Suami usahakn syarikat milik kluarga, tp bila dpt keuntungan berjuta2 abg ipar ckp itu hak dia smua

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca. Korang masih ingat confession  aku bertajuk “Dia baru beli banglo hrga RM3 juta.Tp hati aku tiba2 cmburu, smpurnanya hdup dia suami kacak kaya”. Selepas hampir setahun aku muncul lagi. Alhamdulillah, masih sihat, gembira dan bahagia bersama keluarga tercinta. Kali ini, confession aku sedikit berbeza. Aku nak cerita pun tak tau nak mula dari mana.

Klik link di bawah untuk baca part 1 yang pasti menyentuh hati semua.

Dia baru beli banglo hrga RM3 juta.Tp hati aku tiba2 cmburu, smpurnanya hdup dia suami kacak kaya

Cuma, aku tengah sedih. Family suami aku sedang diuji dengan konflik adik beradik. Suami aku ni anak bongsu dari 7 beradik, semuanya lelaki. Aku ada cerita dulu yang suami aku ni bekerja sendiri, kan?

Konflik bermula bila syarikat milik family suami aku dapat beberapa projek swasta yang bernilai jutaan ringgit. Alhamdulillah.

Jadi suami dan abang-abang dia bersetuju untuk usahakan projek ini bersama.

Awal tu, semuanya okay. Masing-masing diberikan tanggungjawab yang sesuai dengan sk1ll dan pengalaman mereka. Yela, semua pun lulusan degree dan bekerja dalam bidang profesional.

Tapi selepas beberapa bulan, abang sulung suami aku mula berubah.

Dia menuntut hampir 3/4 daripada keuntungan projek dengan alasan dia yang dapatkan projek tu semua dan dia layak dapatkan komisen paling besar. Sedangkan, sepatutnya keuntungan dibahagi sama rata kepada 7 bahagian.

Adik-beradik suami aku yang lain jadi speechless. Tak sangka, abang sulung yang paling dihormaati dan dipandang tinggi boleh berubah sampai tahap macam ni. Gelap mata tengok nilai keuntungan projek sampai berjuta ringgit agaknya.

Bila mama papa suami tau, mereka cuba masuk campur. Tapi abang sulung suami tetap berkeras mahukan “bahagian” dia.

Alasannya, duit tu nak guna untuk infaq, waqaf dan sedekah. Selebihnya untuk kelangsungan hidup family dia. Kau rasa?

Kemain ye nak guna duit haram untuk tujuan baik. Haha. Sifu mana la yang ajar dia untuk taasub sangat bersedekah sampai sanggup buang adik-beradik. Cannot brain.

Bila mama call suami, menangis orang tua tu sebab dah tak tau nak buat apa. Dia sayang semua anak dia. Aku yang dengar pun meleleh air mata, weh.

Suami macam biasa, sabar dan lembut tenangkan mama dia. Kalau aku kat tempat suami, aku taktau la level mana dah suara aku. Haha. Geram ni geram.

Berhari-hari suami aku down. Yela, impian kami berdua sangat besar.

Kami nak simpan duit hasil keuntungan untuk kembangkan bisnes, simpan duit kecemasan di saat pandemik taktau bila nak berakhir, dan selebihnya untuk life selepas settle down nanti.

Sampai satu malam, selepas solat Isyak berjemaah, suami aku kata kat aku. Dia redha dan ikhlas kalau abang sulung nak jugak jutaan ringgit tu.

Dia masih muda dan kuat. Dia yakin Allah Ar-Razzaq akan berikan rezeki kepada kami dalam bentuk yang lain.

Dia berjanji, dia akan usahakan bisnes lain dan cuba capai impian kami tu secepat mungkin. InsyaAllah. Menangis kami berdua di atas sejadah malam tu.

Aku pandang mata suami dan sambil menangis, aku cakap kat dia,

“Sayang tak tau la kenapa Allah kurniakan pada abang kesabaran yang sangat tinggi, tersangat selfless di saat abang sulung abang sendiri khianat dan hina abang sampai begini.

Sayang doakan semoga dengan berkat kesabaran abang, Allah kurniakan rezeki dan wang ringgit melimpah-ruah seluas langit dan bumi buat abang… tak putus-putus umpama air Zam Zam.”

Dan selepas tu aku terus menangis di peha suami sebab perasaan aku masa tu bercampur-baur. Aku sedih, terkilan, marah, kecewa. Semua ada. Tapi aku hormat keputusan suami aku.

Malam tu juga aku berjanji dengan diri sendiri, aku akan jadi isteri yang paling kuat menyokong dia selepas ini. Aku akan sentiasa bantu dan teman dia di saat susah dan senang.

Lagipun, kami memang bermula dari zero selepas nikah. So takde hal la setakat nak start all over again. Allah ada.

Apa jadi dengan abang sulung suami? Dia ambik sejuta tu, 6 beradik lain dapat la dalam beberapa puluh ribu. Dia block adik-adik dia, dan bawa haluan sendiri.

Of course kami sangat terkilan dan sedih dengan tindakan abang sulung tu. Projek tersebut pun dah diuruskan oleh abang sulung sendirian saat ini.

Tapi takpelah, kami berenam sepakat untuk move on dan fokus kepada kehidupan masing-masing. Baiknya lahai adik-beradik suami aku ni :’)

Hikmahnya, hubungan aku dengan keluarga ipar yang lain semakin rapat. Kami berenam makin kerap berhubung dan saling berkirim buah tangan bila ada kesempatan. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat.

Pada aku, dunia ni hanya sementara. Wang ringgit boleh dicari, tapi kasih sayang dan hubungan keluarga tidak ternilai harganya.

Lagi-lagi lepas follow kisah arwaah Siti Sarah sejak seminggu lepas, aku jadi sebak lain macam. Aku nak jadi macam Siti Sarah, bahagiakan suami dan orang sekeliling.

Aku nak maati dalam keadaan husnul khatimah. Aku nak jadi anak, isteri, ibu dan teman yang terbaik. Cukup. Biarlah Maal Hijrah ni jadi permulaan untuk aku dan suami move on dan mulakan hidup yang lebih baik.

Sungguh, aku rindu hidup kami setahun yang lepas. Walaupun sederhana, tapi bahagia.

Ni walaupun duit kepuk-kepuk, tapi macam-macam ujian Allah bagi. Nak tidur malam pun tak tenang, sebab adik-beradik dok pening fikir pasal duit dan kerenah abang sulung tu.

Moga keputusan yang suami aku dan 5 beradik dia buat tu la yang terbaik. Kami berdua tersangat rindu hidup yang dulu. Tenang dan bahagia walau cuma ada RM10 di dalam bank.

Tapi takpe, Allah uji sebab nak naikkan darjat hambaNya. Kami redha. Kami beriman dengan qada’ dan qadar Allah. Korang doakan kami tau. Aku pun doakan korang sentiasa dilindungi Allah dari segala kejahatan, kesedihan dan kesusahan.

Salam Maal Hijrah 1443H buat semua pembaca. Till we meet again.

Perkongsian ini sangat menyentuh hati semua pembaca. Ini antara reaksi dan pengalaman netizen

Cikpuan.Alhamdulillah..suka baca confession ni. Sama mcm apa yg sy rasa. Dulu masa sy buat keputusan drastic utk quit drp bisnes (further study dlm bidang yg sy minat- full time), ramai yg pertikai & kata rugi sbb sy sanggup stop sewaktu bisnes sy tgh up & sy tercalon sbg penerima anugerah usahawan belia di negeri kelahiran sy (masa tu umur sy 24th).

Lg plk bisnes sy link dgn gov & sering terlibat dlm aktiviti/kursus keusahawanan under gov..mmg jadi isu jgk dulu. Family tak payah ckp lah..awalnya menentang coz dah banyak modal dia org labur utk support bisnes sy tu.

Tp sy tetap dgn keputusan sy..sy tak nak jadi kaya raya jadi jutawan bagai. Sy nak hidup sederhana je (mcm skrg, Alhamdulillah). Nak happy & hidup bahagia buat apa yg sy suka & minat (selagi tak salah di sisi undang-undang & agama).

Alhamdulillah..bila family tengok sy bersungguh & fokus dgn study/kerjaya yg sy minat even sejak habis study sampai skrg sy hanya kerja mkn gaji..family tumpang happy & redha dgn pilihan hidup/masa depan sy.

Even kerja mkn gaji je..Alhamdulillah sy tak pernah rasa tak cukup dgn rezeki yg Allah bagi ni. Dulu sy sibuk dgn bisnes..struggle mcm2 nak kena fikir & buat.

Sy bos merangkap staff yg buat kerja bersama staffs lain (mostly staffs tak tahu sy majikan dia org, coz sy pun sama ‘turun padang’ buat kerja lebih drp dia org.

Semua sangka company tu my mom punya..tp sy tak kisah pun). Kantoi sy majikan dia org bila setiap kali customer/pegawai2 gov yg follow up bisnes sy dtg kedai & bgtau nak jumpa dgn ‘owner’. Dulu apa2 hal nak kena settle dulu utk staffs & company. Diri sendiri? Last.

Skrg duit gaji..kadang sy tak terguna (tak tahu nak beli apa coz mostly apa yg sy nak, sy dah beli sejak zaman buat bisnes sampai zaman kerja mkn gaji..

sy akan beli cash & sy dah kurang hutang + takde hutang jahat)..so sy berkongsi rezeki duit gaji sy tu dgn family, kwn2 & sesiapa je yg memerlukn..sharing is caring.

Siapa2 pun tak boleh pertikai sy nak buat apa & nak bagi kat sape. Duit hasil titik peluh sendiri. Alhamdulillah..rasa tenang hidup.

Skrg sy hanya buat kerja hakiki yg di amanahkan oleh majikan & selebihnya lepas habis waktu kerja adalah ‘me time’ sy. Kalau masa sy jadi majikan & uruskan company sendiri dulu..nak fikir utk diri sendiri pun tak sempat.

Apa2 pun sy tak pernah menyesal dgn jalan yg sy pilih ni. Yg penting sy tak susah kan siapa2 sejak sy buat keputusan drastic tu & suami sy tak tahu sy pernah buat bisnes dulu coz dia kenal sy masa sy dah kerja mkn gaji hampir 10th.

Sy malas nak cerita. Tp skrg rasa dia dah tahu kot lepas my mom bgtau masa sy ‘merajuk’ dgn dia hari tu..

p/s: masa bisnes sy berada di kemuncak dulu, ada adik beradik yg tak puas hati coz company atas nama sy sorang. Pertikai kata my parents pilih kasih & konon sy anak yg paling untung coz buat bisnes tak payah keluar duit sendiri.

Tu pun salah 1 punca sy takde hati nak buat bisnes (lebih2 lg kalau libatkan family). Bila sy nak quit & nak bagi dia org handle bisnes tu..masing2 mengelak plk.

Ewahhh..buat kerja tak nak, untung nak. Banyak cantik muka. Ye lah sy start buat bisnes masa umur 21th..ingat zaman 2000an dulu buat bisnes senang mcm skrg (zaman socmed) ke. Yg mana pernah buat bisnes zaman 90an-2000an tahu kot mcm mana struggle nak up bisnes.

Sy buat bisnes apa? Biasa2 je..sy buka kedai Bakery & Cafe merangkap mini kilang bakery products (Alhamdulillah..sebelum sy stop bisnes, sempat buka 2 cawangan kedai & company sy jadi supplier bekal kan product bakery ke kantin2 sekolah, kantin2 kilang & kem PLKN kat daerah kelahiran sy & daerah berhampiran).

Fatin.Pentingnya libatkan peguam untuk perjanjian perniagaan walaupun sesama adik beradik/pasangan. Saya faham sebab saya pernah loss belum sampai jutaan lagi tapi ratusan ribu ringgit.

Since then, apa pun peluang yang datang, agreement disediakan oleh peguam. Of course ada bayaran yang setimpal perlu dikeluarkan tetapi sangat worth. Tidur malam lena.

Manusia ni hatinya berbolak balik. Belum dapat duit semuanya indah janji. Bila dapat, nafsi-nafsi.

Anis. Nnt biasanya yg tamak tu sekejap je kaya. Lepas tu rugi besar. Tengoklah nnt. Pepatah melayu pun ckp “org tamak selalu rugi”…biar Allah handle org mcm tu. Sis jalan terus, xperlu kenang2 dah. All the best in life. God bless.

Hazwani. sy speechless bila tt kata abang suami dia makan duit haram, cukuplah marah dan tak suka tapi jgn ckp macam tu.. apepun kita tu orang luar.

keluarga sy juga pernah dianiaya yg bg sy lagi teruk tapi tak pernah kami ucapkan mcm tu,

akhirnya keluarga yg menganiaya kami sampai sudah tak bahagia, sering dirundung masalah dan akhirnya ke penjara jua.. cepat atau lambat, pasti akan terima balasan…

tengok orang banglo 3 juta pun boleh cemburu sgt2.. bg sy ketenangan hati lebih utama, it’s priceless.

tak mesti kaya tu baik utk dunia dan pengakhiran kita. my mom masa muda pernah bisnes kaya, duit banyak boleh beli emas,rumah, tanah etc. tapi mak kata hidup dia tak tenang, siang malam fikir duit, fikir kerja..

boleh kita nak kejar kaya, sbb duit tu penting utk jauhkan kita dr kekufuran. tapi pastikan utk apa kita kaya supaya tak sia-sia…

saya nak kongsikan cemburu yg dibenarkan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang: Iaitu kepada orang yang Allah SWT berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan.

Dan kepada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia.” (Hadis Riwayat Bukhari, No 71)

other than that, tak perlu kita cemburu. just count our blessings, and cherish every single moment.. live is great if only you know how to enjoy it..