Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Kisah aku ni bermula dgn aku dan suami perlu pindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Suami aku dpt rumah sewa dengan harga boleh tahan lah. Rumah sewa aku ni berdekatan dengan Pasaraya Matahari So, senang la aku nak beli apa-apa kan. Jalan kaki pun boleh pergi pasaraya. Klinik Kerajaan Taman Medan pun dekat.
Masa first masuk rumah sewa ni aku dh rasa lain mcm. Mana tidaknya, aku siap jumpa kain putih lusuh berlumpur kering kt dlm bilik tidur aku.
Siap ada 2, 3 helai rambut panjang lekat kt kain tu. Dlm hati aku tdetik, “kain p0ntianak ke ni? Pntianak tukar baju dlm bilik ni ke?”.
Aku gelak kecik dgn diri aku sendiri. Aku tanpa banyak soal, aku terus campak kain tu dlm tong sampah luar rumah. Hari ptama aku kt rumah takde apa2 yg blaku pun. Siap aku menari2 lagi dgn suami dlm rumah…
Masuk hari kedua, start dh buat hal, Suami pergi kerja. Aku dlm bilik ni main game selamba je aku dengar ada org mandi mcm org giila kt bilik air diluar bilik.
Dia punya jirus air tu mcm gelojoh sangat nak mandi. Aku menangis dan terus call suami aku. Suami suruh baca apa2 yang patut.
Bila bunyi org mandi dah hil4ng, aku pi la tengok kt bilik air. Ya Allah, berus gigi aku dn suami betul2 landing dlm lubang jamban duduk tu.
Lpstu ada najis dkt ats lantai. Aku cuci semua dan terus masuk bilik tak kluar2. Bukan itu saja, mlm tu lagi teruk. Suami balik kerja nk makan nasi. Aku hidang nasi kt suami.
Menjerit suami kata nasi basi dan bau hancing Aku panik, macam mana boleh basi? Aku baru je masak nasi tu, masih panas lagi.
Dah la basi, sekali pakej hancing pulak tu. Suami aku bangun, terus pergi azan dekat tengah2 rumah. Habis je suami azan, ada suara ikut azan, suara tu dtg dari sebuah bilik kosong yang pintunya bertutup.
Benda tu azan main2, gelak2 dan ianya sgt myeramkan campur ngeri. Gigil tgn dibuatnya, first time dgn bende2 aneh mcm ni. Suami terus tendang pintu bilik tu sampai terbukak. Nyalakan lampu, tapi takde apa2 pulak. Tapi bilik bau hanyir busuk bangkai.
Tanpa byk ckp, suami dgn bengang call owner rumah. Mengadu pasal benda ni. Senang je jawapan si owner, dia kata itu masalah peribadi penyewa. Lps tutup call, dh takde apa2 gangguan dh.
Tapi masa pkul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur mcm nk pecah. Ketuk bertalu2 mcm pencegah maksiat yg ketuk dh bunyinya.
Kuat sgt, suami terkejut smpai tergolek jatuh katil. Aku menangis takut ya amat sgt, suami jerit smpai nk tkeluar anak tekak barulah benda tu diam.
Kami tido sambil pasang ayat2 suci kt fon. Gangguan tiada sampai ke pagi.Besok bangun, ada ksan lebam dekat peha dn dekat perut, bsar2 pulak tu.
Aku takut duduk rumah sorang2, aku nk ikut suami pi kerja, suami kata jgn takut dgn benda tu nanti dia lg suka. Aku beranikan diri duduk sorang2 kt rumah.
Tapi aku tperap dlm bilik la. Dari pagi hingga ke ptg takde apa yg berlaku, tp ade pekara aneh yg terjadi waktu suami balik kerja, suami kata “awk bermantera apa dgn sy ni”,
aku tak phm dn tanya suami, “mantera apa bang?”. Suami suruh tgk whatsapp. Aku on whatsapp, gila betul, aku ada hantar chat mentera kt suami aku dlm whtsapp. Manteranya berbunyi, “terbang melayang2, ada didahan……..
Berderau d4rah aku baca, takkan hantu setan pandai pakai whtsapp pulak? Pandai main teknologi. Aku cakap kt suami bukan aku yg hantar, suami aku diam je masuk rumah.
Suami kata kita buat tak layan je, nanti benda tu tak kacau la. Nak cari rumah sewa lain mmg dh takde duit dah. Lps makan semua, malam tu lagi dahsyat, benda tu dh start main bakar2 pulak,
tgh sedap2 tido smbil pasang ayat suci, ada terbau asap, alih2 dengar suami menjerit sekuat hati. Mana tidaknya, beg duit suami terbakar, habis duit, I/C dn kad bank semua hangus.
Memang seram campur s4kit hati. First time tgok suami menangis. Belum reda lagi k3s tbakar ni, tiba2, semua frame gambar kahwin aku dgn suami semua tiba2 retak serentak.
Lpastu terdengar bunyi benda mengilai kt ruang tamu punyalah nyaring dan kalau korang dengar, fuh, mesti terkencing sbb lain macam dia punya mengilai.
Suami tak tahan, suami call ustaz yg dia kenal dn mintak tlg dtg kerumah. Ustaz tu kata, ada satu suara garau ckp dekat depan pintu bilik aku mcm ni,
Suami aku terus bukak pintu luas2 dan ckp, “jgn kacau la”, sbb benda tu dh berani mendekat dan bsuara. Lpstu suami sambung ckp dgn ustaz, “ustaz dgr tadi”.
Ustaz tu tak jwb tapi dia baca sesuatu, dlm beberapa saat, ustaz tu suruh suami azan disetiap penjuru bilik. Suami cpt2 buat, lps tu, gangguan dh pulih sikit, kami sambung tido.
Pada esok hari aku bangun, aku tiba2 ada kat bilik air, suami angkat aku masuk bilik. Suami tak kerja, ponteng. Aku dh macam org tak betul dah asyik ketakutan saja.
Aku paksa suami cari rumah sewa lain. Suami duduk termenung diam je. Pagi tu aku ikut suami beli nasi lemak kt luar naik motor.
Balik je rumah, bukak pintu, ada 2 ekor burung gagak terbang dlm rumah, terkejut betul aku. Lpstu ada najis dekat atas meja makan.
Hil4ng selera mkn aku. Suami tampar meja dgn tangan sambil ckp, “melampau la ni”. Suami suruh kemas baju2 nak blah.
Suami ckp rumah ni puaka tahap gila. Aku tnpa blengah terus kemas baju. Suami pergi buang air besar. Masa aku tgh kemas baju.
Aku dgr ada benda tgh pung pang pung pang masak kt dapur. Aku terus pergi tgok. Alangkah terkejutnya aku tgok ada pontianak dgn rambut pjg smpai ke pinggang, rambut kusut masai tutup muka.
Pakai kain putih lusuh yg aku buang sebelum ni. Selamba je diri dekat dapur mcm patung smbil dua tangan letak kt perut (mcm org tgh solat). Bende tak guna tu pandang aku.
Lutut aku goyang, memang goyang sgt tak tipu. Mulut aku tkunci, kaki pun tak boleh jalan. Badan gigil2. Serious aku tak pernah nampak benda2 ghaib ni. Skg dh nmpk, mmg tcabut skru lutut.
Tdetik dlm hati aku adakah kita boleh lihat mahkluk ghaib sejelas ini. Pagi pulak tu. Nk panggil suami tak boleh, mulut tkunci habis.
Aku ingat dlm filem je bentuk pontianak mcm ni. Rupanya in reality pun sama. Lps terketar2 smbil menangis, aku pengsan. Sedar2 aku dah ada kt pusat rawatan islam.
Skrg aku dan suami dh tinggalkan rumah tu. Kami cari rumah sewa yg baru. Kami dapat rumah flat Kedai runcit Aceh pun dpn rumah je. Kt sini takde puaka2 ni.
Alhamdulillah ok je. Cuma satu je yg pelik, masa hari first masuk rumah sewa baru ni. Aku tnampak kain putih lusuh baik je landing atas lantai rumah flat aku ni, bila aku pandang kali kedua, hil4ng la pulak.
Maybe khayalan aku je kot sbb still trauma. Tapi yg penting, gangguan yg menimpa kluarga kecil ku sbelum ni sudah tiada. Tenang jiwa rasa.
KISAH KE 2. ” Semasa kami baca yassin, rumah kami menjadi panas. Tiba-tiba pintu rumah dicakar-cakar berulang kali. Besi grill diketuk-ketuk. Bingit sungguh. Mahu berpesta agaknya “
Kisah seram ini berlaku pada tahun 2012. Ini merupakan kisah benar yang saya alami sendiri. Ketika itu saya merupakan pelajar semester akhir dan menyewa sebuah rumah di taman berhampiran.
Hari pertama masuk rumah tu saya pelik sangat sebab rumah setingkat je, tapi bumbung rumah tu tinggi macam rumah ada loteng.
Pakcik saya pernah cakap rumah yang bumbungnya tinggi ada benda suka duduk di antara bumbung dengan lantai. Tapi nak buat macam mana sebab rumah pun dah siap bayar untuk 1 semester, jadi duduk jelah.
Ketika itu saya dan 4 lagi teman serumah merupakan pelajar semester akhir. Memandangkan kami hanya berlima, maka kami membuat keputusan untuk menyewa sebuah rumah setingkat.
Pada hari pertama masuk ke rumah itu, saya terkejut apabila melihat siling sangat tinggi hampir sama dengan rumah double storey.
Pakcik saya pernah berkata bahawa benda halus suka duduk di antara bumbung yang tinggi dan lantai. Masalahnya duit rumah sewa untuk 1 semester telah pun bertukar tangan. Redha sajalah duduk di situ untuk beberapa bulan.
Setiap hujung minggu dua orang teman serumah kami (lain course) akan selalu pulang ke rumah. Tak tahulah masalah homesick ke apa. Jadi tinggallah kami bertiga (sama course) ni.
Satu malam, kami study sama-sama di meja makan dekat ruang tamu. Saya menghadap ke pintu dapur, manakala mereka berdua menghadap pintu utama rumah.
Sedang asyik mengira, tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dari arah pintu dapur yang menghala ke ruang mesin basuh. Mata saya bulat menatap pintu.
Kawan saya bertanya “Bunyi ape tu kak?”. Saya hanya menggelengkan kepala tapi hakikatnya saya tahu rangka katil besi yang tersandar sendeng di ruang mesin basuh itu telah menghempap mesin basuh.
”Kak, jom la tengok” bukan main cemas lagi muka semua orang. Perlahan-lahan kami berjalan ke dapur. Disebabkan saya paling ‘kakak’, jadi sayalah yang di hadapan. Sempat lagi tangan mencapai pis4u kiwi baru beli di Tesco petang semalamnya.
“Siapa tu?” saya buat-buat berani nak tanya. Dalam hati ni kenapalah asyik saya aje yang terpaksa memberanikan diri yang hakikatnya hampeh.
Mereka berdua hanya mengekori dari belakang. Semasa nak buka pintu, saya pejamkan mata sambil baca ayat kursi kuat-kuat.
Saya tak nak nampak apa-apa. Kawan-kawan saya di belakang ternampak makhluk genit tetapi mengerikan tertenggek di atas alang rangka katil itu.
Lantas mereka tarik tangan saya lalu menutup pintu. Saya terduduk atas bungkusan sabun serbuk. Alhamdulillah tak ada masalah peranakan jatuh.
Akak, kitorang nampak kak. Akak nampak tak? Apa kita nak buat ni” Saya yang memang tak nampak apa-apa bingung. “Korang nampak apa? Bawak mengucap.
Baca bismillah banyak-banyak. Jangan lupa ayat kursi”. Segera saya menyuruh mereka ambil wuduk dan baca yassin. Bila teringat balik, nasib baik bukan saya yang nampak.
Semasa kami baca yassin, rumah kami menjadi panas tiba-tiba. “Kamu pergi bukak tingkap” arah saya. Kemudian terus membaca.
Tiba-tiba pintu rumah dicakar-cakar berulang kali. Besi grill diketuk-ketuk. Bingit sungguh. Mahu berpesta agaknya. Selesai membaca yassin, kami pagarkan rumah. Kemudian bunyi yang bising pun hil4ng.
Keesokan harinya lepas solat subuh saya pergi melihat pintu di hadapan. Ketara sungguh ksan cakaran 3 kuku. Saya dah terbayang muka tuan rumah akan marah tengok keadaan pintu rumah macam ni.
Lepas itu saya pergi melihat keadaan ruang mesin basuh pula, besi katil yang menghempap mesin basuh itu kembali terletak pada kedudukan asalnya.
Lama saya berfikir, mungkin mereka marah sebab masuk di rumah yang telah ditinggalkan lebih 3 hari sebelum kami masuk tanpa meminta izin.
Mungkin jugak mahu meng’orientasi’kan kami. Selepas kejadian itu, kami tidak sekali pun meningg4lkan rumah kosong lebih dari 3 hari. Kalau mahu pulang ke kampung pun bergilir-gilir sampai hujung semester.