Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Dah berapa hari otak ligat berfikir dan rasa berat sesuatu terbuku di dada. Aku perlu luahkan dengan harapan dapat melegakan apa yang terpendam, mohon para sahabat dapat mnggalkan komen yang membantu. Ribuan terima kasih didahuluukan.
Masalah aku ni sebenarnya hanyalah berpunca dari perkara-perkara kecil dan remeh. Mungkin sesetengah orang menganggap aku demand dan tak bersyukur.
Namun sungguh, semaakin lama semaakin prah seumpama barah. Suami aku tak pernah cvrang, bukan kaki pkul, bukan penagih d4dah. Tapi aku tetap tak bahagia.
Aku berkahwin dengan suami 10 tahun yang lalu. Dia jtuh cinta pandang pertama kepadaku. Mulanya aku tak ada perasaan terhadap dia.
Tapi disebabkan keluarga aku sukakan dia, aku berlapang dada menerima dia. Dia memang ada ciri-ciri menantu idaman. Perwatakan baik lemah lembut dan sejuk mata memandang.
Aku pula berasal dari keluarga yang kurang ilmu agama, jadi aku terima dia dengan harapan dapat belajar agama dan menjadi mslimah yang lebih baik.
Setelah berkahwin alhamdulillah dia memang seperti dijangka, sangat menjaga hubungan dengan Allah. Solat tak pernah tinggal, puasa, solat2 sunat, tahajud, mengaji dan sebagainya memang menjadi amalan dia.
Dia tak pernah memaaki apatah lagi memukul. Tak pernah kutuk masakan aku dan tak pernah menghina. Nampak baik-baik semuanya kan?
Jadi apa yang menjadi masalah pada aku sekarang?
Setelah 10 tahun perkahwinan dan dikurniakan 5 orang anak, aku baru faham yang sebenarnya suami aku berkahwin hanya untuk melengkapkan “family tree” dia. Dia hanya perluukan seorang isteri dan ibu untuk zuriatnya.
Bukannya seorang pendamping dan teman hidup. Bukannya wanita yang untuk dicintai dan disayangi. Kadang2 aku fikir apa bezanya aku dengan pengasuh? Lebih kurang sama. Aku umpama pengasuh yang tinggal di rumahnya menjaga dan mengurus anak-anaknya.
Dia tidaklah melayan aku seperti orang gaji, dia masih membantu dalam membuat kerja-kerja rumah dan menguruskan anak-anak. Tapi hubungan kami tidak lebih dari ibu dan ayah yang berkongsi anak yang sama, seperti housemate. Itu sahaja.
Dia cukupkan makan pakai kami anak beranak. Walaupun tak mewah tapi dah lebih dari cukup bagiku. Aku sangat bersyukur dengan segala kurniaan Allah terutamanya rezeki anak. Cuma semua itu masih belum dapat mengisi kekosongan dalam hati aku.
Suami aku berikan segalanya kecuali CINTA. Tidak ada cinta untuk aku sedangkan aku jtuh cinta pada dia sebaik saja selepas kami menjadi suami isteri. Beberapa kali dia cakap dia cintakan aku tapi perilakunya tidak seperti yang dia ucapkan.
Sudah pasti setiap wanita mahu dicintai dan dibelai dengan kasih sayang. Tapi hidup aku sepi dari kasih sayang dan perhatian suami. Di sini aku ceritakan kenapa aku rasa aku tak dicintai.
1. Tidur.
Selama kawin tak pernah sekalipun suami nak tidur berdekatan dengan aku, apatah lagi berpeluukan. Dia akan tidur di mana saja dia mahu.
Dia suka tidur di ruang tamu. Aku tunggu2 dia masuk ke bilik tapi akhirnya dia tidur sampai ke pagi. Jika tengah bergduh lagilah dia suka sebab aku takkan panggil dia masuk, tak kacau hidup dia. Berminggu-minggulah kami tidur berasingan.
Sedangkan dalam Islam, tidur berasingan adalah salah satu cara nak hukum isteri jika buat salah sebab isteri akan rasa tersksa jika dipulaukan suami. Tapi itulah yang aku kena hadap selama 10 tahun.
Kalau aku panggil dia masuk bilik kadang dia masuk tapi dia tidur kat bawah. Aku bagi macam2 alasan supaya dia tidur kat atas dengan aku, kalau dia tidur di atas pula dia takkan tidur sebelah aku. Kalau aku di hujung kanan, dia akan ke hujung kiri dan biar anak di tengah2.
Dia tak pernah ajar anak2 tidur berasingan, akulah yang berusaha ajar anak2 dan akulah juga yang terhegeh2 nak tidur dekat dengan dia.
Kadang2 dia tidur melintang di bawah kaki aku, apa sajalah yang penting tak dekat dengan aku. Alasan panas walaupun cuaca sejuk dan pasang aircond. Sekali pun dia tak pernah nak tidur sebelah aku, nak c1um dan pluk sebelum tidur apatah lagi.
Semua tu akulah yang usahakan. Dari mula kahwin aku anggap dia tak romantik sebab tak pernah bercinta. So aku ajar dia berkasih sayang, bercinta dan bermanja, tapi semua tu kekal takat fasa honeymoon saja.
Beberapa bulan lepas tu hilang. Lebih lagi lepas dah ada anak. Jangan hairan kenapa kami boleh ada ramai anak, dia datang dekat aku bila perlu sahaja. Aku pula jenis yang subur, rezeki anak Allah bagi mudah.
2. Makan.
Suami aku seorang yang sangat berdikari. Kalau dia nak makan selalunya dia buat sendiri. Cedok nasi dan lauk sendiri. Kadang dia masak sendiri.
Dia kata taknak susahkan aku tapi bila gaaduh dia ungkit kata aku tak layan dia, sedangkan dia yang tak bagi peluang untuk aku layan dia.
Kadang2 aku dah siap masak dia masih buat kerja. Jadi aku pun buatlah kerja lain, anak 5 orang semuanya kecik2 lagi, mestilah banyak benda nak buat kan.
Tiba2 tengok dia dah siap makan. Sedangkan aku tak makan tunggu dia siap buat kerja. Dia tak pernah nak makan sama2 dengan aku.
Tak kiralah lauk tu aku masak atau dia masak ataupun beli, dia takkan panggil aku makan sekali. Paling2 pun dia cakap abang ada beli sup. Itu saja pastu dia makanlah sorang2, terpulanglah aku nak join ke tidak. Tak pernah dengar dia cakap “jomlah makan sama2”.
Paling skit hati bila aku ajak makan dia tak datang, bila aku dah siap dan masuk bilik terus dia meluru ke dapur nak makan.
Aku dapat rasa dia tak suka aku dekat dengan dia, mungkin dia rimas. Dia nak masa dia sendiri. Kalau aku di utara dia ke selatan. Kalau aku di timur dia ke barat. Begitulah sebaliknya.
3. Masa.
Masa dia tak ada untuk aku. Aku surirumah sepenuh masa. Tiap hari fokus urus rumahtangga sahaja. Jadi aku tak boleh alihkan fikiran aku ke tempat lain. Tiap masa aku fikirkan tentang keluarga.
Ada juga aku join usrah dan kelas2 agama tapi kejap2 saja habis kelas sambung balik fikir macam mana nak perbaiki hubungan dengan suami.
Itu saja lah di otak aku tiap hari. Penat. Dia sibuk kerja, aku sibuk jaga anak. Seharian aku tunggu dia untuk luangkan masa untuk aku.
Banyak cerita nak kongsi dengan dia. Tapi bila dia dah free, di tangan sentiasa handphone, tak pernah lekang, makan pun sambil tengok hp, nak tidur pun tengok hp.
Bila aku bercakap mata dan tangan dia masih lagi kat hp. Tak pernahlah nak letak dan fokus pada cerita aku. Kadang dia dah tengok hp berjam2, main Whatsapp, facebook, pastu aku datang baru nak buka cerita tiba2 saja dia letak fon dan terus tidur.
Kata ngantuk sangat, tadi masa tengok hp tak ngantuk pula. Dengar saja suara aku terus ngantuk. Lagi satu, dia suka sangat buat tak dengar bila aku bercakap. Kalau aku ajak sembang dia senyap buat macam angin.
Balik dari luar aku tegur suruh mandi salin baju dia buat tak tahu saja, anak2 pula datang dekat dan pluk2 dia. Geram rasa. Aku rasa macam cakap dengan dinding, tiada respon. Kecik sangat hati. Rasa terabai sangat. Rasa tak disukai.
4. Komunikasi.
Komunikasi antara kami sangat teruk. Dia nak keluar sesuka hati, balik sesuka hati. Susah sangat nak inform bila keluar dan bila nak pulang.
Kadang tercari2 keliling rumah rupanya dah keluar. Kadang belum siap masak tengok2 dah sampai rumah. Kadang dah siap masak rupanya balik lewat dan dah makan kat luar. Hp yang sentiasa di tangan tu langsung taknak guna untuk isteri. Contact bila ada perlu saja.
Kalau nak solat dia bersiap sorang2 tak bagitau awal2 supaya aku sempat berwuduk dan bertelekung, kadang aku masih kat toilet dia dah start, kelam kabutlah aku berlari2 capai telekung. Paling geram bila subuh, dia bangun solat sunat dan subuh sorang2 tanpa kejut aku.
Nasib akulah kalau terjaga atau tak. Kalau tak jaga, dia biar saja aku tidur sampai pagi. Agaknya dia nak masuk syurga sorang2. Ni lah yang paling sedih sekali. Kalau aku cakap kenapa tak kejut, dia jawab aku yang susah sangat nak bangun kalau kejut pun takkan bangun.
Memanglah aku susah nak bangun, aku tidur pkul 1-2 pagi, anak2 aku lasak susah sangat nak tidur awal. Bila dah tidur pula tengah malam aku akan bangun susukan baby.
Sedangkan suami aku letak saja kepala terus tidur, tinggalkan aku terkapai2 struggle tidurkan anak2. Bila subuh dia bangun fresh saja, aku pula mamai2 sebab kurang tidur, kadang terlajak terus sampai pagi.
5. Shopping.
Dia beli sesuatu untuk aku sebab dia nak support bisnes kawan dia, bukan untuk gembirakan aku. Kalau kawan2 jual baju, telekung ke dia belikanlah untuk aku. Tapi kalau kami jalan sama2, sekali pun dia tak pernah cakap “sayang nak beli apa, ambiklah abang belanja”.
Dia tau aku takde duit tapi dia tak hulur. Lepas tu bila aku nak singgah kedai laju betul dia jalan, bukannya nak bagi peluang aku tengok. Sebab tu aku rasa dia beli sesuatu bukan untuk gembirakan aku tapi untuk gembirakan kawan dia tu.
Dia tak kisah pun tentang perasaan aku. Harijadi aku dia tak pernah belikan kek sedangkan dia tau aku hantu kek, bila birthday anak sanggup beli kek harga seratus lebih. Sangatlah tak penting aku ni bagi dia. Kalau aku merajuk sekalipun tak pernah pujuk.
Kalau aku senyap dia lagi senyap. Sanggup tahan eg0 sampai sebulan taknak bercakap walaupun aku merajuk sebab salah dia. Sampailah aku yang mengalah dan minta maaf dulu, dia buat salah aku juga yang kena minta maaf.
Sekalipun tak pernah tanya, “sayang kenapa senyap, marah ke, abang ada buat salah ke?” Tak pernah. Dia tak pernah ambik tau tentang apa yang aku rasa. Kalau aku diam dia lagi diam buat tak kisah dan teruskan hidup macam biasa.
Cukuplah takat tu. Sebenarnya banyak lagi tapi panjang sangat nak taip takut korang malas nak baca. Orang kata cinta saja tidak cukup. Tapi kalau hidup tanpa cinta, segalanya jadi tidak bermakna. Kami bukan tak pernah berbincang. Dah puas bincang dan luahkan.
Tapi kejap saja dia baik, lama2 nanti dia abaikan aku semula. Dah 3 kali aku minta dia lepaskan aku kalau dia rasa tak perluukan aku dalam hidup dia. Tapi dia cakap dia sayang aku. Aku bukan tak kesiankan anak2 tapi jiwa aku tersksa.
Sekarang ni aku betul2 putus asa. Tak tau nak buat apa lagi untuk pikat suami aku, macam mana nak buat dia sayang dan rasa perluukan aku.
Aku dah bosan berusaha untuk eratkan kasih sayang kami suami isteri. Tapi tetap aku sorang yang terhegeh2 terkejar2kan suami aku sampai aku dah penat.
Sekarang aku ikut cara dia. Aku bercakap bila perlu sahaja. Aku dah tak berkongsi cerita dan rasa. Aku dah tak kejar2 nak spend time dengan dia.
Kalau dia lari ke dapur aku hidang, siap makan aku buat keja aku. Kalau dia lari ke bilik aku biarkan, aku duk kat luar kemas rumah. Kalau dia main hp aku pun main hp.
Subuh aku bangun dan solat sendiri, tak kejut dia macam dulu. Aku kunci mulut dan bercakap bila perlu sahaja. Aku layan anak2 macam biasa tapi sabar aku dah kurang, cepat marah sebab jiwa tak bahagia.
Aku rasa tidak diperluukan, disisihkan dan diabaikan suami. Aku nak bercinta ke hujung ny4wa, aku nak teman hidup, pendamping aku, orang yang sayang aku, pegang tangan aku, pimpin ku ke syurga, tatap mata aku dengan pandangan kasih sayang. Bukan sekadar seorang suami.
Dia memang seorang hamba Allah yang taat beramal soleh, seorang ayah yang bertanggungjawab pada anak2 tapi dia bukan suami yang baik terhadap isterinya. Doakan aku temui jalan bahagia bersama suami..
Ini antara respon sedih daripada netizen.
Amrah. Sebenarnya org perempuan ni cukup powerfull. Cuma dia x sedar kelebihan yg ada pd diri sendiri. Bahagia ni bukan pd manusia, bukan dr suami. Bila mengharap pd manusia mmg akan kecewa.
Jadi ciptalah kebahagiaan sendiri. Org perempuan once dia tahu nak bahagiakan diri sendiri, semua mslah tu dh takde rasa apa dah..bahkan bahagia itulah aura attraction paling ampuh bg isteri.
pd pndgn sy, suami mmg sygkan tt cme bahasa cinta kalian berbeza, dan msg2 tak faham bahasa cinta pasangan.
Cari ilmu komunikasi sis, takde masalah yg tiada jalan penyelesaian. Yg ada, samada kita ada ilmu ataupun tidak utk selesaikan masalah tu. All the best. Jgn putus asa ye..
Madam. Nangis baca Moga Allah tunjuk balasan utk suami awak sebab layan awak camtu.. Nabi sendiri cakap sebaik2 lelaki adalah yang berbuat baik kepada isteri..
Janganla buat isteri tu macam melukut di tepi gantang.. Bertahun2 isteri dia korbankan hidup untuk suami, tapi camni balasannya..
Tergamak betul kosong tangki emosi isteri… Hidup lengkap tapi tak bermakna tanpa rasa mahabbah, mawaddah dan rahmah..sepi sungguh..
Edit: please pakai perancang kehamilan sis. Tak perlu lahirkan zuriat lagi untuk suami awak kalau camni cara layanan dia.
Cukuplah yang ada, tumpu betul2, ikat hati anak2 dengan awak sebab anak2 sayangkan awak tanpa syarat.
Kuat sungguh emosi awak. Kalau kat orang lain meroyan dah aduhai…sedihnya..
Moga Allah tunjuk kat suami awak.
Sis, awak angkat tangan berdoa la sungguh2..
Supaya Allah tunjuk dan bagi pengajaran kat suami awak.
Dia akan terima balik apa yg dia buat. One fine day insha Allah.
Mizie.Kadang2 kita nampak salah orang saja, salah kita tak nampak. Panjang2 cerita ni hanya pandangan dia saja. Tak cuba lagi kaunseling, tak cuba lagi berubat.
Lagipun suami tu bukannya ada maaki atau naik tangan. Kerja rumah dia buat, solat dia tak tinggal. Ada yang tak kena, kena cuba cari. Jangan compare dengan hidup orang lain.
Komen2 puaka dalam fb ni mmg banyak. Ada masalah sikit, suruh tinggal terus. Terhegeh la, apa la. Tu suami dia kot. Dia nak setia, itu hak dia. Kenapa nak hasut yang bukan2?
Liana. Berhenti terhegeh2..layan die mcm mane die layan awak..die main hp awk pun main hp..die x nak bercakap awak pun x pyh hegeh2 berckp..cari kawan2 lain..dlm circle awak..ataupun hepikan diri dgn anak2..
bawa anak2 yg besar pg makan2 shopping..yg kecik tinggalkanla kejap kt daycare ke ape..atau tgalkan semue sekejap dan pergilah me time tgok wayang ke makan ke sorang2..
ape ade hal x de org teman pun..jd seorang yg berdikari boleh pergi ke mana2 tanpa ada peneman..berhenti terhegeh2 pd org sebegitu.
die nak senyap setahun awak pun layankan je.banyak lg bende yg boleh gembirakan hati.stop menyeksa diri.
Umi. Sedihnya makcik baca..andai tt memilih utk bertahan… teruskan sikap tak layan tu..dah siap masak..ikut ko la nk mkn atau X..tak pyh nk terhegeh dah..kalu kita terus terhegeh hegeh..kita jg yg mkn hati akhirnya..
sikap dia ttp camtu jg..skrg ni tumpu pd ank ank jer..mmg rapat la ank ank tu kan..10 thn kawen 5 org ank..nk hilangkan stress..
cuba amik masa setengah satu hari utk walking atau joging..kalu xde masa waktu pagi..buat waktu ptg lps suami blek keje..suruh dia tgok ank skjp..kalu suami malas..tt tinggal jer skjp..
penting utk kita surirumah mnjaga kesihatan mntal dan fizikal nih..dan…jgn pandang muka suami tu.. anggap dia mcm bayang jer kt umh tu dia tya sepatah jwb sepatah..
jgn minta maaf dah kalu bkn salah tt..tak pyh nk kek..tak pyh nk hadiah Ulangtahun Perkahwinan..tu mgkin tak kan dpt sampai bila bila…tumpu utk mmbesarkan ank jer..