Sy selalu jaga kecantikan walaupn dh tua, tp suami ttp plih wanita muda. Suami ckp sy bdoh xnk bmadu

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca semua. Terima kasih admin sekiranya sudi post confession saya. Saya minta maaf sekiranya penulisan saya bercampur-campur bahasa. Sedikit perkenalan, saya El, berkerjaya professional, anak 4 orang dan berkahwin lebih 15 tahun. Suami juga berkerjaya professional, total gaji kami berdua alhamdulillah lebih dari cukup dan mampu hidup selesa.

Kehidupan saya sentiasa busy. Saya takde helper, semua saya mampu organize sendiri efficiently. Walaupun berkerja, saya mampu sediakan sarapan dan makan malam almost everyday.

Kadang tu mampu siapkan bekal sekali untuk anak-anak dah suami.

Rutin saya-hujung minggu ke pasar, beli barang untuk 2 minggu, prep everything, organize dalam freezer dan tinggal nak masak. Sambil-sambil tu saya laundry, kemas rumah.

Tugasan iron baju alhamdulillah anak-anak dan suami boleh tolong settle kan. Rutin hantar anak-anak ke sekolah juga saya yang settle.

Mana nak selesaikan tuisyen, mana nak selesaikan yuran, semua atas saya.

Husband selalu puji saya depan parents kami, mentioning, how can he lives without me.. And he adores me for that.. Sweet kan ayat tu. Tapi itu la, mungkin saya selalu ‘senangkan’ dia, he took it for granted.

Semuanya bermula masa Covid bila anak-anak di rumah dan berPDPR dan saya dengan online class. Cuma husband yang masih perlu pergi berkerja.

Saya melakukan rutin harian seperti biasa, cuma kadang tu, tak sempat sebab anak-anak sentiasa ada di rumah jadi proses memasak, mengemas dan menyimpan akan double.

Ada anak-anak menolong, tapi biasa la remaja ni. Dengan nak uruskan online class lagi. Jadi seharian saya akan sentiasa penat dan sedikit moody.

Tapi saya masih menjaga bentuk badan, muka dan sentiasa berpakaian kemas dan wangi semasa di rumah.

Kalau dalam watak Desperate Housewives tu, mungkin saya macam Bree. Tapi takde la sampai spotless in everything, rambut on point etc.

Okay, back to my main story, sang isteri ni kadang deria ke6 tu sangat tajam. Tak tau macam mana boleh develop, tapi saya dapat rasa husband saya mkin menjauh bila dia:

1. Balik lambat

2. Kerap outstation especially weekend

3. Handphone macam kena gam kat tangan

So women, if your husbands behave like this, dah warning sign ni. Kena alert dan jangan husnuzon selalu. Well at first, I try to deny it.

Maybe dia busy, maybe dia letih, maybe he needs some time to loosen up.

Tapi bila makan pun dalam bilik office dan handphone letak password, memang fishy sangat.

Bila saya minta handphone dia konon-konon nak add cart dalam shoppee, tetiba tak bagi. Takpe, u guna dulu ur account, nanti i bank in. Gituuu.. Tak bebel pun saya nak shopping.

Malam akan letak phone bawah badan (saja share kat sini supaya para pembaca boleh kesan bila husband start cuurang).

Okay, to cut story short, saya confront husband lepas 5 bulan kumpul bukti (resit, bank transaction, riki2). Before that, saya hantar anak-anak ke rumah Ma. Malam tu saya confront, he denied at first.

Mati-mati pertahankan diri, cakap saya cemburu buta. Tapi bila tunjuk bukti, dia terdiam. Saya tunjuk gambar dia keluar dengan perempuan tu berkepit-kepit tak halal. Muda uolz.

And of course, saya kenal perempuan tu. It broke me so hard. I cried like crazy that night.

Saya tanya apa yang dia nak, dia cakap dia sayangkan perempuan tu dan saya so dia suggest untuk bermadu. Saya cakap kat husband saya nak jumpa perempuan tu sekarang jugak.

Maybe masa tu husband saya ingat saya calm, compose dan akan terima suggestion dia so excited pulak dia bawa saya jumpa perempuan tak guna tu. Geram bila ingat-ingat tu.

Yang si perempuan tu siap panggil saya akak dan bahasakan diri dia adik. Oh my.

So saya terus bagi kata dua kat husband masa tu jugak…

Saya taknak bermadu. Dont force me, it will end badly. Knowing me, saya rasa husband saya faham.

Sama ada pilih saya harini, dan saya akan lupakan benda ni like nothing happen and i will never mention this sh*t to anyone OR he can choose to be with her but give me my house, my car dan anak-anak.

Perempuan tu dah drama-drama menangis cakap saya selfish, tak pandai jaga suami etc.

I said, like I care. Memang saya m4ki dia depan-depan tu. Saya cakap kat dia, I have nothing to lose. If he truly loves you, he will choose you, kenapa, takut ke. Saja provoke dia.

Dalam gduh-gduh tu, ntah cemana husband saya lafaz talak ke atas saya. Speechless. Terkedu.

I asked him, are u sure? Dia iyakan. Yes, I broke into pieces.

Mulanya, anak-anak memberontak dan sedih. They are blaming us for our selfishness. But slowly they are accepting.

Husband salahkan saya sebab eg0 taknak berpoligami. Our counselling session pun sama, salah saya sebab saya tak nak poligami.

Saya tanya, saya ada kurang apa ke? Takde. Cuma dia sayang dua-dua. But he let me go sebab saya eg0. Panas betul masa tu. Terus benci.

Our parents of course la terkedu. My mum blamed me for not accepting concept of ‘sharing’ but my dad protecting me.

Thank u Pa. I know it is hard for Ma to digest. MIL pluk tak lepas, kami menangis semahunya, ‘Umi tak terima dia menantu Umi’.

Thank u Umi for always be on my side. Tapi sooner or later, Umi kena dan akan terima menantu baru Umi tu.

Proses perpisahan agak lambat sebab PKP and everything, but it is finally done. Alhamdulillah, saya dapat rumah, kereta dan paling penting, hak jagaan ke atas anak-anak.

So boleh kot saya bahasakan husband saya sebagai ex sekarang. Ye, ex saya berkahwin dengan perempuan tu. Dan anak-anak pun ada spend dengan ayah diaorang.

Saya banyakkan self love, banyakkan aktiviti bercucuk tanam dan selalu pulang ke kampung menjenguk Ma.

Alhamdulillah Ma dah boleh terima. Ex saya tiba-tiba jadi gila talak. Saya memang tak ambil tahu hal-hal ex saya tapi adik dia berkali-kali katakan ex menyesal habis-habisan.

Saya masih dengan pendirian saya, cukup la saakit hati tu berbekas dan tak sembuh-sembuh. My answer remains the same…