Suami pksa bersama dlm pntang, rahiim sy jatuh truk. Bila sy mtk duit nk pngil bidan suami sruh byr sndiri

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Min hide profile ya…Saya seorang isteri. Saya berkahwin dengan suami yg baru pada 2017 bulan Mac selepas bercer4i dengan suami pertama tahun 2013. Sepanjang perkahwinan dengan suami ke dua….saya tertekan sebab die selalu cakap pasal bekas suami saya n selalu compare tentang layanan saya pada dia dengan macam mana saya Lyn bekas laki saya.

Saya disahkan mengandung bulan 4 tahun lepas sebulan selepas nikah. Dan sepanjang tempoh mengandung saya alah teruk.

Dan disebabkan ITU saya selalu tak bermaya. Saya bekerja dan sering ponteng kerja sebab saya tak larat. Tapi suami macam tak faham.

Saya tak dpt nk urus rumah dengan baik saya tak berhias dan saya menolak bila dia mahu bersama. Dan kami sering bergduh.

Dan setiap kali ITU juga dia sering ungkit hal bekas suami saya…hal masa lampau saya yg liar.

Dan akibat tertekan saya luahkan perasaan di media sosial Tampa saya sedari sebab rasa sedih n rasa Marah yg tersangat sangat.

Ye saya akui saya telah memalukn suami saya. Saya juga mintak dia mencer4ikan saya. Sebab saya tak tahan dengan sikap dia.

Suami saya dah mencer4ikan saya 2 kali dan ini kali terakhir. Alasan sebab saya push dia dan memalukn dia di media sosial. Saya terima.

Tapi adakah saya salah untuk memintak cer4i n bertindak di luar kewarasan saya sebab kata kata suami dan tekanan yg saya hadapi?

Dia juga pernah bgtau ayah saya die nk ajar saya hidup susah. Nak sewakam Bilik untuk saya n biar saya rasa tdo atas lantai n pakai kipas. Macam mana mak dia rasa dulu. Saya sangat sangat tertekan min.

Yang terkini. Suami menuduh saya cur4ng kerana saya menghubungi bekas suami untuk meminta dia jumpa anak2 kami.

Saya ada 2 org anak hasil perkahwinan pertama. Dan bekas suami tak pernah ambil tahu hal anak2. Jauh sekali memberi nafkah.

Saya beritahu suami yg saya mahu melawat kawan di kl. Tapi saya tak pergi. Sebab saya tahu itu salah. Tapi suami still angap saya cur4ng.

Saya keluar rumah berkali kali dalam perkahwinan saya sebab saya tertekan dengan kata kata suami saya. Dia menghina ibu bapa saya.

Mengtakan mereka bodoh tak pandai didik anak. Saya tertekan dengan kata kata dia yg dia bagi makan ked4rah anak2 saya.

Saya tertekan dengan kata2 seolah olah dia tahu layanan saya pada bekas suami saya.

Dalam pantang 25 hari nifas belum kering penuh dia dah bersama saya. Walaupun saya cakap saya belum ok. Kemudian saya skit rahim saya jatuh, dan kami bergduh sebab saya jumpa dia mesej perempuan DLM FB.

Asayaik add and mengatal. Saya dalam pantang. Kami bergduh n saya di hantar balik rumah mak saya. Dan akibat dari dia bersama saya tu….

rahim saya jatuh. Saya beritahu dia. Dan kemudian saya mintak org berurut dtg rumah. Tapi dia stakat dgr. Tak de nak BG duit atau nk dtg.

Adakah saya nusayauz? Adakah saya isteri yg derhaka? Saya stress sangat. Baru selesai 60 hari pantang yg berapa pantang pon..

Saya tertekan dengan dia sampai kadang saya rasa nak jadi gila. Dia selalu cakap saya nusyuz saya isteri derhaka sebab menolak bila dia nak bersama. Tolong saya. Adakah saya isteri yg jahat?

KISAH KE 2. Suami kaki perempuan, abaikan nafkah zahir dan batin. Satu hari dia terkantoi cur4ng dengan seorang wanita ini, dia mengmuk sebab aku masuk campur dia tolak aku tengah gendong anak aku yang masih baby dalam tandas…..

Saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Kami suami isteri bekerja.
Suami saya memang jenis yang tak bagi duit nafkah.

Masa awal kahwin dulu ada bagi seratus ke dua ratus sebulan. Dulu kata tak cukup duit. Tapi sekarang dah bertahun lamanya tak bagi.

Di rumah ni, bil letrik, saya bayar. Bil telefon saya, saya bayar. Makan, kalau saya yang ke pasar, saya bayar. Kalau suami ada sekali, baru dia bayar.

Tapi bila pergi dengan dia, dia pesan siap-siap, jangan beli banyak. Baju saya, selalunya saya beli sendiri.

Jarang-jarang sekali, ada dia bayar. Baju kurung, seluar, tudung dia tak pernah beli.

Kalau part penjagaan diri, supplement, nak cantik-cantik ke nak mekap ke semua kena bayar sendiri.

Walaupun kita ni nak cantik untuk dia, bayar sendiri. Dia tak peduli semua tu. Cantik pun dia tak pandang. Setiap hari terima pujian daripada orang lain, tapi suami sendiri tak pernah puji isteri langsung.

Pandang pun tak. Pandang handphone je. Saya sedih tapi saya dah redha. Sebab saya tak larat dah nak sedih untuk orang macamni.

Saya dah tawar hati. Dah banyak sangat dah air mata jatuh tengok dia melayan betina dulu.

Saya start beli barang mekap dulu pun lepas dia kantoi masih berhubung dengan perempuab yang dia pernah berzna sebelum kami kahwin dulu, masa tu kami dah bertunang.

Selepas kahwin pun masih berhubung dengan perempuan lain. Siap yang perempuan tak kisah jadi bini nombor 2.

Ni semua kantoi lepas kami dah kawin. Bila kantoi dengan saya, dia tak mengaku tapi saya berkeras.

Akhirnya mengaku tapi dia mengmuk sampai tolak saya ke dinding. Saya pernah mengadu kepada mak mertua, saya dah tak tahan.

Mak mertua terkejut dan marah, tapi saya tak tahu apa yang dia nasihat kat anak dia ni.

Suami saya jenis baran. Kalau kantoi apa-apa dengan saya, saya yang akan jadi m4ngsa keadaan. Silap haribulan anak pun kena.

Dah pernah terjadi, saya tengah dukung anak, dia marah sangat sebab kantoi dengan saya, dia tolak saya ke arah tandas.

Saya hampir jatuh dengan anak kearah jamban. Nasib baik saya sempat berpegang pada dinding. Allah saya taktahu apa akan jadi pada anak yang masih baby ni.

Setiap kali gduh dia mesti akan nangis teruk. Sekarang dia dah makin besar, dia yg dimarahi ayah dia.

Berbalik pada nafkah. Loan rumah dan loan kereta, saya bayar separuh & suami bayar separuh. Nafkah batin, sebulan sekali.

Kadang-kadang kalau saya merungut, sebulan 2 kali. Pernah masa lepas bersalin dulu, dia tak sentuh saya selama 8 bulan.

Saya tanya kenapa, katanya takut saya tak sembuh lagi. 8 bulan? Tulang peha kalau pat4h pun dah bersambung, boleh berlari dah..

Saya terfikir, boleh pulak dia tahan nfsu, sedangkan dulu tak tahan sangat sampai pernah berzna dengan beberapa orang perempuan. Ni boleh tahan sampai hampir 3/4 tahun?

Sembahyang pun di akhir waktu, selalu jugak terlepas waktu dan qadha. Pergaulan dengan staf di tempat kerja dia? Wallahua’lam.

Tapi dah pernah kantoi dengan saya dia flirting dengan staf perempuan. Kenapalah wujud manusia yang suka menyondol ni. Sondol pulak jntan yang gatal.

Kalau nak ikutkan saya, saya boleh bawa diri. Saya boleh sara anak. Saya tak perlu manusia macamni.

Nak buat kebajikan menyara lelaki yang tak menghargai kita, saya rasa macam orang bodh. Baiklah saya simpan duit tu daripada bela biawak hidup. Allah, berilah petunjuk.