Lps bersalin nurse tnye, berpntang kt mne. Mak mertua dgn kuat ckp “TERPAKSA la kami yg jaga”

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum,  Permulaan bicara, biar aku kenalkan diri sebagai Mawar berusia akhir 30an dan sudah berumahtangga selama 15 tahun dengan lelaki berkerjaya profesional dan mempunyai 4 orang anak. Ketika aku remaja, aku kehil4ngan kasih seorang ibu akibat kem4langan. Hanya ada ayah dan dibantu pembantu rumah dalam hidupku dan adik beradik lain.

Selepas ibu meninggaal, ayah berkahwin lain. Tapi kami anak-anak tidak rapat dengan ibu tiri tersebut.

Ibu tiri itu juga tidaklah melayan kami seperti anaknya sendiri kerana dia turut ada anak sendiri dari perkahwinan sebelumnya. Hubungan kami seperti orang luar sahaja.

Jadi, hidup remaja aku terkapai-kapai mencari erti kasih sayang seorang ibu. Aku lihat orang lain bahagia menelefon ibu sambil meluahkan rasa dan bercerita aktiviti seharian.

Tapi aku.. tidak tahu pada siapa aku harus luahkan.. aku kehil4ngan kasih seorang ibu ketika masih remaja. Di saat aku masih perlukn bimbingan dan pimpinan seorang ibu..

Ayah pula sangat garang dan tegas. Akibatnya, hubungan kami dengan ayah juga tidak rapat seperti kami dengan arw4h ibu.

Saat aku berkahwin, aku bersyukur aku dikurniakan ibu dan bapa mertua yang masih masih kuat dan sihat.

Ramai orang kata, kalau ibu kandung sudah tiada, ibu mertua ni bagai penganti ibu sendiri. Boleh menumpang kasih-sayangnya. Apatah lagi, ibu mertuaku surirumah.

Aku dapat lihat betapa akrabnya hubungan suamiku dan adik beradiknya dengan ibu mereka. Sikit2 panggil ibu, sikit2 panggil ibu.. Aku bahagia melihat keharmonian mereka.

Aku cuba menjadi menantu yang baik. Aku rindukan kasih sayang seorang ibu.. Namun, semua pengharapanku pada awal perkahwinan tidaklah seindah yang diimpikan.

Alhamdulillah aku bunting pelamin. Di saat aku mengandung anak pertama, aku harungi dengan tabah. Tiada siapa aku mampu luahkan rasa dan kerisauanku. Aku hanya mampu ‘google’ mencari info-info berkaitan penjagaan kehamilan.

Itulah ‘guruku’ setiap kali ada persoalan bermain di minda. Setiap kali aku tanyakan pada ibu mertua, pasti jawapannya ‘dah lupa’. Tiada siapa yang sudi guide aku dan berikan nasihat yang sebenar.

Tibalah saat kelahiran.. biasanya aku dengar orang kata bila anak lahir. Hil4ng semua kesaakitan. Aku membayangkan saat kelahiran paling saakit.

Tapi aku silap.. rupanya menahan sakiit contraction sebelum bersalin itu juga sangat sakiit. Tiada siapa yang pernah beritahu aku betapa sakiitnya ketika contraction berlaku.

Aku mengigil kesakiitan menahan sakiit sambil berselawat, bertahmid dan sebagainya kesorangan kerana suami aku hanya akan masuk ketika aku sudah bersedia untuk meneran.

Hampir 11 jam aku menahan sakiitnya contraction kesorangan barulah lahirnya anak sulung kami

Alhamdulillah..

Selepas aku melahirkan, suami aku menyuruh aku berpantang di rumah mertua kerana dekat dengan tempat kerja suami dan aku sendiri tiada lagi ibu untuk mengajar tentang pantang dan penjagaan anak pertama. Aku turutkan sahaja.

Namun, saat yang paling aku tidak boleh lupa, hari pertama selepas aku melahirkan. Aku berada di w ad sambil memeluk bayiku. Ibu dan bapa mertuaku datang melawat.

Nurse disitu bertanya pada mertuaku, “Nanti mak dan baby berpantang kat mana?” “TERPAKSA la kami yang jaga” jawab ibu mertuaku selamba dan kuat.

Aku terkedu.. hampir saja air mataku menitis mendengar perkataan ‘terpaksa’ itu. Dari gerak tubuh ibu mertuaku juga yang hanya bersandar di dinding melihat bayiku dari jauh..

Pelbagai soalan bermain dalam fikiranku.. adakah aku menyusahkan mereka? Adakah mertuaku terpaksa?

Kenapa mertuaku kata terpaksa? Teruknya aku. Aku tak punya siapa2.. Zaman itu, masih belum popular perkhidmatan confinement lady.

Aku juga baru bekerja setahun jagung selepas tamat universiti dan tidak punya banyak simpanan. Sehinggakan ingin bersalin di hspital swasta juga tidak mampu. Inikan pula untuk perkhidmatan confinement lady.

Jadi, aku hanya mampu berharap pada mereka, mertuaku..

Apatah lagi, ini merupakan pengalaman pertamaku. Tapi aku kuatkan hati demi ny4wa kecil didepanku..

Balik dari hspital, aku mula proses berpantang di rumah mertua. Tapi banyak perkara aku kena buat sendiri dalam keadaan diri belum pulih kesakiitan.

Dengan keadaan bilik yang tidak selesa dan katil yang sudah rosak. Aku sememangnya tidaklah mengharap dilayan seperti puteri.

Jadi, aku cuba uruskan semuanya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Aku masih segan dan tidak biasa meminta bantuan mertua. Mertua juga ada rutinnya sendiri. Menonton tv, ke pasar, bersembang berduaan, berkebun dan sebagainya.

Sehinggakan luk4 jahitanku terbuka kembali kerana terlalu lasak dan aku harus dijahit kembali buat kali ke2. Perit dan sakiitnya seperti luk4 dijahit hidup2.

Makananku juga seperti tidak berpantang. Hari kedua sudah diberi burger ramly tepi jalan. Aku makan sahaja kerana tiada pilihan dan lapar.

Duit gajiku habis untuk membeli barang-barang keperluan bayi sebelum ini. Maklumlah, baju bayi sahaja dan berpuluh ringgit sepasang. Apatah lagi dengan kelengkapan lain.

Gajiku juga masih rendah kerana baru bekerja. Sehinggakan kos untuk mengurut juga aku terpaksa skip untuk yang penting-penting sahaja.

Suamiku? Sibuk bekerja sahaja. Bila bayi menangis dan berjaga malam, dia akan lari tidur di ruang tamu atau tempat lain sebab bising katanya. Dia perlu tidur yang cukup sebab perlu bekerja esoknya.

Hampir-hampir sahaja aku terkena post-partum depression dan aku kerap menangis bila ditinggalkan kesorangan.

Menangis dan terus menangis untuk 6 bulan pertama kelahiran anakku.. aku menjadi terlalu sensitif dan tidak dapat berfikir waras. Aku tiada support dan bahu untuk meluahkan..

Anak kedua dan seterusnya, aku lebih bersedia. Aku berpantang sendiri. Aku menyimpan duit untuk confinement lady.

Alhamdulillah semuanya lebih lancar tanpa aku perlu menyusahkan sesiapa termasuk keluarga suami. Aku lebih rilex dan tenang.

Kini, anak-anak sudah bersekolah. Kisah aku dan mertua tu bukan setakat di situ. Banyak lagi peristiwa yang membuatkan aku terasa.

Ketika anak-anak perempuan mertuaku bersalin, aku saksikan sendiri layanan yang berbeza. Cucu-cucu itu dijaga dengan penuh hati-hati dan diberi sepenuh perhatian.

Disediakan bilik yang selesa, diganti katil yang rosak itu pada katil yang baru dan selesa, sanggup bergilir berjaga malam, makanan pantang yang berkhasiat dan macam-macam lagi.

Aku sedar, aku hanyalah menantu. Langsung tidak sama seperti anak kandung. Aku menangis di dalam hati..

Sehingga kini, masih jelas kelihatan perbezaan layanan antara anak sendiri dan anak menantu dari mertuaku.

Walaupun anaknya lelaki, menantu perempuan yang akan disuruh itu ini. Dinasihat itu ini. Sehinggakan jika anaknya penat, menantu yang sama-sama kerja dan penat juga ini disuruh berkorban sentiasa.

Jika bercuti ke mana-mana tempat yang jauh, menantu perempuan yang disuruh memandu kereta kerana anak lelakinya penat. Sedangkan aku, tiada siapa pun yang pernah bertanya atau fikirkan aku penatkah? Aku perlukn rehatkah? Aku okey kah?

Semua aku yang perempuan ni kena buat, kena berkorban untuk anak lelakinya.. sampai tahap aku rasa, tiada siapa yang sayangkan aku selepas aku kehil4ngan ibu dan ayahku..

Ya, ayahku juga sudah meninggaalkan kami beberapa tahun lepas.. aku rasa sangat kehil4ngan…

Tiada lagi figura seorang ayah yang melindungi anak-anaknya. Sedangkan ayahku amat adil terhadap menantunya. Jika aku silap, ayah akan menegurku. Menantu pula tidak pernah dimarah walaupun ayahku garang.

Mertuaku pula, anak-anak perempuannya pula dilayan dan tatang bagai minyak yang penuh. Anak-anak lelaki yang akan dikerah untuk melindungi adik-beradik perempuan mereka.

Tetapi, ini tidak berlaku pada menantu perempuan. Menantu perempuan pula kena sentiasa berkorban untuk anak2 lelakinya.

Dan aku.. mulai sedar satu perkara.. aku, sebagai menantu. Memang tak akan pernah sama seperti anaknya sendiri di mata seorang mertua..

Semoga pembaca dapat memberikan kata-kata semangat atau kongsi pendapat mengenai masalah aku ini..

Ramai yang geram dengan sifat lembik penulis ini. Ada juga yang memberi kata kata semangat dan nasihat.

Dhuha. Bukan nk sokong mentua awk. Cuma nak nasihat sudah2 lah tu dengki kat org. Dah dia nak sayang anak dia, biarkanlah.

Awak pun semestinya sayang anak sendiri. Bukan anak2 buah suami tu. Lagi satu, orang buat tak endah kat kita. Jangan terhegeh2 sangat.

So carilah kebahagian sendiri. Pastu lg satu nak pesan. Mulut ada kan? Kalau penat cakap penat. Tak larat nak buat drive ke xlarat nak masak ke.

Bagitahu. Tegaslah sikit. Jangan nk tunggu org faham penat lelah kita. Anak pun dah ada 4. Jangan buat contoh awak tu ibu lembik sgt kat anak2.

Umi. Betul tu mawar putih…tak kan sama ank dan menantu…makcik dah tempuh semua tu..kalu menantu buat kesilapan..akn marah sepenuh pd menantu tanpa mngaitkan anknya…

tp kalu berlaku kesilapan pd anknya..menantu akn turut dimarahi sama..kalu dpt mentua bgini..tak pyh dah mngharapkan kasihsayang dr mereka…

jenguk mereka krn tanggungjwb..itu saja..buat jer hal sendiri..tak pyh jeles..tak pyh kesal kalu tgok layanan berbeza.. biarkan..kita jaga jer ank ank kita…

Cikros. Berhentilah mengharap pada mentua. Rimas aku dah tua2 pun masih nak kasih syg org.

Berkasih syg dgn suami dan anak2 4 org tu sudah. Dah 15 tahun kot.

Dah anak 4. Nak mentua layan kau sebagai anak kandung perempuannya lagi buat apa lagi. Baik fokus pd family kau sendiri. Duit gaji guna utk diri sndiri.
Belanja diri sndiri.

Dah kau terus nak hidup dalam kehidupan mereka.Baik fokus dri sendiri dan syg diri. Tak faham kenapa kau perlu guna semua gaji beli barang2 anak dan persediaan beranak semua?

Suami kau kan kerja profesional. Dari anak pertama kau yg asyik berkorban utk suami. Xde sapa pun suruh pun time tu. Pilihan kau sendiri.

Kemudian kau kata mentua suka suruh kau berkorban utk suami, contoh drive bila nak ke mana2. Dia suruh jer. Pilihan ttp di tangan kau.

Kalau kau tak nak buat apa pun yg dia suruh, kau tak dibnuhnya pun. Kau buat apa dia suruh dan saran pun, dia tetap “tak terima” kau mcm anak perempuan kandung dia.
So bijak la sikit nak berkorban pun.

Jangan jd lembik sangat.
Suami tu kena tanggung family sndiri dgn duit gaji dia. Kena ajak urus rumahtangga sekali. Bukan kahwin derma sperma jer.

Shagi. Laki kau tu yg takguna.. makmentua kau tu pun sama takguna.. anak dia je la baik.. elok.. penat kerja.. abis anak org yg sanggup susah dgn anak dia tu bukan org ke? Eh emo pulak aku dgn org tua zaman purba mcm ni..