Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya Nurul, sudah berkahwin. Usia perkahwinan kami baru saje setahun jagung. Baru lagi la katakan tapi saya sudah merasa menyesal membuat keptusan untuk berkahwin.
Sebelum kahwin saya hanya bekerja kilang shift pagi 7am-7pm, selepas kahwin saya masih bekerja di tempat yang sama tapi setelah 2 bulan berkahwin saya resign sebab saya kepenatan.
Mari saya cerita kenapa saya penat. Suami saya jenis yang suka bawak bekal pegi keje, biasa saya akan sediakan sarapan dan lunch untuk bekal dia dan saya.
Seawal 4.30 pagi saya dah bangun ketung ketang kat dapur, saya ni kurang pandai masak jadi agak lambat saya kat dapur tu masak breakfast dan lunch.
Jam 6.20 saya dah gerak dari rumah ke kilang yang makan masa 20 minit untuk sampai, saya naik moto sendiri. masa saya keluar bekerja suami belum bangun lagi. Dia biasa 8.30 baru kuar rumah, kadang jam 9 pagi baru kuar.
Hari2 rutin yang sama berjalan. Setelah sebulan saya mula rasa penat dengan rutin harian saya.
Saya keje kilang 12 jam berdiri, sampai umah jam 8 malam kelam kabut nak solat maghrib, nak masak untuk dinner plak, sekalian siapkan bahan untuk masak esok pagi lagi.
nak sapu rumah lagi, rumah saya ni sehari tak sapu berhabuk sangat, mandi dan rehat kejap, suami balik saya layan dia makan plak, siapkan hidangan makan malam pastu urut dia.
Bagi sesetengah orang biasa saja rutin harian saya tapi bagi saya ianya sangat memenatkan, saya keje, semua keje rumah saya yang buat.
Saya keje berdiri 12 jam, kaki memang skit sangat, balik keje penat sangat dengan bawak moto menyelit sana sini, jalan jam, tapi balik keje kene sambung keje rumah lagi.
Kadang rasa malas nak masak bekal, nak masak untuk dinner saja.
Mulut suami memang cakap tak paksa saya masak, tak paksa saya kemas rumah perfect sangat tapi bila saya tak masak dia buat muka,
Bila ada kain yang bergantung kat ampaian (ampaian dalam bilik saja, rumah flat), dia tanya bila saya nak angkat tapi dia langsung tak membantu, mulut saja bising..
Saya mengadu kat suami, saya penat, suami suruh saya resign, dia cakap nak keje boleh, jangan abaikan tanggungjawab saya sebagai isteri,
Maksudnya rumah kene perfect kemas, masak hari2, sediakan dia brekafast, lunch dan dinner, dia kata tu pilihan saya nak keje sebab dia boleh saja tanggung saya, tak dinafikan gaji dia tinggi,
Jadi saya dilema, kalau tak keje saya takde duit sendiri, takboleh makan sedap2 dah, tak boleh nak beli barang yang saya teringin.
Suami tiap bulan hanya beli ikan selayang, ikan kembung, telur, itu saja lauknya tiap bulan, nafkah untuk saya dia bagi RM100. Kalau tak keje, memang saya pokai la.
Bukan tak bersyukur tapi gaji suami saya tu mampu nak belikan lauk2 lain jugak. Tapi dia yang berkira sangat.
Kadang2 saya terasa bosan asyik makan ikan saja, nasi saja hari2. teringin jugak nak masak benda lain tapi tula mampu tengok resepi saja la sebab bahan tak cukup.
Sekarang saya dah 8 bulan jadi surirumah sepenuh masa, kurang penat tapi saya terpaksa menahan keinginan saya, saya ni kuat makan, suka makan tapi terpaksa tahan diri sebab tak suka nak meminta minta kat suami, dah terbiasa usaha sendiri.
Saya menabung duit nafkah 100 sebulan tu baru saya boleh makan sedap2. Beli barang2 yang saya teringin, barang dapur dan rumah terutamanya,
Sekarang ni musim durian, saya hanya mampu tengok saja orang makan, saya teringin tapi saya pokai dah, mintak kat suami.
Dia kata mahal pastu dia tak boleh makan durian. Bila saya sorang2 saya akan terfikir yang buruk2 tentang suami, saya mula rasa dia tak sayang saya yela suami pun jarang manja2 kat saya, keinginan saya pun dia tak penah nak tunaikan.
Saya tak minta dia belikan saya beg jenama mahal2, baju mahal2. Saya cuma teringin nak makan makanan selain nasi dengan ikan, saya bosan..
Terfikir jugak nak buat bisnes macam.Orang lain, nak ada duit sendiri, tak harap duit suami dah tapi saya ni bukan aktif dalam sosial media, saya introvert, saya malu nak post apa2. Saya selalu jadi cctv saja, kira takde pun yang kenal saya, saya pandai keje jadi kuli saja..
Tapi suami pentingkan diri tak menyokong saya, dia lebih suka saya duk umah layan dia macam raja, jadi dia takpayah fikirkan pasal rumah dah, rutin dia pegi keje balik keje saja.
Balik keje tidur, tak peduli pun kat saya ni. Bila dia nak ‘bersama’ baru dia datang peluuk saya, belai saya.
Kadang2 saya terasa macam bibik kat umah ni, terasa macam saya ni cuma tempat dia lepaskan nafsu bukan sebagai seorang isteri. Saya menyesal kahwin tapi saya masih harapkan suami berubah dan ambik berat tentang diri saya.
Saya saja kene selalu ambik hati dia, tapi dia tak perenah usaha nak bahagiakan saya, nak belikan saya makanan sedap2.
Terlalu bercatu dalam makanan, saya tak faham kenapa dia macam tu, sedangkan saya tahu gaji dia lebih dari mampu nak beli kan saya makanan sedap2 tapi dia saja yang tak nak belikan, kedekut..
Saya yang tak reti bersyukur atau suami yang kedekut ea. Saya cuma nak meluahkan isi hati saya, saya menyesal kawen. Hidup bujang lagi seronok, patut ke saya minta ceraai saja dengan suami ea,
Saya dah tak rasa bahagia, saya stress hari2 tengok muka dia, rasa nak marah saja dengan dia, rasa geram skit hati saja dengan dia.
Sekian luahan hati seorang surirumah yang tak berharga di mata suami..
Ini antara reaksi netizen.
Ezza.Nak check BP jap lepas baca confession ni.
1st. Pergi cari kerja balik. Yang lebih fleksibel. Cari keje biasa2 pn ok dah asalkan tak penat sangat. Duduk rumah je tak membantu dgan suami mcm ni huhu.
2nd hujung minggu tu masak banyak2 lauk pastu frozenkan. Nanti hari biasa tinggal panaskan je. At least hari biasa prepare untuk masak breakfast je.
Tp kalau tetiba laki tu cakap tak suka makan makanan frozen, bolehlah masukkan beliau dalam peti ais.
Nazira. Entahlah dik. Pergilah pejabat agama, buat aduan online, mintak jumpa kaunselor. Takut lama-lama TT boleh dapat depression.
Sebab nampak sangat tak gembira Dan bahagia. Perkahwinan tu adalah Cinta dan persahabatan antara dua orang manusia lelaki Dan perempuan.
Kalau tak de rasa Cinta, gembira Dan seronok dalam sesuatu perhubungan buat apa dipertahankan. Itu anak belum keluar lagi. Dah lahir nanti lagi penat.
Sarah. Saya tak pandai bagi pendapat walaupun anak dah 4. Bak kata orang masih baharu. Gini la sis komunikasi. Komunikasi tu penting sangat2.
Nak mintak pendapat ceraai atau tak kat sini hidup maati sis bukan kt tangan kami. Jadi duduk f2f. Tak Kisah la dia nak marah ke melenting ke. Janji sis ada effort nak mulakan langkah untuk suami tu faham. Lelaki ni dia xpandai baca hati kita. Sis try la dulu Insyallah semoga ada Jalan
Zaliana. Dari awal pkahwinan jgn diajar manja berlebihan dgn suami.buat kerja rumah kene sama2..awal2 kene bgtau apa peraturan dan perjanjian yg dipersetujui bersama. Jangan bg peluang suami pijak kepala kita.