Gambar sekadar hiasan. Wanita di jadikan dari tulang rusuk lelaki, bukam untuk di keji di hina di saakiti bahkan di bebani dengan kerja yang tidak sepatutnya tetapi untuk di sayangi di cintai di lindungi. Seperti mana seorang isteri berkorban segalanya untuk suami syurganya begitu juga lah seorang suami perlu mengasihani isteri sebaiknya. InsyaAllah rumah tangga akan lebih di berkati di rahmati.
Hidup rumahtangga juga perluukan kerjasama dan juga timbang rasa dari kedua dua pasaangan suami isteri terutamanya dari segi kerja rumah jaga anak dan juga kewangan. Memahami antara satu sama lain juga penting untuk memastikan kebahagiaan di dalam sesebuah rumah tangga.
Begitu juga perkongsian dari page krt tentang luahan seorang suami yang menjaga dan rawat isterinya di dalam pantang tetapi di pandang serong semua orang dan ramai yg menuduhnya terlalu takut bini.
Salam admin saya hide nama saya. Saya baru di kurniakan anak ketiga perempuan. Alhamdulillah saya happy sangat bila mana sblm2 ni anak saya dua lelaki. Saya di kcam teruk oleh member2 saya and ada jgk yang tak puas hati dgn saya kerja menjaga isteri saya dalam pantang.
Dulu bini saya gem0k hampir nk dekat 90kg berat badanya. Lepas dari anak yg pertama beratnya turun max sampai ke 55kg. Dulu di ada merebus jamu buatan dia sendiri. Ketika dia mahu minum kena panaskan dulu air tu. Skrg ni da moden saya cuba jadikan air tu sebagai sechet atau uncang.
So apabila dia mahu minum hanya koyak aja sachet dan taruk air panas siap diminum. Saya jaga makan minum dia apabila pantang. Makanan pon saya siapkan. Nk bertunguku, bekung, mandikan baby, siap kan baby semua saya yg buat. Sb bini saya mmg kurang sikit bab tu. saya tak kesah buat semua tu sb mmg tanggungjawab saya menjaga dia.
Yg saya heran kenapa saya di kcam teruk sb kan apa yg saya buat. Semua tak puas hati dengan saya kerna jadi laki mcm tu. semua cakap saya ni takut bini. Dorg kata mana ada laki buat benda tu semua. Itu kerja perempuan. Hmmm saya tak faham adakah salah saya berbuat begitu?
Reaksi warganet, baca perkongsian dari Firdaus Syakirin di bawah.
Farhana Najihah, Bagus sgt2 kalau kamu jaga bini mcm tu. Hargai lah bini tu yg dh bertarung nyawa lahirkan anak kamu dari yg kata mcm tin kosong tu. Sbb die xbhgia tu die kata gitu. Teruskan. Itu lah suami yg setiap wanita dan isteri2 inginkan. Moga kamu diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkn urusan dan rezeki melimpah ruah.
Aamiin itu bkn takut bini tp syg bini. Kalau kamu saakit ade ke yg kata takut bini tu akan jaga kamu kelak. Xde kan. Jadi anggap je mcm langau lalu.
Sophie Ali, Alhamdulillah, bagus tu ada initiative & peka semua tu, rezeki anak isteri dpt suami mcm tu, ni perkara lumrah yg amat biasa dlm masyarakat melayu kita, bila suami buat itu ini utk rmhtgga & anak isteri, pasti dilabel takut bini, bini queen control, suami lemah, tak tegas ikut saja, takut jatuh maruah suami, sbb tu lah yg biasa dikatakan & berkemungkinan ramai yg tak dpt laksanakn begitu & jugak yg tak dpt treatment sebegitu, tak apa teruskn saja buat utk isteri tu, bukan sapa pun isteri sendiri, jgn ambil peduli kata2 org tu.
Salina Hassan, Well done tt, jarang suami yg betul tunai tanggungjawab ni… Ganjaran pahala menanti, peduli kan kaki kcam tu, dorang masih ditakuk lama, old minded yg rasa jaga Isteri tu takut bini, dengki la tu dorang tak bole jadi sebaik you…
Trust me, your wife for sure x kisah beranak ramai kalo you layan dia macam puteri bila s4kit. Celebrate the sweetness of your happy family. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki awak sekeluarga.
Zanariah, Org yg kcam tu sebenarnya tak da ilmu, abaikan je yg penting rumahtangga awk bahagia,bukan senang sekarang nak dpt suami sebaik awak, dlm rumah tangga memang perlu ada tolak ansur barulah ada kemanisan nya, fokas pada kehidupan sendiri kita kena jadi diri kita tak perlu penilaian dri org lain, jgn fikir perkara yg tak perlu difikirkan yg penting jln hidup kita dilandasan yg betul ,tahniah kerana menjadi suami terbaik.
Rozulisya, laki aku buat semua tu masa berpantang ank ke 2 dulu…dia masak…lepastu tolong basuh baju…bg mkan jamu…just berurut ja dia xbuat sebab xpndai…xda pulak kwn dia kcam2…dia tau tanggngjawab dia bukan sekadar buat ank ja tp jga ank dan jaga bini.
Nor Adila Ali, Tahniah awak…bangga rasenya ada suami yg boleh jaga isteri dengan baik ketika pantang… Jgn pedulikan ckp2 makhluk per0sak awak tu… Yg nak bahagia dlm rumah tangga sendiri adalah awak & isteri x perlu dgr apa org luar ckp… Buktikan kebahagiaan isteri & anak2 adalah kebahagiaan Allah…ganjaran Allah utk awak pasti ada.
Raziff, Saya pun org cop takut bini juga sebab ikut permintaan isteri untuk bekerja dan belajar di luar negara..masa isteri saya bersalin mak ayah saya dan adik beradik saya takde sorang pun yg ucap tahniah..saya pekakkan telinga dan saya tetap jaga isteri dan baby sepenuhnya…
Sewaktu berpantang masa tu hanya kami berdua saja di negara org…tungku takde, jamu takde, kain batik pun takde..Abaikan apa org nak kata..susah senang kita bukan dengan org..susah senang kita dgn isteri…org tahu cakap saja… bersyukurlah ada isteri utk dijaga…ada org isteri mngal selepas bersalin…
Nur Raihan, Ignore jer diorg tue..bukn diorg ada ms awk susah, ms awk s4kit…bini awk yg ada ms susah seng awk…bini awk yg akn jg awk klau awk s4kit..sbnrnya diorg tue dengki jer sbb diorg ego n xnk jd laki bertnggungjwb mcm awk..so diorg kcam awk dgn harapan awk ikut jejak langkah diorg yg xguna tue…apa2 pun, tahniah sbb awknjd seorg suami yg bertnggungjwb.
Hana, Sama mcm asben saya… Dari anak pertama n kedua parent yg banyak membantu then keje mkn gaji cuti cikit aje lagipon anak 1st memang zero cuma pandai beli itu n ini cari daun2 utk wat air mandian..tp bila masuk ank no 3 4 n 5 ni sumenya dia jagakan n jaga jgk isteri dlm pantang masak basuh baju sumenya asben tolong..kadang2 sampai asben pon x sempat nk breakfest.. alhamdulillah kalau dpt asben yg paham n boleh jaga kita s4kit
Ziera Zakaria, Alhamdulliah… good job bro. bertanggungjawab & belas kasihan pd isteri yg bertarung nyawa lahirkan zuriat. wat dek je pd org yg dk bercakap tu..hati yg hitam xkn pernah baik di mata dorg. kebahagiaan tu awk ngn isteri yg akan bina nk hidup sama2 selamanya kan. InsyaAllah isteri tu taat selama menjadi isteri awk.
Sudah menjadi tangungjawab seorang suami untuk menjaga isteri dan menyediakan segala keperluaan kepada isteri, tidak menjadi salah atau isu takut bini apabila suami menolong isteri supaya isteri rasa lebih tenang dan dapat hindari isteri dari menjadi stress dan meroyan di dalam tempoh pantang.
Perkongsian daripada fb Firdaus Syakirin
T1ps ini sangat memberi kesan kepada semua suami supaya lebih mengasihani isteri dan menghargai isteri.
Bersyukurlah isteri kita tu tak g1la. Dia p keje, dia berniaga, dia buat part-time, dia jual online, dia jadi ejen, dia cari rezeki, dia bantu ringankan beban, dia bayar hutang2 kita, dia tanggung bil utiliti, dia beli keperluan rumah dan belanja dapur…
Dia jaga anak2, uruskan anak2, dia jaga suami, uruskan suami…dia mengemas, dia menyapu, dia mop lantai, dia kutip mainan, dia lap air tumpah, dia kutip baju, dia basuh baju, dia sidai baju, dia lipat baju, dia memasak, dia buang sampah, dia basuh pinggan, dia kemas dapur, dia ajar anak keje sekolah…
Dia tdo 3,4 jam sehari…Pastu kembali bangun utk buat keje2 dan perkara2 yg SAMA berulang-ulang setiap hari selagi masih memegang title ibu dan juga isteri…
Itu belum kira dgn dia terasa hati disebabkan perbuatan kita…itu belum kira dia menangis sbb perangai kita…itu belum kira dgn apa yg dia pendam, apa yg dia simpan, apa yg dia tak luahkan kpd kita…
Kena plak berhadapan dgn mertua yg selalu membanding2kan dia, yg selalu mencari salah dan silap dia…kena plak berhadapan dgn ipar duai biras yg suka perli-memerli, sindir-menyindir dan mengata belakang…
Maka, bersyukurlah sbb DIA TAK G1LA lagi…Dia masih lagi waras, dia masih lagi sihat…cumanya, sampai bila dia mampu mengekalkan kewarasan dia? sampai bila dia akan sihat utk buat semua perkara tu… ?
Akan tiba hari dimana dia akan “meletup” disebabkan dia dah buat sesuatu yg diluar kemampuan dia dan dia dah tanggung sesuatu yg melebihi apa yg sepatutnya ditanggungnya…
Kalau xnak isteri “MENGGILA”, maka…Tolonglah dia…keje dia byk…klu kita kata kita dah keluar mencari rezeki, maka dia pun sama…klu kita nk rehat, maka dia juga nak rehat, tapi siapa yg nak buat keje2 tu klu dia rehat dan xbuat? Sama2 la ambik sorang sikit, pikul dan bahagikan beban dan urusan rumahtangga kita tu…
Pastu xperlu la buat masalah atau cari masalah dgn dia…byk ja lagi benda dia nk kena pkir…jgn tambahkan benda yg dia perlu pkir dlm otak dia tu…
Jaga perbuatan, jaga pergaulan, jaga percakapan, jaga tingkah laku…JADI BAIK…Kau jarang tolong buat keje2 rumah pun xpa asalkan kau tu bukan jenis yg buat masalah…
Semoga perkongsian ini akan memberi pengajaran yang baik untuk suami di luar sana supaya lebih menjaga dan menghargai isteri.
Sumber : Krt dan Firdaus Syakirin