Suami bg mak dia RM800 sbulan sdgkn sy ikat perut sarapan lunch dgn bskut kering kt ofis.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, hrp admin blh hidekn fb sy.. sy sekadar ingin meluahkn bkn utk mengaibkn sesiapa Skrg sy ada di Selangor, di kg halaman suami, menyewa rumah berdekatan dgn mertua..kg sy jauh nun di penghujung pantai timur.Sy berkahwin pd thun 2014 di usia 22 thun dan telah dikurniakan seorng ank laki yg berusia setahun lebih.beza umur sy dan suami hampir 10 thun.

Mslh sy ialah dr slpas akad nikah shgga skrg suami tak hbis2 mengungkit duit hantaran 10k yg kononnya disebut hantaran utk sy.

Cerita begini, sy seorang pelajar di slh sebuah ipta semasa sy knl suami tp sy tdk dpt menghabiskan pengajian sy krn keadaan keluarga sy yg x mampu,

ditambah lg sy merupakan ank sulong dr 7 beradik, sy mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan bekerja . Selepas 5 bln bekerja,

dlm keadaan sy yg terkontang kanting sendirian, kdg mampu byr sewa bilik kdg x, kdg mngis sendirian, kdg berkejaran sendirian, sy memilih utk berkahwin dgn harapan utk hidup yg lebih baik.

Maka sbln lepas tu berlangsungla mjlis perkahwin kami yg serba ringkas. 100% perbelanjaan ditanggung oleh suami sy, sb sy dgn family mmg tdk berduit, ckup2 mkn.

Oleh krn sy sedar dan tahu sy tak mngeluarkan duit, maka duit hantaran yg suami lafazkan masa akad, sy serahkan kpd suami utk menyelesaikan semua urusan.

Tp sebaik saje selesai semua, sy balik ke rumah sewa, suami tak hbis2 ckp, “byk nya mak awk mtk hntaran tu, apa yg awk beli, abg xnmpak pun gelang ke rantai.

ke mak awk simpan buat belanja dia” walaupun hati sy terguris sy cuba bersabar sb tahu sy xda apa2. Tp lpas hmpir berpuluh kali di ungkitnya, dikata mcm2 tntg mak sy, ksabaran sy juga ada hadnya..

Bila sy menjawab setiap kali tu dia akn ckp sy isteri yg tak reti menghargai, dia akan pkul sy sekuat yg dia mahu, akn menutup mulut sy semahu dia…

Selepas 2 3 jam kejadian , dia akn mohon maaf, dibelai dipujuk sy..sy yg sygkn hubungan cuba lupakan….benda yg sama berulang hingga ke hari ni.

Mslh kedua sy, mertua..sy bkn la benci mertua sy, sy tahu dia ibu yg melahirkan ayah kpd anak sy. Tp dlm bab masuk campur kewangan sy betul2 terasa.

Suami sy bergaji 3k , gaji sy pulak hanya 1400.Dah nk masuk 3 tahun benda yg sama setiap bln.

Setiap bln suami sy akn byr rumah sewa 500, bil api dan astro 100, pengasuh anak 300, hutang perabot 200 , kereta 900 , dan dia akan bg dkt mak ayah dia 800 sebln.

Gaji sy pulak 460 personal loan, insurans sy dan anak 300, brg dapur pamperS susu anak rm 600.. baki rm 60, duit tambang lrt sy pergi baliK kerja.

Saya tahu gaji suami sy tak la cukup untuk semua, jd dgn ikhlas sy guna gaji sy utk beli brg dapur, sy halalkan duit nafkah yg suami tidak pernah hulur spnjg perkahwinan.

Tp baru2 ni sy dpt tahu jumlah duit yg suami bg setiap bln dkt mak ayah dia, sy menangis, sy rasa mcm org bodoh.

Saya dpt tahu pun bila suami listkan kemana gaji dia dh hbis sb dia ckp dia dah takda duit belanja.

SaYa Tanya mak dia betulke, jwb mak dia ye la betul, knp? Dia anak aku, anak yg aku kandung yg aku lahir yg aku jaga…ok, sy faham..tp buat suami sy, sgguh sy terasa hati smpai hati sy tawar dgn abg , knp.

SB DLM SY IKAT PERUT,SY KORBANKKAN PERASAN MAK AYAH SY DI KG YG SDH BERAPA LAMA SY TAK KIRIMKAN BELANJA DEMI BANTU ABG, DAH BERAPA LAMA TAK BALIK KG KONONNYA XNAK ABG SUSAH,

ABG TAHU SARAPAN DAN LUNCH SY DI OFIS BISKUT KERING YG ADA DI PANTRY OFIS SPNJG KITA BERKAHWIN, KDG HJUNG BLN TAK CKUP TAMBANG LRT,

KUDRAT KAKI SY GUNAKAN, KDG SUSU ANAK TAK CUKUP SY CAMPUR DGN NESTUM TP SUKU DARI GAJI ABG ABG HULUR DKT MAK AYAH ABG.

SELAMA NI SY IGT ABG BG 200 SEBLN KT MAK AYAH ABG.ABG TAHU KE SY DGN ANAK BAWAH TANGUNGJAWAB ABG.

MAK ABG KEHULUR KEHILIR, BELI BRG DAPUR SMPAI BUANG GUNA DUIT ABG TP SY, DH LAMA TAK MERASA DUIT GAJI LEBIH HGGA HJUNG BLN.

BILA SY CKP, ABG MENG4MUK, ABG MAKI ABG PKUL SY, TAK BOLEH SENTUH PSL MAK ABG.

OK, SY PUN WANITA, SY PUN ADA KEINGINAN NK BERBAJU BARU, NK MERASA EMAS SEKETUL DUA, NAK BALIK KG 2 3 KALI SETAHUN, NAK MKN ITU INI.

SEBELUM NI SY IKHLAS TP ABG BUAT SY MCM ORG BODOH, IBARAT SY BEKERJA BANTU MAK ABG. MAK ABG BKN KATEGORI ORG SUSAH, BERBIJIK RUMAH SEWA, BKN ABG SORG ANAK DIA….

MAK SY DI KG ORG SUSAH, ORG MISKIN…BERULANG2 ABG UNGKIT ANAK PEREMPUAN TAK PERLU BG DUIT DKT MAK, KLU MCM TU SY NAK CKP ORG PREMPUAN TAK PERLU KERJA NK PIKIR MSLH SUAMI.

SY DAH BUAT KEPUTUSAN, SY AKAN PERGI, ADA KEHIDUPAN YG LEBIH LAYAK UTK SY DAN KELUARGA. SEELOKNYA ABG TAK PERLU BERKAHWIN , TUNAIKAN SAJE TNGUNGJAWANB ABG DKT MAK.

KISAH KE 2. ” Suami sy belajar sampai spm sahaja manakala saya degree. Sbsbab itu suami ambil ksempatan. Semua perbelanjaan saya yang tanggung. Nafkah zahir suami tak pernah bagi tapi nafkah batin pandai pula minta tanggungjawab isteri lah. ”

“Saya baru bercer4i dengan suami. Dulu, suami saya hanya belajar sampai SPM dan terus bekerja. Saya pula belajar sampai peringkat ijazah.

“Selama kami berkahwin, saya yang kena tanggung semuanya dari A sampai Z. Bukan niat saya untuk burukkan suami sebab dia belajar setakat SPM. Cuma sebagai perempuan, kita perlu fikir betul-betul kalau nak cari suami.

“Kadang-kadang bila suami belajar setakat SPM dan gaji kecil, mereka suka ambil ksempatan. Mereka berkahwin semata-mata untuk cari orang yang boleh support dan tanggung segalanya supaya mereka boleh buat apa yang mereka suka.

“Nafkah tak bagi, soal rumahtangga pula semua isteri yang buat. Mereka hanya tahu balik rumah dan minta nafkah batin daripada isteri. Dan bila tak bagi, mereka persoalkan tentang kewajipan isteri untuk tunaikan tanggungjawab.

“Sekarang ni, kakak saya pun alami benda yang sama. Suami dia SPM, dia pula ada ijazah. Suami dia buat hutang kemudian paksa kakak saya buat pinjaman bank untuk langsaikan hutang dia.

“Entahlah, mungkin wanita sekarang kena berhati-hati bila memilih suami. Kadang-kadang lelaki ni hanya nak cari penyelamat masa depan mereka je.

Bila dah dapat isteri yang bekerjaya, terus lepas tangan dan anggap isteri boleh bagi segalanya.

Bila isteri minta cer4i, mereka akan cakap isteri tinggalkan mereka masa susah. Padahal mereka tak sedar selama ini mereka susah pun si isteri juga yang menanggung.

“Dalam k3s saya pulak, bila saya nak berhenti kerja, suami saya tak bagi. Dia cakap siapa nak tolong dia sara keluarga. Bila minta cer4i dituduhnya macam-macam. Sampai keluarga saya sendiri buang saya sebab dia jaja cerita yang saya minta cer4i sebab ada skandal.

“Dia cakap saya kena faham kerja dia. Kononnya sekarang ni dia tengah usahakan bisnes jadi semua duit gaji dia labur pada perniagaan.

Bertahun-tahun satus sen pun dia tak bagi. Masa untuk keluarga tak ada, nafkah zahir tak ada, tapi bila bab nafkah batin pandai pula dia minta sebab tanggungjawab isteri.

“Masa saya mengandung 5 bulan, dia ajak pergi KL dari JB sebab ada kenduri. Saya kata saya tak larat sebab tak sihat. Dia boleh pulak kata saya menipu sebab tak nak pergi dengan keluarga dia.

“Petang tu saya drive sorang pergi klinik, doktor kata saya ada chicken pox. Lepas tu saya terpaksa check in di hspital berseorangan tanpa suami sambil bawak perut yang besar tu. Semua staf hspital tanya saya datang sorang je ke.

“Lepas dah bersalin, anak saya kena kuning. Tapi suami saya lebih rela pergi meeting daripada bawak anak pergi hspital sebab dia kata meeting lagi penting.

Dia balik waktu Maghrib dan nak bawak anak pergi hspital tapi saya tak bagi sebab dah malam.

“Terpaksa hold sampai esok pagi. Bawak pergi hspital swasta the next day, bil sampai beribu saya yang bayar semua.

Bila depan orang suka cakap besar kononnya dah berjaya buat itu ini tapi sebenarnya saya yang tanggung semua benda.

“Duit belanja dia pun saya bagi selama bertahun-tahun sedangkan dia kerja. Sekarang ni bila dah cer4i, duit anak langsung dia tak bagi satu sen pun. Dah macam mengemis kalau nak suruh dia jumpa anak.

“And the worst part is, dia beritahu semua orang yang saya nak cer4i sebab tak sanggup hidup susah bersama sebab dia kerja gaji SPM dan saya gaji ijazah.

Kalau tak boleh hidup susah, baik dari dulu saya mintak cer4i. Buat apa nak tanggung dia lama-lama. Orang lelaki ni, disebabkan ego mereka tak nak berubah.

“Tolong ingatkan lelaki-lelaki kat luar sana, kalau dapat isteri bekerja please jangan ambil ksempatan.

Kebanyakan orang sekarang bercer4i sebab ini lah. Kahwin nak, tapi tanggungjawab tak nak jalankan. Lepas tu salahkan isteri tak boleh hidup susah bersama.

“Saya jaga anak macam nak gila sorang-sorang dari awal bersalin sampailah anak dah besar. Saya s4kit terlantar dan penat lelah semuanya dia tak ambil tahu.

Masa anak merah lagi langsung tak nak jenguk dan jaga. Bila anak dah pandai main dan sihat, baru nak mengaku anak.

“Dulu lepas dah habis pantang 44 hari barulah saya boleh pergi buat surat beranak anak saya. Ayah dia terlalu busy dengan bisnes juta-juta dia tu.

Susah gila hidup saya masa tu. Saya bertambah struggle bila terpaksa keluar dari rumah bawak pakaian je. Dah lah kena tanggung hutang dia pakai nama saya.

“K3s kakak saya pulak dah bertambah teruk. Suami dia ambil pis4u dan paksa kakak saya tikam dia sebab minta cer4i. Kakak saya dah tak larat dan dah tak mampu lagi nak tolong dia selesaikan masalah hutang dia. Padahal kakak saya dah buat loan sampai 50k semata-mata nak langsaikan hutang keliling pinggang dia tu.

“Jadi, budak-budak muda sekarang janganlah sibuk sangat fikir nak kahwin. Ingat semua happy ending ke.Kebanyakannya kecundang di tengah jalan.

Kawan-kawan saya yang tak kahwin lagi sibuk fikir pasal kahwin sebab takut ketinggalan jadi anak dara tua. Tapi diri sendiri tak matang untuk berkahwin.

“Ramai jugak yang tanya kenapa saya tak sedih langsung sebab bercer4i pada umur muda. Jawapan saya senang. Saya beritahu kawan-kawan saya yang hidup single lebih happy daripada kahwin dengan lelaki yang salah.

“Alhamdulillah, hidup saya lebih gembira sekarang dan saya dah tak kisah langsung pasal lelaki sebab dia yang ajar saya hidup berseorangan tanpa suami.”