Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin.Maaf kerana guna fake account tapi saya tak punya kekuatan utk guna identiti sendiri. Saya sangat buntu dan perlukn bantuan admin dan readers untuk bantu saya jika ada yang berpengalaman dan ikhlas membantu. Saya perkenalkan diri saya sebagai A, berasal dari selatan tanah air. Baru sahaja mendirikan rumahtangga awal tahun ini. Usia perkahwinan baru beberapa bulan namun hari-hari hidup berendam air mata.
Perit sungguh ujian ini, hanya Allah sebagai saksi. Untuk saya ringkaskan cerita, saya found out yang suami yang saya nikahi atas dasar cinta, yang saya kasihi sepenuh jiwa raga saya sebenarnya tak bernafsu dengan saya.
Saya dapat tahu lebih kurang dua bulan yang lepas. Namun rasa suspicious kepada suami bermula seawal sebulan perkahwinan kerana saya tidak disentuh dia biarpun bermacam usaha telah saya lakukan.
Suami hanya mengaku bahawa dia bernaluri songsang setelah saya terbaca whatsapp dia.
Allahu, remuk hati ini Allah saja yang tahu. Suami saya ini seorang lelaki yang sangat baik, sangat berbudi pekerti, solat lima waktu tak pernah ditinggalkan,
malah ibu mertua saya selalu memuji bahawa suami saya ini memang anak yg paling baik dan tak menimbulkan masalah.
Tapi ujian apa yang Allah titipkan pada saya ini. Suami saya menyukai k4um sejenis. No wonder lah saya langsung tak dipandang dan tidak disentuh.
Saya dah confronted suami dan sanggup bersama dia dalam usaha dia untuk berubah.
Saya suggest kepada dia utk ikuti sesi kaunseling namun dia enggan atas alasan malu.
Berkali-kali saya memujuk dia utk berusaha cara perubatan psikologi mahupun perubatan alternatif namun semuanya ditolak dia kerana bimbang diketahui orang lain.
Suami saya ni sangat baik, nafkah zahir tak pernah diabaikan. Jangankan mengasari, menengking saya pun dia tak pernah buat.
Tapi nafkah batin memang tak pernah diberi. Dia cuma boleh k1ss saya, itupun saya yang kena initiate. Kalau saya minta dia try to do more, dia akan menolak.
Memang suami saya tak pernah mengasari saya secara fizikal tetapi dia sebenarnya mendera saya secara emosi dan batin.
Perit dan skitnya hati ini cukuplah Allah sebagai saksi utk setiap air mata yang tumpah. Di depan semua orang, kami berlagak seperti pasngan normal kerana ingin menjaga hati keluarga. Hakikatnya, saya menangis di dalam hati.
Bukan tidak pernah terlintas utk menuntut fasakh tapi mengenangkan keluarga mertua yang sangat sangat baik hati apatah lagi dalam keadaan ibu bapa mertua yang tidak tahu suami bernafsu songsang, saya terpaksa melupakan niat menuntut fasakh.
Pada saya, biarlah derita ini saya tanggung seorang diri daripada meluk4kan hati banyak orang.
Suami berjanji untuk berubah tapi sudah dua bulan, keadaannya masih sama. Saya masih lagi suci biarpun usia perkahwinan sudah berbulan bulan.
Derita ini saya pendam seorang diri, segala rasa kecewa, sedih, terluk4 saya hamburkan pada Allah yang Maha Mendengar.
Saya berdoa tanpa jemu supaya Allah menghilangkan naluri songsang suami dan membuka pintu hati suami untuk mencintai dan melayani saya sebagai isterinya yang sah.
Kepada geng kunyit di luar sana, saya mohon sepenuh hati jangan dianiaya wanita seperti kami yang berusaha menjaga kesucian diri.
Nothing is more painful than being betrayed by someone you love wholeheartedly.
Ingatlah, perempuan yang kamu nikahi itu adalah seorang anak perempuan yang dijaga rapi oleh ibubapanya supaya dia menjadi wanita solehah.
Apa ertinya pernikahan kalau cuma utk mengaburi mata orang lain atas kelemahan sendiri. Jangan dikhianati msjid yang dibina atas lafaz suci.
Kepada followers KRT yang ada pengalaman atau nasihat yang boleh membantu saya dan suami, saya alu-alukn.
Mohon doakan suami saya agar dia benar-benar insaf, berubah dan tidak mengikut naluri songsangnya. Moga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik-baik balasan.
KISAH KE 2. Kali ni aku menangis kuat terima 1 lagi pengakuan suami dia kata masa atas urusan kerja dia tidur hotel buat maksiat sesama lelaki. Ya Allah, hati aku lagi hncur.
Namaku AISHAH, anak 2 orang, suka bersangka baik dalam hidup sampaikan rasa adakah salahku terlalu bersangka baik percayakan suami.
Selama 5 tahun tidak pernah aku cek hp suami sebab aku percaya padanya padahal passwordnya aku tahu.
Benarlah kata segelintir orang masuk 5 tahun perkahwinan kita akan diuji dengan ujian besar dalam perkahwinan.
Kami berniaga. Suami uruskan operasi aku uruskan urusan2 staff dan marketing secara online dari rumah sahaja.
Suatu hari ketika aku bangun sebelum subuh bagi menyelesaikan tugasan di sudut ruangan meja kerja di rumah kelihatan suamiku mundar mandir seperti tidak keruan berpeluh.
Aku abaikan sahaja teruskan buat kerja anggap tu perkara biasa. Suami duduk makin dekat dari kerusi turun ke bawah kerusi tempat aku membuat kerja seperti nak menyampaikan sesuatu tapi berat mulutnya.
Melihat suamiku resah aku turun ke bawah dari meja tersedia laptopku. Aku duduk berdepan suamiku sambil memegang muka diusap rambutnya memujuk dia.
“Abang ni kenapa cuba bagitahu” maklumku kepadanya. Fikiranku da mula fikir luar jangka apa yang bakal aku ketahui ni rasa takut pun ada tapi terus ku memujuk.
Dengan berat dia nak menyatakan, “ABANG MINTA MAAF SAYANG ABANG BUAT BENDA TAK ELOK. ABANG SUKA SESAMA LELAKI” Terdiam seketika. Aku bagitahu “Tapi kenapa abang” Abang skit ye sejak bila
Suamiku pelik kenapa aku tenang saja terima pengakuan dia.
Bermula kisah silam dia sejak mula masuk ke Sekolah Menengah telah dirosak akan minda dan fizikalnya oleh bapa angkat yang dipercayai disayangi sudah merosakkan dia.
Sampaikan menjadi tabiat ketagihan bila sudah masuk ke universiti sehingga berkahwin anak 2.
Aku kenal dia sejak universiti baik orangnya. Aku suka dengar ceramah suka juga doa soal jodoh. Aku sangat percaya soal jodoh aku ada sehingga aku buat istiqarah mimpi dia hadir dalam mimpiku.
Serba sedikit aku nak maklum kami ni kawan baik. Masa kat universiti aku suka nasihat kawan mana yang aku sayang soal menjaga batas dalam pergaulan kadang dilabel ustazah.
Ah tak kisahlah nak kata apa asalkan punchline nasihat sampai. Berbalik semula pada awal penceritaan setelah 5 tahun mendirikan rumah tangga suamiku mengaku dia bisexual terkejut dan agak marah
bukan pada dia tapi pada penjaga dia yang merosak dia di alam persekolahan masih muda.Tapi bila da dewasa dia ada akal fikiran dosa tetap dosa yang salah tetap salah.
Aku takut nak tanya lebih lagi apa dia buat belakang aku sebab aku takut aku tak kuat nak terima semua serentak.
Cuma aku minta dia bertaubat dan maklumkan pada ibunya terutamanya supaya dapat berkat doa dari ibu untuk berubah.
Esoknya kami jemput ibu dan ayah datang ke rumah bagi makluman semua menangis.
Kali ni aku menangis kuat terima 1 lagi pengakuan sambil dia kata masa atas urusan kerja dia tidur hotel buat maksiat sesama lelaki. Ya Allah, hati aku lagi hncur.
Tak henti dia minta maaf pada aku lagi. Ibu cakap, “tak kasihan ke kat isteri dan anak”
Ye dia kasihan sebab tu dia nak berubah tak sanggup nak menipu isteri lagi.
Aku terdiam mulut cakap maafkan da tapi belum sebenarnya aku takut banyak lagi yang aku tak tahu dan takut nak tahu lagi hatiku semakin hncur.
Berkali2 dia minta maaf padaku tak kisah la katanya sampai bila2 pun dia akan minta maaf menyesal dengan apa dia da buat dan dia buat solat Taubat.
Esoknya tiba di pertengahan malam aku bangun nak buat solat hajat. Aku kejutkan dia.
Aku tanya apa lagi yang dia buat belakang aku yang aku tak tahu minta dia beritahu semuanya malam tu.
Tak apa bagitahu saja biar hncur hati aku ni aku terima. Tiba malam tu datang kekuatan nak tanya pada suamiku. Memang hncur betul hati aku tersangat hncur.
Aku kejutkan suamiku malam tu sebab aku bagitahu hati aku tak betul2 maafkan dia. Aku nak betul2 maafkan dia aku nak cakap dengan Allah sebab tu aku nak tahu apa dia buat lagi.
Ya Allah… Aku ceritakan semula apa dia buat dalam sujudku suamiku hncurkan hati aku dengan buat perkara2 tu semua padahal aku kat rumah jaga diri jaga anak tak pernah cur4ng apatah lagi membelakangkan dia.
Aku bagitahu dia aku ni eksklusif untuk dia sentuh lelaki pun tak pernah.
Aku meraung dalam sujudku sampai basah sejadah. Ku sebut2 dosa2 dia buat sampai tak ingat berapa kali buat maksiat berzina.
Aku baca mesej2 ajak buat maksiat setelah 5 tahun baru cek hp cuba bayangkan suami aku percaya belakang aku buat maksiat.
Ya Allah… Setelah aku sebut apa dia buat sampai hati aku hncur luluh akhir sekali aku cakap dalam sujudku AKU REDHA YA ALLAH AKU MAAFKAN SUAMIKU.
Perasaan datang tu lain bila ingat semula peristiwa hitam ni aku tak rasa benci pada dia tak rasa nak ungkit2. Aku rasa betul2 maafkan dia. Doakan kami bahagia sampai syurga ye.
Kami buat test d4rah Alhamdulillah resultnya semua baik termasuk hiv negatif. Dia paling takut seminggu lebih kami tunggu result dia risau da rosakkan hidup aku jika dia pembawa peny4kit.
Allah sayang abang kataku padanya. Sebelum dapat result dia hari2 minta maaf padaku.
Aku kata apa pun resultnya aku minta dia terus buat taubat dan jangan buat lagi sebab aku takut hati aku da tak kuat untuk terima dia lagi jika masih buat.
Dia janji dia tak buat lagi kini hp dia bila2 aku nak tengok memang dia tak kisah.
Kami solat jemaah sekarang rasa lebih bahagia. Aku minta dia buang semua kawan2 lelaki bisexual yang dia kenal block sebab bagi aku kalau kita tak kuat kita boleh hanyut sebab nak berubah ment4l kena kuat.
Rezeki kami lagi murah dan berkat rasa lebih bahagia hidup dan solat tak tinggal. Ni kisah silam aku hanya keluarga dia dan aku saja yang tahu. Kini tiada rahsia antara kami.
“Doakan kami bahagia sampai syurga”