Sy tumpangkn kwn sbb kesian dia xde tmpt nk tngal. Tp dia cuba nk goda suami sy siap pngil syg lg

Foto sekadar hiasan. Salam min..tolong hide profile aku ye min assalamualaikum semua sahabat krt.kisah nya macam ni sahabat2 sekalian,saya merupakan sorang isteri,ibu kepada 4orang anak dan boleh dikatakan sorang yg berjaya dalam perniagaan,ceritanya bermula pada satu masa d saat saya bertemu dengan sahabat yg saya kenal di sekolah anak saya dia sudah bersuami dan ibu kepada 5orang anak.

masa tu perempuan tu berkerja di pasaraya sebagai sorang promoter barangan masa saya bertemu dengan perempuan ni nampak baik sangat dan dia sempat meluah pada saya yg dorang sekeluarga di halau dari rumah sewa atas sebab2 tertentu so pada masa tu saya ksian lah juga mendengar semua luahan hati dia..

kebetulan masa tu saya ada dua biji rumah sewa yg kosong saya pun tak tahu lah dari mana dia tahu perihal diri saya kemudian dia pujuk rayu saya utk sewa rumah.

saya pun tak fikir panjang dan terus bersetuju menyewakn rumah saya pada dia sekeluarga pada mula nya saya tak syak apa2 pun di sebabkan dlm fb kami berkawan dia pun add suami saya (fikir positif)

tapi betul lah naluri sorang isteri ni tak boleh di tipu satu hari saya cuti kemudian saya dengar hp suami saya berbunyi so saya pun ambil la dan tengok pada masa tu juga lah drah saya mendidih2 rasa macam nak bunh perempuan tu dan suami saya.

Perempuan tu bahasakan diri dia “sayang” pada suami saya Saya terus soal suami saya kemudian saya bersiap dan pergi ser4ng perempuan tu di tempat kerja dia masa tu saya memang seperti orang hil4ng akal saya belasah,tendang dan tampar perempuan tu sekuat hati saya.

Bila saya balik rumah saya tengok suami saya diam membisu saya tak cakap banyak saya kemas kain baju suami saya dan suruh dia keluar berambus tp suami berkeras tak mahu.

suami saya segera ceritakan apa yg terjadi antara dia dan perempuan tu katanya baru seminggu berwhatsap dan tak ada apa2 yg lebih cuma perempuan tu yg terlebih2

sampai lah kawan2 satu kerja perempuan tu bg tahu saya yg perempuan tu pernah cakap dia tak kan lupakan suami saya dan tak kan berhenti selagi dia tak dapat suami saya bila saya dengar semua yg kawan2 perempuan tu katakan

sekali lg saya pergi ser4ng perempuan tu saya puas tarik rambut, ludah dan saya bagk perempuan tu tempoh 3 jam untuk kosongkan rumah saya.salah kah tindakan saya halau perempuan tu?

Saya rasa saya buat tindakan yg betul. Bila saya balik ke rumah semula suami hanya berdiam dan tidak berani pandang saya maka bermula pd hari tu lah saya jd sorang yg pendend4m,

hati batu dan pendiam setiap kali saya tengok suami saya macam2 perkataan tajam saya akan katakan tp suami tetap berdiam dan tidak mahu lepaskan saya.apa yg perlu saya lakukan?

Perluk4h saya teruskan perkahwinan ni? Atau perluk4h saya cuba lupakan semua yg berlaku?

Di pendekan cerita sejak kejadian tu suami saya berubah 100% menjadi sorang yg romantik melampau2 mesti d sebabkan k3s sblm ni kan?

Mohon pandangan anda semua apa keputusan terbaik yg perlu saya buat? Saya dah penat jd sorang yg berhati lembut???

KISAH KE 2. Lelaki ni kahwin dengan bekas isteri member baik sendiri. Ksian punya pasal malam tu dia digoda dengan seorang gadis. Isteri nampak akhirnya ini yang terjadi. 

Assalamualaikum semua. Aku tak pandai sangat nak bercerita, harap korang dapat something dari confession aku ni.

Aku tak tahu cabang mana aku nak luah, memandangkan isteri aku pon suka baca cerita kat page ni (aku suka mengintai kalau nampak dia tengok fon sampai tak berkelip), aku harap dia ada terbaca la. Yang mana tahu kisah aku ni, jangan tag aku pulak ye.

So firstly nama aku Izat, umur 27 tahun dan baru berumah tangga 8 bulan lepas. Isteri aku, Nabila umur 29 tahun dan ada kerjaya sendiri.

Walaupun umur dah 29 tapi Nabila Nampak muda dari aku. Kalau orang tak tahu dia ingat aku lagi tua. Huhu.

Kitaorang tinggal asing walaupun rumah aku dengan dia dalam 40 minit perjalanan. Dia tinggal rumah sewa dan aku masih tinggal dengan ayah, mak dan adik perempuan.

Benda pertama aku nak cerita ialah macam mana aku boleh kahwin dengan dia. Kalau korang nak tahu dia ialah bekas isteri pemergian kawan baik aku, Hafiz.

Hafiz pergi buat selamanya tahun lepas sebab penykit (rahsia). Masa tengah skit teruk dia selalu pesan kat aku yang aku lah orang paling dia harapkan untuk tengokkan Nabila.

Lupa aku bagitau Nabila anak yatim piatu. Masa tu kat hspital Hafiz cerita satu-satu pasal Nabila. Nabila jenis tak boleh bawak kereta jauh, dekat-dekat dia boleh la.

Kalau masuk kawasan Bandar ke memang dia fail. Lepas tu ape yang Nabila tak boleh makan, ape yang dia suka makan.

Tengah baring lemah pon dia sempat cerita satu-satu kat aku. Aku tahu Hafiz betul-betul sayang kat Nabila.

Lastly, dia minta aku jaga Nabila atau dengan kata nabila mintak aku kahwin dengan dia. Aku hanya angguk je, tak tahu nk cakap ape masa tu.

Hafiz dengan Nabila dah 2 tahun kahwin tapi takde rezeki anak. Masa Hafiz sihat dulu pon dia selalu bawa Nabila keluar lepak sekali, kiranya aku dan Nabila memang dah lama kenal.

Long story short, lepas 6 bulan Hafiz pergi, aku kahwin jugak dengan si Nabila ni. Family aku sangat ok dan terima dia sebagai menantu seadanya.

Aku? Entah la susah nak cakap, sejujurnya aku terima dia masa tu sebab teringat janji pada Hafiz dan sememangnya aku dah lama single.

Last aku sentuh dia (salam) masa lepas akad nikah. Tu pon aku tarik tangan cepat-cepat walaupun dia masih c1um tangan aku.

Mak aku pulak terlebih excited bila anak sulung dia kahwin. Dia siap upah orang untuk hias bilik aku. Cantik jugak la dengan bunga-bunga pink + putih.

Aku dah pesan dekat mak aku yang aku nak majlis ringkas je, tak nak pelamin. Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar, walaupun ada mulut-mulut yang mengata Nabila, aku just pekakkan telinga je.

Malam tu aku tak tidur pun kat bilik tu, aku tidur kat luar je dengan alasan aku rimas dengan hiasan bunga-bunga.

Keesokan lepas majlis tu Nabila terus mintak izin aku nak balik rumah sewa. Mak aku dengar, tak sempat aku nak angguk, mak aku halang.

Mak aku mintak dia stay lagi dua tiga hari kat sini. Nabila hanya senyum je. Masa tu aku terus Tanya “kau ok tak?” dia hanya angguk.