Aku tinggal isteri tnpa menoleh dia yg duk pngil2 nk salam, slps tu aku dpt brita isteri aku mninggal

Foto sekadar hiasan. Salam min ,aku mohon cerita aku di siarkan supaya menjadi teladan untuk orang lain jugak. Ini bukan drama tapi cerita dri kisah aku sendiri. Selalu baca je cita orang ni harii cite aku pulak. Seminggu sebelum puasa aku ada selisih faham dengan isteri aku, adelah hal kawan kat tmpt keje aku lebih kan.. sampai la ke hari kejadian, aku tak tegur sapa dengan isteri aku smpai la dia takde lagi di dunia ni….

Aku kerja bawa bas, dari kuantan ke kl, kl ke perak dn semua negeri dalam malaysia . Jadi aku boleh jumpa isteri aku seminggu ade la 2,3 kali je.

Anak ada 3 .. yang sulung mask asrama tingkatan 1 lagi dua 6 tahun dn 3 tahun,. Jadi semua kerja rumah isteri aku yang buat termasuk la hantar pergi skolah anak,

selama 14 tahun aku kahwin dengan isteri aku paling lama aku gduh/mencuka pun 2 hari 3 hari dah baik sebab aku fikir aku keje tak tentu tak leh gduh lame2. Tapi kali ni lain. Pannjang sampai ke 10 hari..

isteri aku tak call msg tak semua dia tak buat. Melainkan hal kat rumah je. Seminggu aku bagi duit saku 200 tuk belanje, sebulan dalam 800/1000 la .

Tapi kadang2 dalam seminggu ade je tak ckup anak kecik macam2 ragam nak kfc kinderjoy. hmmm tapi time aku gduh ni isteri aku langsung tak mntk duit betul2 marah ni.

Aku pn tak call tak msg. Bukan tak nak dalam hati jangan cakap la rindu anak juga Dari 3 hari sblm aku pegi keje nak tinggal dia ni aku tak cakap sepatah pun.

Aku pagi tak jumpa dia ,malam tu aku keluar rumah dengan beg baju je . Pagi ciium anak2 .

Isteri aku kat dapur aku tinggal gitu je.. Khilaf aku ,aku tak buat semua tu . Aku dah terlepas peluang bersama isteri aku di saat2 akhir dia di dunia ni…

hari ke 11 aku sepatutnya ganti kawan aku sebab ade emergency tapi aku dapat call dari adik ipar aku cakap isteri aku dah nazak…

isteri aku memang ade asthma dari kecik lg, terkejut sampai nak luruh jantung, aku tak fikir apa2 terus balik rumah , sebab kelam kabut dah lupa isteri aku kat hspital..

pusing balik pegi hspital. Smpai kat hspital aku smpai tingkat 1 adik ipar call lg cakap isteri aku dah takde. Berjelepok aku dalam lift.

Ya Allah eg0 nya aku.. sekarang anak2 aku dah takde tempat mengadu tempat bermanja, aku dah hlang separuh dari hidup aku..

smpai je dalam icu aku tengok isteri aku dah mcm orang lain wayar banyak skali di mulut ade wayar oksigen berselirat di tangan dia.. jnazah disemadi kan hari tu juga. Selesai lah .

Aku tanya mak mentua dan adik ipar aku kenapa tak bagitahu yang arwaah isteri aku skit, jawab ibu dia meninggl bukan sebab skit dia tapi sebab aku.

Arwaah sebelm koma dia cakap dia jatuh kat dapur terpijak mainan haikal dekat dapur mase dengar aku start enjin motor nak pergi keje, arwaah nak pergi jumpa la nak salam dulu macam biasa tapi arwaah jatuh kepala terhantuk di lantai.

Arwaah pengsan sebelum dia call ibu..ibu terus datang umah masa ibu sampai dia cakap pening nak muntah, lepas muntah dia demam 2 hari ,

dia larang ibu call aku sebab aku pegi tinggal dia macam tu je, sedangkan anak2 aku pergi salam pegi ciium, jadii arwaah cakap aku sengaja tinggal cmtu,

ya allah selambak air mata aku tak berhenti Ibu cakap lagi arwaah kata aku marhh sebab arwaah ade tegur pasal kawan aku . Memang ya.

Tapi aku tak lah marah sangat. Cuma aku pn tak tahu kenapa aku keras saganat. Arwaah demam kuat smpai sawan tengah malam. Ibu call ambulan . Bawa pergi hspital .

Dara cakap ade d4rah beku dalam otak. Lepas tu scan lagi cek d4rah dr cakap lagi jangkitan kuman pulak. Masa tu arwaah duduk w4d biasa lagi , arwaah tak bagi ibu bagithu aku..

Arwaah cakap pada mak nanti kalau arwaah dah takde baru lah aku happy agaknya. Menangis lagi aku dan Aku takde niat sguh nak skit kn hati dia sguh2 takde.

aku sayang dia smpai syurga tak penah sekali aku nak dua kan dia ni kan nak hilaang dia. Lepas je dari nak keluarkn d4rah beku tu isteri aku di icu terus koma smpai la ke nafas terakhir..

aku tak sempat mintak maf dengan dia, mintak halal kasih sayang dia mntak halal susu yang dia bagi anak2 aku minum aku hilaang teman hidup aku, teman makan, teman tidur ,teman bebel, fashion designer aku ..

ya Allah aku rindu,rindu sangat  Hari ni dah 3 hari arwaah pegi … takde lg suara manja dia, suara singa dia , mcm terdengar2 je dia pangil aku…

haikal pn ade ckp umi pangil abah tapi abah naik motor terus pegi.. malam ni haikal dengan aina mnangis lagi nak umi, aku dah tak tahu nak pujuk dh 2 orang harta arwaah tgalkn yang abang paham la sebab dah besar yang kcik ni .

YaAllah alpa nye aku, aku sekarang sedih , terkilan ,rasa bersalah seumur hidup aku rasa prasaan ni. Kalau aku buang eg0 aku ni mungkin Allah aturkan jalan yang lain .

Kerana itu ada pepatah “ikut hati ,mti” tapi apakn daya ajal m4ut di tgn tuhan .semoga aku tabah hadapi dugaan ini. Wlpn isteri aku dh takboleh baca apa aku tulis sekurang2 terubat rasa bersalah aku ..

buat isteriku maafkn abang sayang ,abang taksggup kehilaangan sayang rasanya terlalu cepat sayang pergi ,abang yang slh abang eg0 hanya kerana teguran sayang berpanjagan hingga ke akhir nafas sayang, ampunakn abang, halalkn semua nya penat lelah awak melayn abang dan anak2 dan abang halalkn semua yang abang bagi ,

kalau dpt di putarkn wakatu abang nak betulkn semua namun apakn daya , kita hnya merancang tapi tuham yang menemtukn segalanya.Semoga kita bertemu di alam sana . Al -fatihah .

Jika ada rakan2 disini bergduh/takbertegur sapa buangkn lah jauh2 sesungguhnya masa tak mnunggu kita.

Slesaikn cepat2 jgn lengah2 kn. Jadi mcm aku takber kesudahan . Raya tahun ni raya paling suram . Tiada lg lampu kelip2.

Ini antara respon paling sedih dari netizen. 

Rashidah. X tau nk ckp ape.sdih sngatt….kdang2 tnpa kita sedar inilah yg terjadi dlm rumahtangga kita..dlm dia kita akan terasa dng psangan kita..kdang2 psangan terlepas ckp..kita akan terasa hati..

psangan tnggu suara kat kita..kita akan terasa hati..psangan tnya sesuatu yg tidak disukainya pun kita akan terasa hati…eg0 kita akan mengatasi segalanya…untuk memaafkan….

pada kita yg terasa hati atau marah bukan laa sesuatu yg mudah…dan bila sesuatu telah terjadi..waktu itu barulah kita akan rasa menyesal yg tiada kesudahannya…

memang itulah sifat atau lumrahnya kita yg bergelar manusia…… takziah untuk anda sekeluarga

Azlian. Biasalah ..dh jd br nk insaf. .slagi bernafas ni xde org nk peduli nyerr… Sbb tu la tuhan ambik awal bini2 yg mcm ni… Emm

Azie. Hanya bile kehilaangan baru kite tahu erti rindu…Allahu..menitis air mata bile bace cerita ni..semoga Allah masih sudi memberi kebahagiaan disamping org yg paling aku sayang..hingga keakhir hayat ku..

Normala.Eg0 rosakkn rumah tngga..klu sape2 jumpa lelaki eg0nyer terlalu tinggil..jgn di buat suami..hidup kita hncur dan tersiksa

Satu lg..klu ada ank lelaki..jgn manjakn sngt2 ank lelaki..itu yg membuatkn dia eg0

Ank lelaki kena didik apa itu tanggunjwb,didik dia buat semua kerja lelaki..bukn kerja mcm perempuan bersih2..Biar bg kerja kotor dan lasak..itu di namakn lelaki…

Semua bermula di rumah ibu bapa yg mencorakn ank2..Didik ank bab AGAMA ini paling penting..supaya dia punyai ahklak terpuji

Azlim. Eg0 lelaki selalunya mkn diri. Yg jd mngsa adalh isteri n anak2. X ilng kelelakian klu eg0 ditolak tepi. Jdkn ini pengajaran buat kite semua. Blaja mngawal emosi dn keeg0an supaya ia tidak memkn diri. Pesanan utk diri sendiri