Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum wtb pembaca sekalian. Terima kasih sudi membaca penulisan ini. Cerita ini ditulis dari hati yang paling dalam yang tidak punya rasa.Perkenalkan diri sebagai Maryam, berumur 40-an. Berasal dari negeri sebelah Selatan. Aku berkhawin di usia yang agak muda. Awal 20-an. Setelah tamat ijazah aku terus berkhawin.
Disaat anak-anak lain sedang berusaha membalas jasa dan pengorbanan ibu ayah mereka.Sehinggakan ayahku bertanya padaku samada aku yakin atau tidak untuk berkhawin sekarang.
Aku nekad. Kerana lelaki ini seorang yang sangat baik hasil dari cerita kenalanku. Dia merupakan kenalan rakanku.
Suami ku bernama Samad. Kami bertunang 2 bulan dan terus bernikah. Aku dibawa ke negerinya. Cinta berputik selepas khawin dalam melalaui proses perkenalan yang sebenar.
Bermulalah kehidupan kami suami isteri tidak terlepas dengan ujian kesempitan wang di awal perkhawinan kami. Kami susah tapi kami bahagia.
Dia bekerja dan aku juga bekerja. Aku cuba tampung mana boleh walau gaji aku tak besar mana.
Setahun kemudian aku disahkan hamil anak pertama kami. Gembira dan bahagia. Hari bertambah hari.
Aku rasa semakin kurang berdaya untuk melakukan hal-hal kerja rumah. Siang hari aku bekerja, balik petang ready makan suami. Suami pula taknak makan lewat.
Lepas suami makan kemas dapur, kemudian urus baju suami untuk ketempat kerja esoknya. Begitulah rutin aku setiap hari.
Hujung minggu pula basuh baju,lipat baju masak yang special skit untuk suami dan wajib pergi ziarah mak dia yang tidak jauh dari rumah lebih kurang sejam perjalanan.
Namun kugagahi untuk hadapi. 9 bulan berlalu. Aku selamat dibed4h untuk mengeluarkan seorang puteri.
Ibuku dari datang kerumah kami untuk menjaga aku dalam pantang. Mentua yang dekat ada datang ziarah tengok cucu.
Aku terasa sangat terhutang budi dengan ibuku kerana sepanjang tempoh berpantang dia menjaga diriku dan makan minum aku dengan baik sekali.
Suamiku bukan jenis pandai buat kerja macam ni. Sehinggakan makan minum suami aku pun ibuku yang sediakan. Makan pagi, dan dinner setiap hari. Aku terharu.
Kadang terbit dalam hati ini mula rasa skit hati dengan Samad kerana dia sepatutnya membantu ibuku apa yang patut. Dia Cuma tahu pergi kerja dan balik kerja.
Sehinggakan baju dia pun ibuku yang basuhkan.Memang semua benda aku siapkan sebelum ini. Dia Cuma tahu benda dah siap.
Aku cuba menolak perasaan negative pada Samad.Dua tahun kemudia aku hamil lagi. Cerita yang sama juga terjadi. Sehinggakan aku melahirkan anak yang ketiga.
Samad ni jenis yang tidak tahu buat kerja lain selain kerja pejabat dia.Anak-anak nangis malam tidak pernah sekali dia bangun untuk tengokkan anak.
Never. Alasannya kalau dia tidur, dia akan tidur m4ti. Dia tidak reti tolong lipat baju, masukkan baju dalam mesin ker. Itu semua aku kena buat.
Aku penat. Tapi aku hadapi. Kerana aku patuh pada suami. aku takut ALLAH marah. Pinggan yang dia makan pun main letak dalam sinki jer.
Bila anak –anak dah mula membesar aku cuba ajar anak aku untuk basuh pinggan sendiri, basuh kasut sendiri, tapi seperti tidak dipersetujui Samad.
Dia nak anak dia belajar sahaja. Dia nak anak dia pandai akedemik sahaja. Satu hari anak kami umur 12 tahun. Pagi aku tegur suruh basuh kasut sekolah.
Bila tengha hari dia pergi main sampai kepetang. Aku pesan angkat kasut sebelum hujan petang.
Tapi tidak diendah. Sehiggakan malam itu hujan. Malam tu Samad baru balik kerja dan nampak kasut anak dia basah ditimpa hujan. Dia marah aku dengan suara yang kuat.
Aku cuba membela diri tapi ditengking dengan ayat “jangan salahkan anak’’ dia jarang marah aku dengan menegking atau suara tinggi.
Setelah cukup 10 tahun perkhawinan kami disinari dengan 3 orang cahaya mata. Semuanya melalui kaedah bersalin bed4h.
Aku bahagia seadanya. Kehidupan kami pun semakin baik. Berkat kesungguhan samad pun keluarga kami makin senang. Namun suatu hal tidak terjangka.
Suatu malam samad menyatakan hasratnya untuk bernikah lagi. Aku diam terkedu tidak terkata. Aku terus diam bebrapa minggu.
Kerana aku tidak boleh mengatakan tidak pada hukum yang ALLAH tetapkan Harus.
Namun aku masih tidak kuat untuk menundukkan nafsu hati ini yang tidak ingin berkongsi. Hati aku bagai dicarik-carik dan disiat-siat.
Seminggu kemudian aku bertanya mengapa hendak berkhawin lagi. Katanya nak anak ramai.
Ya, benar. Aku tidak mampu beranak lagi. Dia kerja selalu out station. Katanya nak isteri yang boleh dia bawa kesana kesini selalu bila kerja luar.
Dia minta aku carikan siapa yang aku ingin jadikan madu. Jelas.
Dia belum punya calon. Tapi keinginan beristeri itu tinggi. Setelah beberapa bulan, aku minta dia listkan ciri2 isteri kedua yang dia inginkan.
Aku mula usha kawan2 aku yang terlajak bujang. Kerana lebih baik aku sendiri cari dengan siapa aku nak berkongsi daripada aku pening kepala nak bergduh nanti.
Lama sungguh pencarian aku memakan tahun. Dan dia tidak pernah mengalah. Aku tahu, dalam diam dia juga mencari kerana aku pernah tengok perbualannya dengan kawannya dan disertakan dengan gambar perempuan.
3 tahun aku mencari. Suatu hari dia mengungkit. Katanya penat bekerja kesana ke sini sorang diri tiada isteri di malam hari.
Dia menuduh aku tidak kesian dengan dirinya. Sengaja membiarkan dia bekerja sorang diri. Dia tidak tahu usaha aku. Aku telan pahit ini.
Aku berdoa semoga dia ditemukan dengan isteri yang baik, waktu itu hati aku mula rasa kosong. Sampai hati suamiku perlakukan aku seperti tidak punya rasa.
Aku mula perhatikan seorang rakan sekerja aku yang baru masuk. Berumur lewat 20 an. Bernama siti Bila kutanya kenapa belum berkhawin dia cuma senyum tanpa kata.
Suatu hari aku pura-pura berbual tentang orang hidup bermadu. Dan aku
Tanya pendapatnya andai kamu dilamar sebagai isteri kedua apa kamu terima dan sanggup.
Katanya “kalau sudah ALLAH tentukan begitu, kuasa apa yang mampu mengatakan tidak. Sayang tidak bererti memiliki sepenuhnya.
Jangan kita tamak dan haloba.” Aku terkedu. Adakah ini orangnya. Aku nekad.
Aku nyatakan hasrat padanya. Dia katakana semuanya berurusan dengan mak ayahnya. Aku kerumahnya. Ibunya seperti keberatan.
Tidak pula si Ayah, seperti menyetujuinya sahaja. Aku mengadu hal ini padanya. Panjang lebar ucapannya.
Tapi apa yang aku sangat terkesan ayatnya “jangan terlalu khawatir, ini semua urusan Allah.
Pasti ada sebab Allah gerakkan hati Ibu saya begitu. Jangan terlalu sedih. Jika ALLAH sudah menyatakan satu cukup untuk dia maka satulah sahaja untuk dia walau seingin apa pun dia”.
Saya pulang kerumah dengan menangis. Bertahun lamanya saya khawatir banyak hal. Saya bersedih berpanjangan.
Walau usia SITI jauh lebih muda dari kami tapi ucapannya jauh lebih matang dari kami” aku pulang dan bgthu suami yang lamaranku ditolak lagi.
Nampak kesal sungguh dia. Bertahun sudah pencarianku. Belum dipertemukan.Aku nyatakan pada suami. aku bersedia sahaja. Tapi aku sudah tidak punya waktu untuk mencari.
Doakan kesejahteraan aku dalam meneruskan hidup ini.
Ini antara reaksi terbaik netizen mengenai perkongsian daripada wanita ini.
Athirah. Kak tolong jgn cari anak dara. Cari janda anak 10. Kan ready made ank dh ada. Senang. Tkot cari anak dara dgn kak2 terlingkup kena bela bini no2. Kak tolongla jgn jdi rendah sgt macm kain alas kaki dh. Mcm tue ja ka level kak dgn suami.
Jdi babu balaci Lepas tue siap cari peneman laki pi kerja outstation pulak. Adoii. Hormat suami hormat la sampai hak anak bini pon xdak. Ptot luku pala laki bini dua2..
Afifah.Anak yg ada pon tak didik elok..ketua keluarga apa mcm tu .xlayak jd suami.jangan la aniaya anak orang suka2 hati ..nak tambah isteri tu mcm nak tambah hamba dia laa…dia nk smua org urus dia..gil punya laki..
Puan buat solat hajat bagi suami puan terjumpa orang2 yg boleh bg dia sedar apa silap dia pada puan dan anak2…
Kalau x mnjadi..doakan je dia m4ti pucuk..sorry ter emo
Zafeez.Kenapa dh mcm ni pun kau tak buat apa apa kat laki kau?
Ni kalau aku, lebam dh kepala dia. Pengurusan kendlri tu penting. Common sense.
Dia ingat kahwin ni main celup celup sana sini ke? Astaghfirullah ampuni aku ya tuhan. (Taknak mencarut harini).
Perkahwinan ni tanggungjawab bersama. Bukan bersama je tanggungjawab. Astaghfirullah.
Mcm ni pon ada org boleh sabar lg eh. Kira aku ni panas baran ke acane hmmm
Linda.Eh… yg akak yg cerita ni bukan isteri ke? Bawak je laa pegi outstation kalau nak… ape yg susah sangat?
Berapa kali ntah duk ulang kerja penat2 , outstation tapi mlm tidur xde isteri disisi. Eh, bawak je isteri sedia ada boleh, kan?
Risau anak xde orang jaga.
Bawak la anak sekali.. anak sekolah? Cuti kan laa..dah nak layan ko punya gersng malam2 kan.
Akak confession ni pun taat tak bertempat, yg laki ni pun sama je hampeh juga..Kalau aku jd akk ni, dh angkat kaki dah..
Huda. “Aku penat. Tapi aku hadapi. Kerana aku patuh pada suami. aku takut ALLAH marah” . Maaf puan confessor pada pendapat saya pemahaman puan tentang patuh kepada suami ni agak sempit..
Allah maha pengasih tidak akan menzal1mi hambanya yg bergelar isteri.. Ramai isteri yg menz4limi diri sendiri kerana memegang perkataan patuh kepada suami kerana takut dimurkai Allah tanpa memahami konteks patuh yg sebenarnya dalam islam..
Saya doakan puan terus diberi kekuatan dan luahkanlah apa yg terbuku di hati dengan komunikasi dua hala bersama suami
Fauziatul. Bila konsep “taat” dengan “diz4limi” tak difahami beginila jadinya. Sedangkan Nabi Muhammad saw rasul kita walau keluar berdakwah, bekerja pun balik rumah tolong isteri buat kerja rumah.
Ni suami sis ni mengalahkan nabi dah. Dahla xde jaminan lagi kita ni masuk syurga.
Kalau dengar ceramah ustaz ebit lew jenuhla malu pada diri sendiri. Sis sendiri terlampau manjakan suami buat macam maharaja jadila dia maharaja.
Kalau dua-dua kerja patut sama2 langsaikan kerja rumah baru bertambah erat kasih syg.
Setiap kali solat berjemaah sama2 dan zmn sekarang akses kepada ceramah agama banyak online je. Sama2 muhasabah diri.
Punyala laki sis ni rasa hidup dia mudah sebab sis sendiri tu dia rasa dia layak tambah bini. Nayala siapa jadi bini muda dia.
Mashitah.Kerja rumah xreti buat…mengajar ank2 pun harap bini…ekonomi family pun Bini tlg support…Ada hati nk tmbh bini.
Alasan dia..bosan outstation xdk peneman d mlm hari..amboii..klu yg ke2 tu pun dah beranak pinak..xmampu nk jd peneman so nk tmbh lg bini.
sampai abg Jamil mamposs..samad ni terlalu selesa..sampai dia lupa tanggungjwp dia as suami tu apadia sebenaqnya..
Sorry lah.. xmampu nk jga wording dah..sbb samad xsesuai beristeri lebih dr 1..pttnya bkn beristeri lbh dr 1..punya isteri pun dia xlyak…buat Bini mcm hamba abdi..
Nurhela.Tabahnya awak wahai Maryam. Sy pasti awak ni insan yg hebat. Sebab dugaan awak ni bukan calang2 ni.
Bukan semua orang boleh bersabar kalau dapat suami jenis hmm. Malas nak mencarut.
Suami aku londeh seluar tak masukkan dlm mesin basuh pun aku dah jeling. Dapat laki cam laki awak ni rasanya mesin basuh tu duduk atas kepala dia agaknya.
Sy bukan nak flex laki ke apa . Tapi laki sy tu kalau awak nak tau, sy balik keja makanan dah terhidang atas meja. Baju siap bersidai.
Tu pun sy kedekut nak bagi anak tau. Yg laki awak ni pemalas cam beruang koala pun awak sanggup beranak selang 2 tahun.. siap nak carikan madu lagi tu .
Sy taktau lah awak ni sama ada memang berhati malaikat, atau lurus bendul.