lembut, peramah dan berduit.. mempunyai kerete besar, sedangkan aku hanya viva buruk yang dah mula minta dibaiki.

Fid tidak seperti aku yang mana tangga gaji jauh lebih rendah darinya. Kehidupan Fid bersama suaminya agak mewah memandangkan suaminya tidak pernah mengabaikan nafkah.

Sedangkan aku cukup-cukup makan menanggung kehidupan rumahtangga kami.Dalam diam Fid cemburu hubungan aku dan suamiku..

sedangkan sepatutnya aku yang cemburu kerana suamiku lebih kerap menghubungi Fid berbanding aku.Lebih kerap menyatakan rasa rindu, rasa sayang padanya sedangkan pada aku kata sayang pun susah nak didengar.

Dan cemburu aku berasas.. aku isterinya.Sejak itu, suamiku terus keluar bekerja di negeri bersebelahan. Sebulan selepas pengetahuanku,

suamiku semakin berubah.. terus menengking aku, menolak aku dan terus mengatakan rasa sayangnya padaku telah hlang. Aku sedih..

Pernah aku terjumpa gambarnya bersama. Aku bertanya tapi jangankan hendak jujur, semakin banyak penipuan padaku.

Seperti yang aku katakan tadi, sepanjang tidak bekerja dia telah mendalami ilmu agama. Aku hairan, semakin tinggi ilmu agamanya, kenapa pemikirannya seperti orang kurang beriman.

Dia mula mengabaikan aku dan anak kami. Mula jarang balik ke rumah.Rupanya setiap minggu dia dating, berjumpa Fid tanpa pengetahuanku..

Dan dua bulan selepas itu, suamiku mula tinggal serumah dengan Fid dan hanya pulang sehari pada dua bulan tersebut.Padanlah terdetik di hati aku mereka telah tidur bersama kerana dia mula tidak mahu menyentuhku.

Demi Fid, segalanya dia sanggup. Bekerja keras, beri kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh, dan berkongsi segala aktivitinya.

Sedangkan aku terus diabaikan, jika aku telefon pun tidak diangkat, mesej tidak dibalas. Jika balas hanya sekali dan marah- marahkan.

100 peratus sikapnya berubah..tidak pernah lagi berlembut denganku, terlalu serius. Bayangkan jika pembaca semua berada di tempat saya.

Fid mula berasa besar diri, usahanya berjaya. Dengan bangga menyatakan dia tidak merampas suami orang kerana dia dulu ada dalam hati suamiku, mengatakan suamiku kahwin denganku kerana iras mukaku hampir sama dengannya.

Dan aku baru tahu rupanya Fid jeles bila aku menelefon suamiku, jeles wakaupun suamiku balik sehari sedangkan dia tiap-tiap minggu tinggal bersama suamiku.

Mengasut secara hasut supaya suamiku tidak pulang dan dia tidak mahu berkongsi kasih.Paling menyedihkan tiba-tiba suamiku tidak menjawab telefon atau mesejku selama sebulan, tidak mengirimkan langsung berita.

Aku terasa begitu down, hampir d3pr3ssion sehinggalah aku berikhtiar untuk memulihkan semangatku. Suamiku sepertinya tidak lagi menganggap aku isterinya tapi menganggap hanya Fid isterinya.

Mereka tidak merasa bersalah berzina walaupun Fid masih belum dicer4ikan suaminya. Aku minta agar berhenti dan bersabar sehingga boleh kahwin tapi nafsu mereka mengatasi segalanya.

Mereka tetap meneruskan perbuatan itu sehingga Fid dicer4ikan. Seminggu selepas Fid dicer4ikan, suamiku mencer4ikan aku hanya melalui wasap.

Hanya kerana aku rindu ingin berjumpa dengannya kerana sudah lama dia tidak pulang.Dia benar-benar marah kerana dia telah plan untuk bersama Fid semasa cuti sedangkan aku berkeras ingin berjumpanya.

Kerana itu, aku dicer4ikan. Aku benar-benar sedih. Lemah segala anggota, aku hampir pengsan menerima lafaz crai wasapnya.

Hingga kini, aku masih bersedih. Sudah 4 bulan aku dicer4ikan. Susahnya hendak move on.

Aku masih cuba mengumpul kekuatan baru, berdoa pada Allah agar diberi kekuatan, dihil4ngkan kesedihan, dilapangkan hati, belajar redha seikhlasnya dan sentiasa bersangka baik pada ujian Allah.

Aku mohon pembaca tolong doakan aku agar cepat dapat lupakn bekas suamiku dan agar dapat memaafkan dia seikhlasnya.

Semoga wanita ini terus kuat melalui ujian ini. Hanya insan terpilih dan sangat di sayangi Allah daoat bersabar dan kuat apabila di timpan ujian sebarat ini. Perkongsian ini mendapat perhatian netizen rata rata sangat mar4h dan mendoakan. Ini antara respon warga net

Norhuda :S4kit hati bila membaca luahan confessor. Lepaskan lelaki penzina itu drpd hati awak. Buang jauh2 perasaan sayang yg msh bersisa.

Allah sayangkan awak. Kerana itu Allah pisahkn awak drpd manusia yg trlibat dgn perbuatan terkutuk sprt itu.

Dekatkn diri pd Allah. Sentiasa ingat dlm hati dan minda awak, Allah sayang awak. Anggap sahaja, dugaan ini sbg penghapus dosa2 silam awak.

Yakin kpd Allah. Kifarah itu pasti. Jgn dikenang lagi lelaki tak berakhlak sprt itu. Cari kebahagiaan utk diri sendiri. Terus melangkah ke hadapan. Allah uji kerana Allah sayang…

Nur Atikah : cakap mmg senang. org bole tanya kenapa nak syg lagi sedangkan lelaki tu mmg nyata2 bukan yg baik? tapi saya faham perasaan sis. bukan mudah nak lupakan sebab dah lama hidup bersama and dia tetap ayah kepada anak sis.

tapi mmg mula2 kita akan jd bodoh kenang lelaki tak guna ni. mmg akan rasa diri ni bodoh sayang dekat org yg buang kita. tapi insyaAllah time will heal sis. saya doakan sis bahagia dengan anak2.

Fazidah : Mula2 ros, pastu fid pulak, siap berzina lagi, kawin tapi tak kerja harapkan duit isteri? bandingkan duit dan kereta antara isteri dgn x girlfriend.

Pelik2 lah dah lah tu lupakan parasite tak guna tu, tapi lepas ni cubalah jaga jugak mulut kita ni ya sebab bila dah lama kahwin dah tak reti nak cakap elok2

kadang2 lebih banyak menghalau dari menarik saya pun tengah cuba untuk tak cakap kasar walaupun memang mengatakan kebenaran tapi kenalah beralas….

belajar dari kesilapan tapi bekas suami awak pun tak lah baik mana, confessor dah boleh move on lah…tak payah teringat lagi org yg tak betul mcm tu…

Rohani : Maaf cakap la, alim2 ada makna, ada udang sebalik mee, di zaman Siber cinta lama mudah berputik kembali, tua2 pun dah x da perasaan malu kt anak cucu, sis fikir kedepan, move on demi kelangsungan hidup, in sya Allah

Alina : Sedihnya sis… walau apa pn hidup perlu dtruskn. Smoga sis dan anak tabah.Mmg susah nk move on. Tp sis jagalah ksihatan ment4l dan fzikal demi diri dan anak.Insyallah sis akan jumpa kbhagiaan sis. Smoga dmurahkn rzeki.

Faiq:allahuu. saya sebagai laki turut malu dgn sikap H. saya boleh faham perasaan xboleh move on, saya pernah bertunang 4 tahun, pun makan masa bertahun untuk lupakan dia, apatah lagi puan yg dah kahwin 12 tahun, baik buruk dia kita tahu kita terima. tapi Allah nak tunjuk, 12 tahun belum tentu jodoh kekal sampai ke syurga .

apa yang saya boleh suggest adalah just keep yourself busy. develop diri. inilah masa yang terbaik untuk sayangi diri lebih dan buat apa yang puan minat. mana tahu allah tarik H daripada hidup puan, untuk beri rezeki yang lebih besar untuk puan. bersangka baik. kalau puan boleh hidup 12 tahun dengan laki mcmn tu, puan boleh hidup lebih baik tanpa lelaki yang mcm tu.