Foto sekadar hiasan. Wahai lelaki, normal kah? Ini mungkin part 1 sebab ada beberapa episod ni terjadi. Sebelum tu aku nak minta maaf jika hantaran ini bercampur bahasa. Nama aku Ira (of course bukan nama sebenar). Dah berkahwin anak 2. Suami aku bahasakan sebagai Imran. Kami sebaya, satu kolej (dulu). Imran yang aku jtuh cinta dahulu adalah orang yang sangat menyantuni orang lain.
Pemalu sangat, jalan pun menunduk saja. Bab pelajaran, CGPA dia cukup2 makan saja untuk konvo. Aku pulak pelajar dekan. But i love his other qualities.
Long story short. After kahwin, aku disahkan bunting pelamin. Mana tak happy kan. Cinta pun tengah membuak2 masa tu.
Tapi kami masih duduk dengan family aku jadi apa2 pertengkaran memang kami settle kat luar. Pergi taman ke apa dan settle dalam kereta. Aku tak suka orang nampak kekurangan rumahtangga.
Dulu kami selalu guna telegram untuk berhubung and whatsapp tu memang tak pakai sangat. Waktu bercinta, dia selalu pakai dp kami.
Lepas kahwin tak tahu kenapa, kami makin beralih ke whatsapp sampai aku lupa dia ada telegram. Ada sekali aku bukak telegram aku ternampak dp dia. Kenapa dia tukar gambar pinggan mangkuk pulak kat dp telegram?
Aku tanya dia tapi dia kata tak ada apa-apa. Pastu dia tukar semula ke dp telegram gambar kami. Untuk aku, nak letak gambar solo takde masalah pun. Tapi kenapa gambar pinggan mangkuk? Pelik kan?
Bahagian password telefon pun tak ada masalah. Kami share password dan siap set cap jari masing2 pun lagi. So time ni aku tak terfikir apa apa.
Lepas bersalin anak pertama (lelaki) ada satu insiden dimana aku pakai handphone dia. Pakai biasa biasa saja. Saja saja scroll apps apa dia ada.
Then aku bosan aku tekan home lah kan. Bila nak clear apps yang aku bukak tadi tetiba ada apps telegram. So aku tekan home balik. Sebab seingat aku dekat layout apps dia, tak ada apps telegram.
Bila aku check mmg tak ada. Tapi ada apps telegram kat opened apps (harap semua faham lah yang bahagian kita nak clear apps, akan keluar apps yang kita ada buka).
Masa ni aku tak sedap hati dah. Aku buka apps tu dari opened apps. Nak tahu apa aku jumpa?
BERSEPAH GROUP tak senonoh. Seram sejuk badan aku. Tetiba badan aku bergoyang macam nak pitam. Masa tu aku senyap. Aku tak tanya dia pun.
Time ni aku baru habis pantang. Aku kena fikir waras sebab aku takut aku terlepas pkul anak aku sebab sesungguhnya aku memang tekanan waktu tu.
Malam tu masa dia tidur aku guna handphone dia lagi. Aku nak cuba cari dia simpan telegram dekat mana. Dan aku teringat. Telefon sekarang dah boleh hide apps.
Aku cuba godek2 handphone dia cari setting yang boleh bukak apps tu. Alhamdulillah aku jumpa. Aku buka semula. Sebab aku nak pastikan aku tak mimpi.
Esok nya selepas solat maghrib, aku tanya dia pasal semua benda tu. Aku suruh dia delete depan aku. Lagi aku lemah bila dia bukak fail muat turun yang paling berlambak video tak senonoh tu.
Untuk makluman semua, dia jenis bawa handphone masuk tandas. Kalau nak berak, boleh sampai sejam duduk tandas. Nak mandi? Sampai 30 minit duduk tandas.
Bila aku soal, ternyata dia duduk tandas untuk puas kan mata dia tengok benda tu. On*n*? Kemungkinan tinggi lah kan bila dah tengok benda macam tu.
Masa tu kami masih tinggal di rumah mak aku. Jadi nak gduh teruk, tu aku tak buat. Sebab ni air muka kami berdua. Dia pun nampak suci saja kat mata keluarga kami. Yelah. Adik beradik semua sekolah tahfiz. Ahli keluarga Imran semua tudung labuh.
Aku bagi amaran tapi dalam nada perlahan tapi bergetar kecewa. Dua hari lepas tu dia tak balik rumah dengan alasan dia takut aku kecewa dan jijik dengan dia.
Bila kami cuba settle dalam whatsapp, dia seolah menyalahkan aku. Sebab aku baru habis pantang. Berat tak turun macam gajah katanya sedangkan berat aku tak sampai 70kg pun, tinggi 165.
Mungkin dia terlupa, isteri dia ni waktu melahirkan anak dia diduga dengan komplikasi sehingga terpaksa Czer.
Waktu bergduh tu aku ada suarakan utk berpisah tapi dia ada kata, “kalau you cari lelaki lain you ingat diaorang tak tengok ke benda tu? Eh semua lelaki tengok lah”
Eh Imran. Aku tak kisah kau tengok sebelum kahwin. Aku tak pernah tanya cara sosial kau sebelum kahwin. Tapi bila kau nak tegakkan semua orang tengok, kau fikir dulu. Kau tu dah kahwin. Ada anak.
Adakah dengan ayat ini kau akan cuba normalkan benda ni bila anak lelaki kita dah besar dan tengok video macam ni?
Lepas kantoi tu memang aku tak ada mood nak bersama. Aku rasa aku ni hanya jasad. Dalam otak dia, dia bayang perempuan dalam video2 tu.
Aku bagi kata dua dekat dia. Sebab dia memang ayah yang baik, suami yang baik. Cuma 1 bahagian dia lemah. Lemah dengan video tak senonoh.
Perkara ni stop terjadi beberapa bulan. Lepas anak aku umur setahun lebih jadi benda sama. Kali ni sebab whatsapp group lelaki sekolah dia.
Group whatsapp lain punya perbualan, dia okay saja nak baca depan aku tapi ada satu group ni dia tak pernah bukak depan aku.
So ada sekali tu aku suruh dia bukak kan depan aku. Betapa hebatnya bapak2 dalam tu ya. Setiap hari wish pakai gambar perempuan tak cukup kain. Share2 video tak senonoh.
Adakah ini terlalu normal dalam kalangan anda lelaki sekalian? Maaf kalau apa aku tanya ni macam menjurus sangat.
Tapi aku geram. Geram dengan suami aku. Geram dengan lelaki dalam group tu. Aku usha media group tu. Bersepah video. Tak ada seorang pun ahli group tu suarakan ketidakselesaan (termasuk Imran) bila ada video macam tu.
Dia kata dia sayang sangat semua kawan dia , susah senang dia dulu semua kawan dia tolong. Last2 aku suruh dia pilih, kawan atau aku.
Kepada pembaca wanita, bila ni terjadi, jangan sesekali salahkan diri sendiri tak pandai layan suami. Orang macam ni memang selalu buat kita rasa seolah kita yang salah. Sedangkan kita dah buat semua yang termampu.
Lelaki yang selalu berfantasi kuning ni akan sentiasa rasa layanan yang kita beri tu tak cukup. Sedangkan sebenarnya dia dah “latih” badan dia sampai 1 tahap dimana fantasi tu sahaja boleh puaskan dia.
Untuk pembaca lelaki, mungkin bukan semua yang buat macam ni. Tapi untuk yang buat tu, aku nak pesan. Yang biasa tu tak semestinya normal.
Sebab kalau tengok group ws lelaki kan, aku agak pasti mesti ada yang hantar video-video macam ni. Dan akhirnya benda ni dinormalisasi sebab semua orang buat. Siapa mngsa?
Ini antara reaksi win daripada netizen.
Ali. Tak normal tu sis, jenis 24jam mengadap vdeo lch tu. Sepatutnya dah ada yang halal, dh tak perlu yang haram. Tp lelaki mana pernah puas kan.
Aimi. Crai je sis, tak guna kalau kak hidup dengan lelaki mcm ni. Kak kena ingat kak ada anak perempuan, bahaaya kalau ayah dia ketagih vdeo mcm ni. Nanti anak last jadi mngsa ayah sendiri. Hati hati la.
Lia. Semoga tt tabah, cuba tt jadi lebih hebat dari perempuan tu. Pakai sksi2 g0da suami pkai cntik makeup ke. Mana tahu dia mampu berubah.