“Umi jgn nangis. Papa pergi kerja je dan kali ni ambil masa lebih lama untuk balik.”

Foto sekadar hiasan.

Hai. Nama aku Adi, perempuan. Hari ni aku nak cerita mengenai abang ipar aku dari kaca mata seorang adik ipar.

Kakak dan abang ipar aku. Pasangan yang bagai langit dan bumi. Jika dilhat, tiada sebarang sekufu dari segi apa pun kecuali muka mereka berdua yang sangat seiras seperti kembar.

Setelah 13 tahun kahwin dengan kakak aku, abang ipar aku menghembuskan nafas terakhir. Dah 3 tahun dia pergi.

Sampai sekarang, aku nampak kakak aku masih sedih walaupun masih meneruskan hidup. Paling kakak aku terkilan sebab sepanjang 13 tahun perkahwinan, dia PJJ dengan abang ipar aku.

Tuhan kurniakan rezeki kasih sayang, setia, kejayaan, rumah, kereta, kerja, gaji dan anak yang mencurah – curah dalam perkahwinan diaorang kecuali satu je, iaitu masa.

Abang ipar aku terpaksa bekerja berpindah randah mengikut arahan. Sekejap di utara, ada pernah di pantai timur, ada sekali lama di Pahang, dan ada juga di ibu kota.

Pernah juga abang ipar aku kena duduk lama dalam hutan dan ada masanya ditempatkan jauh di pedalaman. Jadinya, kakak aku yang sudah stabil dengan pekerjaan tetap di satu negeri diminta oleh abang ipar aku untuk tinggal bersama anak – anak.

Aku nampak sendiri kadangkala abang ipar aku cuma dapat balik sabtu malam ahad dan ahad malam isnin sudah dipanggil kerja semula.

Bab cuti abang ipar aku susah dapat memandangkan syarikat kiasu. Samalah juga seperti kakak aku. Jadi boleh fahamkan bila je mereka dapat berjalan dan bercuti di hotel.

Hanya cuti hari raya sahaja di kampung mereka dapat luangkan masa yang lama. Jadi bila cuti hari raya, diaorang akan singgah satu malam di mana hotel walaupun hotel bajet yang terdapat dalam satu perjalanan ke arah kampung.

Anak – anak buah aku faham akan keadaan papa mereka yang kerja jauh. Jadi bila bapa diaorang pergi selamanya, salah seorang yang berumur 9 tahun kata “Umi jangan nangis. Papa pergi kerja je dan kali ni ambil masa lebih lama untuk balik.”

Sampai ke hari ini, jika aku berborak dengan anak buah aku, akan ada selingan mereka berkata tidak semena – mena, “Saya rindu papa.”

Jika dulu hanya dengan tonasi sedih, semakin lama anak buah aku mula menokok nambah ayat “Saya rindu papa. Agaknya pagi raya papa datang makan lemang saya hidang tak?”.

Kadangkala ada disusuli dengan senyuman kini. Ada sekali anak buah aku pernah berkata “Nanti papa mesti gembira sebab saya dah angkut tanah kambus lubang kubur papa.”

Anak buah aku yang paling bongsu paling rapat dengan abang ipar aku. Tapi 3 hari sebelum abang ipar aku pergi, dia gduh dengan papa dia. Merajuk sakan tak nak suap makanan ke papa dia. Masa tu umur dia 7 tahun.

Jadi bila hari kejadian abang ipar aku pergi, dia menangis. Aku ingat dia menjerit kat aku “Ira tak jahat. Ira sayang papa sebenarnya.” Banyak kali dia ulang kat aku sambil menangis. Dan ayat ni berlarutan berhari – hari dan cuma ke aku sahaja dia akan jerit benda ni.

Lama nak fahamkan dia bahawa takdir kem4tian itu pasti. Jika kakak aku pun masih susah mahu menerima takdir ini sehingga kini, jadi aku faham bagaimana h4ncurnya hati anak usia 7 tahun ini.

Macam mana abang ipar aku boleh meninggaal? Abang ipar aku sakiit yang tiada jalan p4tah balik. Dia dah 4 tahun sakiit sebelum 2019 cuma dia rahsiakan daripada kakak aku. Surat diagnosis, kakak aku jumpa seminggu selepas abang ipar aku meninggaal.

Sedih bukan kepalang bila dia jumpa sebab dia kata kalau jumpa lama, memang dia akan suruh je abang ipar aku berhenti kerja dan dia jaga.

Tapi, abang ipar aku nak kerja. Nak cari duit. Dia nak kena sekolahkan adik – adik dia yang ramai dan dia nak sara anak – anak isteri dia.

Jadi, biarpun sakiit, dia masih teruskan juga bekerja.

Jadi, yang paling buat kakak aku terkilan adalah 100 hari terakhir abang ipar aku adalah 100 hari dia dapat bersama bercinta. Selama 100 hari itulah 24 jam 7 hari, abang ipar aku di sisi kakak aku dan anak – anaknya.

Ada hari mereka berdua akan keluar berdua berdating di mamak ketika anak – anak tidur atau di aktiviti sekolah. Dan setiap malam dan hujung minggu, mereka akan keluar bersama 5 beranak walaupun makan di kedai tomyam kelantan.

Selama 100 hari inilah, kakak aku cerita, dia dapat masakkan setiap hari untuk suami dia, dapat mandikan suami dia, dapat main – main mesej “jumpa di rumah nanti” serupa pasangan baru berkahwin.

Dan kerana 100 hari ini lah, kakak aku berasa sangat sedih sehinggakan dia pernah cakap kat aku “Salah ke aku pjj?”

Sekarang 2022. Sehingga kini, aku tahu kakak aku masih sedih. Ada masa dia akan menangis kat aku. Ada hari dia akan meluah pada telinga aku. Ada masa dia bercerita alangkah indah jika abang ipar aku dapat menyaksikan segala apa yang dikecapi sekarang.

Dan aku sebagai pemerhati dari jauh, hanya mampu belajar dan mengambil pengajaran, do it before it is too late.

Ini antara reaksi netizen untuk kisah sedih ni.

Siti. Cakap dekat kakak, mereka dah buat sehabis baik dalam hubungan mereka. Mereka tak rugi apa-apa pun.  Cakap kat Ira, paling penting sekarang yang arwaah perlu ialah doa, sedekah dan menjadi anak soleh untuk bekalan ayah di sana.

Yang lain-lain arwaah dah tak perlu pun. Jika dia dapat faham konsep ini, pasti tenang hati dia dan lagi dia mahu beramal demi kasih sayang yang sebetulnya kat arwaah.

Asyen.Semuanya bersebab. Laki dia teruskan PJJ bersebab. Isteri yang redha pun bersebab. 100hari terakhir juga bersebab dan akan kekal memori indah untuk sekeluarga tue.

Yang masih tinggal ialah untuk redha pemergiannya. Bukan senang tapi mungkin suatu masa nanti.

Sha. Pernah dengar ada sorang ustazah pernah berkata, beruntung kita sebagai musliim maati ni kt berpisah sementara tapi lepas maati kita akan berjumpa semula..semoga tt dapat bertemu suami di syurga dan berbahagia di sana.semoga kt semua pun dapat bersama2 dgn orang yg kita sayang di syurga..

Sarah. Menangis baca sebab faham sangat² apa yang dilalui isteri arwaah sebab saya pun kehilangan suami tercinta.

Cuma kakak penulis ada anak² & PJJ manakala saya tiada zuriat tapi hikmahnya saya dapat jaga arwaah suami sehingga nafas terakhirnya.

Semoga Allah mengampunkan dosa² suami kami & semoga segala penat lelah mereka mencari nafkah & membahagiakan kami diganjarkan pahala yang besar.

Redha tetap redha namun rindu pada mereka yang telah pergi sangat sakiit