Aku mgandung tp suami xbg mkn mtk diet sb tkt aku gmuk muka bulat xcntik xsksi

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya cuma nak minta kata2 semangat dari ibu2 kat sini. Saya tengah mgndung 4 bulan. Jarak dengan anak pertama dah 8 tahun. So saya sangat2 excited bila tahu saya pregnant. memang dah lame sangat saya nak baby. Alhmdulillah Allah bagi rezeki. Masalah sekarang suami saya terlalu obses nak saya sntiasa nampak cntik, murus dan se.xy.

tak nafikan sebelum mengandung ni saya memang jaga badan. Naik badan sikit pun suami dah bising alasan malu dengan kawn2 kalau saya ni gemok.

Lepastu suami tak habis2 ugot kata punca suami2 lain makan luar sebab badan isteri dah gemok dan tak menarik tapi sekarang saya tengah megandung..

tak kan saya nak diet macam sebelum mengandung. memang perut akan nampak buncit lah. dah nAme pun pregnant kan. pipi saya pun dah mula bulat dan berisi.

bukan saya takjaga makan. Malam2 suami tak bagi saya makan sebab tak nak berat badan saya naik.

Baru2 ni saya timbang di klinik berat badan naik 3kg suami dah bising2 dalam kereta siap buat muka cakap saya ni tak jaga makan, kuat tido dan kurang bersenam.

Saya mengaku sejak mengandung saya jarang exercise sebab perut saya jadi cepat krem dan macam sesak nafas.

Saya ni bekerja tapi kalau hari cuti tu saya jadi macam cepat mgntuk dan letih. Sebelum ni memamg saya aktif sangat. Tak macam ni pun.

kadang2 keinginan saya nak makan itu dan ini terpakse saya pendam dan lupakan. pernah jugak curi2 bli dan makan ape2 yang saya teringin tapi time saya bekerja lah.

sebab kalau makan kat rumah or mintak suami belikan makann berat2 yang saya teringin memang dia tak kan beli alasan tak nak saya gemok lepas bersalin..

Lepstu dia akan tunjuk la gambar2 perempuan2 kat media social yang se.xy2 tayang dada, bagai tu.

Dia kata, u tak nak ke cntik macam ni. Kalau nak cantik macamni jangan makan macam lembu.

saya dah terangkn pada suami kalau pregnant memang berat akan naik. nanti after bersalin saya akan jaga badan macam sebelum ni tapi suami macam tak paham so bile situasi macamni saya jadi stressss sangat2.

Saya rasa macam suami tak happy pun dengan kehadiran baby ni. Suami hanya lwbih pnting kn bentuk badan dari kesihatan baby dalam perut.

buat pengetahuan semua suami jugak jenis yang suka saya ni pakai bju se.xy2 dan ketat2. kadang malu dengan ank sebab anak dah besar dah paham pasal aurat.

tolongla bagi saya kata2 semangat. Saya jadi kemurungan dan tak bersemangat sangat. Ada ke suami puan2 pun macamni. Terlalu obses nak isteri krus.

KISAH KE 2. Assalamualaikum Admin, saya nak Tanya pendapat pembaca di sini.. Mohon rahsiakan identiti saya yer.

Saya Suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 3 org anak yg masih kecil. Sebelum ni saya berhenti kerja sebab ikut suami berpindah tapi sekarang dia pindah lagi dan saya tak dapat ikut sbb anak2 dah sekolah.

Lagi pun, kerjanya tidak berada 1 tempat. 2 tahun di KL, 2 tahun di tempat lain pula, ikut company hantar.

Saya terpaksa handle 3 orang anak saya sorang2 kerana suami saya balik 2 minggu sekali, tu pon sabtu Ahad sahaja.. Sepanjang 8 tahun Perkahwinan kami,

semua ok, suami memang seorang yang baik dan bertanggungjawab tetapi 2 minggu lepas, suami minta untuk berkahwin 1 lagi dengan rakan sekerjanya yang masih muda belia, 23 tahun, suami 40 tahun.

Ya Allah, masa tu saya rasa gelap hidup saya. Anak3 pun kekurangan kasih sayang bapanya, sekarang nak tambah 1 lagi.

Saya betul2 kecewa sebab saya di sini bertungkus lumus membesarkan anak3 tapi dia di sana tengah hangat bercinta dan berjanji untuk berkahwin.

Saya fikir masak2, demi masa depan anak3 saya, saya halang hubungan mereka dan saya sanggup ubah segala kekurangan saya.

Ya, mungkin saya terlalu sibuk fikirkan anak3, dan stress sehingga saya mengabaikan perasaan suami saya. Tetapi berdosakah saya menghalang Cinta mereka.

Saya tak tahu sebenarnya apa yang patut saya buat.. Mohon pendapat yang positif dari semua. Terima kasih.

PENGAJARAN BERSAMA UNTUK PARA ISTERI.

Masuk dalam kereta, sambil memandu, tiba-tiba pasngan melihat seorang perempuan cantik. Kita yang duduk sebelah mulalah panas punggung.

Pantang nampak wanita cantik lalu di depan, mata pasti melirik, memandang dan kadang-kadang depan isteri pun dipuji wanita yang lalu di depan mata.

Bagaimana seorang isteri untuk lalui keadaan bila suami mata keranjang.

Menurut Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM),

mata keranjang itu sendiri adalah simpulan bahasa yang digunakan untuk merujuk kepada lelaki yang suka melihat wanita atau lelaki yang pantang nampak perempuan cantik atau mengayat perempuan

Secara fitrahnya, lelaki memang dicipta tertarik dengan kecantikan dan kes3ksian wanita.

Kalau ada lelaki yang tidak suka melihat wanita cantik dan s3ksi, itu bukan lelaki normal dan dia perlu mendapatkan rawatan untuk mengembalikan kepada fitrah asalnya.

Walau bagaimanapun fitrah asal itu tifak boleh terlalu ditentang dan tidak boleh terlalu ditatang. Sebaliknya perlu diuruskan dengan sebaiknya dengan ilmu dan iman.

Sebab itulah, lelaki yang baik hendaklah menundukkan pandangannya daripada meliar melihat wanita cantik dan menarik dengan bernafsu kerana ia boleh membawa kepada kesan yang lebih negatif.

Melihat untuk berkahwin dan sekadar suka-suka. Itu adalah dua perkara yang berbeza.

Secara jujurnya, ada lelaki yang suka melihat wanita cantik bukan untuk tujuan berkahwin.

Fitrah lelaki suka melihat perempuan cantik, jadi kita sebagai isteri boleh mengubah diri kita supaya menjadi seorang wanita cantik, manja, menarik dan s3ksi.

Bila kita tahu, suami suka melihat wanita sebegini, isteri jangan lupa untuk mengubah seperti yang diinginkan.

Kadang-kadang isteri selekeh, memakai mekap bila keluar rumah dan tanpa sedar menjadi tatapan suami orang lain.

Isteri, cantik dan s3ksilah di rumah
Suami, fokuslah dengan kecantikan dan kes3ksian isteri di rumah

Lelaki, kawallah pandangan agar tidak melihat banyak tarikan yang boleh mempeng4ruhi kita untuk bertukar menjadi mata keranjang.

Pesanan Untuk Isteri

Yakinlah bahawa kita dipilih oleh suami kita untuk dikahwini dulu kerana kita terbukti cantik di matanya.

Elakkan salahkan orang lain yang mengganggu pandangan suami kita, tetapi gunakan kelebihan kita sebagai pasngan yang sah untuk menarik pandangan suami kita.

Tahu suami suka melihat wanita cantik, sentiasalah jaga kecantikan kita dan biasakanlah berpakaian yang cantik dan sesuai bila waktu bersama suami

Tahu suami kita suka melihat wanita ‘gedik’. ‘Gedik’lah ikut kesesuaian untuk suami kita, pastinya ia tidak lagi memerlukn kepada wanita lain untuk menggembirakannya.

Tahu suami kita kadangkala suka melihat wanita s3ksi, fikirkan cara yang sesuai untuk jadi lebih s3ksi bersama suami.

Sekiranya berlaku sekali sekala, sebaiknya ambil sikap untuk memahami dan menerima dengan tenang, di samping berusaha untuk mengelakkannya dengan melakukan perubahan-perubahan pada diri kita.