Isteri aku cantik tp suka bhutang along, RM20K hutang mtk aku byrkan

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum admin KRT. Mohon admin hide kan profile saya. Saya juga izinkan penulisan saya diubah oleh pihak admin sekiranya ada kesilapan tatabahasa dan penyampaian. Saya cuba ringkaskan kisah saya supaya tidak meleret. Saya bekerja sebagai site supervisor tapak pembinaan di Penang. Mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak. Kehidupan saya sama seperti wargakota lain yang berjuang mencari sesuap nasi demi keluarga.

Ketika awal mula perkenalan saya dan isteri, saya tertarik dengan sifatnya yg komited.Wajahnya yang cantik, perwatakan menarik dan pandai bawa diri walaupun ramai lelaki mengejar cinta dia.

Nak dibandingkan dengan saya, mmg mcm langit dan bumi. Semasa mula berkenalan dulu, dia sanggup melawat saya di Johor.

Saya takut juga pada mulanya nak terima dia sebab takut dipermainkan. Satu hari saya tanya dia, kenapa awak nak saya.

Saya tiada apa nak ditawarkan jika nak dibandingkan dengan lelaki2 yang kejar awak tu. Saya kerja biasa saja.

Yang nak awak tu ada pilot, pegawai polis, pegawai tentera, artis, model, kerabat diraja, dll. Jawapan dia ialah, dia nampak saya seorang sahaja yg penyabar dan lemah lembut.

Org lelaki yang masih menjaga adab dengan orang lain. Dia nak anak2 yg boleh ikut perangai saya. Akhirnya, selepas 4 tahun berkawan, saya ambil keputusan untuk memperisterikan dia.

Saya bekerja manakala dia menjadi suri rumah sepenuh masa.Orang kata, selepas berkahwin barulah kita tahu perangai sebenar psgn kita.

Benarlah kata mereka. Selepas berkahwin dengan dia, baru saya tahu perangai sebenar isteri saya. Dia seorang yang suka berhutang admin.

Ketika setahun perkahwinan, saya dipaksa untuk berhutang dengan Along kononnya untuk membantu abangnya. Saya enggan pada mulanya.

Tetapi dia merayu dan menangis supaya saya membantu dia. Bayangkan admin, saya yang tak pernah berhutang apatah lagi dengan Along tapi diajar untuk berhutang oleh isteri saya.

Dia yang carikan tempat Along utk saya pergi, dokumen, semuanya. Dia mahukan 4000.

Apabila saya pergi ke sana jumlah 4000 tersebut dan bunga yang perlu dibayar mencecah 10000. Terkejut saya min.

Namun, kerana sayang saya turutkan juga kemahuannya. Hampir setahun juga saya mbyr hutang Along berkenaan. Separuh gaji saya pada masa itu saya habiskan untuk mbyar Along.

Selepas selesai mbyr, tak lama selepas itu dia minta saya berhutang dengan Along lagi. Katanya untuk membantu membayar duit haji ibu dan ayahnya. Terkejut saya min.

Saya kata apa sudah jadi ni. Tak serik lagi ke nak pinjam Along. Dia kata inilah kali terakhir dia nak saya pinjam dengan Along.

Dia berjanji dan bersumpah. Saya hairan juga kenapa perlu nak pinjam pada Along. Kenapa ayah dan ibu mertua saya sendiri tak cakap pada sy.

isteri saya marah dan mengmuk bila saya kata sy nak call mertua saya tanya pasal hal ini.

Di maki hamun suaminya ini. Saya hanya diam dan tidak menjawab. Kerana sayang, saya turutkan juga kemahuan isteri saya.

Selepas beberapa tahun perkahwinan kami, satu persatu perkara Allah tunjukkan pada saya tentang isteri saya. Satu hari saya tengok dia asyik termenung sahaja.

HP juga dia silentkan. Bila sy tengok hpnya, ada berbelas miss call dr pelbagai nombor tak dikenali.

Saya tny dia, siapa yg call tu. Dia kata jgn masuk campur hal dia. Saya jawab kembali, masalah dia adalah masalah saya.

Saya dimarahi dan dimaki. Maka saya diam sahaja. Kemudian, ada satu hari di hujung minggu, ada org ketuk pintu rumah dgn kuatnya.

Saya pun buka pintu, saya tengok ada 2 orang Pakis tan di luar rumah. Saya tanya apa masalah, mereka kata mahu jumpa isteri saya. Saya katalah saya ni suaminya.

Kenapa mahu cari isteri saya? Mereka kata isteri saya ada berhutang dengan mereka sebanyak RM2000. Sudah 6 bulan tak bayar, telefon juga tak jawab.

Atas dasar melindungi isteri saya, saya kata bawa perjanjian pinjaman tersebut. Saya mhu tgk. Kalau tidak saya report pada polis kerana menyerang rumah saya.

Mulanya Pakis tan tersebut agak berani juga melwn saya. Selepas saya buka pintu, maka bertempurlah saya dengan Pakis tan tersebut.

Mujur jiran2 atas bawah kiri kanan keluar dan bantu saya tangkap Pakis tan tersebut. Rupanya Pakis tan tersebut bekerja dengan Along.

Tiada permit kerja dan masuk sebagai pelancong. Begitulah modus operandi Along sekarang. Malunya saya dengan jiran2 pada masa itu bukan kepalang.

Saya tanya dengan isteri saya kenapa berhutang lagi. Apa tak cukup ke apa yg sy dah sediakan di rumah. Untuk apa pinjam dengan Along.

Ke mana duit tersebut pergi. Dia kata saya tak perlu tahu. Bukan urusan saya dia kata.

Saya juga dapat whtsapp dari saudara maranya. Malah adiknya sendiri prnh whtsapp saya.

Mereka menuntut hutang isteri saya. Jumlahnya bukan sedikit. Jika di kumpulkan semua, mencecah RM20k.

Tapi saya langsung tak tahu untuk apa duit itu. Apa yang perlu saya lakukan min. Adakah saya dayus. Itulah soalan yang selalu bermain di fikiran saya. Maruah saya sbg seorang suami seolah sudah hilang.

Lebih menyedihkan, saya pernah ajak dia solat. Dia selalu marah saya balik. Katanya tak perlu tunjuk alim. Kubur masing-masing.

Saya menderita… Selalu saya berdoa agar Allah bukakan pintu hati dia untuk sujud menyembah Pencipta nya.

Saya sayangkan isteri saya. Saya tak pernah marah, apatah lagi jentik dia. Org tengok saya bahagia.

Pernah saudara mara isteri saya dtg ke rumah memuji betapa beruntungnya isteri saya dapat suami seperti saya.

Sejujurnya, pujian tersebut seperti pis4u yang menghiris hati saya min. Bantulah saya

KISAH KE 2.Assalamualaikum. Aku ina. Aku baru bercer4i talak satu seminggu lepas. Aku baru je berumur 22 tahun.

Punca aku bercer4i sebab kerana suami aku cur4ng. Tapi aku tak salahkan dia. Dia stress tengok aku yg pemalas. Tak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

Betul, bila dah bercer4i ni. Aku muhasabah balik. Siapa yang boleh tahan dengan bini macam aku. Bayangkan masa anak dara.

Bangun tido lambat, masak tak reti, kerja tgk korea, main handphone je. Kemas rumah,jarang2 sekali. Kerja melepak.

Masa bercinta. Memang seronok lah. Sweet-sweet je .jumpa . Dating. Mesej fon. Kita nampak tu adalah lakonan.

Bila dah kawin . Episode yg bermula adalah tanggungjawab. Masa mula-mula kawin. Boleh lah aku hipokrit. Rajin masa 2 3 hari.

Sbb menjadi pemalas dah jadi satu kebiasaan kan. So lama2 habit lama tu terserlah masa kawin. Mungkin kat situ suami aku stress, baik bela biawak kan.

Kat situ bermulalah episod dia cari perempuan lain. Katanya lebih matang. Bertanggungjawab.

Dulu, aku nak sangat kawin. Sebab masa bercinta sweet2. Ingat kawin nak halalkan hubungan.

Betul kata tulisan Adnin Rosli dalam tarbiah sentap. Niat kawin kalau setakat nak “halalkan” tak cukup. Perkara pertama mesti kerana Allah dan kene tau kahwin adalah amanah.

Pesan aku, buat wanita2 di luar sana. Yang pemalas macam aku. Berubahlah. Benda malas ni bukan boleh berubah sekelip mata.

Didiklah diri dari sekarang supaya buang sifat malas. Jadilah wanita yg serba boleh.

Bukan hidup hanya bermalas2 malasan lps tu bercinta tanpa fikir bnyak tanggungjawab dalam hidup in future.

Bila fikir balik. Laki aku cer4ikan aku sebab benda-benda macam ni padahal usia mahligai kami baru seja masuk setahun.

Dah tak tahan. Kesian pada mak ayah aku selama ni bela aku yg pemalas. Maaf mak ayah. Lepas ni aku akan cuba jadi anak yang lebih bertanggungjawab.

Doakan aku kuat. Aku syg dia. Tapi dia ada perempuan lain. Doakan aku akan jumpa org yg baik.

Aku nak berubah. Tapi aku nak berubah untuk mak ayah dan Allah dulu. Kahwin Nanti2 nantilah buat masa ni.

Aku nak kutip sebanyak ilmu yang mungkin. Supaya bila dah kawin nanti ada ilmu nak didik anak. Supaya tak jadi macam aku.

Buat lelaki. Kahwini perempuan bukan sebab kecantikan je. Cantik tak reti buat keje tak ada makna.

Mcm aku ( eh cantik ke Hehhe) sbb tu org zaman dulu kalau kawin dari A-Z dia siasat psangan tu dari jiran2 sebelah, kawan2 saudara mara. Bukan main sapu je nak kawin.

Semoga perkhawinan adalah satu ibadah . Bukan kerana nafsu. Kita nak melahirkan generasi hebat. Kalau takde ilmu .kawin. keluarlah generasi2 baru yg sampah macam aku.