4 tahun xdpt sentuh isteri aku, sb dia selalu pakai tuala wanita

Foto sekadar hiasan. Salam min. Hide profile aku ye. Macam ini kisahnya. Aku seorang suami yang berkahwin 2. Isteri pertama aku tua 3 tahun dari aku sekarang dia 40 aku 36. Aku dah berkahwin dengan dia selama 10 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat Sebab isteri aku ada peny4kit yang menyebabkan dia tak boleh mengandung. Jadi sekarang dia memang sentiasa dalam keadaan kena pakai tuala wanita

atau erti kata lain dah hampir 4 tahun aku tidak dapat sentuhnya sebab sentiasa dalam keadaan tidak suci disebabkan diarah yang keluar dari peny4kit dia tu memang dah lama aku pun tak reti nan explain macam mana

Jadi pada tahun ke 5 perkahwinan aku telah berkahwin lagi satu atas kebenaran isteri pertama aku.

Alhamdulillah 2 bulan selepas aku berkahwin lagi, isteri kedua telah disahkan mengandung dan selama 5 tahun ni kami dah ada sepasang anak .

Jadi persoalan nya sekarang aku tak mampu nak tanggung 2, 2 bini aku ni. Dengan anak yg semakin membesar ekonomi rumah tangga aku dah mula tak stabil tak tahu mana silapnya

hubungan aku dengan isteri yang kedua ni memang ok ada anak dia pun kerja bisnes sendiri kadang2 aku bnyk mintak tolong dia topap kan mana yang tak cukup.

Contoh tengah bulan susu anak habis aku tengah kering dia yang beli kan. Tak de apa aku nak ulas pasal perkahwinan ke 2 ni sebab setakat ni elok kami tak de gduh ke apa ke

Korang rasa patut ke aku lepaskan isteri pertama aku tu? Sebab dari segi nafkah btin memang aku dh lama tak dapat semenjak dia skit.

Dia tak bekerja sebab doktor nasihatkan dia kena banyak berehat di rumah. Sebelum ni kerja tapi atas nasihat doktor dah berhenti. Kalau korang kat tempat aku? Apa korang buat.

KISAH KE 2.Assalamualaikum buat warga KRT.. saya seorang suami dan saya ingin minta pendapat dan pandangan warga KRT.

Saya dah kawen 8 tahun lebih. kawen atas dasar suka sama suka. Dikurniakan sepasang cahaya mata yang berumur 7 dan 3 tahun.

Saya PJJ dengan isteri dah hmpir 6 tahun. Dari awal perkahwinan lagi saya dan isteri memang saya dah ade masalah iaitu isteri selalu menolak ajakan saya untuk bersama.

2, 3 bulan sekali baru die melayan..Pernah cecah smpai 5 bulan die tak melayan saya.

Kalau melayan pun, cuma ala kadar. Kalau bahasa kasarnya, ibarat macam bersama dengan batang kayu.

Bila ditegur atau nasihat, dituduhnya saya kawen dengan dia sekadar naf su. cukup terkilan dan terasa dengan tuduhan tu sedangkan dari awal kawen, semua keje umah saya yang uruskan.

masak, kemas umah, basuh dan lipat baju, hampir semua saya uruskan. dia hnya saya tugaskan untuk jaga anak2 je.

Yang buatkan saya lagi terkilan bile mak ayah saya pun die tak hormat. Asal balik umah mak ayah saya, mesti tarik muka..

bukan sekali dua, acap kali sampaikan mak ayah saya tegur saya.. saya ha0nya mampu cakap mngkin isteri saya penat. Tu je yang saya mampu jawab.

Lately ni die slalu cakap die rse kosong, rase dah tak ade hati dan perasaan kat saya. Bile saya tanye kenapa, die jawab tak tau.

Saya ikhtiar bawak die dapatkan rawatan islam. Alhamdulillah dh selesai. Tapi still tak ade perubahan. Die masih rse kosong, tak ade hati kat saya.

Bila tanye adakah disebabkan orang ketiga, die cakap tak. banyak kali saya tanye dan jawapan die same.. saya percaya dengan jawapan die.

Saya pernah libatkan mak ayah die daplam masalah kami, tapi sampai sekarang tak nampak jalan penyelesaian. Saya dah buat apa yang termampu.

doa, solat hajat, istikharah. saya buntu, taktau ape lagi yang perlu saya buat. Semenjak 2 menjak ni die sibuk ngadap HP. kalo tak layan game, layan fb, tak pun buat bisnes part time die.

Saya ni tak diendahkan, ibarat macam saya tak ade. Bile ditegur pasal media social, die marah..

unfriend saya dan keluarga saya kat fb, left group wassap famly saya sampai saya tak tau nak jawab macam mane bile ade yang bertanya.. saya dah penat dengan keadaan ni.

Dengan famly die pun dah mula salahkan saya, cakap saya tak usaha untuk baiki keadaan.

Bermacam tuduhan yang famly dia lemparkn kat saya. Cukup terasa. Dalam masa terdekat ni saya akan bawak die pegi kaunseling.

kalau keadaan tak berubah, ape lagi yang perlu saya buat? saya buntu, saya dah penat.. rase takxmmpu dah nak teruskan perkahwinan dengan keadaan berterusan macam ni.

Maaf jika amik masa warga KRT untuk baca luahan saya yang agak pnjang ni. Mohon warga KRT bantu saya dengan pandangan dan pendapat kalian. Terima kasih…Assalamu’alaikum.

KISAH KE 3. assalamualaikum. Macam biasa,hidekan acc fb Ni ye admin. Terima kasih. tahun Ni tahun ke 5 berkahwin. perkahwinan tanpa zuriat disisi.

Pernah mengandung 2 kali, tapi Allah lebih sayangkan anak anak. sempat bertahan 5 bulan sahaja dalam Rahim. Dijemput Allah untuk bermain main disyurga.

alhamdulilah diberi peluang punya penunggu diSANA nanti. Allah sebaik baik perancang.

Suami ok walaupun pada mulanya agak kecewa sebab kehamilan ke2 tu penantian 3 tahun lebih selepas kehilangan anak yang pertama.

(anak first bunting pelamin). Suami excited bila Tau mengdung Kali ke2. end up Allah ambik balik anak. dia menangis dalam diam. belakang Saya.

depan Saya, dia Cuba ceriakan Saya. bagi kata kata semangat. dalam pantang dia jaga dari a-z. bengkung, makanan pantang, mandi, stokin, tungkung semua dia buatkan.

Alhamdulilah Allah ambik anak anak tapi Allah gantikan suami yang jaga Saya dengan penuh kasih sayang.

terima Saya seadanya. Saya hampir depression. 24 jam pikirkn anak. tringat anak. Kadang bercakap sorang sorang seolah Ade masih dalam perut.

bukan Tak redha ketentuan Allah. tapi perasaan tu datang sndri. bila tersedar, cepat cepat mengucap..

Saya kesian kan suami. dia suka sangat bermain dengan budak budak. bila tengok dia main, layan anak anak sedara, saya menangis sorang sorang.

kesiannya suami aku. Aku Tak mampu bagi suami Aku keturunan didunia ini.Tak mampu bagi penyambut di depan pintu rumah saat suami Aku balik kerja.

bila Ade selisih faham sikit, automatik saya rasa down. Automatik saya rasa Saya tak boleh bahagiakan suami dengan anak. rasa bersalah.

Setelah 5 tahun kami tanpa peneman bermain saya bersuara pada suami untuk dia menikah lagi dengan sorang perempuan supaya suami dapat zuriat, keturunan.

Saya sayang dia. nak tengok dia seronok bermain dengan drah daging sendiri sama macam orang lain.

Isteri Mana yang nak Kan. tapi kalau ini je jalan Dan pengorbanan Saya sebagai seorang isteri utk bahagiakan suami, saya kena redha.

Saya kesian kan suami yang umur semakin meningkat. Dan tringin Kan zuriat.

Tapi bila saya bersuara pasal kawen lain, suami tolak. dia tak nak. dia kata, lelaki kalau belajar ilmu agama kalau faham tanggungjawab nikah lebih seorang, lelaki tu akan takot.

Bukan mudah nak menjaga isteri lebih pada sorang, tanggungjawab tersangat lah besar. niat Saya cuma nk tgk suami Ade anak.

walaupun baru 5 tahun tapi saya dah Tak mampu. Saya dah give up. Saya tahu ramai lagi pas4ngan kat luar Sana yang kawen lama tanpa zuriat.

Hanya ttcians sahaja yang faham perasaan kami kami Ni yang kawen tanpa zuriat. awal tahun 2021, jika Saya masih belum punya rezeki Hamil, Saya akan mnta suami bernikah lagi.

jangan kecam Saya ye. Saya Hanya nak tgk suami sy bahagia bersama anak sama seperti lelaki lelaki lain.

doakan Saya semoga diberikan rezeki zuriat. dapat mengeratkan lagi hubungan Saya Dan suami.

supaya kami mempunyai Dan memiliki doa dari anak soleh kami bila kami mening gal nnti.

kerana hanya dengan doa anak yg soleh dapat menyelamatkn Kita nnti.bhanya Allah yg mampu membalas jasa baik kalian..