Suami gaji 15K tp cuma bg nfkah 500 shj utk aku dan anak2, kat mak mertua dia bg 4000 sebulan

Foto sekadar hiasan. Tujuan saya menulis di sini hanyalah untuk meluahkan perasaan saya kerana saya tiada tempat mengadu. Saya seorang isteri sepenuh masa. Mempunyai seorang anak lelaki 4 tahun dan sekarang sedang mengandung 2 bulan. Sebelum ini saya bekerja tetapi diberhentikan atas alasan syarikat rugi. Nasib baik suami saya masih mampu menampung keluarga kami.

Sebelum ini saya duduk berjauhan dengan suami tetapi selepas diberhentikan saya berpindah untuk duduk bersama dengan suami saya.

Saya ingatkan selepas duduk dengan suami kurang la sikit bebanan saya. Rupanya tidak.

Dari mengemas rumah, basuh baju, masak, urus anak, buang sampah, beli barang dapur dan sekecil kecil hal pun semua saya yang uruskan sendirian.

Pendek kata tak ada beza pun ketika saya duduk sendirian dengan anak saya. Lebih baik saya duduk sendiri dengan anak saya.

Saya penat tapi saya malas nak cakap dengan suami saya. Sebabnya suami saya bila balik dari kerja mata dia tak lekang dari fon. Cakap pun kena ulang banyak kali. Jadi saya malas nak buang tenaga saya. Saya kesian dekat anak saya.

Bila ayah dia balik dia akan buat macam macam untuk tarik perhatian ayah dia tapi ayah dia masih mata dekat fon. Budak bila tak dapat perhatian, dia akan menangis ataupun akan memberontak.

Tau pula suami saya mengmuk bila anak saya menangis. Dia kata dia penat. Saya faham dia pun penat tapi saya pun penat sama.

Saya buat kerja rumah dari pagi sampai ke malam sendirian. Suami saya selalunya akan sampai lewat malam setiap hari dan dia tak ada off day.

Jadi bayangkan saya terpaksa gagahkan diri buat semua benda dari isnin sampai ahad seorang diri.

Kalau lauk habis saya terpaksa bawa sekali anak saya pergi beli barang dapur. Sebelah pegang tangan dia sebelah lagi pegang beg barang.

Satu hari saya mengadu dengan suami saya yang saya penat dengan anak anak jiran yang setiap hari akan datang bermain di rumah saya.

Budak biasalah main sepahkan mainan berebut mainan. Kalau saya tidak mengandung mungkin saya larat untuk kemas rumah setiap hari.

Saya harapkan untuk suami saya sabarkan saya atau cakap la apa apa bagi penat saya hilang. Tapi tak. Dia suruh saya berfikir balik. Mungkin mak budak budak tu nak berehat jadi dia hantar anak anak dia bermain di rumah saya.

Dia suruh saya fahamkan situasi jiran saya. Saya jadi terkedu. Suami jiran saya tu 24/7 wfh. Saya malas nak gduh jadi saya diamkan diri dan bawa diri tidur walaupun saya sedih sangat.

Saya jadi lagi sedih bila saya ternampak whatsapp suami saya dengan mak dia.

Rupanya selama ni setiap bulan dia bagi allowance dekat mak dia 3-4k sebulan sedangkan saya cuma 500 sebulan. Itupun saya kena berjimat cermat sebab saya kena berkongsi duit tu dengan mak ayah saya.

Dulu waktu saya bekerja bolehla juga saya tolong lebih sikit mak ayah saya.

Suami saya adik beradik dia semua dah bekerja dan belum berkahwin dan mereka masih tinggal bersama dengan mak ayah mertua saya. Setiap bulan mereka akan bagi duit belanja kepada mak ayah mertua saya.

Saya faham suami saya nak balas jasa tapi kenapa dia tak adil. Kadang kadang duit 500 tu saya guna juga untuk beli barang rumah ataupun anak saya. Suami saya gaji nya melebihi 15k sebulan dan saya tau dia memang lebih dari mampu.

Soal hspital bersalin pula, musim covid ni saya nak bersalin di swasta sebab saya nak suami saya masuk sekali dalam LR tengok macam mana s3ksanya untuk keluarkan seorang zuriat.

Tapi suami saya taknak. Dia suruh saya bersalin di government sahaja. Dulu waktu saya bersalinkan anak sulung saya pun suami saya tak ada temankan atas urusan kerja. Dan mak mertua saya pesan dekat saya jangan kacau anak dia bekerja.

Saya menahan s4kit contraction seorang diri sambil menangis. Saya keseorangan di LR ditemani nurses dan doc. Anak saya pun orang lain yang azankan.

Dah 4 tahun berlalu tapi setiap kali terkenangkan detik tu mesti saya menangis. Saya dah pernah ceritakan hal ni kepada suami saya.

Kalau dah orang lain pun dia suruh saya utamakan dulu apetah lagi mak dia. Dia cuma cakap mak dia taknak bagi dia risau.

Saya yang bersalin sorang tapi suami saya pula yang orang suruh jangan risau. Kadang kadang saya penat dengan semua ni.

Tolong doakan urusan bersalin anak kedua saya dipermudahkan. Biar la ayah dia tak nak temankan. Saya akan sentiasa temani anak anak saya.

Dan tolong doakan saya dapat kerja secepat mungkin supaya saya dapat hidup bertiga dengan anak anak saya sahaja. Sebab saya sebenarnya dah terlalu banyak makan hati dengan suami saya dan keluarga dia.

Kepada suami di luar sana, tolong hargai isteri anda. Kalau anda penat, isteri anda lagi penat tapi kami masih tetap gagah untuk uruskan keluarga.

Kami tak minta gelang emas kereta porsche dan sebagainya tapi cukupla dengan membantu kami di rumah. Tanya apa yang perlu ditolong. Tanya bagaimana hari kami. Letakkan fon bila kami bercakap dengan anda.

Hargai isteri anda. Mungkin hari ini isteri anda masih lagi mampu untuk bertahan tapi esok lusa tak tahu.

Jangan tunggu sampai isteri anda sudah tidak mahu ambil kisah tentang diri anda. Jangan tunggu sehingga isteri anda merasakan dirinya sebagai pembantu rumah sahaja dan bukan sebagai teman sehidup anda.

Tolong doakan saya kuat. Terima kasih

Ramai terkesan dan bersimpati dengan nasib isteri ini. Antara reaksi paling win daripada netizen, baca komen di bawah.

Husna.Sabar ye sis..tapi saya setuju kalau sis nak keluar dr perkahwinan toxic ni..satu je pesan saya

Jangan lupa tuntut harta sepencarian..mulai sekarang detailkan semua nafkah tertunggak n nafkah tuntutan bila dah mintak fasakh nnt..sis jgn lupa apply hadhanah bila dah stabil kewangan (dapat kerja) sbb suami akan berkeras nak anak padahal x jaga pun..sebab xmo bayar nafkah je sbnarnya..banyak dah jadi kat luar sana..

Buat masa ni sis cuba la berani meminta..itu hak sis..minta sampai dapat..biar la dia bising janji apa yg sis nak dapat

Hafizah. kedekutnya suami gaji 15k kot..sebulan gaji dah boleh byr kos bersalin swasta..nafkah 500 je dia bagi..dah tu anak sendiri pon xazan ,keje rumah xtlg anak xlayan..cukup la sksa diri jgan beranak dah..hal jiran tu tutup je pintu xpyh susah2 nak kemas rumah..bg suami tanggugjawab pergi keluar beli barang basah/barang kering…

Dilla. Gaji 15k… Bg mak 3k tp isteri 500 je..Okla tt …klau suami ckp 3k tu sbb syurga bwh kaki mak… modal para suami dan mak2 mertua nk bg menantu ppuan diam xleh bsuara…

okla mak dia lahirkan, besarkn, didik dan skolahkn dia, kira dia nk bls jasa dan budi mak…. tp syg mak dia xdidik dia tentang tngjwab sbgai seorg anak dan suami/bapa dgn betul… Biarla ..

Tp dgn 500 yg dia bg tt jgn gna utk kperluan rumah dan ank2 sbb tu tgjawab dia.. 500 tu nfkah isteri jd hak isteri… Apa yg xde minta pd suami…jgn usik 500 tu…simpan dan gna utk diri sndri.. sy doakn tt cepat2 dpt keje…

Klau suami xmampu level B40 M40 tu lain la.. ni klau level gaji cmtu klau xnk lebih isteri dr mak..bg isteri 1k atau 2k ok la jga asalkn jgn lbih dr mak…

Aza. Sis.. berbaki beberapa minggu sebelum bersalin.. my advice..
1) bgtau kk/hosp nak masukkan iucd selepas keluar uri untuk merancang 3 tahun.. takyah pening pasal merancang pasni..

2) keep calm and prepare ment4lly and physically untuk bersalin.. lupakan yg negatif. Suami takde tapi Allah dan malaikat ada temankan sis sepanjang sis berjihad melahirkan..

3) take time for yourself.. kalau anak2 jiran tuh tambah serabut takyah bukak pintu bila diorang datang.. kata pening kepala..

4) kalau sis penat rehat jer, biar rumah bersepah takpe jgn ment4l and fizikal sis penat.. yg penting anak and sis cukup makan..

5) back to your family or close friend for backup if anything happen in your marriage.. mintak tolong diorang untuk tgk2 sis and anak once sis had enough or after deliver..

Lastly, i think maybe ur husband hv someone else..Byk2 doa sesungguhnya doa org yg dizalimi itu makbul.. hugs and stay strong..