Suami xnk sentuh aku alasannya aku gmuk xde selera. Dia pksa aku krus sblm dia cri prm lain

Foto sekadar hiasan.

Zu baru mendirikan rumah tangga dengan suami. Berkenalan dengan suami dalam masa yang singkat tetapi buat keputusan untuk bernikah kerana kedua-duanya merasakan telah bersedia untuk satu perkahwinan.

Zu merasakan suami Zu insan yang tepat dan telah Zu titipkan doa kepada Yang Esa sebelum kami bernikah. Kami kemudiannya selamat bernikah.

Semuanya bahagia walaupun pernikahan hanya dengan cara sederhana, tiada honeymoon, tiada majlis besar-besaran, hanya kenduri kecil untuk keluarga terdekat. Sungguh, semuanya sempurna.

Tapi, hari ini Zu kecewa. Kecewa dengan diri sendiri, kecewa. Sangat kecewa. Zu tidak disentuhi oleh suami. Hanya beberapa kali disentuhi sepanjang perkahwinan kami yang tidak sampai setahun ini.

Suami beri alasan (yang tak perlu Zu nyatakan disini) dan Zu terima dan beri masa untuk suami Zu. Zu redha. Mungkin ini kifarah dosa-dosa Zu dulu sebelum kahwin. Zu redha.

Selang beberapa bulan, kini suami Zu beri alasan lain sebab tidak mahu sentuhi Zu kerana Zu tidak menarik.

Suami Zu tiada selera dengan Zu kerana bentuk tubuh Zu dan suami Zu minta Zu kurangkan berat badan sebelum dia beralih arah dan curaang terhadap Zu.

Zu akui Zu gemuuk, suatu perkara yang sudah cukup buat Zu murung sejak dulu lagi. Zu memang ada masalah h0rmon dan memang pernah diet, bersenam untuk turunkan berat badan. Tidak berhasil.

Bila suami Zu katakan pada Zu, satu sahaja rasa hati Zu, sesalan. Hanya penyesalan. Tiada satu cela dan cacat pada suami Zu pada mata Zu.

Dia lelaki yang sempurna. Malangnya, Zu yang tidak sempurna. Kenapa pilih untuk nikahi Zu sekiranya tidak boleh terima rupa fizikal Zu?

Apabila itu yang diucapkan suami Zu, Ya Allah, luluhnya hati Zu.

Selama ini, memang ada suami nyatakan niatnya serta harapannya agar kami sama-sama memajukan diri, erti kata lain, sama-sama menyempurnakan kecantikan fizikal kami.

Sungguh Zu tidak kisah malahan Zu gembira kerana Zu berharap suami Zu sama-sama majukan diri. Tetapi bila hujung minggu, tidak pula hendak sama-sama bersenam dengan Zu.

Kerja Zu jauh dari rumah, balik dari pejabat, sudah penat, hendak sediakan makan untuk suami Zu. Jika tidak sediakan makan pun, Zu berehat dan tunggu suami Zu balik dan sediakan apa yang suami Zu nak.

Zu luahkan disini bukan tidak bersyukur, bukan untuk simpati. Salah Zu. Salah Zu yang tidak reti jaga makan, salah Zu kerana tidak bersenam pabila balik dari kerja.

Zu luahkan disini kerana Zu tahu tiada tempat lain yang boleh Zu luahkan. Di hadapan suami, Zu ya kan permintaannya, tapi hati Zu sedih. Ya, Zu sedih.

Zu tahu masalah Zu ini bukan besar dan tidak sebesar mana pun kalau nak dibandingkan dengan luahan rasa orang lain yang pernah Zu baca sebelum ini.

Zu luahkan disini kerana Zu perlu luahkan, yang Zu sedih. Kalaulah abang boleh rasakan beratnya hati Zu sejak abang luahkan perkara itu. How useless I felt.

I am just sad. I am just freaking sad. And no one could help me but myself.

Ini antara reaksi netizen untuk kisah ini.

Izzah.Jangan sedih sis, sis boleh sihatkan badan turunkan berat juga, inshaAllah. Hargai dan sayangi kurniaan Allah yang tak ternilai ini iaitu tubuh badan kita.

Kalau ikutkan, saya tak percaya saya boleh turunkan berat badan, sebab dulu saya morbidly obese, berat 130kg, kini 65kg dah. Faktor dari pemakanan & kurang aktif penyebab kepada obes.

Saya bertemu jodoh dengan suami semasa kami berdua sama2 morbidly obese. Bukan sikit2 punya overweight.

Ingatkan akan terus obes & saakit bersama selamanya. Alhamdulillah lepas kahwin kami sama2 usaha sihatkan badan turunkan berat, boleh sahaja turun berat dan kekalkan berat yang baik sehingga kini. Tiada yang mustahil dengan izin Allah.

Kami ubah gaya hidup, puasa, IF, kurangkan refined carbs dan elak gula, hasilnya kami berjaya pulih daarah tinggi, reversed diabetes, saya hilaang berat dpd 130kg kepada 65kg. Suami pula dpd 190kg kini 85kg.

Cuba kekal dengan amalan pemakanan yg sihat, elakkan yang manis, kurangkan karbo, berpuasa/IF dan gaya hidup yang aktif, senam & jogging selalu.

InshaAllah. Dalam usaha perbaiki diri, rasa lebih syukur dan lebih hargai nikmat badan yang sihat yang Allah kurniakan ini.

Suka saya sarankan confessor untuk cuba ubah sedikit pemakanan, kalau pengalaman saya, bila saya hentikan pengambilan gula dan kurangkan karbo, berat menurun, saya berjaya reverse diabetes, pulih daarah tinggi, kuulit jadi makin cantik tidak kusam & saya tak perlukn mekap tebal, keyakinan diri yg hilaang dulu kembali pulih (dulu sangat tinggi inferiority complex), Alhamdulillah. Mungkin boleh cuba.

Saya doakan confessor & semua yang sedang berusaha untuk pulihkan kondisi badan akan berjaya juga capai sasaran nanti dengan izin Allah.

Ameeen. Teruskan usaha. Buktikan pada suami, sis pun mampu turunkan berat & jadi tiptop juga. Umur bukan penghalang, saya pun dah 40an

Amira. Hello confessor. Suami sy pun pernah jgk ckp kat sy, abg tak suka sgt laa tgk syg gemuuk, nampak tak proper. Sy nak sentap pun tak rasa nak sentap sgt. Sbb sy sendiri pun nak jgk slim cantik. So, kita sama-sama cuba sahut cabaran.

Jom lah slim cantik sihat bersama-samaa. Sy aim nak pakai kebaya raya haji nanti. Well jogging lagi laa esok nampak gayanyaa. Hihi. Chaiyokk confessor We can do thisssss

Nora.”I am just sad. I am just freaking sad. And no one could help me but myself.”

Sabar ye tt.. mmg sedih.. tp kena kuat semangat utk turunkan berat bdn.. Hal diet ni mmg hanya diri u je boleh tlg.. Pls buat UTK DIRI ..

BUKAN KERANA ORG LAIN.. LOVE URSELF than other.. spy tak terus stress dkemudian hari (takut suami kasi alasan je tu utk keluar dr ikatan).. sbb d mana ada KEMAHUAN, di situ ada JALAN..