11 thn berkahwin tanpa nfkah batin, aku terpksa berkenalan dgn ramai lelaki utk merawat hati yg ksong

Foto sekadar hiasan. Hide profile saya..trima kasih Saya dah berkawin selama 11 tahun. suami saya cukup baik. sangat bertanggungjawap dlm menunaikan nafkah zahir. segala keperluan cukup, x ada kurangnya. Namun, bab nafkah batin dia seakan tidak mengendahkan saya atau culas seperti saya ini bukam isterinya. Bukannya saya tidak cantik tidak berdandan, tidak kemas atau tidak bersolek.

saya mmg mementingkan kecantikan kekemasan..dan jika saya sering berseorangan diluar,pasti ada yg berminat.

Tapi yg sangat saya hairankan..suami saya seperti x endahkan bab nafkah batin..saya dibiarkan dan rasa sgt terbiar tanpa kasih syg, pe lukn manja,

sedangkan saya nakkan itu semua dr dia..4 hingga 5 bulan itu tempoh biasa jika selama itu saya tidak disentuh..saya sangat tertekan.sangat terasa seperti saya hanya org gaji yg menjaga anak dan rumah..

diberi bonus berjalan dan holiday..tp hati jiwa saya KOSONG sgt..hambar,tawar..
11 tahun bukanlah tempoh yg singkat bg saya bertahan..jiwa saya sangat tersiksa..

saya merasakan x perlu ikatan ni lagi kalau berterusan begini.sekatil tp tak berbual..siang malam saya berseorangn.

dia hanya menghadap hp nya..saya tau dia tidak cur4ng..tp kenapa saya dilayan begitu..Mmg jiwa saya dah kosong..hari2 saya menangis.mmg orang nampak saya bahagia.

tp semua derita ..kekosongn hati..tawar..sedih semua saya pendam sendiri.saya makan hati..saya rasa x mampu nak bertahan lagi..

saya suka dimanja..dijaga hati…diberi perhatian..sebagaimana sepasang suami isteri.dimata lelaki lain.saya sgt menggoda..

tp kenapa dimata suami saya,saya bagaikan tiada apa..saya sangat buntu.sedih sangat sangat…terus terang mmg hati saya dah tawar..tp mulut susah nak meluahkan.

Saya sgt jeles melihat psangan suami isteri yg nampak sgt caring..sedangkan saya sering terbiarr..kenapa..?

Dan disebabkan terlalu lama saya makan hati..saya mula berkawan dgn ramai lelaki…semuanya bersebab..sebab terlalu lama saya pendamkan kekosonngan hati saya..

11 tahun bertahan,demi syg..tp makin lama makin tawar..saya dah rasakan sedia untuk undur diri.

KISAH KE 2. Suami culas memberi nafkah batin, dalam setahun hanya beberapa kali sahaja dia nak dengan saya, yang paling sedih suami melayan video lu caah tapi tidak langsung nak bersama dengan saya. Suami normal sihat “straight” cuma sedikit lemah, saya tak kisah kelemahannya tapi dia selalu abaikan saya. Satu hari itu saya di sahkan hamil tapi suami….

Assalamualaikum semua. Saya baru setahun mendirikan perkahwinan dan sedang mengandung trimester ke-3. Berkahwin pada umur awal 20an, suami akhir 20an.

Pertama sekali, maaf kerana menghantar confession masalah rumahtangga dan hal dewasa di sini.

Saya berfikir bahawa menulis di platform ini adalah lebih baik berbanding menulis di group KRT yang penuh dengan makcik pakcik bawang yang pendapat mereka tidak berapa membantu.

Sepanjang setahun perkahwinan kami ini, suami amat jarang menyentuh dan memenuhi nafkah batin saya.

Berlainan dengan suami isteri normal lain di luar sana, di mana isteri menghadapi masalah nafkah zahir tetapi tidak batin, lain halnya dengan masalah saya.

Beberapa isteri lain di luar sana, suami mereka culas bab nafkah zahir tetapi batin memang on time. Saya pula, nafkah zahir Alhamdulillah suami cukupkan tetapi batin saya tidak terjaga dan terbiar.

Normal bagi psangan yang baru berkahwin untuk selalu bersama dan berkasih sayang tetapi sedihnya suami hanya menyentuh saya beberapa kali sahaja sepanjang berumahtangga ini. Saya hanya mendapat sekali selang beberapa bulan. 2 kali jika bernasib baik.

Setelah saya hamil, suami makin jarang melaksanakan tanggungjawabnya. Yang terakhir kali adalah pada 3 bulan lepas.

Saya ada bertanya jika terdapat apa2 masalah tetapi suami menafikan dan menggantung saya tanpa penjelasan. Suami sihat dan ‘straight’ tetapi agak lemah. Saya tidak kisah. Tetapi mungkin dia malu dengan diri sendiri.

Masalah menjadi makin berat (bagi pihak saya) bilamana saya mendapat tahu bahawa suami melayan video2 tidak senonoh di internet. Hati saya sangat sakiit.

Dia mempunyai saya sebagai isteri yang sah dan halal untuk melayaninya tetapi kenapa memilih untuk tidak mempedulikan isteri dan melihat benda haram orang lain?

Suami tidak tahu bahawa saya sedia maklum yang dia melayani benda2 buruk di internet.

Perkahwinan merupakan ladang pahala tetapi saya berpendapat bahawa perkahwinan kami ini hanya banyak menambah dosa.

Saya ada mengajak dan memujuk suami apabila berkehendak tetapi ditolak mentah2 beberapa kali sehingga saya menjadi tawar hati. Saya menjadi malu sendiri.

Adakah suami tidak lagi mahukan saya kerana fizikal saya yang berubah disebabkan kehamilan ini? Adakah dia takut jika akan terjadinya apa2 kesan ke atas saya dan kandungan?

Normal untuk lelaki (walaupun berdosa sebenarnya) untuk menonton video2 tersebut tetapi tidak normal bila ada yang sah depan mata tetapi boleh buat tak tahu. Pelik kan bila singa tak terkam mngsanya untuk makan?

Saya sudah buntu untuk menyelesaikan masalah ini. Disebabkan mendapat penolakan mentah2 beberapa kali, saya sudah senyap dan lebih banyak memendam perasaan sendiri.

Saya juga manusia normal yang bernafsu. Saya berkahwin salah satunya untuk menyalurkan nafsu di jalan yang betul tetapi kenapa jadi sebegini?

Saya sangat menjaga diri sebelum bernikah untuk suami tetapi tidak berfungsi setelah menjadi isteri.

Adakah saya boleh meminta suami melepaskan saya atas sebab kehendak batin saya yang tidak dapat dia penuhi? Saya berasa sunyi dan kosong.

Terkadang syaitan ada menghasut untuk membuat dosa di belakang tetapi Alhamdulillah saya masih lagi ada iman, tahu mana baik dan buruk.

Jangan suruh saya untuk fokus beribadah kerana saya telah lakukannya. Apa guna ada suami depan mata tetapi saya hanya boleh lihat dan pandang tanpa melakukan apa2? Baik saya tidak perlu kahwin. Sama sahaja.

Berapa banyak kali saya rasa menyesal dengan perkahwinan ini. Saya tidak tahu fungsi saya sebagai isteri.

Lebih kepada pembantu rumah kerana saya tidak bekerja. Jadi segala kerja rumah, memasak, mengemas rumah, saya yang lakukan.

Saya tidak tahu sama ada saya mahukan nasihat ataupun sokongan. Saya hanya ingin suami saya berperanan seperti suami normal di luar sana dan saya ingin meluah segala yang terbuku.

Saya tidak mahu mengaibkan suami dengan menceritakan perkara dalam bilik ini kepada orang yang dikenali.

Keluarga dan rakan2 fikir kami adalah psangan suami isteri yang normal tetapi sayang, itu hanyalah pada nama dan atas sijil nikah sahaja. Kehidupan kami berdua sama seperti housemate kawan2 bukannya suami isteri.

Adakah terdapat isteri lain di luar sana yang menghadapi masalah yang sama dengan saya? Masyarakat dan agama banyak menekankan tanggungjawab isteri dalam melayani suami.

Berdosa jika menolak tanpa sebab tetapi suami boleh pula melakukan perkara tersebut terhadap isteri tanpa dikecam oleh masyarakat dan agama?

Adakah isteri tidak mempunyai nafsu? Adakah isteri hanya barang atau tempat untuk suami melepaskan kehendak tetapi tidak sebaliknya?

Kami masih tidur di satu tempat yang sama tetapi berjarak dan mempunyai bantal atau sesuatu di tengah yang menambah jarak antara kami. Suami yang tidak berapa mahu saya mendekati dia. Isteri tidak normal,

Ini antara respon paling terkesan dari netizen untuk kisah pertama.

Lyda. Bincang dgn suami la.. Bgtau dia apa yg sis pendam dan rasa.. Tgk respon dia.. Mula2 sis goda dia dulu (tau kan mcm mana?) Kalau xde respon baru tanya dia sebetulnya apa masalah yg sebenarnya.

Hidup bersama ni kena communicate. Communication tu penting.. Atau kalau semua diatas xjalan sila lah jumpa pakar perubatan traditional. Mungkin terkena sihir. Apa pon semoga urusan sis dipermudahkan..

Fatimah. Pertama sekali cukupkn solat 5waktu setiap kali solat berdoa mntk pd Allah s.w.t…

Kedua Amalkan selepas solat sebelum tidur sedekah kn Al fatihah buat suami sebut nama suami dan berbin kan ibunya dan niat apa yg Puan nak InshaAllah dgn izin Allah suami Puan akan berubah…

Rose. U nk tahu tak.. Klu lelaki yg u berkawan itu thu u bini org lpstu still melayan diri u itu bukn calon lelaki yg baik dn layak di buat laki.. Bgi I lh biarlh suami tu mungkin dia sakiit tenaga batin kot..

Sebagai isteri u berkata yg u tak puas hati dgn suami berterus terang klu benar sakiit berubatlh tiada peny4kit yg tiada penawarnya.. So face to face dgn suami u apa yg u nk bukn u cari masalah nnti menyesal tak sudah

Aima. Hmmm…xkan terus nak ambil jln shortcut..dah prnah bincang face to face ka dgn suami? Dah prnah bawa p berubat ka? Cmna awk tau laki tak cur4ng?

Cari lelaki lain,pasti ka bhagia lepas tu? Cukup makan minum ka nnti? Ada p holiday n shopping ka nnti?

Hmmm..sblm nak ambil keputusan undur diri,sila selesaikan masalah rmhtngga dahulu,spy xda penyesalan kemudian hari..komunikasi tu penting

Rezma.Orang lelaki tak faham body language pompuan. Jika pompuan nak sesuatu dari lelaki, jangan pendam. Terus-terang ajerlah.

Lelaki tidak dikurniakan naluri keibuan. Oleh itu, lelaki tiada emosi caring, romantik dan prihatin secara semulajadi.

Jadi, sia-sia je buat common sense atau body language sebab lelaki takkan faham signal tu. Jika inginkan sesuatu dari lelaki, terus-terang ajelah.

Usah pendam dalam hati kerana lelaki berkomunikasi secara lisan bukan secara signal. Inilah masalahnya jika pompuan ingat cara lelaki berfikir sama seperti cara pompuan berfikir.

Anum. Apa kata awak yg mulakan,kalau dia yg xnak maka bwk lah berbincang kat mana silapnya..ambik jalan mudah dgn berkawan dgn lelaki lain bukan jalan penyelesaian,lg mengundang dosa..solat jgn tggal,berdoa lah tanpa jemu agar dpt keluar dr masalah bukan tambah masalah..