Foto sekadar hiasan. Salam warga KRT, tak tahu nak mula dari mana.. Esok dah raya..saya kehilangan suami tercinta baru setahun dan kami ada 2 orang anak.. seorang lelaki 7 tahun dan perempuan 3 tahun. Selepas arwaah tiggalkan kami, segala ape semua saya fikir dan tggung, family sana memang tak ambil tahu Malah Baru2 ni mereka minta duit KWSP arwaah suami yang berbaki untuk anak lelaki saya kerana anak saya kena tunggu umur 18 tahun baru boleh keluar.
Bukan minta sikit min, tapi minta semua yang ada. Mereka tak fikir nasib anak2 saya di masa akan datang. Saya sedih min, sedih dengan nasib anak2 saya..
Saya sggup bertengkar dengan family sana demi mempertahanakan hak anak2 saya sementara saya masih bernywa. Saya juga ada buat bisness dengan arwaah,
tapi bisness tu atas nama saya sendiri, namun atas tanah diaorg. Diaorg suruh saya kluar barang2 saya dan mereka nak masuk dalam bangunan tu untuk kepentingan mereka..
Min, dengan raya nak dekat mereka tak tanya ape yang anak2 saya ada time raya ni, zakat fitrah anak2 pun diaorg tak peduli.
Saya bukan nak sangat duit mereka min, tp hargailah anak2 saya min, arwaah ayah diaorg banyak jasa pada mereka dan arwaah berharap mereka ni akan juga anak dia, seperti mana dia jaga mereka.
Tapi min, time nak raya ni dia orang hanya minta duit dan harta yang tinggal. Saya bukan oramg senang min, harta yang ada cuma bgunan tu..
KWSP arwaah, bhagian mak dia dah ambil semua tanpa fikir anak perempuan saya yang tak dapat ape2. Saya hanya diam.
Mereka kata saya gila harta min, sebab mereka nak sangat bangunan tu untuk dibuat rumah dia orang Kerana dikatakan gila harta, buat faraid.. hanya bleh di faraid KWSP.
Peguam kata bgunan tu tak bleh di faraid kerana hak milik saya. Tp depa nak juga min, berbgai2 cara.
Saya raya sedih kerana kehilangan suami dan mengenang nasib anak2 saya yang tak tahu ape2.
Demi anak2 saya,saya kena bertahan ape yang saya ada min. Panjang lagi masa anak saya min ke depan ni.
Saya harap allah panjangkan umur saya, supaya saya mampu pastikan tak kan sape pun yang berani lsykan ape2 pada anak saya min.
Raya ni tak tau la saya perlu ke tak pergi bawa anak2 saya ke rumah family sana, kerana saya tak mampu hadap muka diaorg tapi dalam masa yang sama saya kesian anak2 raya tanpa ayah dan kasih sayang family sana,
sedang anak2 saya macam menagih kasih sayang diaorg.. hanya kerana mereka budak2 tak mengerti ape2..
Hncur hati min, tak tahu nak cakap.. Saya sayang anak2 saya min.. Saya tak pernha kehilangan ayah seperti mereka..
saya tak pernah rasa ape yang anak2 saya rasa. Demi masa depan anak2 saya, saya kena bertahan.
Thanks min siarkan luahan hati saya ni min. Saya harap ibu tunggal di luar sana, yang susah seperti saya, kuatlah.. bangunlah.. berjuang ape yang ada kerana susah kita hanya kita yang tahu.. doa,kita bukan sorang2.. allah ada bersama kita
KISAH KE 2. Suami mninggal ketika aku mgandung, kluarga suami langsung tidak mahu tlg uruskn smua termasuk hutang suami. Smpailah satu hari mak mertua bising tentang duit insuran suami dia tak dapat dan juga duit kwsp suami dia tak puas hati hanya dapat sedikit….
Assalamualaikum kepada semua warga IIUM Confession. Saya seorang balu yang kehilangan suami hampir 5 tahun. Maka selama inilah juga saya memegang status balu dengan anak seramai 3 orang.
Tujuan saya menulis di sini adalah kerana saya terkesan dengan isu adik arwaah Abam Dan Hidayah (Balu arwaah Abam).
Di sini saya hendak menceritakan bagaimana pengalaman saya berurusan hal berkaitan harta bersama status balu. Sememangnya satu pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan.
Jika perkara yang melibatkan harta, keluarga yang baik dengan Kita juga akan cepat gelap Mata. Saya tidak boleh lupa baru 3 Hari suami pergi, ayah mentua sudah bercerita untuk membahagikan harta separuh-separuh.
Sedangkan ketika itu saya masih bersedih suami pergi secara tiba-tiba. Suami kemlangan jalan Raya dan meninggaal di tempat kejadian.
Saya hanya mendiamkan diri ketika itu kerana tiada apa yang mampu saya katakan. Cuma agak terkejut kerana begitu cepat bercerita berkaitan harta.
Untuk pengetahuan semua, ketika itu saya sedang hamil. Jadi saya menangguhkan dahulu urusan perbicaraan dan faraid kerana mahu menunggu anak saya lahir. Lebih mudah urusan untuk pembahagian faraid.
Sepanjang tempoh tidak Ada bantuan daripada keluarga sebelah suami, sedangkan nafkah anak-anak wajib atas mereka.
Saya jalankan hidup seperti biasa. Walaupun Ada kalanya tidak cukup perbelanjaan ketika itu.
Apabila anak saya lahir,saya uruskan sendiri segala hal berkaitan faraid. Konflik mula timbul kerana keluarga sebelah sana tidak berpuas hati.
Kononnya saya hanya memberikan sedikit sahaja. Bagaimana saya mampu memberikan sebanyak yang mereka mahukan sedangkan arwaah suami tiada harta. Hanya wang daripada KWSP sahaja.
Wang insurans yang saya terima saya bayar hutang-hutang yang Ada bersama arwaah untuk memudahkan urusan seharian pada masa hadapan. Oleh sebab anak-anak berumur bawah 18 tahun, wang mereka dibekukan.
Saya hanya membesarkan anak-anak dengan wang yang ada beserta gaji saya. Wang insurans tidak perlu faraid kerana bukan harta semasa arwaah hidup.
Tetapi saya tetap memberikan juga kepada keluarga sebelah suami. Mereka harapkan lebih tetapi mereka lupa tentang hutang-hutang yang perlu diselesaikan dahulu.
Rasa tidak puas hati di pihak sana, saya sentiasa diburuk-burukkan. Kisah saya tamak harta sentiasa dicanang.
Saya hanya diamkan diri walaupun saya tahu segalanya. Saya terkilan kerana wang yang saya berikan, keluarga gunakan untuk keperluan abang ipar saya.
Nafkah anak-anak memang saya tidak pernah terima. Kadangkala saya terpikir, harta yang sedikit mahu direbutkan sedangkan cucu-cucu mereka merupakan harta yang tiada nilainya. Waris dan keturunan mereka. Cucu-cucu yang akan mendoakan mereka kelak.
Kini, saya tetap menziarahi mereka. Jika suami ada,tentu dia akan terus menzirahi keluarganya.
Saya pergi tanpa pernah mengungkit tentang cacian mereka kepada saya. Saya layankan mereka seperti Ibu dan bapa saya sendiri.
Awalnya mereka seperti keras hati. Tidak mahu melayan saya seperti sebelumnya.
Saya tetap menziarahi mereka demi anak-anak. Hati yang keras juga boleh lembut jika Kita berdiam diri dam melayan mereka dengan baik.
Saya juga belajar untuk memaafkan mereka walaupun bukan mudah. Saya malu apabila saya dihina dan dicaci hanya kerana harta yang tidak seberapa. Biarlah semua itu berlalu.
Buat semua, jika keluarga mengalami situasi seperti ini, berikan sokongan moral. Bukan bercerita berkaitan harta ketika kubur masih merah.Kami balu lebih bersedih. Kami tiada lagi tempat bergantung, tempat mengadu dan bermanja. Dengarkan rintihan kami. Jangan bebankan lagi emosi kami.
Pada pendapat saya, lebih mudah balu sendiri yang uruskan harta berkaitan faraid kerana hanya isteri yang tahu tentang hutang-hutang suami. Bayar segalanya dan selepas itu faraid.
Ipar tidak perlu campur tangan kerana tiada hak dalam hal ini. Tunaikan sahaja tangungjawab berkaitan nafkah anak-anak arwaah. Itu lebih baik daripada berebut harta.
Semoga ilmu berkaitan faraid tidak dilupakan. Tuntutlah ilmu jika tidak tahu supaya tiada pihak yang teraniaya. Sekian…