9 bln mgndung, suami lngsung xnk sentuh sy alasan ksian bby. Setahun 5kali je bsama tu pn sy pksa

Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Sul1t untuk saya mulakan penulisan ni. Saya menanggung dilema bertahun-tahun mengambil kira kesan confession ini. Kerana topik yang bakal saya ketengahkan adalah hal yang sangat taboo dalam masyarakat kita iaitu s3x. Kenapa saya memilih medium ini? Satu, sebab persoalan saya ini tidak boleh diselesaikan oleh Google. Kedua, kemusykilan ini telah dibawa kepada medium kaunseling namun masih buntu.

Satu yang saya harapkan dengan penggunaan medium ini, sekiranya kalian tidak dapat meluahkan kata-kata positif dan cadangan yang membantu,

Anggaplah sahaja penulisan ini melintas sebagai satu cara meluahkan kebuntuan dan belenggu. Saya percaya, di sini tergolong dalam golongan bijak pandai dalam menilai tidak seperti di medium lain.

Sedikit pengenalan tentang diri saya. Saya seorang wanita berumur 30an, sudah berkahwin, mempunyai 1 anak, berkerjaya dalam bidang korporat di GLC terkenal.

Secara fizikal, boleh dikatakan saya tergolong dalam “pretty & hot privilege bubble.” Ketinggian, bentuk fizikal.

I will never start my day without making sure my look is presentable and fashionable. Walaupun hanya duduk di rumah. Mungkin kerana pembawakan tugas di dunia korporat menjadikan saya seorang yang sangat menitikberatkan rupa.

Dari segi perwatakan, I’m eloquent but compose, bubbly, apporachable and sometimes misunderstood as flirtatious to some men.

Lifestyle? Im all about fitness to look fit & great body. Boleh saya katakan I’m an interpretation of modern hijabi living in concrete jungle. Namun telah dididik untuk sentiasa menunaikan kewajipan 5 waktu.

Jadi ada perkara2 yang masih dijaga, tahu batasnya. Namun usaha dalam menutup aurat sempurna masih bertaktih. Saya masih dalam fasa hanya menyempurnakan “membalut rambut”. Saya cuba.

Dengan segala perincian di atas, semestinya ada mata yang masih menyangka saya ini bujang. Pernah sekali, semasa outstation di Penang, saya memilih membawa keluarga saya bersama-sama. Sambil-sambil boleh vacation.

Terkejut betul rakan-rakan sekerja yang jarang bekerjasama dengan saya, melihat sisi berbeza saya. seperti ibu-ibu lain di luar sana, saya juga berlari, memekik nama anak yang dalam fasa aktif waktu itu. Tapi pada waktu itu, masih maintain dengan penampilan “fashionista” hahaha.

Ramai juga rakan-rakan yang bertanya bagaimana saya masih mampu menjaga keterampilan dalam sibuk menguruskan rumahtangga?

Jawapanya, teamwork with your husband. Kalau saya yang cucikan baju, suami akan tolong sidaikan. Dan begitu juga untuk tugas-tugas lain.

Kami tiada isu & sependapat dalam hal ini. Saya seperti wanita bekerja lain. Tidaklah hari-hari memasak. Ada masa, Grab Food pun ok. Rumah pulak dari Isnin-Jumaat, ala kadar sahaja. Hujung minggu baru dikemas rapi.

Berbalik kepada point saya pada mula-mula officemate melihat keluarga saya, antara perkara yang mereka terkejut adalah perihal suami.

Lain betul karakter dibandingkan saya. Suami saya seorang yang simple. Tapi handsome orgnya (kalau tak, takkan saya boleh jatuh hati hihi).

tapi selepas berkahwin, dia sudah tidak teliti dalam penjagaan rupa. Jadi, boroinya terlihat.

Pipi mula tembam. Saya tak pedulikan hal itu. Bagus juga. Tak ada lah perempuan lain mengg4tal. Selagi dia setia, saya ok.

Saya ini lebih extrovert & dominant. Suami pula introvert & cool orangnya. Ramailah menyangka bahawa kehidupan saya ini balance, blessed & lucky. Tapi tiada siapa yang tahu…

Lain halnya dengan saya. Di pejabat ada yang memasang hati kepada saya. Baik yang tua, mahupun dalam lingkungan umur yang sama.

Dan suami tidak tahu hal ini secara detail sebab saya pun tidak pernah melayan. Dia tahu ada yang meminati tapi cerita habis disitu.

Bagi saya, saya hanya mahu jadi terbaik di pejabat. Habis masa bekerja, saya kembali ke pangkuan suami & anak.

Tapi akhir-akhir ini tiba-tiba seperti ada satu suara yang menggalakkan saya untuk “layan” kan peminat-peminat tu.

Semuanya bermula apabila sesi demi sesi penyelesaian dengan suami berkaitan masalah rumahtangga kami gagal. Masalah kami adalah… hambar dalam perhubungan kelamin.

Saya pasti ramai menyangka, this is normal once you have kids. Oh, hold your horse, Sir/Maam. Perkara ini bukan baru.

Malah semenjak awal pernikahan. Di zaman “honeymoon” lagi. Betapa hambar hubungan itu? Saya boleh mengira berapa kali hubungan kami lakukan dalam setahun.

Purata sepanjang 6 tahun kami berkahwin, dalam 5 kali setahun. Kami pergi honeymoon selama 2 minggu. Namun, terpahat jelas di ingatan, kami langsung tidak berhubungan. Dahsyat?Iya. Itulah hakikatnya.

9 bulan saya mengandung, suami langsung tidak menyentuh saya. Atas alasan kesiankan baby. Walaupun hakikatnya s3x sangat bagus untuk wanita mengandung di trimester ketiga.

Pada waktu itu, saya sehingga merayu untuk didekati, untuk mudahkan saya bersalin sebab saya tak turun tanda sampai perlu di induce, tapi gagal. Permintaan saya dielak.

Di sesi kaunseling, kaunselor memberi nasihat untuk bijak menggoda suami. Kenakan pakaian yang boleh menggegarkan hatinya.

At that moment, I felt like I want to burst into biggest laugh. Hello, look at my look? Look at my character? Kalau orang di luar sana boleh terbuai tanpa saya perlu berbuat apa-apa.

Semestinya dengan suami yang halal saya berani melakukan lebih. And I did. Kan dapat pahala? And I dont want to detail out what I did. Nanti confession ni berubah kepada artikel erotik pula.

Selok belok hal ini saya tahu juga “membawa” diri. Pengruh movies/ series, takkan lah orang seusia saya ini langsung tak ada idea.

Before that, terlupa untuk saya bagitau tujuan kenapa saya perlu melalui kaunseling. Sebab saya didiagnos for having MDD.

Kenapa saya boleh ada MDD, salah satunya sebab ini. It’s normal for the specialist to inquire on your s3xual life. S3x is important for our happy h0rmone.

Dalam keadaan saya yang sangat memerlukn belaian, suami masih tidak memenuhi keperluan perubatan itu. Kalaupun dia tidak mahu, saya cuma harapkan tolonglah bantu untuk isterinya kembali bebas dari MDD.

Buntu. Kecewa. It’s always me who need to do the first step. Malangnya, kebanyakan tidak dilayan.

Rekod yang berjaya dilayan, itulah saya katakan tadi dalam 5 kali setahun sahaja berjaya. Suami hanya melerek dari hujung mata.

Kemudian, dia sambung buat hal nya sendiri. Pernah ke suami yang dtg mendekati saya? Ada. Tapi mungkin sekali sahaja. Sebab kejadian itu selalu menjadi “fantasi” saya. One of the best s3x Ive ever had.

Saya tidaklah mengharap s3x semata-mata. F*replay juga sudah cukup untuk secreting the happy h0rmone of oxytocin.

At least, I feel needed, feel like I manage to fulfill his desire. It’s a small win to have as a wife. Memeluk dan menciuum juga jarang. Saya lah yang meleset manja di sisi suami.

Saya buangkan malu saya. “B, can you k1ss me? Sayang, hug me.” Itulah saya bila mahu bermanja.

Saya rasa quality ini sudah cukup untuk buatkan suami teringat-ingatkan saya secara s3xual; seorang yang ada rupa, manja & menggoda. Tetapi tidak.

Hari demi hari, dalam menyalahkan suami, saya juga tidak habis2 mempersoalkan kelemahan & kekurangan diri sendiri.

Merajuk? Sudah tak terkira. Sampai satu masa, saya berasa amat malu untuk terus menggoda & bermanja dengan suami. Malu sebab tak dilayan. Saya pernah bertanya, adakah saya tidak cukup s3xy? Tidak cukup cantik?

Apa yang dia mahu saya buat supaya datang nafsunya untuk mendekati saya? Semuanya dijawab positif. Saya s3xy dimatanya. Saya paling cantik dimatanya. Katanya dia bergetar. Tapi dia cuma PENAT.

Telah saya katakan juga alasan penat ini tidak boleh diterima sebab hambarnya hubungan kami sejak kami masih hidup berdua. Bukan ada anak untuk berjaga malam waktu itu.

Bila ini yang diungkit, dia katakan pulak sebab dia kasihankan saya skit. Yes, I’ve retroverted uterus.

Hubungan s3xual sememangnya agak kurang selesa. Tapi tidaklah sampai tidak boleh melakukannya langsung. Cara “missionary” agak kurang selesa. Justeru, saya selalu meminta didekati dengan “method” lain.

Tapi suami tidak pandai. Bila dia asyik gagal melakukan, ada ketika tiba2 sahaja dia tidak mahu meneruskan. Meningg4lkan saya terkebil2. Bercakap pasal pandai atau tidak, belum cuba mestilah tidak tahu. Saya juga tidak pandai.

Saya ok untuk sama2 explore each other’s interest. Moden2 saya, tidak lah sehingga saya ini mengamalkan s3x bebas sehingga tahu serba serbi.

Saya rasa, antara semua kemusyikilan saya, yang paling logic adalah, mungkin suami ada erectile dysfunction. Suami menidakkan. Sudah pelbagai cara memujuk suami buat medical check up.

Tapi dia berkeras mengatakan dia normal. Malah dia bertindak defensive. Takkanlah maati pucuk pulak?

Habis tu, masa nak kan anak seorang tu boleh pula. Yang ini yang saya tidak pakar. Kemungkinan lain, mungkin juga suami seorang yang rendah testerone.

Ada perempuan lain? Saya yakin tak. Sebab suami saya memang banyak habiskan masa dengan keluarga & duduk dirumah sahaja. Bosan2, dia mainlah game di handphone.

He’s a real family man. Sememangnya father figure yang sangat baik. Pergi outstation pun diangkutnya kami anak beranak.

Sehingga saya pernah berteka teki adakah suami saya ini gay? Kenapa? Di zaman bujang kami sehingga awal perkahwinan, ada rakan g4y saya meminati suami saya. Saya gelakkan sahaja.

Kalaupun suami saya g4y, tidak pernah pun dia keluar untuk memenuhi kehendak nafsunya pula. Jadi, ini mungkin my overthinking.

Pada waktu saya menulis ini, saya ada terfikir ingin berceraai. Tapi iman saya juga mengatakan tak akan lah mahu berceraai sebab satu benda, sedangkan 90% yang lain, suami saya ok?

Tapi, hati juga berkata, 10% inilah keperluan terbesar. Kerana itulah Islam menganjurkan s3x itu hanya nikmat yang boleh dicapai bila kita halal dinikahkan. Tapi saya tidak dapat merasa lagi nikmat itu sehingga kini.

Bila fikiran saya mula bercelaru dan memikirkan kesan kepada anak kalau berceraai, saya sampai doakan cepatlah Allah mengambil nywa suami saya.

Lagipun dia sememangnya seorang lelaki yang baik. Tidaklah saya terbeban menanggung dilemma ini lagi. Lebih baik lah saya tidak bersuami.

Ada suami pun, nafkah batin saya tidak terlunas. Sedangkan saya isteri yang selalu cuba melunaskan hak nya tapi ditolak.

Kalaupun ada yang cuba membidas bahawa yang sudah kemaatian pasangan pun boleh setia untuk tidak berkahwin selama-lamanya, boleh sahaja tidak berhubungan.

Fahamilah. Itu situasi berbeza. Saya ini, yang halal ada sahaja di sisi, untuk memenuhi segala keperluan masing-masing, tapi lompongnya marriage ini begitu terasa.

Masalah hubungan kelamin kami ini seolah-olah menemui jalan buntu. Saya sebagai perempuan, walaupun dominant, ada juga rasa malu. Usaha selalu datang dari pihak saya. Suami hanya menyambut atau menolak sesuka hati.

Boleh katakan, dalam senyum dan hebatnya saya sebagai wanita bekerjaya, ibu, mengurus rumahtangga, saya sebenarnya isteri yang tidak disemai keperluan batinnya.

Saya paling takut kalau saya terbawa emosi diluar rumah. Kita selalu mendengar gurauan kalau perempuan moody, “ni mesti tak dapat ni.”

Saya tak nak sehingga saya terpalit dengan gurauan tersebut. Itu maruah. Sebab itu mungkin salah satu sebab tiada siapa yang menyangka inilah yang saya hadap dalam rumahtangga saya. Saya sentiasa cuba mengawal emosi.

Menangis dalam solat, mengadu pada Tuhan dugaan apalah yang diberikan ini? Saya amat takut sekiranya saya terjerumus ke kancah zina. Dan saya juga merasakan, saya sudah perlahan-lahan ke arah itu.

Saya ini manusia. Godaan dari insan tidak halal datang bertubi-tubi. Yang halal pulak tidak pernah cuba take the advantage he has. Pernah saya jerit, “lelaki diluar sana tergila-gilakan bini you ni. Tapi you boleh tahan tengok je? You gila ke apa?”

Jangan salah sangka. Saya amat cintakan suami saya. Tapi ini derita hati dan mentaal yang susah untuk saya luahkan. Tersepit. Itulah saya katakan belenggu & dilemma.

Kita ini manusia. Naluri dan nafsu itu normal. Tapi, atas ujian ini, saya merasakan adakah saya yang tidak normal? Adakah saya yang terlampau bernafsu?

Untuk bercerita lebih dengan rakan2, saya juga malu. Saya ada memberi situational problem yang kononnya bukan isu saya kepada rakan2, kebanyakkannya memberi jawapn yang sama.

“Mana ada lelaki tolak kalau ada wife macam tu you. Kalau I macam tu, laki I confirm asyik2 minta. I macam ni pun, suka ‘kacau.’ Tiga empat jam sehari lah jawabnya. Tak tidurlah kita.” Itulah antara jawapan yang saya terima. Sambil mereka ketawa besar.

Jadi tidak normal lah kan berhubungan s3x hanya 5 kali setahun? Moden macam mana perwatakan saya sekalipun, hal peribadi, buka aib suami, saya takkan buat. Sebab? Saya cintakan suami saya. Saya perlu jaga maruahnya.

Rakan-rakan ada juga bercerita kehidupan s3x mereka bersama suami. Saya cuma menjadi tukang galak sahaja. Melihat gaya saya, rakan-rakan semua menyangka saya pun menikmaati nikmat yang sama.

Hakikatnya, jealous apabila ada yang menunjuk message dari suami, minta mereka pulang awal kerana “rindu”. Suami yang menghantar message menggoda. Saya tidak merasa itu. Mandi sama? Apa tu?

Kekecewaan ini begitu besar sehingga tidak terluah. Diluahkan juga tiada penyelesaian daripada cinta hati saya. Saya memilih untuk mengakhiri zaman bujang, kerana mahu mengelak z1na. Tipulah kalau sepanjang bercinta kami langsung tidak berpegang tangan, berciuum.

Pada waktu itu, segalanya kelihatan normal. Tidak pulaklah saya menyangka kami akan ada masalah macam ni. Zaman muda saya boleh dikatakan liar juga. Tapi tidak sampai berhubungan s3x.

Saya simpan mahkota itu hanya untuk suami yang halal. Telah saya nekad mencari rahmat, tapi kenapa penghujungnya begini? Berapa lama lagi harus saya menderita dalam senyum?

Ini antara nasihat hebat dari netizen.

Ayu. firstly so sorry atas apa yang berlaku.. secondly be in mind that not only you have a problem like this, but you are so strong to ask for help.

But please .. don’t ever think to do any sin with other guy out there. Love yourself, love your family. Jangan musnahkan hidup semata-mata kerana ini.

Kalau dah tak ada daya dan usaha setelah berjumpa doktor dlln mohon la fasakh. Itu sahaja yang terbaik.

Sekali lagi, jangan hampiri ZINA.

Aisha.Subhanallah. Saya tak pernah tau wujud masalah sebegini sbb yang saya tahu selama ni lelakilah paling aktif sekali dengan aktiviti satu tu.

Apa kata puan try pasang ayat ruqyah. Beli je yg plug bacaan ayat-ayat suci al quran tu kat shopee.

Pasang tiap masa. Minta dia leadkan solat berjemaah. Pulihkan sungguh2 tiang agama Allah. Moga penyelesaian dia Allah tunjuk untuk puan.

Hamidah. I’m sorry that u have to be that trophy wife….mkn disini tempat yg sesuai utk meluahkan….tapi juga blh jd tempat terburuk utk pengidap MDD mcm u….bhaya dear…

unless u blh tapis komen2 yg ada sbb x semua org blh faham the real situation yg u sdg lalui….I x Akan mntk u utk be stronger….just try to find the best way to be happier…all the best sister

Kheir.Salam. Dear jessica..probably you tiada masalah. Cuma cuba komunikasikan hal ni dgn suami dan beri timeline sampai bila.

Maksudnya at least try setahun utk dia treatment atau pergi psikatri/kaunseling diri dia sahaja. Then cuba sama2 baiki and spice up the relationship.

If dia enggan, eg0 n tak nak kerjasama..you ada valid reason utk failkan tuntutan di mahkamah syariah.

Buat masa skrg, jgn layan mana2 anasir dan godaan lelaki lain. Just focus on love yourself dan cuba baiki.

Cuma kalau your spouse mmg totally tak nak kerjasama walau dipujuk macammana pun, just move on.

Fazli. Bersimpati dengan confessor.mungkin sesetengah org ketawa dgn isu sebegini,tapi percayalah isu nafkah batin bukan main2.

Personally saya lebih rasa bukanlah hal kekerapan atau keinginan yg mengganggu fikiran confessor,tapi hati skit kerana tidak tahu punca masalah sebenar suami.

isteri boleh rasa rendah diri,sedih,malu,terhina dan tak dihargai bila suami tak pandang.suami ada depan mata, tapi hubungan seolah2 seperti roommate sahaja.

Lain situasinya kalau suami ditakdirkan memang skit terlantar, tinggal jauh, ceraai hidup atau maati.

Teruskan usaha bincang dari hati ke hati.tegurlah suami bahawa dia sudah mengabaikan tanggungjawab nya.semoga dimudahkan urusan.

Nordiana.Husband u rasa benda ni macam hal kecil kot. Why not u ambik borang ceraai, fill up the form especially bab reason, state clearly… dah habis isi semua, you letak atas meja yg senang husband u nampak.

Bukan i nak suh u ceraai tau, tp nk bagi signal kat husband u yang hal ni serius, perlukn solution segera dan kalau ambil sambil lewa will lead to divorce.

Biasanya bila husband dpt signal mcm ni dia akan trigger – find solution, change himself or get someone to consult him what to do…