Suami ditgkap khalwat angkara ftnah jiran. Demi jaga maruah ibu mertua, aku terpaksa bermadu

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan. Moga semua mendapat ikhtibar. Assalam. Terima kasih kerana sudi menyiarkan secebis kisah dari hidupku. Terima kasih kepada penulis yang sudi olah kisah ini menjadi sebuah cerita yang tersusun. Hari ini genaplah 3 tahun aku berkongsi kebahagiaan yang sama. Ibu telah pun kembali ke pangkuan maha pencipta dengan tenang.

Walaupun semuanya berada di dalam keadaaan yang baik baik sahaja namun jalan cerita dan tarikh keramat itu tidak sesekali akan ku lupakan. Sesungguhnya derita itu adalah salah satu asbab untuk aku berasa bahagia…

Namaku Ara (bukan nama sebenar). Umurku 38 tahun dan bekerja sebagai jururawat di sebuah hspital swasta. Aku telah bernikah tetapi masih belum dikurniakan zuriat walaupun aku dan suami tiada sebarang masalah kesihatan.

Awal pernikahan, hidup aku sangat bahagia. Wanita mana yang tidak gembira dapat berkahwin dengan orang yang sangat dicintai. Hari hari yang aku lalui penuh dengan ketawa riang.

Sayangnya, semua hanya sementara apabila mentua sudah berbunyi tentang cucu.

” Bila nak bagi ibu cucu ni…”

” Ibu nak main sangat dengan cucu sebelum ibu mngal…”

” Kamu berdua keluar kerja, ibu sunyi… Kalau ada cucu boleh tumpang bermain…”

Itulah ayat yang sering aku telan hampir setiap hari. Aku pernah mengajak suami berpindah, tetapi ibu tidak izinkan. Menurut ibu rumah itu telah di namakan kepada suamiku selaku anak lelaki tunggal dalam tiga orang adik beradik oleh aruwah bapa mentuaku.

Suamiku mempunyai dua orang adik perempuan nya yang masih bujang dan sedang belajar di IPT. Memandangkan ibu juga mengidap peny4kit jntung, aku mengalah. Memang sudah menjadi tanggungjawab anak lelaki menjaga ibunya.

Sebenarnya aku tidak ada masalah dengan ibu mentuaku. Ibu melayan aku dengan baik sama seperti ibu melayan anak anaknya yang lain. Ibu tidak pernah persoalkan sekiranya aku terlewat bangun tidur kerana ibu tahu aku penat bekerja.

Ibu juga tidak pernah bising sekiranya aku tidak siapkan sarapan pagi untuk Daus dan dengan senang hati ibu tolong sediakan.

Kata ibu, dia sudah biasa sediakan sarapan untuk anak anaknya dan bagi ibu, seorang menantu bukannya hamba kepada mentuanya. Cuma apabila ibu persoalkan tentang zuriat aku menjadi kurang senang dan berasa seolah olah ibu sedang memperli kelemahan aku walaupun ibu tidak berniat begitu.

Rasa seolah olah aku tidak mampu untuk memberi keluarga itu pewaris. Berkali kali suamiku menasihati supaya aku abaikan setiap kata kata ibu, aku cuba tetapi akhirnya aku tewas. Kesannya aku akan menangis sendirian di dalam bilik.

Masuk tahun ke lima aku menjadi isteri Daus (bukan nama sebenar), kebahagiaan yang selama ini mekar mewangi kian pudar. Aku sedar ianya berpunca daripada aku. Aku bertukar menjadi seorang yang cepat marah dan tertekan.

Setiap kali ada saudara mara Daus yang bertanya tentang zuriat, aku akan segera memulangkan masalah itu kepada Daus.

” Entah… Tanya lah Daus…”

” Entahlah… Daus yang proses, Ara kilang jer…”

” Daus yang belum sedia kot…”

Antara jawapan yang sering aku berikan kepada soalan soalan sinis mereka. Mujurlah Daus faham dan ianya tidak pernah menjadi asbab aku dan Daus bergaduh.

Tekanan aku semakin menjadi jadi. Aku benci melihat orang yang punyai anak ramai. Apatah lagi sekiranya mereka daripada golongan keluarga yang susah. Aku akan kutuk dan mempersendakan kelemahan mereka walaupun itu bukan niat hatiku, sekadar memujuk hati yang lara.

” Uhh dah lah hidup susah nak beranak ramai…”

” Padan muka beranak ramai sekali laki cuurang sebab tak terurus…”

” Beranak jer pandai, jaga tak pandai. Orang nak kerja kau nak kerja tapi anak humban ke mak dan ayah jaga…”.

Itulah antara kata kata buruk aku terhadap mereka. Aku juga cukup pantang jika Daus bermain dengan anak anak kecil para jiran lebih lebih lagi jika ibunya seorang janda. Ianya akan menjadi asbab besar aku dan Daus bertengkar.

Mujurlah Daus jenis yang suka mengalah. Pada setiap kali pentengkaran bermula Daus akan segera minta maaf biarpun salahnya dari pihak aku. Adakalanya Daus akan terus keluar dan akan pulang selepas amarah masing masing telah reda.

Satu hari, rumah tangga aku di datangi tetamu tanpa diundang. Sepupu nya yang aku namakan Lisa (bukan nama sebenar) datang dari kampung dan minta izin untuk menumpang di rumah kami sementara menanti panggilan untuk mula bekerja.

Ibu mencadangkan supaya Lisa terus menetap di rumah itu untuk menemani dia sekiranya aku bekerja ‘shift’ malam dan Daus ‘outstation’.

Dua bulan Lisa tinggal bersama kami, akhirnya dia dipanggil bekerja sebagai pengurus kewangan di sebuah hotel besar. Memandangkan tempat kerjanya berhampiran dengan tempat kerja Daus, Lisa minta izin daripadaku untuk menumpang kereta Daus ke tempat kerja. Aku membenarkannya kerana aku sangat percayakan Daus.

Pagi petang dia bersama Daus. Pergi dan balik kerja sentiasa berdua. Kadang kadang aku terpksa naik teksi atau grab jika Daus lambat untuk menjemput aku pulang semata mata menunggu Lisa habis kerja.

Hubungan mereka semakin lama semakin akrab. Ianya jelas kelihatan apabila Lisa sering berkongsi gambar mereka makan tengahari bersama di media social dengan ‘caption’…

” Lunch bersama encik sepupu…”

” Encem tak sepupu saya ni…?”

” Rindu pada zaman bujang kita dulu…”

Dan pelbagai lagi. Apa yang membuatkan aku sangat terasa apabila dia ‘naikkan’ gambar seorang budak perempuan yang sedang makan ais krim…

” Bakal anak kita jika dulu kita berjodohan…”

Walaupun Lisa tidak ‘mention’ nama Daus tapi aku yakin ‘caption’ itu ditujukan untuk Daus kerana menurut adik iparku, dahulu sewaktu Daus di sekolah menengah mereka pernah bercinta.

Apabila aku bertanya, Daus akan menjawab bahawa itu cerita lama. Cerita zaman zaman sekolah menengah. Pekara ini berlanjutan hingga tahun ke tujuh kami bernikah.

Hubungan mereka semakin rapat. Mereka sering kelihatan duduk berdua duaan di laman rumah sambil bergurau senda. Apabila aku tegur, Daus akan kembali menyalahkan aku kerana terlampau cemburu buuta. Isteri mana yang tidak cemburu apabila suaminya bersama perempuan yang bukan muhrimnya.

“Dah nampak kenapa tak keluar lepak sama…?”

Soalnya membuatkan aku terdiam. Kadang kala aku juga terasa dengan sikap Daus yang suka tanya pendapat Lisa berbanding aku.

Pernah beberapa kali kami keluar membeli lauk bersama. Daus akan menghubungi Lisa dan bertanyakan hari ini nak masak apa, ibu nak makan lauk apa.

Sehinggakan nak beli beras pun Daus akan call tanya beras apa yang sedap. Tepung jenama apa yang sesuai untuk di buat kuih. Ikan apa yang elok untuk masak kuah laksa dan pelbagai lagi sedangkan aku isterinya tercegat ibarat tunggul m4ti di sisi.

Begitu juga jika keluar makan, kalau tidak di ajak Lisa sekali pastinya akan di bungkus makanan untuk Lisa. Jika kalian di tempat aku, apakah perasaan kalian…? Wajibkah aku berasa cemburu…?

Aku dan Lisa…? Sebenarnya aku dan Lisa tiada sebarang masalah. Lisa sangat menghormaati aku sebagai isteri Daus. Aku dan Lisa boleh jer duduk berbual bersama, bergurau senda, bercerita tentang artis. Bertukar pendapat tentang ‘make up’ dan penampilan diri.

Memasak dan mengemas sama sama malah aku juga sering tumpang tidur dibilik nya sekiranya Daus ada kerja diluar yang terpaksa mngalkan aku selama beberapa hari. Aku takut untuk tidur sendirian di bilik tingkat atas kerana bilik ibu dan Lisa di tingkat bawah.

Lisa juga ada cerita padaku bahawa dia pernah bertunang dan pertunangan mereka telah putus kerana Lisa kurang selesa dengan bakal keluarga mentuanya.

Faham lah aku kepada siapa gambar anak kecil yang sedang makan ais krim itu di tujukan. Lisa juga banyak bagi nasihat dan kata kata semangat kepada ku sekiranya aku ‘down’ apabila ada yang bertanyakan tentang zuriat.

Sejak Lisa ada, ibu tidak lagi bersuara atau bertanya tentang cucu daripada aku ataupun Daus. Aku tidak pasti kenapa dan ianya telah membuat perasaanku kembali tenang.

Mengenangkan hubungan aku dan Lisa sangat baik jadi aku pendamkan rasa cemburu aku di lubuk hati yang paling dalam. Aku takut sekiranya aku bersuara, ‘Daseem’ yang menghuni di balik rasa syakwasangka akan mula memainkan peranannya.

Itu hanyalah sebahagian kisah aku dan sebahagian lagi ianya bermula di sini. Aku harap kalian tidak bosan membacanya.

Alhamdulillah… Ibu di jemput ilahi untuk menunaikan Fardu Haji. Untuk dijadikan cerita, hari itu sepatutnya Daus, Lisa dan adik bungsunya tinggal bertiga dirumah sementara aku bekerja di ‘shift’ malam.

Malangnya, ketika si adik keluar untuk makan malam bersama teman temannya di kedai yang berhampiran. Daus dan Lisa di tangkap khalwat. Walaupun mereka tidak duduk sebilik tetapi adalah menjadi kesalahan berdua duaan dengan yang bukan muhrim di tempat tertutup.

Jam 3 pagi, adik iparku datang ke hspital menjemputku pulang. Katanya ada sesuatu yang telah berlaku dan harap aku tabah. Aku merayu kepadanya supaya menceritakan kepadaku apa yang terjadi namun dia tetap membisu.

Setibanya di rumah aku terkejut kerana ada sekumpulan orang berkopiah berhimpun di rumahku sementara Daus dan Lisa lengkap berbaju. Aku terduduk kaku. Aku tahu mereka tidak berziina.

Adik ipar ku tidak putus meminta maaf kerana mngalkan mereka berdua di rumah dalam masa yang agak lama kerana keluar minum bersama kawan kawan.

Kata mereka (orang masjid), ada jiran yang buat aduan kerana melihat mereka berdua duaan di laman rumah bergurau senda.

Kebetulan pula mereka (jiran) tahu ibu sedang menunaikan Fardu Haji dan aku di tempat kerja, jadi memudahkan baginya untuk menabur f1tnah. Maklumlah duduk di kejiranan yang suka ambil tahu hal orang memang kena jaga adab dan pergaulan.

Itulah yang sering aku nasihatkan pada Daus namun sebaliknya aku pula di tuduhnya cemburu. Kita tidak tahu siapa yang suka kan kita dan siapa yang bencikan kita.

Daus terangkan padaku, memang sengaja mereka berbual di laman sementara menunggu adik pulang. Malangnya hampir jam 11 malam adik masih belum pulang, lalu Lisa ambil keputusan untuk masuk tidur.

Daus tunggu sehingga jam 1 pagi namun adik tidak juga pulang lalu dia turut masuk ke bilik. Jam 1.30 pagi pintu diketuk, Lisa yang tidur di bilik bawah turut terjaga kerana ketukkan pintu sangat kuat.

Daus yang masih terjaga itu bangun lalu turun untuk membuka pintu kerana pada mereka mungkin adik yang pulang. Mereka serentak berdiri di muka pintu apabila daun pintu dibuka.

Rupanya yang berdiri di hadapan pintu bukan adik sebaliknya beberapa orang msjid dan pegawai daripada jabatan agama islam.

Hampir seminggu aku mendiamkan diri memikirkan apa yang perlu dilakukan. Daus dan Lisa juga buntu hanya menunggu kata putus dariku dan mereka akan menghormaati apa sahaja keputusanku.

Cerita ini telah tersebar di seluruh taman. Banyak cerita buruk daripada cerita baik. Maruah ibu telah tercalar. Keluarga Lisa juga datang meminta ihsan daripadaku.

Jadi memikirkan banyak maruah yang perlu dijaga dan keadaan ibu yang ada skit jantung lalu aku putuskan untuk satukan mereka. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian ini.

Kepulangan ibu aku sambut dengan senyuman. Sedikit pun tidak aku ceritakan pada ibu, semuanya ku serahkan pada Daus untuk berterus terang. Biarlah ini antara ibu dan anak.

Sejurus Daus bercerita. Ibu melulu memeluk ku dan berterima kasih kerana sanggup bekorban demi maruah keluarga. Ibu adalah mentua yang sangat baik…

Selama 7 tahun (ketika kejadian) aku bergelar anak menantu nya, sedikit pun ibu tidak pernah bersuara tinggi ataupun bermasam muka denganku walaupun kadangkala ada kelakuan aku yang menyakiti hatinya disaat dia suarakan keinginannya untuk menimang cucu.

Begitu juga dengan keluarga Lisa, sangat berterima kasih kepadaku. Bagiku Lisa dan Daus tidak salah, mereka hanya menjadi mngsa f1tnah jiran jiran yang dengkikan kebahagiaan dan kesenangan keluarga ibu.

Keluarga ku…? Sudah pastinya mereka membangkangnya namun bagiku rumah tanggaku dan Daus biarlah kami yang susun aturkan perjalananya sendiri.

Tiba hari yang dijanjikan…

” Aku nikahkan dikau dengan …… binti ……. dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai…..”

Sepi… Semua mata memandang kearahku kerana tiba tiba aku menangis teresak esak. Daus bangun daripada tempat duduk dia dan melangkah ke arahku.

” Araa…. Jika awak tak rela abang tak akan teruskan akad ini…”

Perlahan Daus berbisik. Aku mengangguk sambil memimpin tangannya ke depan kadi semula.

” Tiada perempuan yang akan mampu tersenyum di saat dia menyerahkan satu satunya suami yang dia ada kepada seorang wanita yang lain… Arwh ayah Ara kata, jika ingin berkongsi atau memberi sesuatu kepada seseorang biarlah sesuatu itu adalah yang terbaik dan cantik… Barulah berkat kehidupan kita…”

Aku menjawab lalu bersimpuh di sisinya supaya Daus yakin bahawa aku benar benar merestui pernikahannya dengan Lisa…

” Allah kuatkanlah jiwaku ini… ”

Berkali kali aku berdoa agar Allah swt tidak membolak balik kan keihlasanku.

Rezeki mereka… Dua bulan berkahwin Lisa mengandung. Ibu sangat gembira tetapi kasihnya padaku tidak pernah berubah malah semakin erat.

Kata ibu, doanya di depan Kaabah untuk menimang cucu sebelum nyawanya diangkat telah di makbul tuhan walaupun bukan dari rahimku. Daus juga bergitu… Daus berlaku sangat adil.

Walaupun kadangkala aku terpaksa mengalah dengan Lisa tapi aku redha kerana aku tahu Lisa lebih memerluukan perhatian daripada Daus. Lagipun Daus tetap berada di samping aku kerana Lisa memutuskan untuk tinggal sebumbung denganku.

Kalian… Doakan aku juga yaa agar dapat merasai bagaimana rasanya perasaan setelah kupu kupu syurga menghuni di rahimku. Maaf jika luahan ku sangat panjang sehinggakan kalian bosan membacanya.

Penulisan : Cik Puan Ammy via edisimaya