Sy bperang dlm hati nk jaga hati mertua, tp xblh telan masakan dia tersangkut kt tekak perut rasa mual

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, sebelum kahwin, saya tak pernah ke rumah mertua. Hari kenduri saja lah. Malam pertama di rumah mertua, kami diminta pindah bilik, sebab bilik pengantin sekadar untuk bergambar. Bila pindah bilik, saya tengok hanya cadar dan sarung bantal yang ditukar. Banyak debu pada almari dan lantai. Saya terkejut tengok keadaan bilik tu.

Bilik air juga tak disental. Rasa berbeza sebab kenduri di rumah saya, mak saya akan pastikan bilik untuk pengantin kemas dan bersih.

Esoknya mertua kata kat saya, tak ada siapa nak tolong kemas bilik. Saya faham lah dia nak justify keadaan bilik tu. Saya diam saja lah.

Masa tu tak apa lagi, saya fikir tak apa lah cara kita dibesarkan lain-lain. Saya juga hadap situasi yang sama macam confessor-confessor yang lain.

Saya ke dapur, teman mertua masak, kadang basuh pinggan dan tolong potong-potong. Bila tak cukup perkakasan, saya buka almari kabinet, banyak tahi cicak dan tikus.

Mertua jarang basuh dulu perkakasan sebelum guna. Ni kalau mak saya ni, perkakasan dia yang jarang guna semua dibungkus dengan plastik atau kain elak debu. Bila nak guna, basuh dulu.

Peti ais rumah mertua macam peti ais kat kedai runcit/ pasar basah. Berkerak. Semua benda ada. Yang dah berminggu-minggu. Semua dicampur, makanan mentah, makanan yang dah dimasak.

Atas meja penuh makanan basi. Berkulat. Tapi makanan tu tak dibuang, dan masih dimakan bila perlu. Makanan lebihan bekas tangan masing-masing, masih disimpan, dihangat, recycle dan makan balik.

Kalau mak saya, dia tak bagi campur makanan yang dah usik dengan tangan, dengan makanan lain sebab taknak basi.

Paling tak boleh blah, sudu untuk lauk di rumah mertua, melekit-lekit sebab masing-masing guna tangan kanan yang disuap. Mak saya selalu marah sebab sudu tu akan diguna oleh orang lain, so tak boleh la melekit-lekit dengan bekas air liur kita.

Lantai dapur juga melekit, anak-anak mertua ramai tapi sampah beberapa hari tak buang, mak mertua kata tak ada siapa nak buangkan. So, kalau saya kat dapur, kebetulan suami ada, saya minta tolong dia buangkan.

Saya boleh buat, tapi saya tak nak, nanti jadi orang gaji tak berbayar, sebab tengok ipar-ipar jenis lepas makan, tinggal saja, angkat punggung masing-masing.

Dapur lepas mertua masak, minyak merecik dibiarkan saja. Dapur masak tu tak ada rupa dapur dah. Mak saya pula jenis lepas masak, kena lap minyak-minyak tu semua. Dalam rumah tu ada kucing.

Adik ipar saya bela, ada dalam 3 ekor kucing. Rumah tu berbau kucing. Sofa rumah mertua saya cantik, tapi hancing bau kencing kucing. Saya selalu rasa was-was nak duduk atas sofa. Dalam kepala saya dah terbayang bukan-bukan.

Tapi kita sebagai orang baru, masih nak kena jaga hati. Sejujurnya saya tak lalu nak makan apa-apa bila di rumah mertua, tapi saya tengok adik beradik suami makan bersungguh-sungguh walaupun ada bau najis kucing di sekeliling.

Rumah mertua saya selalu ada tetamu, kadang-kadang saya bantu buat air, tapi bila tengok mertua buat air, saya jadi tak lalu.

Saya bayangkan kalau saya jadi tetamu macam mana. Cawan yang berdebu tak dibasuh, gula yang bercampur dengan semut, kacau siap dan baru ditapis. Tapi tetamu tak tau.

Ni kalau mak saya, dia suruh basuh dulu cawan, lap kering, baru masukkan air. Gula kalau dah masuk semut, diasing dulu sebelum buat air, atau guna yang baru, bukannya bancuh siap-siap dengan semut.

Pernah mertua tinggal di rumah adik ipar, jadi berbulan-bulanlah rumah mertua tu adik ipar yang lain duduk. Bila kami singgah sebab mertua suruh ambilkan barang, terkejut betul saya. Sampah berplastik-plastik tak dibuang, siap berulat.

Dalam toilet pampers anak yang masih bernajis, rasanya dah dua-tiga hari tak dibuang. Puntung rkok bersepah-sepah. Saya rasa macam masuk tempat pelupusan sampah.

Mak-mak saudara sebelah suami saya pernah sembang-sembang, cakap dengan saya depan mertua, mesti saya terkejut kan lepas kahwin bila tengok dapur dan rumah mertua saya.

Saya diam saja, tak mengangguk, tak juga menambah. Mertua saya baik. Antara menantu-menantu dia, saya yang paling tahan dan boleh lagi jejak kaki ke dapur.

Ada seorang adik ipar yang baru kahwin, isteri dia kononnya nak duduk situ jaga mertua, awal-awal tu dia kemaskan dapur, terkejut juga saya jadi nampak la rupa dapur sikit, bagus biras saya ni.

Sekali lepas sebulan dua dia duduk situ, dia pindah keluar, tak jejak-jejak dah kaki ke rumah mertua. Setahun sekali saja lah jumpa. Huhuhu.

Saya tak tanya dia apa-apapun, faham sendiri saja lah. Kalau saya pun, saya tak tahan, bila kita seorang saja tukang kemas, yang tukang buat sepah ada sepuluh orang. Boleh jadi sewel.

Mertua selalu suruh saya pakai selipar dapur. Dia tak bagi saya lama-lama di dapur dia. Bila diajak makan, saya selalu makan sikit untuk ambil hati sahaja. Kadang-kadang saya cakap dah kenyang.

Rumah saya dekat saja dalam setengah jam. Selalu juga saya datang, saya bawa makanan.

Saya selalu berperang dalam hati antara nak jaga hati keluarga mertua, dengan rasa tak boleh telan makanan, rasa tersangkut kat tekak dan perut yang memual. Telan air liur pun dah tak boleh. Nak lari tak boleh. Boleh faham tak rasa tu?

Bila ada anak kecil, makanan anak biasanya terjatuh di lantai yang penuh debu dan bau najis binatang. So memang saya kena ada dekat dengan anak selalu untuk perhatikan makanan yang masuk mulut dia.

Bila ada adik ipar yang dah kahwin dan ada anak kecil, duduk pula sekali dengan mertua.Rumah tu jadi lagi macam tongkang pecah. Bersepah-sepah mainan.

Dah banyak kali anak saudara saya emergency pasal mainan kecil-kecil ni, tapi entahlah, macam tak jadi pengajaran. Dalam rumah tu, orang-orang tua yang ada, macam tak ada common sense.

Berlainan di rumah saya, ada banyak mata yang perhatikan keselamatan budak-budak kecil.

Jadi paling merisaukan saya bila anak-anak saya di rumah mertua. Saya memang kena monitor, ada sentiasa masa anak main. Nak tegur atau kemas-kemas karang, buntang mata adik-adik ipar ni nanti.

Biras-biras saya pula datang rumah mertua setahun sekali. Kalau bermalam pun, paling lama dua malam, ada yang bermalam di guest house, hotel, walaupun rumah mertua banyak bilik.

Mereka selalu beli makanan kat kedai. Saya tau mertua kecil hati. Adik-adik ipar kecil hati. Tapi masing-masing tak luahkan, guna isyarat mata saja. Saya ingat mereka ok.

Tapi bila dah lama kahwin ni, kita tahu la rupanya ada sesi mengutuk biras-biras di belakang, tak puas hati seolah jijik sangat dengan keluarga mereka. Bila tengok mereka mengutuk, boleh tahan juga.

Sebelum ni saya fikir, tak apalah mungkin mereka bukan pembersih dan pengemas, tapi hati mereka baik sebab saya tak pernah nampak mereka mengata.

Saya pun tak pernah luah kat suami yang saya tak selesa di rumah dia. Jadi saya ingat semuanya ok, sampai lah dah 8 tahun kahwin, baru saya tahu perangai sebenar.

Mereka mengutuk tu teruk, tak masuk dek akal saya. Biasalah bila kumpul adik beradik, mesti ada sesi mengutuk tapi tahap mengutuk mereka ni bagi saya tahap kurang ajar. Walaupun perempuan. Rupanya yang luaran jaga hati tu tak sama dengan dalaman. It takes me long time to notice this.

Mungkin sebab mertua saya ni pandai bercakap. Sangat jaga hati menantu. Tempat kotor macam tu, macam mana nak beribadah? tu yang saya selalu terfikir. Saya tengok kain telekung dan sejadah ipar-ipar perempuan bau hapak, ada biji sawi. So memang saya pakai sendiri punya.

Ada satu tempat dlm bilik saya yang saya yakin bersih, untuk saya dan keluarga kecil kami solat. Suami saya bagitau, masa dia kecil, dia lebih suka duduk dalam bilik dia, mengaji Quran, cari ketenangan, dia duduk saja dalam bilik dia.

Jadi bila ada satu hari tu, saya tau perangai sebenar adik -adik ipar saya dan saya bagitau suami.

Suami saya cakap apa tau, saya saja yang baru tau perangai diorang. Dia dah tau lama pun. Hahaha. Naive juga saya ni. After 8th year of marriage, baru saya sedor. Apapun, asbab mertua saya yang jenis tak kisah ni, saya dapat suami yang tak cerewet, yang boleh terima saya seadanya.

Suami saya akui, banyak yang dia berubah lepas kahwin. Sebab tak ada siapa bagitau dia sebelum ni. Dia hidup dalam dunia bilik dia sendiri.

Awal-awal kahwin, memang saya rasa skit hati dengan suami, tapi sebab suami biasa jenis jaga hati, saya tengok la balik diri saya. Yang kuat marah tu, saya. Suami saya rileks saja boleh terima kekurangan saya.

Tapi suami kata, apa saya tegur tu betul. Dia pun cuba belajar jadi lebih baik. Awal-awal kahwin, saya dah bagitau siap-siap.

Abang, saya ni bukannya pengemas dan pembfersih sangat, kalau nak banding dengan arwaah ayah saya dan emak saya, boleh kata saya ni langit dan bumi dengan dioran ,

Tapi saya tak nak jadi pengotor, saya nak jadi makin baik dari hari ke hari. Allah suka orang pembersih, orang yang wangi. Saya nak jadi orang yang disukai Allah.

Saya nak rumah ni biar ada ghupe rumah. Saya penat kerja satu hari, saya nak balik rasa tenang tengok rumah. At least ada satu spot yang abang atau anak-anak tak buat sepah area tu, untuk ketenangan hati saya. Hahaha. Cerita santai-santai lah dengan suami tu, jangan ceramah pula.

Contohnya simple-simple saja, baju kotor, jangan dicampur baju bersih. Peti ais saya dibersih dalam dua tiga bulan sekali.

Dapur lepas masak, dikemas dan dilap terus (suami rajin tolong saya masak). Lantai dapur disapu dan sekali sekala di mop. Jangan pijak sampah dan bawa merata-rata dalam rumah.

Sampah dibuang tiap-tiap hari. Baju dalam mesin kena sidai, jangan biar berbau. Makanan ditutup, jangan dibiar terbuka. Air dlm jug, ditutup. Supaya tak dimasuki lipas ke cicak. Bekas gula ditutup kemas, supaya tak masuk semut.

Kalau anak-anak buat tumpah kena lap terus supaya tak melekit, dipijak dan semut datang. Tilam dan bantal dijemur sekali sekala nak elak hama.

Tingkap rumah dibuka bagi angin masuk dan rumah tak berdebu. Lepas guna barang dalam stor, simpan balik dan kemas terus. Kunci letak satu tempat, supaya tak hilang.

Ni belum cerita bab pergi pasar, pilih sayur dan lauk basah, memasak, siang ayam ikan, membaiki barang, mandikan, basuh poopoo anak.

Belum lagi bab kebersihan diri, yang mana patut shave dan pakai wangi-wangi. Yang mana dah koyak, patut jadi kain lap buruk. Hahaha. Suami saya boleh kata jadi serba boleh sekarang.

Suami boleh ikut cara saya. Banyak suami yang tolerate. Dan dia faham, untuk keselamatan, kesihatan, keselesaan saya dan anak-anak juga.

Mertua saya selalu sebut, antara menantu dan anak-anak dia, kami yang paling independent. Mereka nampak suami banyak sangat berubah, mereka kata suami belajar daripada saya.

Mereka tau saya dibesarkan oleh single mother, memang saya independent sejak kecil. Mereka kata, walaupun anak-anak mereka yang lain dah besar dan berkeluarga, tapi suami yang paling tak menyusahkan diorang bila dah tua ni.

Saya tau rumah mertua kotor, ada kekurangannya, tapi saya bersyukur asbab tu suami saya tak cerewet. Tak pernah komen apa saya masak. Sentiasa jaga hati saya.

Jadi saya pun cubalah tolerate dengan keluarga suami. Kami ada pakatan suami isteri. Dia akan tolong saya di rumah keluarga dia. Dan saya tolong dia di rumah keluarga saya. Sebab hanya kami tau keadaan sebenar keluarga masing-masing.

Saya tak pernah harap mertua atau adik beradik dia berubah, sebab benda ni memang susah diubah. Saya cuba terima dan bertolak ansur. As long diorang tak mengata depan-depan muka saya, kita buat diam dan pejam mata lah.

As long suami saya jadi penyejuk mata saya, saya rasa dah ok. As long saya tak rasa stress di rumah sendiri, saya dah syukur. Pandai-pandailah kita nak hidup dengan keluarga mertua.

yang benar,

Jelitawan di rumah.

KISAH KE 2. Rumah mertua sangat kotor tapi aku tak dapat luahkan apa apa kepada suami sebab suami akan marah, satu malam aku bangun senyap senyap nak lap lantai bilik yang kami tidur tapi suami terjaga, reaksi suami buat aku terkedu…

Salam, saya Laila. Banyak pula membaca cerita tentang keluarga mertua yang pengotor. Dulu saya pernah juga teringin nak buat confession macam ni tapi takut dikatakan tak elok diceritakan.

Tapi mungkin penceritaan macam ni perlu supaya dapat membuka mata untuk orang yang tak pernah alaminya.

Dulu saya pun tak terfikir yang rumah orang boleh menghuni rumah sebegitu, lagi pula kalau penghuni tu dari yang berpendidikan tinggi. Ramai yang saya tengok komen rumah motor camtu solat ke?

Saya pun macam orang lain juga, tapi bila alami sendiri saya pun tak tahu nak kata apa, mereka solat, tapi entahlah suasana kurang bersih bagi saya tapi bagi mereka itu sudah bersih.

Saya terbalik pula dari confessor pertama, saya orang bandar, dibesarkan di rumah banglo dari kecil. Ibu saya seorang yang teliti bab kebersihan, jadi walaupun saya ni suka sepah tapi saya tak boleh kalau terlalu kotor.

Kalau bab sepah tu saya memang selalu kena bebel sampai dulu ibu risau kalau saya kahwin dengan orang yang pengemas nanti macam mana lah.

Sebenarnya saya kalau kemas memang kemas habis-habisan tapi lepas tu saya sepah balik, tapi bila datang mood saya kemas balik.

Ditakdirkan saya berkahwin dengan orang dari negeri yang jauh dari bandar saya ni, tapi bukan lah kampung sangat sebab kedua mertua saya bekerjaya pendidik jadi sebelum kahwin saya fikir oklah mungkin kami ni sekufu.

Sebelum kahwin suami ada bagitahu yang rumah ibu bapa dia semak sikit, saya fikir mungkin semak sikit tu macam rumah keluarga saya barangkali.

Rumah mereka nampak sedikit lusuh dari luar (saya google maps saja dulu sebab tak pernah singgah pun rumah mereka sebelum kahwin).

Tapi saya tak kisah kalau rumah buruk sikit pun sebab saya pun dah biasa pergi tidur rumah keluarga yang susah dikampung asal mak ayah saya dengan harapan dalam rumah mertua pun selesa la sebab pemikiran saya waktu tu,

Kadang2 kalau orang rumah kampung pun luar nampak buruk sikit tapi dalam rumah masih selesa jadi saya mengharapkan macam tu lah. Sekurang-kurangnya ruang tamu dipastikan kemas untuk menerima tetamu.

Lagi pula bakal mertua berpelajaran tinggi, salah seorang dari mereka belajar di luar negara, tidaklah tercapai fikiran saya bahawa keadaan dalam rumah mereka sebegitu.

Hari pertama lepas kenduri sebelah suami saya agak terkejut bila masuk ke rumah mereka, tapi saya bagitahu diri sendiri yang saya dah kahwin pun dengan orang ni & keluarga dia, terima saja lah..

Selalunya yang saya perasan orang bila nak sambut menantu, ada la juga effort bagi rumah tu kemas sikit tapi ini tidak, keadaan rumah agak memeranjatkan.

Kalau ibu bapa saya datang rumah ni mesti mereka pun terkejut.. nasib lah mereka belum pernah sampai lagi rumah mertua ni, kenduri pun buat di dewan sebab tu tak pernah singgah lagi.

Tahun pertama perkahwinan setiap kali saya balik dan waktu itu tengah mengandung saya cuba juga tolong cuci tandas, lap lantai yang dah hitam tu terutamanya di dalam bilik saya tidur.

Lepas dah ada anak, lagi saya bertambah stress nak balik sana sebab mestilah kalau boleh nak rumah bersih untuk baby..

Jadi saya cuci lagi lantai semua, kerisauan bertambah bila anak dah start merangkak. Setiap kali suami nak balik rumah mertua saja saya mesti akan buat perangai stress saya, sampai suami pun jadi marah.

Bila saya start buat projek cuci lantai guna baby wipes tengah malam ketika semua dah tidur, suami tiba2 terjaga dan saya dimarahi.

Saya tak berani nak beritahu suami saya yang saya sangat tak suka keadaan rumah mertua tu, takut kecil hati, jadi saya stress sorang2 dan sebenarnya agak terserlah attitude saya tu di depan suami. Di depan mertua saya buat cool saja.

Sebenarnya saya agak tak berpuas hati sebab dari hari pertama saya ke rumah mertua, suami tak pernah pun nak tenangkan hati saya dengan keadaan rumah mertua macam ni,

Macam harap saya selesa lah setiap kali balik, kita tak boleh nak buat apa dah sebab mereka dah memang biasa macam ni, kita balik sekejap2 saja..

Tak sepatutnya dia marah kalau saya nak tolong cuci dan cuci lah bersama sebab ni rumah ibu bapa dia juga.

Sejak dari scene tu saya dah malas nak ambil kisah macam confessors lah, balik pun malas nak cuci dah. Satu masalah mertua saya suka simpan banyak barang, jadi barang terlalu byk dalam rumah tu dan semak.

Saya pun bukan lah seorang yang terlalu pengemas, saya juga ada banyak barang, tapi saya tak suka kalau dibiarkan kotor.

Nak semakkan barang dengan barang yang banyak takpe tapi tolong lah buang habuk dan cuci yang hitam. Boleh saja nak susun elok-elok, tambah rak lagi.

Bila bilik tu dah mula naik kulat halus tu boleh dilap. Lantai yang dah hitam berdaki boleh dimop. Saya lap pakai baby wipes pun hilang.

Dulu saya fikir kesian mereka ni dah tua dan tinggal berdua saja sekarang, mungkin tak larat nak kemas jadi saya balik nak tolong kemas tapi dimarahi pula.

Mertua pun bukannya tak ada duit nak tambah rak, nak ubah suai rumah untuk jadi lebih selesa, tapi mereka dah selesa hidup macam tu, dah sukar diubah.

Suami pula asyik kata standard kebersihan saya ni tinggi sangat, padahal saya rasa level saya ni medium saja. Kalau high standard mestilah yang kena sentiasa kemas dan tak boleh tengok kotor langsung.

Saya tengok rumah adik beradik mertua saya, tidak lah seteruk rumah mertua saya ni, kadang kala saya tertanya kenapa mereka memilih jadi begini?

Sekarang sejak tak boleh rentas negeri ni saya lega sikit tak boleh balik. Macam agak jahat fikir camtu tapi sekurangnya lepas ni anak2 pun dah besar sikit sekarang kalau balik ke rumah mertua pun takde lah mereka nak kutip makan benda atas lantai.

Kalau mertua datang rumah saya, saya okay saja.. cuma saya selalu tak sanggup nak ke rumah mertua..

Dah 6 tahun perkahwinan, walaupun dalam hati tu selalu saja skit hati dengan perangai suami. Sekarang anak kami dah bertambah, jadi rumah pun dah bersepah dengan mainan. Hari-hari saya akan cuba kemas sebelum anak bangun.

Pinggan pun selalunya dan bangun pagi baru saya cuci yang malam sebab penat tertidur.

Saya pun bekerja. Bila kena bekerja dari rumah ni kadangkala tak larat, tapi suami ada hati nak membebel kepada saya bila saya biarkan tak cuci macam tu, dia tolong pun sekali sebulan saja agaknya tapi nak claim yang dia selalu tolong.

Padahal hari-hari saya vakum satu rumah, saya yang masak, cuci pinggan, mop rumah beberapa kali seminggu.

Suami selalu sidai kain, tu pun bukan sepanjang masa dia seorang sahaja buat. Sebenarnya perkenalan kami sebelum berkahwin agak singkat sebab tu kadangkala saya rasa menyesal dengan pilihan saya ni, ada saja calon lain sebelum ni tapi saya pilih juga suami saya ni.

Banyak kali dalam seminggu rasa macam nak berpisah saja sebab skit hati, tambah pula nak kena balik rumah mertua macam tu, kena marah pulak kalau nak bersihkan. Kat rumah sendiri bila tak buat nak marah kita pulak.

Sekarang bila balik rumah mertua saya dah cuba untuk kurangkan rasa stress tu, cuba saja lah buat taktahu saja. Pasrah saja lah. Saya bertahan saja dengan suami demi anak2. Saya fikirkan ini adalah ujian untuk saya, ini pilihan saya 6 tahun lalu.

Mindset saya dulu berbeza sebab ingatkan orang yang berpendidikan ni mungkin takde lah rumah akan kotor sangat, sekurang2nya selesa lah, tapi bila dapat mertua dan suami macam ni terbuka sikit minda saya,

Jadi saya pun akan jadikan pengalaman saya ni untuk nasihatkan anak2 saya supaya kaji dulu keluarga mertua, kalau nak juga masuk keluarga tu, kena lah terima dan jangan stresskan diri..

Jangan ingat didikan orang lain sama macam kita. Common sense kita juga takkan sama dengan common sense orang lain depends on our upbringing.