Suami gaji kecil tp mak mertua slalu desak nk duit. Satu hari suami nangis dpn mak mrtua ckp dia pn xckup

Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum admin hide kan fb sy ya. Saya dah berkahwin 5 thun.. anak dah 2 orang nak masuk 3.. saya dengn suami bercinta tak lama terus kenal kat mak ayah dan kami setuju berkahwin, sebelum kawin mesti la nak beli barang2 kawin kan.. asal gaji suami mesti cakap (suami keja kerajaan) kita bli barang ala kadar jela ye..

duit tak ckup untuk cukup2 makan ja… saya terkejut kenapa gaji habis ke mana sebab nak kata suami pakai kereta masa tu tak hanya motot sahaja.. bila d tnya suami, cakap kakak dengan mak dia minta..

ok aku ta kesah sebab masih tanggungjawab dia … lepas dua bulan dah siap beli barang kawin kami nikah.. saya ada kereta dan moto.. hnya kerwta saja bayar bulan2…

saya bagi kat suami untuk kegunaan kami sebab kan saya dah berhenti kerja alah pregant.. bila time gaji 25 hb hp suami saya pagi2 pkul 8 dah mak dan kakak dia col mintak duit…

untuk pengetahuan smua kakak dia dah ada suami .. mil pun masih ada fil.. mak dia siap mintak rm 200 .. kakak dia lagi kadang2 rm50 kdg2 rm100 saya buat tak kesah sebab rahsia slbhya blom sy tau lg…

Ada satu masa saya dapat imbuhan, saja post di facebook apa yg berlaku lepas tu korg tau? macam biasa lah.. mil saya dia tengok apa saya pos tu terus mil cakap kat suami dah lupa kat mak ka? .

nak hulur2.. suami cakap la itu duit isteri2 saja bukan duit bonus abang… balik 2 jugak mil mitak.. smpai saya bergadoh dengan suami betekak dalam keta … duk petang tu suami sy bag jugak rm 100 untuk sedapkn hati mak dia..

mil tu tak fikir kah dah la gji suami ckup2 makan.. nak bayar kerea rm500 sebulan lebih dan bil macam2 lagi.. gaji bukan banyak dah potong nak dekat 1k tingal berapa kerat sangat…. untuk keperluan seharian lagi..

sampai satu masa suami saya menangis dalam hp dekAt mil dia ckp dia pun tak cukup … ya Allah ada jugak mertua macam tu.. sedih tengok suami.. kalau korang nak tau suami dah habiskan buat pinjaman hmpir 100k..

bagi kat mil untuk buat rumah… bagi kak dia nak kawin nak buat grand2. Tak sedar diri janda … bagi kat abnbg dia yg dh bekerja buat deposit kereta.. apa lagi mcm2…

nak kata dalam 100k suami tiada duit beli kereta… tu pn masih mil mintak2 lagi duit dah tau anak dah ada tangungjawab utk isteri dan anak kmi yang baru lahir..

thun dmi tahun suami bnyk menyepi dr fmly dia utk jga hati sy..sbb sy hdup ssh senang gn dia.xpnh nk mtk duit time gji dia..sy lbh suka guna duit sy beniaga on9 kecilan..

tu pn bila sy pos mkn g jln mkn angin gn duit lbh sy bt sewa keta sy sndri utk kwn2 dtg melancong ..jgk dpetikaikan oleh mil…

tekilan dh nk masuk ank 3 sy skg kot nk berubah sama jugak….lagi teruk..lagi mengata sy ni kikis duit anak laki dia oleh fil n mil sy..bukak otak skit sapa kikis duit n msa depan anak nak beli nak mohon apa pun susah…

pernah blik kampuang nk pergi honeymoon dengan suami..itu pn mil nk ikut smpai gadoh dengan suami saya…allah …saya berdiam tak nak bemasam muka ikut ja kehendak mereka…

Sekarang suami sy dh tawar hati gn mereka lg…sbb bru ni sy pnh msg mil mtk tolong ank laki dorg yg dh bnyk bntu dorg masa ssh gn pnjman utk keluarga yg dia syg…

apa mil sy ckp bab pinjamn ank laki sy xnk amik tau n sy bukan bank begerak ank laki sy..menangis suami lg tgamak mil ckp mcm tu sapa tolong bntu mereka time ssh…

sekarang suami dh tak contact dengan family dia terlalu mkn hati sedih…diorang amik kesempatan dengan kerjaya anak laki diorang alhamdulilah dari kesabaran kami dari hidup susah sekarang dah boleh hidup senang tuhan maha megetahui…

Dengan usaha tawakal kami cari rezeki untuk masa depan alhamdulilah gaji suami naik sikit2…kita mertua jangan la buat anak atau menantu sebegini .

.sedar la kita pompuan pun menantu orang mcm mana kalau mertua buat macam apa yang mil dah buat kat menantu..Jgn kecam saya. Saya redha smua ni berlaku tak aibkan sesiapa…

KISAH KE 2. Keluarga mertua jenis warok dan kedekut. Aku minta air soya sebab mengidam ketika mengandung mak mertua tak bagi suami belikan dia suruh buat sendiri lagi jimat. Satu hari aku pergi kenduri keluarga mertua, aku model dah biasa dengan makeup dan pakai baju cantik, aku pakai kain nermaid ketat tapi baju labuh terus pak mertua…..

Saya seorang freelancer model busana mslimah. Walaupun dah kawin saya masih dapat tawaran ni dan suami saya mengizinkan saya meneruskan kerjaya saya ini.

Suami saya anak ketiga dari 5 orang adik beradik. 3 dah berkahwin dan 2 lagi tinggal bersama mertua saya. Untuk pengetahuan semua, keluarga mertua sy memang jenis alim dan rumahnya memang selalu hidup dengan ibadah.

Masa mula2 kawin, sy agak kekok kerana sy rasa sy sgt berbeza dgn adik beradik suami saya. Yang perempuan bertudung labuh, yang lelaki sgt menjaga pandangan.

Saya pula jenis bertabarruj. Pakai lens berwarna, mekap, tdung tutup dada tapi tidak menutupi bahu. Saya amat segan apabila pulang ke rumah mertua.

Sy sbgai freelancer model memang selalu mekap, jadi bila di luar, sy rasa tidak yakin apabila tidak mekap.

Pernah suatu hari, sy mengikuti keluarga mertua pergi ke kenduri kawin saudara suami. Memang sy seperti biasa mekap, lens.. dan sy pakai kain mermaid (agak ketat) tetapi sy kenakan dengan blouse labuh.

Mungkin biasa bagi sy tp tidak bg keluarga mertua sy. Keesokan harinya, ayh mertua sy forward msg di group wasapp family, tentang wanita. Dlm msg tu ada disebut tentang pakaian longgar, tidak bertabarruj dll.

Sy rasa sgt malu ketika baca msg tu kerana sudah terang lagi bersuluh msg tu memang ditujukan pada sy. Sy rasa sgt rendah diri. Sejak dari tu, memang sy rasa dh malas nk join fmily mertua nk g jalan2 or bercuti mana2..

Ibu mertua sy juga baik. Namun kdg2 sy agak tidak serasi sebab ibu mertua suka orang ikut cakap dia.

Ye memang ank2 dia sgt patuh pada arahan ibu mertua, tapi agak sukar bagi sy sebab ia melibatkan pilihan sy.. sebagai contoh, sy pernah ke kedai barangan dengan ibu mertua. Saya nk beli bekas rempah yg berharga rm25.

Memang sgt2 cantik, tp ibu mertua menghalang sekeras2 nya dengan alasan yang kedai rm2 lagi cantik. Ya Allah, saya nk beli nak letak kat rumah saya, kenapa ibu mertua menghalang keras..

saya bayar sendiri kot.. memang banyak lagi yang sy suka saya tak boleh buat. Contoh bila balik umah mertua, saya suka masak, buat dessert.

Bila bahan tak cukup, saya nak g beli la sebab nanti tak sedap. Tapi mertua menghalang keras dan suruh saya guna bahan yang ada je. Memang jadi tak sedap la kan.

Yang saya igt sampai harini, masa saya pregnant itu hari. Masa tu bulan puasa. Sy nak sangat minum soya. Suami dh siap nk keluar, lepas mertua tahu nak g beli air, terus dihalang sekeras-kerasnya.

Dengan alasan membazir dan suruh buat sendiri je. Air soya kot saya nak minum macammana nak buat.

Suami pun patuh je arahan dia. Saya terasa sgt. Tapi tu la nak dijadikan rezeki, dah nk masuk waktu berbuka, tiba2 ada jiran bagi soya, katanya dia beli lebih. Dapat la jgk sy minum soya haritu.

Masa nak beli baju raya pun macam tu. Sy dh beli. Dia tanya harga berapa, sy cakap rm200 sepasang. Bagi sy biasa sebab sebelum2 ni pun dan masa bujang pun memang saya pakai baju range harga macamtu.

Lepas tu mertua sy tanya dh baju suami harga berapa? Suami sy ckp baju melayu murah sikit beli yang rm120.. lepas tu mertua sindir kenapa beli murah sgt, beli la yang rm200, tak adil la isteri je yang mahal.

Masa beli barang baby pun, memang dah banyak duit sy kumpul sebab nk beli barang baby, ecxited sgt.. memang duit dr jd freelance model agak lumayan + duit yang suami saya bagi.

Bila nka beli je, macam2 ibu mertua pesan, beli baju 5 pasang je, pakai lampin jangan pakai pampers sebab membazir.

Suami saya mcm nak ikut ckp mak dia, tapi nasib baik saya ada duit sndiri, so i can make my own decision.

Kadang2 gduh jgk kami, tapi bila adik beradik ipar dengar sy marah2 suami sy, terus mereka post kat fb pasal keburukan perempuan suka mekap, perempuan suka lawan suami.

Dia belum alami alam perkahwinan tak payah nak masuk campur la hal orang kawin.

Kadang2 mertua nampak macam saya banyak guna duit suami. Pdahal sy ada duit sndri, simpanan sndri.

Kereta yang sy guna, sy bayar duit sy, road tax insurance minyak just my own. Suami saya ada bagi nafkah, tapi sy jadikan simpanan.

Sy berharap suatu hari nanti, kalau sy jadi mertua, sy xjadi yang jenis suka jaga tepi kain anak menantu.

Tak salah ambil berat, tapi jangan terlalu berlebih. Nasihat dan memaksa dengar nasihat tu dua perkara yang berbeza. Itu shj, terima kasih.