Suami kntoi bcinta dgn jiran, isteri org. Sy call suami jiran, tk sangka ini reaksinya

Gambar sekadar hiasan. Assalam. Saya nak kongsikan cerita n mintak kata semangat dari sahabat semua. Saya tak kuat nak lalui semua ini. Ahad lepas suami saya kntoi bercinta dengan kawan saya, jiran sebaris rumah kite orang. Dia juga isteri orang. Dia kntoi setelah saya dapat buat wasap web kat hp suami. Wasap yang mereka nak berjumpa di kedai mamak.

Benda ni saya dah sedar dah lama,tapi masing-masing menafikan. Hari2 saya carik bukti, saya kata andai mereka ada hubungan, ko tunjukkan la.

Akhirnya satu2 bukti saya dapat tapi masing2 menafikan, siap si permpuan tu ajak face to face. Hari2 saya bergduh dengan suami, sebab saya minta pssword hp dia.

Last skali saya mengam0k baling semua barang dalam umah barulah suami bagi pssword hp pada Saya. Masa diaorang kantoi saya call si suami perempuan ni dan yang paling best dia tak terkejut sebab dia kata dia pun sudah lama syak dan dia juga pernah wrning suami saya.

Dia kata anak2 dia selalu mengadu yang ummi dia selalu jer berjalan dengan suami saya,tapi dia diamkan sebab nak tengok sejauh Mana kejujuran bini dia.

Kalau korang nak tahu, family saya dengan family dia, memang berkawan baik, siap selalu bertukar lauk bagai.  Saya dah anggap dia dah macam akak saya sendri, tapi dia khianati kepercayaan yang saya dah bagi pada mereka berdua.

Untuk pgetahuan semua, suami saya ni terlalu baik dengan fmly dia, selalu tolong fmly dia. Saya tak salahkn perempuan seorang, bagi saya tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Masa pertemuan kami suami isteri masa mereka dah kantoi yang si perempuan ni mengaku, yang dialah yang selalu carik suami saya untuk citer masalah dia dan dia mengaku dia sayang suami saya lebih dari seorang kawan biasa.

Hncur hati saya,tapi suami Saya tak mengaku sayang dia, yelah mana nak mengaku, sebab awal2 saya dah pkul suami saya, sebab hncur hati saya, dengan orang yang saya kenal.

Sekarang benda ni dah settle keluarga saya pon dah tahu. Tu kata sayalah, saya harap betullah mereka dah tak berhubng lagi. Yang jadi masalahnya sekarang saya tak boleh lupakan apa yang diaorang dh buat.

Saya seorang suri rumah. Bila saya duduk sorng2, saya akan teringat tentang benda ni, yelah mana tak hncur hati saya orang yang saya percaya khianati saya.

Lebih2 lagi umah dia sebaris rumah saya jer. Tolong sahabat semua bagi kata semngat untuk saya. saya tak kuat. Saya cakap kat suami, sekarang kepercayaan saya pada dia dah kurang.

Bila dia bekerja saya serah dia sepenuh pada Allah. Doakan family saya kekal Hingga ke syurga.

Apa reaksi warganet, kisah ke 2 dibawah lebih mendebarkan

Bella Nabila, kau xde anak kn???kau keluar cari kerja..sibukkan diri dgn kerja….dlm memaafkan mesti ada jugak sedikit perasaan benci n dndam kan…its okey..benda lunrah dh sebagai manusia yg dikhianati oleh org yg kita percaya…so keluar..keluar cari kerja,cari kwn…heppy kan diri.

Hani Hassan, x tau mo kata apa.. tapi skg ni dunia sudah sampai di pnghujungnya.. anak buah dajjal ada merata.. mantapkan iman wahai saudaraku semua.. jgn lalai.. kita kna kuat lawan prasaan yg mnuju kemaksiatan.. prah sgt da skg ni..

Semoga Allah ampunkan dosa2 sluruh umat manusia..tiada daya melainkan hnya dgn prtolongan Allah mampu slamatkan kita.. wahai isteri2.. suami2.. tundukkanlah pandangan.. takutlah kpd Allah.. InShaaAllah.. Allah akn mlindungi kita smua andai hanya Allah tujuan hidup ini.. Aamiinn Yaa Robb.

Nurul Sakinah, Aku tak tahu lah.. Setiap kali baca k3s curaang2… Imaginasi aku terbayang aku nak cari laki bini yg suka cuurang.. Makan luar ni. Ku rase macam nak katok2 dua ekor pencuurang kjam ni dgn batang penyapu, batang lock kereta, haaa meh senaraikan lah…

Tpi tu imaginasi je ye. Jgn kate ade k3s pulis cari plak. Aku tak buat kerja2 tu. Sbb buang mase haha.

Azlia Hayahuddin, Sbb ty masalah rumahtangga tolong la jgn cerita kat kwn berlainan jantina. Kiranya x yah citer pun kat spa2 walaupun kwn baik. Mula2 sekadar meluah. Si pasngan yg mendengar bersimpati. Pas tu buruk2kan pasaangan masing tp x sedar kdg2 kita wat benda yg sama. Pas tu jatuh sayang.

Haslina Mokhtar, Selalunya dgn yg rapat dan baik tu la yg bahaaya, baik ada makna, sis mohon pada Allah agr jg hati iman dan nfsu suami, Allah je yg mampu jg ati setiap manusia, klu x mau hati terluuka jgn la cek hp dia lg, biarlah Allah yg bantu kta utk kuat hadapi sume ni, bykkan solat sunat dan doa. Bila kta sabar Allah tau dan biarlah Allah yg memberi balasan nya .

Nur Sakura, Bila awak da membuat keputusan untuk terima suami awak semula,dengan sendirinya awak ptt melupakan apa yg terjadi dlm perkawinan awak…walaupun pahit, terpaksa jua awak telan sbb tu adalah pilihan awak…jd jgn merungut,teruskan kehidupan seperti biasa..semoga kuat serta tabah untuk harungi ujian bersuamikan si pencuurang.

Siti Rahayu, Yang bagi komen ‘belajar untuk melupakan tu’ tak kena atas batang hidung kome senanglah cakap. Benda ni ibarat luuka, walaupun sembuh parutnya tetap ada.

Apa-apapun buat sis, sentiasalah tabah, yang penting kena pastikan HP suami kamu tiada lagi password dan tetap teruskan dengan web whatsapp.

Yang perempuan bini orang tu adalah kategori betina murahan, betina seperti ini memang gatal dan mereka tidak peduli laki kawan sendiri ka, miang tetap miang dan betina jenis ini sentiasa mencari peluang.

KISAH KE 2, Assalam. Kisahnya begini. Saya ada 6 orang anak berusia antara 3 hingga 15 tahun. Saya bekerja sebagai supervisor di sebuah kilang elektronik. Kerja 12 jam. Bapa mertua saya tinggal dengan kami di sebuah rumah yang sederhana sahaja tetapi selesa.

Mak mertua dah 5 tahun mngal dunia. Apa yang saya nak sampaikan adalah tentang kakak ipar saya. Dia tidak berkerja. Hanya mengambil upah mengemas dan membersihkan rumah2 jiran yang bekerja di kawasan perumahan tempat dia tinggal. Anak2 dia dah besar2 semuanya.

Rumah kakak ipar jaraknya lebih kurang 60 km dengan rumah saya. Saya puji kakak ipar saya min. Setiap minggu dia mesti datang rumah saya. Bukan setakat nak jenguk bapak dia min tapi dia datang bawak macam2 barang mentah untuk dia masak bagi bapak dia dan kami makan.

Dia tolong saya kemas rumah saya. Dari hujung garaj sampai hujung dapur. Lipat baju. Mcm2 kerja rumah dia buat min. Saya sampai naik malu dengan dia. Dah la dia datang rumah saya pun naik grab aje sebab dia tak reti bawak kereta. Dia datang sorang2 aje min sebab dia cakap suami dia dengan anak2 dia semuanya sibuk.

Aku selalu cakap kat dia tak payahlah susah2 buat semua ni. Tapi jawapan yang dia bagi buat aku terharu min. Dia cakap laki akak tak berapa suka bapak duduk dengan akak sebab bapak suka tegur laki akak dan anak2 akak kalau ada benda yang dia tak berkenan.

Macam bukak tv kuat-kuat ke dan tengok astro lama2. Nanti bapak cakap kenapa membazir. Laki akak ipar aku ego dan berlagak jugak. Jadi akak ipar kata hanya aku dengan adik dia iaitu laki aku aje sanggup terima bapak dan jaga bapak.

Kalau anak2 yang lain mcm tak suka jugak bapak ada kat rumah dia org. Kakak ipar kata hanya dengan cara begini dia dapat balas jasa aku jaga bapak dia. Baik kan kakak ipar aku ni?

Aku doakan akak ipar aku diberi keberkatan dalam umur, sihat dan dapat rezeki yang banyak. Aku tak dapat la nak buat macam akak ipar aku buat kat bapak dia sebab abah aku dah mngal dunia.

Apa reaksi warganet

Rizal Rodzuan, Penceritaan yg mudah difahami, mudah dibaca, mudah diambil iktibar. Semoga admin dpt bykkan yg sebegini berbanding yg mudah undang makihamun mcm papi tu, Dan jadikan tanda Aras penulisan berbanding yg Mcm budak wicet Tu. Tahniah tt.

Tie Arif, Dua2 insan yang mulia. Semoga Allah beri kemurahan rezeki yang melimpah ruah atas sebab menjaga seorang bergelar ayah. Jarang menantu nak bela bapa mentua tapi TT menunjukkan contoh menantu yang baik. Dan tidak hairanlah anak yang baik ingin membalas jasa adik ipar kerana menjaga bapanya.

Faezah Ngah, siapa yg msh ada mak ,ayah atau mak mertua dan pak mertua,rebutlah peluang utk berbakti dan menjaganya setulus hati,saya sndri jaga mak,alhmdlh rezeki saya melimpah ruah,hati saya tenang sangat2….setiap perjalnn saya,hari2 mak doakn utk sy semoga dipermudhkn segalanya…
insylh sy akn jaga mak saya,hingga hembusan terakhir..syg mak ketat-ketat.

Sarinah Salleh, Alhamdulillah.. pertama kali aku baca kisah memuji ipar nya. Itulah, x salah kan kita share benda yang baik. Ini menunjukkan kak ipar awak mmg seorang yang baik dan pandai membalas budi org. Semoga awak, kak ipar dan seluruh keluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu.. Aamiin .

Amy Nurami, Alhamdulillah…. Memang perkara terpuji yg dah di buat kak ipar dan jg awk sndiri… Masing2 pandai mnjlnkan tnggungjwb… Moga Allah limpahkan rahmat, kasih sayng yang sebesar2nya buat kluarga ini… Dimurahkan rezeki dan diberkati hingga ke syurga…. Tiada hasad antara satu sama lain… Amat rare… Sy pun tersentuh dgn crita ni.

Hadijah Ahmad, Alhamdulillah….kita doa kn baik2 untuk keluarga kita…bila doa kita baik2..yg smpai pun baik2..saya suka cara awk yg tak cemburu…ada setengah bila kita jaga atau bawa org tua…ada yg kata kita yg habis kan duit org tua…cara yg baik..Semoga awk dan keluarga awk dimurah kn rezeki dari allah swt…amin

Sumber : KRT