Wah PKP org lain sesak2, kau sempat beli kereta baru eh. Byk masyuk siap lambang HHHHHH.

Foto sekadar hiasan. Sibuk dengan musim PKP 3.0 orang angkat bendera putih, tak ketinggalan juga orang di kampung aku terletak di Perak. Aku terus masuk cerita. Tak reti ada intro bagai. Orang kampung aku ni ada group WhatsApp yang mereka guna untuk send maklumat pasal apa-apa yang jadi di kampung. Tapi aku tiada dalam tu. Ayah saja yang ada group WhatsApp kampung. Wakil keluarga kalau ada apa-apa ketua kampung nak beritahu.

Kisahnya 2 minggu lepas, mereka semua kecoh cakap pasal ada satu ‘pihak’ ni nak beri bantuan.

Jadi sesiapa yang perlu bantuan disuruh send nama dalam group terus which is bagi aku macam ksian dekat orang susah tu. Seganlah namanya orang tahukan.

Pak ketua cakap juga kalau segan nak beritahu, boleh kibarkan bendera putih macam rakyat tengah buat sekarang. Jadi mereka akan pantau semua rumah untuk tahu mana yang perlukn bantuan sewajarnya.

Kemudian, ayah beritahu ketua kampung masukkan list keluarga kami sebagai penerima.

Mak tak sedap hati so dia cakap minta ayah tolak baik-baik sebab kami keluarga yang agak berkemampuan. Tidaklah kaya tapi setakat ni duit dan makanan tidak ada masalah lagi.

Ketua kampung beritahu, kalau ayah segan orang datang bagi sampai rumah, bantuan tu boleh ambil datang ke rumah dia sendiri.

Kami bukan tolak rezeki. Cuma biarlah utamakan yang lain dulu. Ayah pun cakap baik-baik dan ketua kampung pun faham.

Jadi kami ingat dah settle situlah. Tak sangka di hari pengagihan bantuan, ada geng naik van masuk lorong rumah kami nak serahkan bantuan.

Untuk pengetahuan, rumah kami memang rumah pusaka yang agak besar. Tapi jenis kayu.

Kami ada 2 buah kereta. 1 kereta Kenari lama. Satu lagi kereta H yang itu mak aku baru beli dalam awal Januari haritu. Jadi kalau sekali pandang, memang nampak macam baru gila.

Tetapi kereta tu mak bawa pi balik kerja saja, maka tak ramai orang tahu kami ada kereta baru.

Iyalah dalam kampung, kalau ke kedai pun pakai motor aje. Takkan la nak beli belacan kat kedai runcit naik kereta baru. Mau kena jaja menunjuk padahal takde niat pun.

Masa tu agak terkejut bantuan sampai sebab ayah dah cakap baik-baik taknak ambil. Bukan berlagak. Cuma taknak ada orang lain kata kami ni ambil hak orang.

Betul rezeki jangan ditolak, tapi kami rasa ada orang lain kat ceruk kampung yang lagi memerlukn.

Masa bantuan diserahkan, ayah ucap saja terima kasih dan kenalah ambil.

Si pemberi tu pun macam rush sebab nak kejar trip lain. Sudah dihulur takkan nak tolak-tolak tak terima. Tak manis pula. Kalau tolak nanti orang kata berlagak pula. Memang berbelah bahagi.

Sebelum driver van bantuan tu gerak pergi, dia tegur ayah dengan nada sinis “Wah Zam, PKP orang lain sesak-sesak, kau sempat beli kereta baru eh. Banyak masyuk woi ada lambang HHHHHH”.

Ayah senyum saja cakap “Orang rumah akulah yang beli. Kereta Kenari lama ni dah 20 tahun batuk-batuk”.

Dekat sini sebenarnya aku dah rasa tak sedap hati. Iyelah dapat bantuan tapi tuan rumah pula ada kereta besar.

Korang tahulah macam mana masyarakat kita ni memandang kereta H sebagai mewah meskipun sebenarnya rasa biasa je.

Ada lagi banyak kereta mahal sebenarnya. Mak punya saving memang banyak dan katanya masa beli, dia nak rasa kereta sedap sikit. Sekali seumur hidup. Itu yang dia beli.

Selepas berpuluh tahun parents aku hidup payah membesarkan kami 5 beradik, ini sajalah keinginan mereka nak merasa kereta yang mereka berkenan. Aku pun happy tengok mak dapat beli kereta yang dia idamkan. Lagi dengan hasil wang sendiri.

Tepat seperti jangkaan, malam tu group WhatsApp kampung kecoh. Aku memang geram baca.

Driver van yang hantar bantuan tu rupanya tangkap gambar rumah kami dari lorong depan. Dia siap bulatkan gambar kereta H mak aku. Siap dia send ayat “Selesai hantar bantuan ke rumah YB Zam tuan-tuan”.

Fuhh mendidih drah masatu. Sengaja dia perli bahasakan ayah as YB. Seolah-olah dia nak menggambarkan kami ni orang senang tapi sibuk juga nak bantuan.

Oh ya sebelum korang sangka buruk. Mak aku kerja kilang. Bila dia terpaksa kerja masa PKP dari last year, kilang bayar elaun hayat memang banyak.

Kadang sebulan sampai RM3000 ke RM4000 padahal basic mak aku RM2000 je. Sebab itulah dengan saving campur semua tu, mak mampu beli kereta baru. Anak dah kerja, komitmen sewa pun takde. Itupun setelah fikirkan kereta lama kami yang dah uzur.

Ayah memang ibarat dimalukn dalam group WhatsApp tu. Ada pula orang kampung lain tambah minyak siap cakap “Diam-diam minta bantuan, diam-diam ada kereta baru”.

Ayah memang reply minta maaf dan jelaskan semua baik-baik. Atas rasa sedih, ayah pun keluar dari group sebab malas nak pening kepala.

Dia pun ada cakap dengan ketua kampung akan pulang balik bantuan tu, tapi ketua kampung kata takpe ambil je sebab benda dah jadi.

Isu takkan jadi kalau driver van tu tak tangkap gambar yang macam fitnah seolah-olah kami meminta-minta nak merasa bantuan.

Nak ditelan maati mak, nak diluah maati bapak. Menolak kata berlagak, dah terima pemberian diperli pula.

Beberapa hari lepas tu juga, mak dan ayah kena ke klinik untuk buat swab test sebab mereka kan kerja kilang. Memang setiap minggu akan pergi jolok hidung.

Masa mereka dalam perjalanan balik, aku yang tengah WFH di rumah dalam pkul 4 petang gitu telefon minta singgah kedai belikan sup bunjut. Plannya malam tu aku nak masa Sup Ayam.

Malangnya mak dan ayah dah pun masuk kawasan kampung masatu jadi nak tak nak kena singgah mana-mana kedai berdekatan sajalah.

Nak dijadikan cerita, ayah masuk kedai beli barangnya. Mak duduk dalam kereta saja. Tahu apa tuan kedai cakap kat ayah?

“Wah wah wah YB Zam. Inilah kereta baru tu fuhhhhh. Beras bantuan dah habis ke datang kedai aku nak beli ni”.

Aku takde kat situ. Benda ni mak cerita balik pada aku bila sampai rumah. Serius kalau aku ada kat situ, memang aku sound balik je pakcik tu.

Sedih tengok mak dan ayah kena perli macam tu. Sedangkan dari awal lagi, keluarga kami dah pesan dahulukn orang lain. Kami tak perlu bantuan setakat ni.

Bukan taknak. Tapi sebab isu macam ni la.

Baru aku faham nasib M40 or T20 yang dah jatuh susah sekarang. Mereka terbalik dengan aku. Mereka perlu bantuan tapi bila sampai je rumah banglo kereta mahal berderet. Mulalah orang kata “Eh kaya pun nak bantuan ke”.

Kita tak tahu wey payahnya mereka. Bayangkan dulu gaji mewah tapi tiba-tiba hilaang kerja. Kau nak suruh jual kereta? Cakap dengan aku sapa nak beli? Kedai kereta tu terjejas sebab zaman pandemik ni tak ramai nak tambah komitmen.

Jadi dalam berbahasa tu jagalah perasaan orang sekeliling. Yang bagi bantuan pun, simpanlah aib penerima. Apa perasan orang tu terdesak nak bantuan, kemudian kau rakam-rakam masuk video TikTok lagi.

Kadang kena fikir juga aib si penerima. Kat kampung aku siap ada yang tanya kena ke ambil gambar? Kalau dah bagi tak payah ambil gambar boleh? Sebab mereka malu.

Aku tak tahulah. Kalau ditegur kang kata “Kita ambil gambar/video supaya nak ajak orang lain buat baik juga”.

Tapi kadang aku tengok, lebih kepada nak menunjuk pun ada. Kalau bagi 10 orang, 10-10 tu kau buat video. Sorry, aku rasa disturbing.

Sesungguhnya, sorokkanlah tangan kanan anda hingga tangan kiri tak tahu sedekah kita.

Ingat. Penerima bantuan juga ada maruah yang kita perlu jaga. Tak semua selesa mukanya dijaja atas alasan ‘Nak ajak orang buat baik’. Keyword dia senang je. BERPADA-PADA. Tidak semua benda kena dirakam gambar. Salam.

Ini antara reaksi netizen.

Norizan . Salam,Hmmm… makcik adalah orang yang tak patut menerima apa apa bantuan. Bukan T20 cuma M40 yang cukup dah makan pakai. Kakak makcik antara T20, tetapi terjejas juga la masa PKP nih, dah berlonggok utang, income tak ada.

Bila macam ni, makcik syukur apa yang Allah tetapkan haluan hidup makcik.

Masa awal awal dulu, makcik daftar juga bantuan PKP tu. Saja mencuba nasib. Jawabannya berjaya. Hoyeh hoyeh la makcik. Kakak makcik yang kaya raya tu pun nak juga bantuan (bantuan peniaga bumiputera kecil terjejas ke apa tah namanya)

Jadi, masa makcik dan kakak cerita pasal BRIM pasal apa apa bantuan kerajaan, kami dah niat, kalau dapat, bukan kami nak pakai untuk diri sendiri, tapi kami akan agihkan semula pada orang lain yang perlukn disekitar kami.

Last last, semak semula permohonan, dia tulis “Permohonan anda ditolak, semakan mendapati anda tidak layak.” Lebih kurang gitulah ayatnya… hahahaha…

Kita ok jer, masih ada makanan dan masih boleh bayar hutang.

Cuma, makcik suka nasihatkan sesiapa yang kena ke s macam atas tu, buat hebahan sama juga. Jika terima bantuan, terima tu terimalah.

TETAPI, iklankan semula bantuan untuk orang lain atau letak kat tempat makanan free (kalau ada kat surau). Maksud makcik pulang semula, dengan SEGERA .

Ambil gambar sebagai bukti. Konsep ini namanya PANJANGKAN SEDEKAH (mungkin ada word lain lebih sesuai)

Ianya tidak menimbulkan fitnah.

Kalau kita rasa kita tak perlu, lepas tu kita simpan, kita diam… tak ke menimbulkan fitnah? Memang bukan salah kita, tapi, perbuatan menimbulkan fitnah orang, akhirnya meluk akan hati kita sendiri.

Kan ?Gitulah…

Zalika . Pernah terfikir..lg bagus takde WhatsApp’s, makin canggih teknologi..makin banyak keburukan. Contoh ke s fitnah/salah sangka yg wujud drp group WhatsApp ni lah. Tp tak dinafikan..utk urusan kerja, penting ada WhatsApp group.

Mcm zaman SMS dulu..apa2 hal, call/text direct je kpd pihak yg berkenaan tanpa pengetahuan/makluman pihak lain.

Mcm sy..hanya aktif di WhatsApp group family & kerja. Selain drp tu..samada sy ‘mute’ @ left je bila rasa terganggu/isu yg di bincang kan takde kaitan dgn diri sy.

Contoh..awal2 dulu sy join jgk WhatsApp group family mentua (dlm group tu semua ada termasuk makcik/pakcik & sepupu suami).

Tu pun sbb arwaah mak mentua yg invite sy. Tp sbb sy tak aktif nak layan ‘sembang kosong’ mcm dia org..selamba je sy left group (lepas arwaah mak mentua dah takde).

Dia org nak membawang pasal sy? Lantak lahaiiii..sy rimas ‘notification’ asyik naik kat hp (kalau hal penting takpe lah jgk).