Foto sekadar hiasan. Saya ada terbaca dekat sini isu bersuami g4y dan hampir terkahwin dengan golongan s0ngsang. Kepada yang awal-awal angkat kaki, saya ucapkan tahniah. Di sini saya ada juga ingin meluahkan masalah yang sama. Tapi maaf dulu jika ayat saya tidak tersusun. Buat pembaca semua, ya saya pernah berkahwin dengan golongan s0ngsang seperti ini. Dan mempunyai anak dengan dia.
Bagaimana kami berkahwin? Bagaimana kami kenal? Keluarga masing-masing rapat satu sama lain. Saya pun tidak mikir panjang. Anggap ini dah jodoh Allah tetapkan.
Awal perkahwinan ok berjalan lancar. Sehingga saya selamat bersalin anak kami.
Oh lupa, masa tau saya hamil Riz terus menjauh dari saya. Beribu alasan Riz bagi. Alasan paling tidak logik, kalau hamil tidak boleh bersama dah.
Saya terima dengan anggukkan. Habis berpantang kami macam biasa, Riz berkerja saya pun berkerja.
Tapi kehidupan kami tidak seperti keluarga normal. Tidak penah bersembang, bergelak sakan seperti keluarga lain.
Di sebabkan saya sibuk dengan kerja dan uruskan anak jadi saya tidak mikirkan hal kami. Saya positif sahaja.
Kami kerap bergduh. Tapi saya banyak diamkan diri jika ada terasa hati apa apa dengan Riz. Ya, saya banyak mengalah. Konon nak jadi isteri mithali.
Dalam saya nak jadi mithali ini Riz diam diam buat kerja terkutuk.
Tido asing, phone dia memang dari awal kahwin silent. Tido pun phone selit pada bantal. Alasan keje dia on call. Nampak kan saya bod0h deakt situ. Hehehe.
Hari demi hari kami bergduh benda remeh temeh. Riz syor kan saya terus berhenti keje. Dia bagitau mungkin sebab keje kami kerap bergduh.
Ya, saya resign 24jam. Nampak tak mkin bod0h saya, hahaha. Saya jadi suri rumah seperti biasa.
Tapi Riz masih kelakuan dia. Mkin abaikan saya dan anak. Saya dan anak kerap berdua. Riz sibuk sampai ada tak balik rumah. Alasan tido opis. Keje banyak tak larat nak balik umah.
Bila anak video call dia tak pernah angkat.. Alasan sibuk. Ya Riz mkin berani sejak saya berhenti keje.
Dalam tempoh malaysia pkp, Allah jentik hati saya. Saya sembahyang istikarah minta petunjuk.
Bersungguh sungguh saya mintak Allah tunjukkan saya jalan. Tunjukkan bukti apa suami saya buat belakang saya. Apa jadi saya akan redha sebaik mungkin.
Sebelum ini sudah banyak tanda tanda suami saya buat sesuatu belakang saya. Dia paling takut saya pegang phone.
Phone silent 24 jam. Tengah malam tiba tiba dia hilang. Keluar rumah tak tahu pergi mana. Kerap tak balik umah. Dekat situ hint dah banyak Allah tunjuk. Tapi saya tiada bukti kukuh hendak ser4ng Riz.
Tapi dalam diam diam saya siasat Riz. Tanya semua kawan-kawan dia. Ya, dia tidak pernah tido dekat opis.
Saya soal Riz, dia tidak mengaku malah mengmuk mki hamun saya. Siap kata saya tidak bersyukur.
Dia keje keras demi keluarga tapi saya syak dia buat bukan bukan belakang saya. Saya senyap tidak melawan. Saya pikir, tak apa. Allah ada.
Percaya la, Allah dengar doa kita sebagai isteri. Allah tak tido. Pada malam jumaat saya lihat Riz gelisah. Gelisah mungkin saya dah start persoal macam macam. Dia pun mkin kerap duduk di rumah.
Malam itu juga, saya gelisah tidak boleh tido. Saya capai phone cuba scroll laman sosial. Entah bagaimana saya terus click profile pada laman sosial.
Ya, saya click setiap gambar. Dan nampak Riz komen icon love pada ruangan komen. Ya profile yang click itu lelaki.
Tangan mengigil scroll gambar yang lain. Memang gambar Riz tiada di setiap gambar lelaki itu. Tapi setiap gambar cukup menceritakan Riz tipu saya selama ini.
Gambar semua cukup sebagai bukti. Riz tidak pernah bawak saya dan anak pergi bercuti. Tapi dengan lelaki itu booking hotel dan habiskan cuti bersama bersama. Tergamak.
Pada malam itu jugak saya mengmuk seperti orang gila. Menjerit jerit, saya hamburkan semua yang saya pendam selama saya hidup dengan dia. Tapi dia tetap tidak mengaku perbuatan terkutuk dia.
Kami jalan hidup macam biasa, tapi nak hadap muka Riz jijik sama sekali. Saya buntu, tekanan. Saya pandang muka anak dalam dalam. Walau apa jadi anak tetap saya jaga.
Dalam diam saya keluarkan duit simpanan saya.. Saya beli kereta second. Saya cari carseat anak supaya mudah urusan saya akan datang.
Saya interview merata tempat. Alhamdullilah saya dapat keje. Allah mudahkan urusan saya dan anak.
Dah settle keje dan urusan lain, saya pergi ke pejabat agama. Buat aduan tentang masalah rumah tangga kami. Dipermudahkan semua, kami sah berceraai.
Riz macam mana selepas berceraai? Ya, dia tidak berubah. Masih bergelumbang dengan dunia s0ngsang dia. Mkin hanyut dan hanyut.
Saya selalu doakan dia kembali bertaubat. Walaupun skit hati berbekas tetapi masih ada perasaan ksian pada Riz.
Kepada wanita yang masih hidup dan hadap pasangan s0ngsang percaya la. Golongan ini susah hendak berubah. Jangan binasakan hidup dengan golongan seperti ini.
Walaupun niat kita hendak berubah kan golongan ini percaya la. Susah. Perit. Sebab ini disebabkan nafsu.
Sayangi diri kita. Kita wanita ada hak untuk bahagia. Jangan pertahankan hubungan sia-sia dan berisiko seperti ini.
Kepada lelaki lelaki s0ngsang. Jangan seret wanita dalam kehidupan korang. Jangan kahwin wanita semata-mata untuk tutup aktiviti korang. Korang tidak layak berkahwin
Kepada pembaca semua tolong doakan saya dan anak bahagia. Permudahkan urusan kami. Thank you
Ini antara reaksi netizen mengenai perkongsian ini. Ramai juga berkongsi pengalaman dan nasihat.
Kameena. Teringat ada seorang lelaki pernah buat confession kat sini berkahwin dengan wanita bertudung labuh mcm ustazah.
Minta tak disentuh dengan alasan belum bersedia. selama 2tahun rasanya kalau saya tak silap suami menunggu. Memang ksian sangat dgn suaminya.
Dia sangat penyabar tetapi lama2 membuak keluar juga segala aib yg dilakukan dibelakang suaminya. Isterinya selalu bermalam dirumah kawan baiknya.
Kawan baik tu adalah kek4sih sejenis. Keji dan kejam, menggunakan orang lain untuk menutup perbuatan s0ngsang sendiri.
Kenapa perlu libatkan dan menyusahakan hidup orang lain. Sendiri punya pilihan sendiri urus la. Pengecut.
Aini. Sedap. Ayat last dia .korang tak layak berkahwin .ye betul sbb bukan bernafsu spt nabi sarannkan..sokorang tunggu lah bumi dibalikkan seandainya korang tak taubat.. bangkit lah wanita membela diri sendiri… Allah wujud.. insyaallah
Ali.“Tangan mengigil scroll gambar yang lain. Memang gambar Riz tiada di setiap gambar lelaki itu. Tapi setiap gambar cukup menceritakan Riz tipu saya selama ini.”
Berat tuduhan kalau tiada bukti camni.. Dah mcm sendiri isytihar perkara yg xsahih,sendiri sokong..
Mell. Yang sedihnya pelangi dah jadi simbolik untuk golongan mereka. Yang dulunya pelangi simbolik keceriaan bagi kanak². Nak beli apa2 yg bertema pelangi pun dah risau. Otak otomatik terbayang golongan dorang. Haih
Farah. Skrng byk btul k3s ‘ter’ kahwin dgn geng2 pelangi..yg bujang mcm kami takut plak nk kahwin.. semoga urusan sis dipermudahkan dan diberi rezeki berpanjangan..amin