Suami ckp dia suka janda tu sbb bgetah, xselera tgk sy htam gmuk. Sy tekad mkn ubaat ptih krus, tp ini yg tjadi

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dn salam ramadhan admin,mohon share kisah rakan saya ni.. Mohon hide nama sy. Salam admin, saya cuma nak mintak pendapat dari kawan2 semua apa saya patut lakukan? situasi saya yang memang kucar kacir sehari sebelum ramadhan suami saya dapat tangkap suami wasap dengan seorng janda anak 3 melalui group cari jodoh.

bermacam2 janji manis ditabur dan saya ringkaskan saja ye sahabat2 semua saya tak boleh terima apa yang suami buat tapi mengenangkan anak 6 orang ni saya sabar lagi masih dia rumah lagi ikutkan hati memang saya nak angkat kaki tinggalkan dia.

ini bukan sekali dua dah tapi banyak kali bila saya tanya kenapa buat macam ni dia kata saya tak cntik, saya tak jaga diri, saya tak menarik, saya buat dia hil4ng selera kononnya.

sebab tu dia sibuk mencari calon istri yang cantik bergetah putih gebu. Memang saya hodoh,

saya berkulit hitam manis, serba serbi kurang la orang cakap dia jadikan isu untuk dia kawin lain selain tu dia bagitau rimas dengar saya jerit2 marah anak.

sahabat semua macam mana saya tak jerit kalau semua tanggungjawab semua dibahu saya

Saya buat semua sendari dari anak2 lahir lagi tak penah susahkan dia..sebab apa??? Sebab bagi saya saya cuba tak nak susahkan dia

Disebabkn kekurangan saya.. saya nak tutup kelemahan dan kekurangan saya denga cara tidak menyusahkan dia ..

saya ingat semua akan buat dia lagi bertambah sayang rupanya salah saya tetap buruk dan hodoh dimata dia, dia cakap selama kawin dia tersksa merana saakit mata tengok saya,

sahabat semua saya ni nak mandi makan pun tak macam orang lain kehulu kehilir nak mandi pun ada yang dok tunggu kat luar nak makan pun tak boleh tenang macam orang lain.

macam2 ubat kuurus saya beli.nak saya kuurus cantik gebu dalam masa singkat???

Macam mana tu kalau dia bntau saya sama2 kerjasama mungkin tak jadi macam ni, ni kadang nak pergi shopping pun tudung tak iron..

tak sempat dah hon bagai sedang kan nak keluar tu bru dia cakap mana tak kelam kabut dengan 6 askar yang kecik2 ni..untuk pengetahuan semua anak saya umur 10-1 tahun…

sekarang kami bergduh dia suruh saya balik kampung kononnya untuk juga ayah saya alasan apa tu saya mintak duit nak balik kampung dia tak nak bagi saya mintak dicer4ikan dia bagi macamm2 alasan.

Sekarang saya cuma nak mintak pndangan semua apa ptut saya buat apa yang patut saya lakukan ksian anak2 saya masih kecik

Tolong admin n sahabat bntu saya bagi pendapat, saya jgk cuma seorng suri rumah saja.

KISAH KE 2. Suami luah yang dia nak kahwin lagi dengan anak dara cantik putiih dan bergaya. Suami paksa akh setuju. Selepas bermadu 10 tahun suami tak tunaikan nafkah batinnya kat aku. Satu malam itu aku cuba minta hak aku, suami menghina aku, “Kalaulah lembu dengan kau, lagi sanggup aku tidur dengan lembu”… Selepas kejadian malam itu aku move on dan jadi janda yang….

Kalau janda yang cantik cantik, mesti orang mengata. Masa ade suami selekeh, dah jadi janda baru pandai nak melawa. Laki dah lari, baru terhegeh hegeh cari gincu. Saya nak share satu story client lama saya (atas izin)

During hearing c4se (anak dia), saya kagum sangat. Usia dah hampir separuh abad tapi body macam anak dara, bergaya, kulit mulus tegang.

Setiapkali hadir ke court, bekas husband pon tak pernah miss datang. At first place saya tak pernah sangka yang diorang dah berpisah, ex husband nampak so caring .

Saya perasan akak ni selalu je macam nak marah. Buat tak tahu dan tak layan dekat ex husband dia (mase tu tak tau pon diorang dah berpisah).

Tapi bile akak ni tengok reaksi saya yang macam tertanya tanya then dia cakap, “Puan nurul jangan salah sangka, akak dah berpisah lama dah”.

I was wow, “Bagusnye bekas husband akak sampai tak pernah miss datang tengok k3s anak dia”.

Akak tu cakap, “Dah meroyan, nak buat macam mana biar dia rasa”. Saya ni selalu puji, akak ni cantik, akak ni bergaya, lembut orangnya, nape akak berpisah.

The next hearing date, after habis c4se, kitaorang turun cafe, sembang sembang sampailah bab peribadi. Dia bawak keluar satu pic lama dari dalam beg

. It was her and her ex husband. I was shocked Hitam, gmuk. Tak make up langsung, berkain batik, selekeh. While man standing next to her quite handsome.

“15 tahun akak abdikan diri dengan suami. Keje nurse berhenti laki suruh. Duduk umah jaga anak, duit tak de. Laki beri cukup cukup makan.

Tak ada lebih langsung untuk beli baju baru, alat solek atau akak keluar jalan jalan. Duduk umah je jaga anak.

Laki pulak sesuka hati keluar nak jumpa kawan kawan. Akak sabar je. Akak beranak setahun sorang. 4 orang anak dah. Letih tuhan je tau.”

“Laki akak start berubah bila akak jadi gmuk. Bukan sengaja, tapi tiap tiap tahun beranak tak sempat nak kuurus. Akak nak keluar jogging takde orang nak tinggal jaga anak. Nak beli ubat kuurus, nak beli jamu duit tak de. Nak melawa duit tak ada”.

Laki pulak elok je beli barang baru, baju baru, tapi tak buat balik dekat bini. Selepas laki naik pangkat, laki dia dah start menghina. “Awak duduk rumah,

selekeh tak macam orang opis saya”. Laki dah mula bandingkan dia, hina tubuh badan. Dan sampai satu masa, berbulan bulan dia tak disentuh.

Akak ni nekad nak g0da semula laki dia. So lepas je lahirkan anak keempat, dia belajar menjahit. Bawak keempat anak dekat balairaya pergi belajar menjahit. Laki nak tolong? harem.

Mengutuk adalah. Lepas belajar jahit, akak ni amik upah jahit. Adalah duit skit, bolehlah beli baju baru sehelai dua.

Dalam duk usaha nak pikat hati laki, tup tup kantoi laki menikah sorang lagi dekat Thailand. Sedih tak terkata, terasa begitu hina.

Sudahlah nafkah culas. Bukan kaya pon, nak beli baju kata tak ada duit, tapi bleh kawen lagi satu. Bini baru kerja satu opis, anak dara, cantik dan bergaya.

Akak ni redho, cuba sedaya upaya selamatkan perkahwinan walaupon lepas tu laki dah jarang bermalam. Paling teruk bila madu dapat anak seorang, nafkah tak diberikan terus.

Akak ni kerja menjahit sara anak anak. Balik je umah dia, laki akan bandingkan dengan madu yang cantik, pandai jaga badan, pandai segala serbi.

Sejak ada bini baru, laki dah pandai naik tangan. Kadang kadang laki bermalam dekat umah dia, bini baru datang suruh balik sana. Laki akan balik dan tinggalkan dia sorang sorang.

Sepuloh tahun akak ni dimadukan. Hari sebelum dia dilepaskan diorang bergduh, pasal nafkah kewangan dan juga nafkah batin yang dah lama suami tak tunaikan

Bila gduh ade tengking menengking. Dan akak ni tak tertahan terus mintak dilepaskan. Mase tu suami dia menghina, “Kalaulah lembu dengan kau, lagi sanggup aku tidur dengan lembu”.

Lepas laki dia cakap macamtu, Allah telah hadirkan perasaan benci teramat pada laki dia sampaikan pertama kali dalam hidup dia mintak dilepaskan.

Suami dia dengan mudah lepaskan dia. Selepas dilepaskan, laki siap cakap, “Aku nak tengok, sejauh mana kau boleh pergi tanpa aku.

Kalau nak aku rujuk balik, jangan lupa datang umah xxx(madu) sebelum tamat tempoh iddah. Lepas dah tamat tempoh iddah aku tak kuasa dah nak layan rujuk dengan kau”.

Terasa terhina, akak ni tak menoleh kebelakang. Angkat kaki, balik kampung bina hidup baru. Bukak kedai jahit. Now dah ade ramai kakitangan.

Rezeki makin banyak, duit banyak hidup tenang. Lepas dia dah agak kaya, madu tak puas hati. Paksa jugak ex laki buat bisnes.

Buat loan, buat bisnes kedai makan. Lingkup. Sekarang menanggung hutang dengan bank. Dari pakai Harrier now dah downgrade to Viva. Sekejap je Allah tarik.

Lepas tak ada laki baru boleh bergaya, melawa. Sebab takde sapa nak tanggung, ada duit sendiri. Masa ade laki macam patung hidup.

Tiap tiap tahun beranak. Yang jaga nye dia sorang. Duit takde. Laki nak beli make up baju? haremmm. Kawen lain adalah.

Sekarang akak dah kuurus, dah cantik, duit banyak. Giliran madu pulak hidup susah main dengan anak anak kecik. Madu dulu yang kuurus dah gmuk.

Tambah pakej lagi madu dia ni pandai menjawab. Kalau tak kene, abes pinggan mangkuk dilemparnya.

Masa saya handle k3s akak tu, dah almost 3 tahun ex laki dia duk kejar, nak rujuk semula. Caring dan terlampau baik. Tapi akak ni bolayan.

Tunggu depan pintu, tunggu dekat tangga rumah. Dekat mana mana nampak je ex laki macam orang tak betul. Meroyan.

Sempat lagi akak ni gurau, “Akak ni puan nurul termasuk dalam salah sorang janda yang takde laki baru pandai nak melawa.

Orang duk mengata kite tak pandai jaga laki, laki dah lari baru nak bergaya. Tapi orang tak tau, kita jadi patung hidup sebab ade laki tak guna.

Miskin tapi ada nfsu dan citarasa tinggi tapi tak menyumbang apa apa kecuali air benih buat kite beranak tiap tiap tahun.

Lepastu bukan nak berterima kasih tapi dijadikan modal pulak nak menghina isteri. Baik hidup sendiri,a da duit sendiri tak payah menanggung biawak dekat rumah”.

Tergelak saya dengar akak ni cakap. “Dah ada yang baru, yang lama dibuang. Sekejap je huru hara hidup. Biarkan dia rasa”. Kata akak ni.

Somoga jadi teladan. Terksan sungguh pada kata kata akak tu, “Miskin tapi nfsu dan citarasa tinggi tapi tak menyumbang apa apa”. Urmmm. Semoga suami kite, anak anak kite, saudara lelaki kita jadi suami yang bertangungjawab dan baik pada isterinya.

Ini antara komen pedas netizen untuk kisah kedua.

Cik Mal Oi –Sedih juga baca kisah orang. Rezeki yang berbeza beza. Gmuk isteri sebab suaminya juga. Sampai menghina macam lembu. Otak tu dah diprogramkan nak cantik cantik hot aje ke. Bila dah tak ada semuanya kena tinggal juga.

Azwa Ghazali – Pernah kena, kat klinik bawa anak tak sihat. Tengah tangkap gambar, mintalah ex (masatu suami) tangkapkan sekali. Dia boleh balas, “Taknak.

Mama awak muka buruk dik.” Tersentap dan tercabar ok. Masatu kami pun dah dalam krisis. I takde mekap yang baru, takde baju baru, takde tudung baru, kasut pun takde.

Selipar beli kat kedai eco je tupun selipar jamban haa. Sebab duit i semua habis untuk peebelanjaan anak, dapur dan rumah. Sedih.

Sampailah kami dah dalam proses, teringat kata dia dalam Mahkamah kpada Hakim. “Dulu masa dengan saya, manade dia nak melawa begini. Bila dah tinggal berasingan, pandai pulak beegaya. Tengoklah datang Mahkamah pun pakai lawa2.” .

Hakim balas. “Dulu Encik pun taknak hargai dia. Apa yang Encik buat masa isteri dengan anak anak ada dengan Encik? Ada tak Encik bagi duit poket pada isteri Encik nie? Sebab kalu tengok dari sini ….” Blablabla so on. Takyahlah panjang lebar i cerita, nanti kang kata bukak aib. Gitewww.

Haa sekarang i nak melawa ke nak melaram, sibuk pula nak kisah. Hari2 bagi video utube, content ceramah (renung2kan). I senyum je.

Paling paling pun i bebel kat family i sebab diaorang yang jaga dan uruskan i dan anak2 masa dibuang dahulu. Apa dia ingatt i anak tiga tak boleh melawa ke. Dia lupa agaknya masa i bujang bujang dulu, i is divasss eh. Bahahahahaha

Sri Bainun –Yang ade suami bagus, bersyukur lah kita. Yang ni jadi kan teladan. Tapi ade jugak semua cukup, anak2 suami bantu jaga, duit ok tapi masih pakai kain batik ikat atas dada je. Rambut macam hantu mak limah. Masak pon malas walau dok umah goyang kaki.

Suami balik periuk kosong. Isteri melaram dok pergi singgah umah orang. Tapi bile suami mule beralih arah, baru nak bergincu.

Ye lah, bak kate orang jangan bagi suami kite cari sebab, lelaki ni perangai nye lain2. Ade yang tak ksah sampai beranak cucu. Ade jugak yang cepat tension. Macam pompuan jugak. Ade yang ksabarannye tinggi dan sebaliknye..

Aisyaah Mat Desa –Kebanyakan suami memang tak boleh nak ikut cara Rasulullah. Mereka hina isteri sama macam mereka hina mak sendiri. Sama macam bukak aib sendiri.

Sah2 isteri abdikan diri pada suami, so jangan la penting diri sampai tergamak hina kekurangan isteri yang berpunca dari diri sendiri.

Bila dah berpisah baru nak terhegeh2, rasakan. Amanat Allah tak dihargai semasa halal dah haram baru nak jilat balik..

Ermmm.. semoga suami dan anak2 lelaki atau saudara2 lelaki kita semua tidak melakukan kejahatan yang sama. Yakinlah suami ketepikan kepentingan dia demi isteri dan anak2 terurus,

Allah la yang akan gantikan ksempurnaan mereka dari jalan mana2 yang mereka tak sedar. Rezeki milik Allah..