Suami gaji 1ribu je tp nk pkai telefon mahal smpai bhutang, anak tpksa mkn nasi goreng ksong hari2.

Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum admin dan krt.. beberapa hari ni aku dan suami bermasam muka je sebab kan duit bajet untuk dapur dan bajet untuk minyak keta buat pergi kerja larik dari bajet.. apa tidaknya suami masih macam bujang tak pikir pasal anak, tak pikir pasal dalam rumah, suami beli telefon harga 2k lebih sedangkan gaji suami hanya Rm1300 sebulan.

Demi nak beli telefon mahal sanggup suami pinjam ipar duai, pinjam mak.. abang dia.. aku ni suri rumah tangga sepenuh masa hanya jaga anak kami berumur 2 tahun lebih..

baru2 ada pasaraya nak buka dekat kampung suami so aku ni pergi la interview sebab nak cari duit buat beli baju anak, keperluan anak dan untuk diri sendiri..

Suami bila tak ada duit minyak mula la aku ni jadi maangsa amarah dia.. Buat muka masam 24 jam.. bila aku bagi cadangan suruh cari kerja yang dekat je dekat pekan tak mau, alasan tak ada banyak masa la..

tak selesa la sebulan jak duit u tuk minyak mau 600 ringgit.. Jalan pergi kerja jak amik masa 3 jam ulang alik 6 jam.. lari bajet minyak, lari bajet tayar.. aku yang suri rumah ni pun boleh pikir lagi cari kerja dekat yang mampu tanggung ..

Suami bila tak ada apa buat lauk hanya diamkan je.. Anak tak makan pun tak ambik tahu… Suami tak mau dengar apa yang aku cadangkan..

Bila je tak ada duit mula la tak tegur aku dan anak ni, sekarang ni kalau pun suami gaji cuma bayar hutang2 dia ..loan keta, minyak keta.. untuk rumah air lampu memang tungak tinggal tunggu di potong je..

untuk dapur suami beli beras, susu anak, yang lain memang tak ada.. Hari2 bagi anak makan nasi goreng..

Anak pun bosan nak makan benda sama tiap hari pagi petang siang malam.. doakan saya dpt kerja nanti ye.. bole beli makan anak sedap2..

hanya mampu menangis di caaci d maaki sebab meyusahkan dia suami di hina macam macam ..

Semenjak suami ungkap perkataan bbi kat aku.. hati aku tawar nak bersama.. outomatik hilaang selera nak bersama.. .melainkan suami yang meminta tu pun sebulan belum ada nak bersama rasa jijik dengan perangai suami yang tak tahu malu. yang tak tahu di untung.

aku ni setiap hari jaga makan pakai dia .. Bila rasa macam kusut aku paa jadi maangsa padahal aku ni selalu bagi pendapat cadangn kalau suami ada brcerita masalah..

sedih sangat kalau bukan kerana anak Dah lama aku tibai otak suami aku ni sebab bikin hati aku panas je…

Krt

KISAH KE 2. Suami tak kerja, dia paksa aku beli Kereta BMW sbb dia nk berlagak dgn org kampung…

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Ini cerita tentang Kak Long ku. Kak Long anak yang baik, sayang mak ayah aku, sayang adik beradik. Sanggup krban apa saja. Kami keluarga susah, ayah aku penoreh getah, mak tak kerja adik beradik bawah Kak Long ada 6 orang.

Kak Long tau tanggungjawab dia besar. Jadi dia akan tolong keluarga sejauh mana yang dia mampu. Kak Long berhijrah ke bandar besar Kuala Lumpur dan dapat kerja kerajaan jadi kerani sekolah. Ikut kata mak aku Kak Long sebenarnya bijak pandai tapi sbb faktor kewangan Kak Long tak masuk university.

Kak Long mmg baik hati, dia akan bagi duit belanja tiap2 bulan pada mak ayah aku. Dan kalau balik kg dia akan beli banyak sgt buah tangan. Kami adik beradik akan melompat suka, dapat baju baru, permainan duit belanja sekolah pun dia bagi juga, dia cakap duit extra ni sambil tersenyum.

Lagi Kak Long akan beli coklat, gula2 byk sgt, buah2an mcm orange, apple, anggur. Kami keluarga susah jadi mmg jarang ayah beli benda2 begitu. Time raya keluarga kami biasa masak lemang dengan rendang je. Itu jelah makanan kami, kuih2 almond london ke, tart ke, mmg takde.

Kalau teruk sgt masak bihun je. Kak Long lah yang beria siapkan kelengkapan raya. Dengan kuih muihnya dan baju raya kami. Dia taknak kami takde baju raya. Mulia nya hati dia ikhlas nak sukakan hati adik2.

Macam tu lah sikap Kak Long dari aku kecik sampai lah melangkah remaja. Dan semuanya berubah bila dia kahwin. Hidup dia bertukar 360 degrees. Suami Kak Long mula2 tunjuk dia suka keluarga kami, senyum2, gurau2 kami oklah. Tapi sekejap je lepas 3 bulan dia terus tunjuk true colour.

Kami adik beradik pernah pegi KL singgah rumah Kak Long, time kami sampai suami dia siap jeling lagi masuk bilik dan tak bercakap dengan mak ayah aku.

Kurang ajar kan? Tak kurang ajar lagi tu. Dia boleh ejek keluarga kami ni orang kampung, miskin papa kedana. Kami adik beradik ni orang kampung bdoh, belajar pun tak guna menghabiskan beras je.

Aku pernah dengar dia ckp kat Kak Long ‘orang kampung ni memang bodoh kan’. Time tu dia tgk jiran kami drive tak betul. Simple je bukan benda besar pun tapi bagi dia orang kampung semua bodoh, hulu, jumud, puak kelas ketiga. Pernah susu ank sedara aku habis Kak Long mintak aku pi beli, aku pergi la kedai.

Balik tu aku dgr dia marah Kak Long dia cakap, ‘kenapa susu boleh habis, beli susu dkt kg ni entah susu berulat yang nak bagi makan kat anak tu kenapa? Aku tgk Kak Long aku senyap je, serba salah dia.

Time tu aku belajar sekolah menengah aku pelik la juga dia ni kenapa sebenarnya. Patut susu habis kau bapak kau lah pi beli. Aku yang beli ni kena marah pulak. Nampak mcm psychpath pun ada menatang tu. Geram aku weh.

Mak ngan ayah aku pun langsung dia tak respect. Dia siap kutuk2 lagi mak ngan ayah aku, orang tua menyusahkan hidup isteri dia. Tapi mak ayah aku sabar je, kesian kat Kak Long, nanti gduh Kak Long yang susah.

Abang aku tgh cari kerja kat KL tumpang rumah Kak Long aku sekejap (Kak Long stay kat kuaters kerajaan so bukan rumah dia) hmm mmg kena paggil, biawak hidup, bergduh2 diorang laki bini.

Suami Kak Long kerja apa? Dia anak orang kaya ke? Tak sebenarnya dia tak kerja. Dia asal orang kampung kat selangor Dengkil kot. Mak pak dia dah lama mti.

Dia duda anak 2. Anak2 dia mmg dia dump gitu je. Dan dia main guna2 nak tundukkan Kak Long aku, supaya dgr ckp dia supaya Kak Long bela (tanggung) dia lah.

Sbb tulah suami dia tak suka kami adik beradik sbb duit tu patut tanggung dia bukan tanggung mak ayah atau adik beradik kami. Aku pernah nampak dia pkul Kak Long (time aku datang KL singgah sekejap rumah Kak Long), sbb dia mintak duit tapi Kak Long tak bagi.

So dia pang Kak Long aku byk kali. Sampai duit rkok dia pun nak Kak Long yang bagi. Mmg menyirap drah aku.Mula time dia kawin ngan Kak Long dia niaga tapi dia byk tidur dari kerja so kedai tutup. Keje itu ini last2 dia bawak teksi. Itu pun makan angin.

Seronok2 je, sbb hari2 dia melepak dengan g3ng2 india mbuk. Kalau dapat duit, dia beli nombor ekor target dia nak dapat jackpot yang 1 million tu tapi tak pernah dapat.

Dan kalau dia stress dia akan minum ar4k sampai mbuk. Nama dia dah blcklisted sbb hutang kredit tak bayar dan dia jugak ada pinjaman along. Itu pun Kak Long yang bayar. Nafkah Kak Long takde. Zero.

Anak sekolah dia tak pernah ambil tahu. Apa yang dia tahu dia ada cita2 tinggi dia nak duduk rumah banglow besar kawasan elite dan dia nak drive BMW atau Mercedez Benz.

So dia boleh gain respect from everyone, dan dapat status hebat la. Nanti balik kampung boleh dia bangga dgn orang kampung yg dia pakai kereta besar. Dia kalau cakap semua datuk2 tan sri2 dia kenal. Me like Tan Sri kenal driver taxi? Meh? Whatever it is dia malas kerja, dia cuma suka tidur dan berangan.

Aku pernah dgr dia pujuk Kak Long beli BMW yang kastam rampas so dia boleh arrange dengan kawan dia so dapat murah sikit. Dalam kepala otak dia cuma dia fikir status, dia try hard nak impress orang dengan dia.

Kak Long aku yang skit menanggung laki dia yang biawak hidup tu. Perbelanjaan byk. Rumah kuaters kena bayar juga, kereta 2 bijik, tv tak boleh yang biasa kena yang besar, bil2 utilities.

Astro laki dia nak yang pakcage semua ada tu movies, news , sports tak gila mahai tapi dia tak nak bayar, insuran Kak Long ngan anak lagi, belanja anak sekolah, hutang laki dia lagi mcm2 lah.

Gaji kerani byk mana sgt. So Kak Long berniaga kecil2 utk tambah pendapatan. Semua benda dia jual, kerepek, kain baju, kuih2, supplement, top up pun dia jual. Lepas kerja biasa dia berniaga dan ambik barang nak jual.

Dia angkut semua barang2 berat tu sorang2. Laki dia tidur atau minum kat mamak. Kak Long mmg bermtian kerja sehari2. Balik kerja balik niaga masak lagi utk laki dia. Rumah dia mmg tak kemas sbb dia takde masa. Kesian sgt, aku sampai nangis tgk life Kak Long.

Suami dia yang hidup free tu sibuk kucar kacirkan famili aku. Dia fitnah abang aku curi duit niaga Kak Long aku, dia cucuk Kak Long supaya gduh dengan kakak atas aku, dia ejek kakak aku andartu sbb tak kahwin lagi (now dah) dengan aku pun sama dia gduh.

So relationship kami adik beradik pernah jadi tak baik. Kak Long aku pun dah termakan hasutan suami dia, Kak Long banyak mengutuk mak aku. Mak mcm byk menyusahkan dia la dia serabut, semua beban atas dia banyak la dia mengungkit sumbangan dia sebelum ni.

Ayah ngan mak aku cakap lepas kawin Kak Long dah jarang2 bagi duit belanja tapi diorang tak kisah pun. Biasa hari raya Kak Long tak balik kg dah, sian mak ngan ayah aku tunggu nak jumpa Kak Long nak jumpa cucu. Kalau Kak Long balik, dia balik sorang.

Abang aku kahwin pun Kak Long tak balik. Sedih aku sedih sbb Kak Long bukan jenis mcm tu dulu. Semua sbb suami dia.Kenapa la dia termakan kata2 suami dia.

Dan aku terpikir kenapalah Kak Long tak mintak crai aje. Laki dia satu sen pun tak guna. Sikit demi sedikit, kami adik beradik jauhkan diri dari Kak Long. Rumah Kak Long lama dah kami tak jejak.

After 20 years aku tgk dia dari aku kecik, remaja dan dewasa skrang ni aku tgk life Kak Long aku tetap sama. Sekarang dia dah pindah Sepang dah nak pencen dah 2-3 tahun lagi. Dia dah tua tapi life dia tetap mcm tu.

Duit selalu tak cukup, ada je benda yang laki dia mintak. Ya, dia masih membela laki biawak hidup tu. Kak Long masih pegi kerja dan masih berniaga.

Mak ayah aku pun dah takde, Kak Long aku dah tak sihat, selalu skit2. Sbb dia kerja kuat sangat, angkat barang niaga dia tu dari dia muda sampai ke tua. Effect sekarang la, time dah uzur ni mcm2 penykit datang. Jantung, drah tinggi, diabetes tahlah aku sedih sgt tgk Kak Long.

Dia byk merungut juga pasal laki dia, dia skit laki dia buat tak tau je. Anak dia belajar jauh jadi apa2 dia harap kat adik2 dia juga. Dia macam redha dengan apa yang jadi, nampak dia sedih.

Kadang dia termenung mungkin rindu arwh ayah arwh mak. Rindu time kami adik beradik kecik2. Laki dia pun dah tua, skit2 juga.

Aku cerita ni sbb aku sedih, hidup Kak Long mcm tu, dan Kak Long pun kadang solat kadang tak. Ya Allah aku sentiasa doa supaya ada kesudahan yang baik untuk Kak Long, semoga dia solat tak tinggal dan dapat gi haji insha Allah. Utk laki dia pun sama, aku doa ada hidayah untuk laki Kak Long tu.

Sedih rasa, malam tahlil arwh mak aku dia cabut lari balik KL. Sbb dia tak boleh dgr orang mengaji berzikir. Astagfirullah. Ya hidup dia dari muda mmg tak berubah tak solat, tak puasa, nauzubillah.

Ya Allah moga ada hidayah utk mereka, mudahkan syurga mereka Ya Allah. Cukuplah laki dia sksa hidup Kak Long. Masya Allah.

Akhir sekali nak ckp adik beradik aku semua menjadi, ada peguam, pegawai kerajaan, pegawai bank, cikgu, paling teruk pun kerani governnment.

Aku pun baru balik UK buat master inshaa Allah lepas ni buat PHD. Bukan nak show off, tapi orang kg ke orang bandar ke, rezeki Allah yang bagi.

Kita rajin Allah bagi. Kita ada dream, apa2 je, make it realise, first mintak dengan Allah, cakap dengan Dia Yang Satu then usaha inshaa Allah, Allah tunjuk jalan.

Apa2 Allah bagi syukur paling penting siapa pun kita di dunia ni CEO ke cleaner ke, makcik kantin ke, siapa kita bila di hisab di depan Allah tu yang paling penting, it all matters.

Bawa Ferrari ke Bugati ke, viva ke, duduk banglow ke, PPRT ke, rumah kg siapa yang imannya tinggi kepada Allah itulah dia yang tehebat, inshaa Allah, may Allah bless us all.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Safinah Said, Kesiannya kak long awak dan ternyata memang wujud spesis biawak hidup ni. Hidup segan m4ti tak mahu. Menumpang kudrat isteri semata2. Usaha malas. Berangan lebih. Nauzubillahiminzalik. Semoga dijauhkan. Semoga awak dpt juga tlg2 kak long selagi hayat dikandung badan.

Mayang sari, Adik bradik sis skrg x main peranan ke jumpa klong, nasihat n wutsoeva? Anak2 klong mcm mana?kebajikan terjaga x?klu X, harap adik bradik tlg klong n anak² . Balas jasa dia balik.

Bwk klong mkn angin ke. Buat gathering. Masa hang out blh selit part nasihat solat n laki dia. Yg penting bawak g berubat klu ilmu guna² abg ipar ada lg. Wlpn dah terlambat tp masih sempat berubat.

Ida Izan, Buat apa “syurga dia tp neraka”…klau dibandingkan kaklong ngan anak makcik,anak makcik lebih cerdik dr klong sis…permulaan kawen dah nampak sisi kulit luar dlm terus anak makcik pohon fasakh walaupun dah ada sorang anak.

Kami sebagai mak bapak support dari segi moral asalkan anaka makcik bahgia….perangai abg ipar sis mmg sebijik mcm xmenantu makcik…kontrol under kontrol…anak makcik bagai isteri yg xberfungsi.

Skrg anak makcik bahgia dgn hidupnya sendiri disamping kerjaya. alhamdulillah. pesanan dari makcik…jgn mendokong bewak hidup,digarunya kita walaupun luukanya dah semboh tp parut tetap ada….bnoh saja bewak itu..bela pun bkn bawa kebaikkan dan munafaat.

Cik Farhah, Korang adik beradik bangsa tak sedar diri. Lupa terus jasa kak long masa korang kecil just kerana kak long tidak bernasib baik dalam perkahwinan dan jadi orang lain…

Entah entah you tak tahu camana kak long you hadap hidup berkekamin. Cam St0ckholm sndrom tu..Jika you buat cerita cam kak long anak tak sedar diri, Akak “jahat”, you tak perlu jadi cam diakan.. You boleh jadi adik bebaik berterima kasih masa kak long belum kahwin, manjakan korang beli itu ini…

Kalau sayang you kena tolong kak long tu bukan mengarang cerita konon nak kasi pengajaran kat orang lain, tapi you sendiri sebagai adik cam tak faham situasi. Sian akak you, suami tak guna, adik beradik sibuk ingat cerita lepas dia berkahwin..

Nur Farhain, Siial la jantan ni. Pandang hina org kampung tapi guna ilmu hitam/penunduk nak control isteri dia utk tanggung dia sedangkan dia yg patut bayar nafkah utk family.

Dari aku sekolah rendah sampai dah habis U baca cerita pasal lelaki tinggalkan wife utk Bini muda tak bagi duit, rumah tangga tunggang langgang tapi tak kena apa-apa tindakan oleh majlis agama, bosan duh.

Serious bosan giler. Lepas tu baca pulak kat confession ni, dalam drama melayu lagi. Macam kau tengok kan konon neraka penuh dgn perempuan ustaz-ustazah cakap tapi bab laki dayus macam ni takde siapa nak bela hak perempuan teraniaya tertindas.

In fact nak filekan khuluk ke/k3s ke terhadap laki macam ni perlu kan lots of money utk bayar khidmat peguam shariah. Life is unfair. Karma is too late to arrive to these disgsting v1le and imbec1le men alive.

Miera Hana, Ya allah, knpa ea prempuan bila dah kwen dia snggup hidup brsama suami yg terang2 culas dr nafkah,agama ke laut,sggup buat kte brgduh dgn drah dging kluarga mak ayh & adk bradik sndri.

Skrg ni wanita kene bijak, dah terang2 laki ko tu brmasalah, ko simpan bukti n ko mintak fasakh, skrg ni dah ada ceerai “hakam”, akn jtuh crai, mahkamah yg jatuhkan bila suami x jalankan tggungjwb dia sbgai suami.

Laki mcm tu dia akn gunakan ko smpai akhir hayat janji laki tu x susah n dia x kan cerraikan bini dia yg dah tanggung dia tu senang2. Mmg kte wanita takut sgt tiang arash “bergegar” sbb mintak crai tp kalau ko rasa rumahtangga ko tu berbaloi utk dipertahankan ko teruskan.

Tp kalau mkin k.o, dgn agama dlm rumahtangga ke laut ko ingat Allah akn bg rahmat ke, ko sibuk kejar “syurga” ko tu tp ko dah buat mak ayh ko yg dah lahirkan & besarkan dlu tu brsedih & label ko ank derhaka.

Risau bila dah x tahan, lastnya kejar syurga bawah kaki laki ke laut,syurga dlu yg kau pernah kejar lgsung x dpt lg2 bila mak ayh dah men1nggal. jgn kte rasa takut dgn kuasa laki yg menggunakan agama, kalau ilmu agama dia pon kurang, melainkan kalau laki ko soleh, bertanggungjawab nafkah x pernahq culas.

Berbuat baik dgn ko tp ko saje2 minta crai tu lain critanya, tu mmg xpatutlah. kte kene ingat, wlaupon berkuasanya kuasa seorg suami, tp dia x leh lawan mustajabnya doa ibu bapa yg dianaya oleh ank2 nya.buatnya mak ayh perempuan tu dia x redha.

Jgn kan doa dia x kirim dkt ank2 dia, ko laki bini akn hidup susah tau allah balas cash dkt dunia lg. Sbb tu ibu bapa kte atau mertua kte kene hormat & jaga hubungan dgn baik. Allah maha menilai & mengetahui apa yg baik &buruk. Kte berhak pilih bahagia.

Nur Hawa, Dah terlalu lama k long di beri makan guna2, itu juga antara sebab dia mkin lama mkin jauh dari Allah, tak solat dan hati nya berubah. knp dia masih terus bersama suaminya walaupun suaminya menggunakan dia,

krn mgkn dh terlalu banyak benda kotor di beri suaminya ( s1hir mengikat ). Akibat nya hati keras dan dia tdk nmpk kebenaran , dan mula culas dgn solat yg sepatutnya akn menjaganya.

Dia perlu di rawat dalaman batinnya , di bersihkan dari racun guna2 yg telah lama dlm dirinya. Insyaallah kena cari perawat yg boleh merawat dia. Ada jiran saya di sini Allah beri anugerah mampu merawat perlbagai skit fizikal mahupun s1hir atau gangguan,

hanya org2 terpilih Allah beri anugerah seperti itu. Letakkan pergantungan dgn Allah seikhlasnya, munajat mohon pada Allah, bersihkan hati , selalu pesannya pada yg dtg berubat, insyaallah Allah akn beri kesembuhan. keinginan harus kuat dan tekad serta yakin pada Allah.