Suami kje hbt gaji 10 angka, tp kdekut bg sy pkai bju psr mlm hrga rm5 je

Foto sekadar hiasan.Salam.Sy seorang isteri yg hanya menjadi suri rumahtangga sepanjang 4 tahun berkahwin. Ada 2 anak yang comel. Ada master degree. Pernah bekerja dulu dan earned 6k sebulan. Berhenti kerja atas permintaan suami untuk ikut dia bertugas. Kerana sayang dan patuh suami, sy turutkan..Suami kerja hebat. Earned 5angka.Sepanjang berkahwin – x de duit belanja diberikan pada saya. Sesen sgt berkira.

Sy stress sampai meroyan sbb dulu sy yang cantik, kemas dan bergaya sekarang jadi selekeh, sememeh dan buruk. X de self confidence.

Pernah mintak duit belanja dengan suami, tapi mak mertua bising dan marah saya. Mak mertua kata saya nak kemewahan..

saya jawab blk pada mak mertua, kalau betul sy nak kemewahan, apa yg ada di badan saya yg mak nampak mewah.

Saya pakai serba serbi yg ada sahaja dan beli di pasar malam yg harganya rm5 ke rm10 sahaja.

Saya ada access m2u suami tanpa pengetahuan dia. Sy tgk semua transaksi. Mak mertua dpt plg sikit 500 – 2000 sebulan.

Bila saya tanya suami, ada x duit belanja saya? Dia selalu suruh saya tggu kalau dia ada duit lebih.. tapi sampai k3sudah mmg x de duit belanja..

tapi dia pandai komplen, sy x cantik mcm dl, x wangi, serba serbi x kena.. sbb saya bukan ada duit mcm sy kerja dl. Pergi spa, facial, dan sbgnya untuk cantikkan diri.

Saya down.. sy bkn mata duitan.. sy cuma nk duit sikit je untuk belanja diri sendiri.. hurm..

Sy x pnah paksa suami bg berapa.. sy pon fhm belanja ni ikut kmampuan suami.. tapi kalau mak boleh bg bnyk, nape sy sesen pon x boleh..

saya jaga rumah, ank ank, mkn pakai minum kot. Bgla reward sikit kt sy..Sy pernah tanya suami samada dia berhutang dgn mak.

Tp dia x de hutang apa apa ngan mak.. maksudnya duit dia bg bulan bulan pd mak mmg duit belanja untuk mak..Sy tetkilan sgt.. Persoalannya :

1. salahkah saya meminta duit belanja.
2. Dengan siapa saya boleh mengadu bab ni? Pihat jabatan agama.

KISAH KE 2. Assalamualaikum min..baru2 ni sy ade bertengkar dengan suami..dan sy xnk terlalu memikir kn hal ni sy keluar rumah balik rumah kakk sy untuk hil4ngkn stress..

mlm tu suami dtg rumah minta kunci rumah dan tnya bila nk balik..sy jawab esk nk tido 1 mlm rumah kakk sy da lama xjumpa kakk..

jdi nk mmbwg puas2..lepas tu suami trus blek tanpa bgi duit blnje rm10 atau rm5..sblum dia g keje dia xde tinggalkn duit blnje kt sy lauk pun xde beli..

sy wsup dia..dia kata xde duit..padahal dia pegi kje dngan bos xslh sy rase dia mnx bos dia rm20 untk sy beli lauk..

suami ckp blek keje bru dpt duit..tpi mase amik kunci rumah mlm tu haram 1sen dia nak bgi sy..isi mnyk moto ke ape..sy ckp kt dia..

dia buat xdngar je..sy wsup dia bce je xbls..kalau dia thu sy ade duit kt tngan mcm2 ayat dia nk pinjam..buat muka ksian..bile suami pula ade duit susah sgt nk bgi nafkah sy walaupun rm1..

lgi kalau sy xada kt rumah..bile sy tnye duit dia asik la xde da abis..rm100 dlm mse 3ari..isteri xde kt uma lauk xbeli..ape dia buat dngan rm100 tu.

persoalan sy kn..kalau isteri keluar rumah..mmg isteri xbole minta duit kt suami ke. sbb suami ckp kt sy..kalau sy sdri keluar rumah buat ape minta duit kt suami.

Xslh kot bgi duit kt isteri untk brblnje skali skala..lagipun sy bawa ank dia bukn sy tinggalkn..mmg xbole ye isteri keluar rumah minta nafkah kt suami..erm.. terima kasih min

KISAH KE 3. Assalamualaikum. Boleh siarkan luahan saya tak. Saya seorang yang bekerjaya. Gaji saya lagi tinggi dari suami. Untuk pengetahuan semua.

Saya baru je bernikah dengan suami x sampai setahun. Suami saya Duda tiada anak. Sejak awal kawen sampai sekarang, saya mula perasan, suami saya suka minta duit dekat saya.

Kita kan baru habis moratorium. Sebelum ni dia dapat gaji bersih 3k lebih. Gaji dia ni banyak habis ke kereta. Kereta saya belikan untuk dia .

Ok bagi saya xpe lah. Dia bagi nafkah kat saya RM1500 sebulan. Baki dia habiskan untuk keperluan dia . Kami PJJ. Saya tak tahu apa yang dia buat.

Sebab saya tersangat sibuk dekat hspital. RM1500 yang dia bagi kat saya, itulah duit saya bayar kereta, sewa rumah, lain2 bil yang kseluruhan lebih kurang dekat 3k jugak sebulan saya kena bayar termasuk guna duit saya jugak.

Dan bila duit dia dah habis, dia akan mintak dekat saya seminggu sekali dalam RM200-RM500 setiap kali transfer. Sekarang dah tamat moratorium, gaji bersih dia tinggal RM900 je.

Terkejut saya. Rupanya dia banyak hutang. Macam mana saya nak buat sekarang ni. Kereta je bulanan seribu lebih saya bayar.

Sewa pun saya bayar. Dia cuma tahu nak duit, nak duit, nak beli untuk kereta, nak motor, nak buat rumah, nak belanja, semua mintak dengan saya.

Saya berkawan dengan dia dua bulan je terus dia ajak kawen. Katanya nak bercinta selepas nikah. Sekarang saya rasa seperti dipergunakan.

Saya seorang isteri, saya bukan suami yang perlu tanggung nafkah dia. Saya sedar saya anak dara tua. Lebih tua dari dia. Tapi mana tanggungjawab dia sebagai suami.

Saya bukan bela Anak ikan. Saya bagi dia macam2 sebab nak dia sayangkan saya. Tapi lama2, saya rasa seperti dipergunakan.

Sempat lagi x saya nak kawal kewangan saya ni. Nak suruh suami bayar kereta, rumah, sewa dan bil2 memang duit dia x cukup. Aduhh pening saya.

Ini reaksi warga net untuk kisah utama.

Azie :beginilah nasib..bila belajar tinggi2 mak ayah anta ntk ksenangan diri.tp redha bila suami minta berhenti.malang bila suami berkira rezki sedangkan dlm rezki dia ada ntk isteri dan anak.

sanggup isteri x bermewah ntk kurangkn beban suami tp suami masih belum paham hak nafkah seorang isteri.Taat pada ibu itu perlu tp jgn lupa tanggungjwb yg ada dibahu.

puan bincanglah dgn suami, mudahan dia mau paham tapi jika x boleh.cuba lah niaga on9.sikit2 pn x pe asal boleh buat belanja sendiri.insha allah

Nurulhuda.Puan ada kelulusan. Maknanya puan seorang yg bijak dan boleh buat keputusan yg terbaik. Cadangan sy, kembali bekerja. Di pasaran kerjaya, majikan perlukn staf2 yang berpengalaman dalam kerjaya dan berkeyakinan.

Semoga puan yakin dapat buat keputusan terbaik demi diri sendiri dan anak2.

Puan.. Org yg mementingkan diri sendiri tidak sihat untuk diri kita. Oleh itu, jauhilah org selfish dan puan perlu buat sesuatu demi ms depan puan dan anak2. Abaikan org yg penting kan diri tu dan kedekut.

Rizal. Saya cadangkan mengadu kat parent supaya parent boleh tarbiah kat suami dan keluarganya sekali, ckp dulu suami suruh berhenti tapi tak bagi nafkah, lps tu kutuk tak cantik selekeh dsb. Klu tak berksan,

buat aduan pejabat agama utk kaunseling, tak jalan juga puan jarakkan kandungan lps ni, cari kerja dan hantar anak kat pengasuh, lps tu upgrade diri puan balik mcm dulu biar suami rasa terancam dan pulun puan balik.

Masri. Salah satu k3s pencer4ian apabila suami tidak tahu tanggungjawab dan tidak bertanggung jawab. Keperluan nafkah zahir sering diabaikan hingga menyebabkan keperluan isteri terabai.

Antara tanggungjawab anak lelaki kepada ibu dan isteri. Dalam soal ini kekeliruan dan memahami keperluan keluarga menyebabkan sumai tidak mengendahkan keperluan itu sehingga hendak beli barang dapur dan susu anak tidak dipedulikan.

Campurtangan pihak ketiga menjadi punca rumahtangga h4ncur di tengah jalan.Dalam soal ini puan kena mengadu dipejabat agama atas nafkah yang tidak diberi ..

dan pengabaikan keluaarga. Puan kena tahu hak sebagai isteri…Semuga puan tabah dengan dugaan ini dan berusaha dan berdoa.