Foto sekadar hiasan. Kalau korang baca, mesti korang akan fikir ni kisah fiksyen novel sebab kisah ni macam kisah anak teraniayai dalam sebuah novel atau dalam drama. Untuk pengetahuan korang, kisah aku ni rasanya dah banyak dah tersiar dalam page IIUMC kan?
Kisah tentang anak teraniayai kerana ibu bapa yang tak bagi perhatian, ibu bapa benci anak kandung, kisah anak luar nikah yang disisihkan oleh ibu bapa kandungnya dan seumpamanya itu korang dah baca tapi ini kisah aku.
Aku berusia 30 tahun. Seorang perempuan. Bekerja sebagai peniaga pakaian secara kecil kecilan. Ada kedai tapi kedai yang disewa dengan harga RM800 sebulan.
Aku baru saje buka kedai pakaian ni dengan modal takdelah banyak ribu pun tapi bolehlah masukkan pelbagai jenis pakaian walaupun nampak sikit. Dan alhamdulillah bisnes pakaian ni menjadi.
Aku tinggal seorang diri. Tinggal di kedai yang aku buat pengadang untuk aku tidur dan solat serta memasak. Keluasan kedai jadi sempit sebab aku tinggal situ tapi tak kisahla. Kenapa aku tinggal di kedai? Sebab aku tak mampu nak bayar sewa rumah yang mungkin berharga RM400.
Kalau nak sewa rumah juga, itu makan duit juga. Mana nak cari duit sewa untuk kedai, untuk rumah lagi dan untuk buat modal jualan beli stok pakaian lagi lepas tu nak makan lagi. Tak cukup. Aku kena pandai merancang duit juga ni.
Dulu aku tinggal dengan ibu bapa dan dua kakak dan abang serta seorang adik perempuan. Aku anak ketiga. Aku pindah keluar dari rumah tu pada usia aku 26 tahun.
Masa tu aku betul betul nekad dah nak keluar. Ikutkan pada masa tu aku boleh keluar awal dan menyewa rumah tetapi aku macam tak boleh keluar lagi haha.
Aku keluar apabila aku dah ada duit cukup untuk buka bisnes dan pada masa yang sama aku tak nak terikat dengan adik beradik aku yang macam penyembur rcun dan aku juga tak nak terus menerus jadi anak derhaka dekat mak ayah aku.
Kononnya aku nak hidup berdikarilah biarlah masa tu hati rasa takut aja. Lepas aje aku pindah, diaorang sudah ‘abaikan’ aku. Diaorang tak pedulikan aku dah. Aku rasa seronok sangat sangat. Aku pun tak perlu fikir banyak benda yang berkaitan dengan diaorang lagi.
Aku cuma kena fikir macam mana nak kembangkan bisnes aku ni. Aku ada impian nak beli rumah kedai dan bayar loan rumah kedai supaya aku tak perlu menyewa lagi. Harapnya bisnes aku ni masyuklah ya.
Ehh dah banyak perenggan dah aku taip. Kisah aku tak pula aku taip. Hahaha.
Sebenarnya kan, aku anak luar nikah. Kakak dan abang aku tu anak bapa tiri aku dengan isteri pertamanya. Ibu kandung aku bini kedua. Mak aku tu beranakkan aku pada usianya 16 tahun.
Dia mengandung anak luar nikah hasil hubungan dia dengan bf dia. Bf dia tu tak nak bertanggungjawab dan lari sampai sekarang entah ke mana.
Yalah. Dah gf mengandung pastu bf pula berusia 16 tahun, masa depan masih panjang. Better lari dan takyah bertanggungjawab kan?
Lelaki kan takpe kalau buat maksiiat sebab senang terlepas. Kalau perempuan buat maksiiat pastu mengandung, susah nak lepas sebab banyak kena tempias nanti.
Mereka berdua ni buat maksiiat suka suki tak fikir panjang kesan akibatnya. Dan bila dah terjadi satu ny4wa tu, hah mulalah kalut. Mak aku hampir nak gugurkan kandungan tapi mak saudara aku pujuk dan mak aku beranaklah aku ni. Mak aku berhenti sekolah.
Dia bekerja kat mana tah terjumpa dengan bapa tiri aku yang dah ada isteri ni. Kenal kenal kemudian jtuh cinta pastu kahwin. Kahwin pula senyap senyap. Bini pertama tak tahu pun. Aku masa ni usia 3 tahun cemtulah.
Bila bini pertama tahu tu, memang kecoh juga. Ini semua aku dapat tahu dari mak saudara aku yang sangat sayangkan aku tu. Dia ceritakan semuanya.
Aku dulu tinggal dengan mak saudara aku. Memang aku rasa disayangi oleh seorang ibu walaupun bukan dia yang melahirkan aku.
Mak saudara aku ni janda tak ada anak dan tak berkahwin selepas kemtian suaminya. Usia aku 12 tahun, mak saudara aku meninggaal dunia dan ibu kandung aku ambil aku tinggal dengan dia.
Kisah aku bermula masa aku berusia dalam belasan remaja gitu. Bapa tiri aku ni dia baik. Dia tak pernah pun marah aku. Herdik aku atau hina aku yang anak yatim.
Dia selalu bagi kata kata nasihat. Masa aku kena buuli, dia pergi ke rumah budak budak yang buuli aku tu dan marah mereka sampaikan mak bapak budak budak bergduh besar dengan bapa tiri aku. Mak? Mak aku dia marah bapa tiri aku sebab terlalu bela aku.
Dia siap cakap lagi kenapa nak melebihkan anak luar nikah berbanding anak kandungnya? Anak kandung bapa tiri aku kadang kadang tidur di rumah dan adakalanya tidur di rumah mak mereka. Mak aku juga hasut anak anak bapa tiri aku ni benci kan aku.
Masa bapa tiri aku takde kat rumah, diaorang berdua masuk bilik aku dan menyimbah air suam ke muka aku yang tengah nyenyak tidur.
Siapa tak meraung bila kena air suam. Air suam ke? Aku rasa macam air panas. Muka aku ni memang merah menyalalah kena. Nak tahu siapa suruh mereka buat gitu dekat aku? Mak aku.
Mereka kata mak aku suruh simbah air sebab aku tak bangun lagi dan dah lewat nak pergi sekolah. Tepuk dahi sekejap. Aku tak bangun lewat lah. Masa tu baru jam 5 pagi seingat aku. Belum masuk waktu subuh lagi.
Hairan juga aku macam mana mereka boleh bangun awal pagi semata mata nak menyimbah aku. Agaknya mereka tu baru sudah buat tahajud kut.
Masa aku tengah makan pula, aku makan berasingan. Aku makan duduk bersila di atas lantai yang tak berlapikkan mozek atau tikar getah sementara yang lain makan di meja. Bapa tiri aku ajak makan di meja tapi kena jerkah oleh mak. Mak pula cakap situ tempat aku. Sini tempat orang bersih. K.
Aku tak kisah pun asalkan aku dapat makan. Cuma makanan aku tu pun berbeza. Aku makan telur goreng. Mereka makan ayam goreng. Tak apalah aku tak kisah. Memang aku tak merungut ke apa dengan bezanya ini. Aku adalah makan petang tu.
Masa tengah makan, datang mak aku dia sepak pinggan aku. Habis berterabur nasi dan telur goreng aku hm. DIa cepat cepat bawa bekas yang isi beras dan telur tu masuk dalam biliknya, takut aku tanak nasi dan goreng untuk makan kali kedua. Aku macam takpelah.
Aku pergi sekolah dengan basikal. Yang lain pergi dengan kereta. Kereta tu bapa tiri suruh mak aku guna untuk hantar anak anak pergi sekolah.
Dia pergi kerja dengan motor selepas solat subuh lagi. Dia kerja guard. Aku pernahlah nak naik kereta nak pergi sekolah sebab sekolah sama dengan adik beradik tiri aku ni. Mak aku marah dan segala cacian dia keluarkan. Hati aku pula telan ajelah.
Telinga aku ni memang berdesing jugaklah dengar tapi nak buat macam mana, memang aku ni anak luar nikah yang tak ada tempat dalam keluarga tu dan wajar disisihkan pun. Aku ingat kata kata mak saudara aku aja yang menyuruh aku sentiasa bersabar dan jangan melawan.
Ya. Setiap kali mak aku kata bukan bukan dekat aku, aku diam dan aku bersabar. Tipulah aku tak marah. Aku marah juga tapi aku paksa diri aku diam walaupun rasa nak pecah. Tapi… aku terluah juga segala marah aku selama ini.
Ini kerana mak aku cakap aku anak babi. Anak babi haram. Anak babi giila. Anak babi bdoh. Sebenarnya, setiap kali dia nak marah aku, dia akan sebut aku ni anak bbi.
Contoh makan, dia cakap mana anak babi ni ha? Ha gitulah. Fuh. Memang aku rasa aku ni anak babi kut sebab sepanjang aku duduk dengan dia, dia panggil aku anak babi.
Okey. Pendekkan cerita… aku cakap kalau aku ni anak babi, dia pun babi juga iaitu ibu babi. Macam mana anak babi boleh lahir dari rahim seorang manusia? Memang ayat aku tu buat dia meng4muk. Berbirat belakang badan aku kena rotan.
Kat sekolah, aku ni takdelah pendiam. Aku ni kecoh juga. Walaupun ada suara suara mengejek aku anak luar nikah, aku abaikan walaupun hati ni pedih. Tapi dah hakikatnya kan? Buat apa nak menafikan.
Pelajaran aku okey. Aku dapat keputusan cemerlang dalam PMR. Aku nak sambung belajar di sekolah kluster cemerlang tu. Tapi mak aku larang. Dia suruh aku habiskan sekolah lama tapi anak tiri dia boleh pula masuk sekolah kluster cemerlang hehe.
Adik aku lahir setelah bertahun tahun mak aku kahwin dengan bapa tiri aku. Masa mak aku pantang, aku ni jadi pembantu rumahnya bantu dia dalam pantang. Disuruh buat itu buat ini. Aku terpaksa ponteng sekolah tau sampaikan cikgu datang sekolah tanya mana pelajar cemerlangnya.
Ahahah. Maaf. Teriak sikit. Mak aku cakap dekat cikgu yang aku malas pergi sekolah. Sebenarnya mak aku yang paksa aku ponteng sekolah. Memang kena tepuk dahi sendirilah masa dengar jawapan mak tu.
Mak aku mengaku dekat aku yang dia tersangatlah bencikan aku. Dia cakap aku ni pembawa malang. Dia nak bnuh aku masa aku dalam perut dia tapi dia fikir dosa pahala dan orang yang pujuk dia.
Aku berterima kasih dekat dia sebab dia sudi lahirkan aku walaupun dia bencikan aku sepenuh hatinya tapi aku rasa kan, dia sebenarnya sayangkan aku kan?
Mesti dia sayangkan aku Cuma dia malu nak cakap. Cuma sampai sekarang ni dia asyik cakap begitu. Segala kata makian darinya aku telan dan aku abaikan. Adik beradik tiri aku pula sama dengan mak aku.
Mereka berpakat untuk mencaci aku dan menghina aku supaya aku tak tahan duduk dengan mereka. Ternyata ya. Aku dah tak tahan. Aku melawan mak aku sampai bapa tiri aku yang selama ni anggap aku anak dia tampar aku sebab dia ternampak aku ni tolak mak aku.
Memang aku tolak mak aku sebab aku tak suka dia tuduh aku bukan bukan. Selama ni aku abaikan saja apa dia cakap tapi entah macam mana aku jadi naik drah. Dan semuanya sudah berubah dan tiada yang sama. Aku keluar rumah tu.
Aku berharap suatu hari nanti mak aku datang dekat aku dan cakap dia sayangkan aku..
Aku… sayang mak aku…
Aku sekarang fikir nak kembangkan bisnes aku sahaja.
Salam…