“Talak 3 jika keluar”. Suami heret aku kuar rumah. Bila aku melangkah, suami tarik blk msk dlm. Aku ragu2

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Min tolong hide nama saya yaa. Saya asal Sabah. Saya dan suami berkahwin tahun lalu. Cuma kami nikah menggunakan juru nikah imam kampung sahaja, berwalikan ayah saya. Pernikahan kami tidak berdaftar dengan pejabat agama (panjang lagi cerita nya kenapa boleh jadi begini). Ceritanya macam ni. Saya nikah pada bulan 7 tahun lalu. Saya dan suami selalu bergduh,saya selalu di caci maaki oleh suami.

Suami juga selalu angkat tangan dengan saya, uguut nak pkul la. Pada bulan 8 tahun lalu, saya dan suami bergduh sehinggakan suami naik tangan ke saya. Memang kami bergduh besar lah masa tu.

Suami saya masa itu ada lafaz cerrai,“Kalau kau keluar dari rumah ni, aku cerrai kan kau talak 3”.Tiada saksi masa dia lafaz. Masa tu saya tak tahu yang saya mengandung.

Suami paksa saya packing barang barang saya. Dia halau saya dari rumah, dia tarik saya keluar dari rumah. Dia kunci pagar rumah, dia tak bagi saya masuk.

Saya baru sahaja nak pergi sebab banyak jiran tengok, saya masa tu memang dah berjalan beberapa langkah. Sebab dia memang dah tarik saya sampai ke luar rumah..

Dia keluar, dia tarik saya masuk dalam rumah semula. Dia minta maaf apa semua, pujuk saya balik. Masa tu saya berkeras juga tak nak masuk sebab saya tidak pasti status kami masa tu, sebab dia dah lafaz..

Malam nya, dia ada tanya ayah dia. Ayah dia kata tidak sah. Sebab tiada saksi. Saya mau tanya kawan saya yang arif bab agama, tapi dia larang. Dia tetap kata talak itu tidak sah. Tapi dalam hati saya masih ragu ragu.

Sekarang saya baru sahaja habis berpantang. Saya dan suami sah bercerrai di hadapan kedua dua keluarga. Dia lafaz cerrai masa saya masih dalam pantang. Itu pun kami bercerrai sebab saya betul betul tak tahan sudah dengan perangai nya.

Biar pun di khalayak ramai, kalau saya bantah cakap nya dia uguut nak pkul. Saya di sahkan ada masalah major depr3ssion sejak saya mengandung. Itu pun sabab keganasan rumah tangga. Saya pernah di masuk kan ke ward psy.

Dalam keadaan saya mengandung, saya di pkul sampai lbam. Saya pernah overd0se ubat sebab terlalu str3ss tanpa saya fikir saya mengandung.

Sekarang ni saya dah sah bercerrai dengan suami sebab saya fikirkan keselamatan anak saya. Itu pun dia macam orang gila talak. Hari hari datang rumah keluarga saya, bagi alasan mau jumpa anak.

Dia balik balik whatsapp mau rujuk. Tapi saya abaikan. Mohon jangan kecam saya. Saya betul betul nak minta nasihat dan pendapat tuan puan.

Apa Reaksi warganet

Cik Naomey – Dia tiada surat nikah kan, memang anak jadi anak tak sah taraf sebwb dokumen tak ckup. Nak sahkan anak tu anak sah taraf kena lalui prosedur mahkamah.

Nikah memang sah tapi ikut prosedure JPN (kalau xsalah), kalau tiada surat nikah, automtic dia tak berbin kan bapa nya. Saya tau lah sis, saya orang Sabah juga dan saya ada pengalaman juga. Huhu

Ingat nak sahkan pkahwinan tu sekejap ke ? Kena naik mahkamah, kena bawak saksi dan wali. Kita pun tak tau sebenarnya sah ke tak nikahnya. Selagi mana mahkamah tak putuskan..

Kalau tidak berdaftar, autom4tic anak tidak akan berbinkan bapanya. Dan hanya akan ditulis mak nya saja. Dan kena ada penjamin salah sorang daripada ahli kluarganya.

Macam kawan saya sendiri pun nikah dekat pjabat agama, berwalikan abang dia sendiri. Alih alih nikah nya tak sah. Sebab wali yang dia guna tak sah.

Padahal dia nikah berdaftar. Anak berbin kan bekas suami dia. Tapi kelak bekas suami tak boleh mewalikan anak anak nya.

Tapi kalau dia buat surat lahir sekarang, dan tiada sijil nikah, confirm confirm anak dia, tak berbin kan suami dia. Tu memang prosedur JPN ..

Dekat Sabah ramai je macam ni. Nikah nikah, tapi rupanya nikah tak sah. Kadang taknak pergi daftar nikah, anak dbiar jadi anak tak sah taraf. Esok kahwin tak tahu macamana..Kena guna wali hakim.

Nancy Dolly Bogul – Betul tindakan sis, takut bila sis rujuk balik makin paarah sis kena pkul apa lagi sekarang sis dah ada anak. Keutamaan adalah anak sis.

Biarla tiada bapa dari ada bapa kaki pkul. Jangann besarkan anak sis dalam suasana yang tak baik. Teruskan melangkah, jangan pandang ke belakang. Semoga tuhan melindungi sis dengan baby sis. Amin

Nur Syazwana Wana – Lafaz tu memang boley dikira sah. Tapi sis nak daftar cerrai dekat pejabat agama rasanya tak boleh. Sebab sis nikah tak berdaftar kan. Kalau nak tahu lebih lanjut tanye lawyer.

Sebab setahu saya lag, kalau tak berdaftar nikah kite nak daftar cerrai pown tak bley. Jadi sis ni cerrai antara sis dengan dia je mahkamah tak tahu sebab tak berdaftar nikah. Nakk pencerahan, kena tanye peguam syariah.

Mirza Humairah – Sis move on je, sayangi diri sendiri dulu. Fikir besarkan anak sis. Kalau berbaik tapi perangai suami macam syaiitan lebih baik hidup sendiri. Tak mti nya kita kalau tiada laki, janji sis berusaha.

Pasal status pencerraian kamu, lebih baik ko naik pejabat agama untuk kepastian. Semoga awak terus kuat dan ada kebahagian menanti awak di depan selepas hujan.. Good luck

Shelly Cahaya Kencana – Janganlah nak terima balik orang macam tu. Kesian puan dan anak nantinya jika kena pkul lagi.

Carilah kebahgian sendiri dan anak. Minta prlindungan keluarga puan agar dia tak main kasar lagi atu nak paksa paksa puan balik. Lebih baik single parent dan besarkan anak sendiri tapi hati senang, badan pun tak siksa. Awak pasti kuat, tetap semangat demi masa depan dan kebahgian anak puan

Siti Hajar Mohd Nasir – Alhamdulillah, keputusan sis memang tepat. Jantan panas baran, kaki pkul susah nak berubah. Jangan percaya pujuk rayu dia.

Sis jaga anak sis je. Kalau boleh tukar no hp, no ws semua tukar. Biar dia rasa sengsara macam mana sis rasa dulu. Lelaki macamtu tak payah bagi muka. Itu bukan manusia tapi binatang.

Seemoga sis dpermudahkan segala urusan dan anak sis akan jadi anak yang soleh dan solehah. Aamiin

Ny Lenny Hardi – Dah jatuh talak 3 lah. Walaupon tiade saksi. Tapi dia Ada niat nak cerrai talak 3. Sebab tu kena hatihati pasal talak. Talak 3 tak mudah untuk rujuk.

Baik Cari lelaki lain daripada balik dengan jantan kaki pkul macam tu. Buang Masa dan tenaga je hidup dengan orang macam tu. Carilah lelaki yang lebih baik.

Sumber : krt via edisimedia