Suami khwin dgn mualaf kt siam, aku nk prgi ser4ng madu sbb perampas tp tiba2 dia pluk aku

Foto sekadar hiasan. Salam. Saya Hannah berusia hampir separuh abad, mempunyai 3 orang anak, penjawat awam, tahun ke 27 perkahwinan. Suami, pesara awal sektor awam (belum dapat pencen lagi), awal 50an, bekerja sendiri. Anak, 1 dah bekerja, 1 sedang intern, 1 sedang belajar IPTA. Ketika menulis saya berada dalam keadaan yang rasional dan bukan mengikut emosi.

Saya sangat perlukn pandangan terutama yang pernah mengalami pengalaman hidup seperti saya.

3 tahun lalu suami saya berkahwin dengan warga thailand di thailand ( tidak didaftarkan di Malaysia).

Saya tahu selepas 2 bulan mereka berkahwin. Boleh bayangkan macam mana saya mengmuk (hanya dengan kata-kata dan air mata – tapi macam2 saya ungkit, sedangkan saya isteri yang taat) bila saya dapat tahu. Tapi saya hanya mengmuk apabila kami tinggal berdua sahaja.

Sehingga kini, anak2 dan keluarga belah saya tidak tahu. Saya takut akan memberi kesan kepada anak2 kerana ketika itu 2 orang anak sedang mengambil ijazah dan yang bongsu baru form 4. Takut terjejas pembelajaran mereka dan juga paling penting, takut hati mereka luuka.

Suami merupakan seorang “family man”. Sekiranya ada masa dihabiskan dengan family dan anak2 sangat rapat dengannya… Seorang yang bertanggungjawab dan komited terhadap kerja. Suami akan pastikan kami makan malam bersama setiap hari hatta jam 12 malam.

Sepanjang tempoh membesarkan anak2, sayalah peranan utama dari mereka kecil hingga mereka tinggalkan bangku sekolah.

Saya yang uruskan anak2 dari segi makan, hantar pengasuh, hantar tadika, hantar mengaji, hantar sekolah agama, hantar tuisyen, hantar aktiviti sekolah, menghadiri program sekolah yang penting,

Dan juga sepanjang tempoh 5 tahun setiap anak2 kat asrama, saya tak pernah gagal berjumpa mereka setiap minggu (belikan barang keperluan, baju siap iron dan sediakan makanan).

Saya juga yang membawa 2 orang anak kelaki (beza umur 8 tahun) solat jumaat setiap minggu bermula dari umur 9 tahun, suami saya tak sempat balik, jadi solat di msjid berhampiran pejabat… hihihi…

So hampir setiap minggu saya dengar khutbah jumaat yer…. penat… sangat penat…. Suami? Komitmen terhadap kerja yang tinggi menyebabkan suami terlalu sibuk.

Kami dikawinkan (saya 21, suami 25) dengan pilihan keluarga tetapi pada saya ketika sahnya lafaz “aku terima nikahnya”,

Saya sematkan dalam hati, inilah jodohku kiriman Allah swt, maka sejak itu, saya abadikan hidup saya (masa, tenaga, komitmen dan wang ringgit) hanya kepada kerjaya dan keluarga.

Saya rasa saya juga berjaya dalam kerjaya. APC 2 kali sepanjang berkhidmat, mula kerja SPM dan sekarang saya ada Sarjana. Ada jawatan dalam organisasi, bersama anak buah, setakat ni semua program yang dirancang berjaya dijalankan. Alhamdulillah..

Saya juga rasa saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai ibu dan isteri. Rumahtangga juga saya yang uruskan dari A sampai Z. Suami saya tidak membantu kerana pergi kerja awal dan balik dah lepas isyak kebiasaannya.

Tak nafikan ada suami bantu buang sampah, mop rumah dan cuci bilik air, tapi itu rasanya tak habis jari di tangan bilangannya sepanjang 24 tahun berkahwin (suami berubah lagi 3 tahun tu).

Saya juga rasa saya telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya jaga rumahtangga, saya jaga anak2, saya jaga makan dan pakai suami, dan saya juga jaga nafsu suami.

Saya tak pernah menolak keinginan suami sepanjang saya berkahwin kecuali (ini yang saya nak cerita dan minta pendapat).

Saya juga rasa telah jalankan tanggungjawab sebagai menantu. Saya menjaga ibu mertua yang lumpuh dan kakak ipar yang tidak berkahwin secara bergilir2 dengan adik suami (kapten kapal) apabila dia berada di tanahair.

Saya juga akur kehendak suami apabila balik kampung, rumah mertua 5 hari sedangkan rumah saya hanya 2 hari.

Rumah ibu saya jumpa dahulu kalau balik kampung, jadi hari pertama sampai, tidur semalam, esoknya lepas zohor terus balik kampung suami, nanti hari last nak balik ke selangor, singgah rumah ibu saya untuk bermalam. Sedih tak? Adik2 pernah merungut tak sempat bermesra…

Raya? Sama jer, singgah kampung saya untuk buka dan sahur, esoknya balik kampung suami sampai hari last puasa baru balik semula kampung saya, solat raya, bersalaman, sebelum zohor dah balik kampung suami saya…. huhuhu…. Tak sempat raya kat kampung…

Ok sekarang baru saya nak mula, mukadimah tadi supaya pembaca memahami bagaimana saya abadikan diri pada keluarga.

Selepas saya tahu suami kahwin lagi tahun 2018, rumahtangga dah tak aman, selalu bergduh, tapi klu ada anak balik, kami mcm biasa jer… tak gduh2…

Setiap 2 minggu sekali suami saya nak pergi kepada madu saya, saya akan mengmuk pkul2 dada dan tangan suami, beg saya terbalikkan.

Suami pun mungkin kerana terlalu amarah, pernah tarik tudung, banting saya ke sofa, pernah tunding jari ke kepala hingga ke lantai, kepala saya benjol kerana terkena cincin suami ketika mengelak saya memukulnya, bergelut dengan saya (sebab saya ambil visa).

Padahal sebelum dia kahwin lain, suami tak pernah jentik saya pun. Itulah yang berlaku sepanjang 2019, sehinggalah saya diceraaikan dengan talak 2 pada Jan 2020.

Opsss… pada pertengahan tahun 2019, madu saya pengsan, suami saya bawa ke Malaysia untuk dapatkan rawatan. Dia tinggal di hotel selama seminggu. (Madu saya janda anak 1 dan masuk islam sebulan sebelum berkahwin dengan suami saya.

Anaknya muda setahun dari anak kedua saya – jadi dia tiada ketika madu pengsan). So saya diam2 mengintip dan tunggu di lobi hotel (3 bintang jer). Bila nampak suami saya turunkan madu, saya ekori dari belakang hingga sampai ke tangga hotel.

Saya rasa nak tarik bahu dia, dan bagi beberapa das penampar. Mungkin terasa diekori, madu berpaling dan ayat pertama yang keluar ialah… “kak”. Saya terkesima dengan suaranya yang lembut… lalu membetulkan tudung mak datinnya yang menampakkan jambul hadapan.

Dia terus memeluk saya dengan erat. Saya pun tunjukkan isyarat nak ke bilik. sampai bilik saya terus pinjam telekung dia dan kerjakan solat maghrib kerana waktu dah hampir isyak… lama sangat dok tunggu dari asar lagi…

Maka hiduplah saya dalam edah yang perit kerana tak dapat nak kemana2 hanya tempat kerja. Banyak kenduri dan kematian yang tak dapat dihadiri. Pada ketika itu, saya pasrah dan terima takdir hidup saya.

Covid melanda Mac 2020, anak bongsu balik dari program amalnya (dah habis spm), ex datang dengan alasan covid… nak jaga kami konon. Tinggallah serumah dalam keadaan saya terpaksa bertudung.

Akhirnya sebelum eddah berakhir, suami minta rujuk semula, dan bodohnya saya terima untuk rujuk. sebab hari2 masak makan bersama2 berlakon dengan anak2 dan suami berubah menjadi rajin, membantu kerja rumah… magic masa tu rasa.

Hiduplah aman damai kerana covid suami tak dapat keluar negara sehinggalah 2 3 hari sudah apabila suami minta passport. Sebelum tu, suami ada nyatakan hajat untuk tunai haji bersama2 dengan madu 3 orang.

Bermulalah perang dingin dan buat pertama kalinya saya menolak keinginan suami untuk bersama kerana saya dah bernekad untuk tinggalkan suami. Saya ada wassup suami untuk beri saya sedikit waktu untuk membuat persediaan sebelum keluar dari hidupnya.

Saya juga nyatakan saya akan ceritakan dan serahkan anak2 pada suami, saya akan berhijrah ke Labuan (membawa diri), dan saya tak akan menuntut nafkah kat mahkamah.

Saya juga hanya berkurung dalam bilik… suami bangun tiada sarapan, suami balik solat zohor tiada lunch dan suami balik malam tiada dinner.

Saya dengar malam2 dia selongkar dapur… lapar agaknya. Suami saya tak tahu masak, hanya maggie, nasi dan telur mata kerbau, dadar pun tak pernah. Selama ini, semua tersedia… sekarang ada sorang anak yang intern kat rumah, abang dah kerja, adik dah balik kampus.

Dah beberapa malam saya tidur membelakangkan suami (saya ubah tempat tidur) selama ini saya tidur sebelah kiri supaya bila tidur saya berpaling kanan mengadap suami. Saya bukan baik sangat, tapi saya berusaha menjadi isteri yang taat dan ibu yang baik.

Yang nyata dan saya sedar kelemahan saya… saya gmuk, muka berjeragat, suara kuat, garang dengan anak2 (anak2 kategori cemerlang dalam upsr, pmr dan spm) juga garang dengan suami.

Saya bukannya jenis romantik, kalau kat pasaraya membeli belah keperluan rumah… saya yang didepan, suami hanya ekori.

Saya yang tentukan apa yang nak dibeli, kedai mana, nak makan kat mana, nak camping kat mana, nak bercuti dimana, baju raya warna apa, nak sambut besday dimana… bla bla bla… hihihi…

Saya diberi kuasa penuh oleh suami…. opkos termasuk duit belanja. Kami kongsi jer keperluan keluarga. Tersasar pula, sambung.

Semalam (19/10 – Maulidurrasul) jam 3 pagi suami kejutkan saya. Ajak berbicara. Katanya dia baru berbicara denganNya… memohon diberi pertolongan, dibukakan jalan dan diberi petunjuk untuk selesaikan kemelut rumahtangga kami.

Katanya dia telah berdoa memohon kebaikan untuk kami sekeluarga.

Suami tanya betulkah saya nak meninggaalkan suami? Betulkah saya sudah tawar hati? Betulkah saya sudah tidak mahu berhubungan badan dengannya lagi? Suami tanya apa yang saya mahu untuk kekalkan hubungan?

Suami tanya nakkah suami ceraaikan madu? Suami tanya benarkah saya akan bahagia jika saya berpisah dengannya? Suami tanya adakah saya pasti suami akan bahagia dengan madu?

Akhirnya suami mengaku perkahwinan kedua adalah satu kesilapan, telah lama dia menyedarinya sebab itu dia rujuk dengan saya.

Katanya dia benar-benar berkahwin kerana kasihan. Katanya dia tak tahu apa yang berlaku, kenal bulan 4, masuk islam bulan 9 dan nikah bulan 10. Ketika berkawan 4 bulan tu, madu sering bercerita tentang kisah hidupnya…

Dir0g0l oleh orang islam thai, ditinggalkan ketika mengandung, lahirkan anak sendirian kerana ibubapa buang, per0g0l ingin kembali tapi dia trauma dengan islam, anak dibawa lari dan dibela oleh kakak per0g0l.

Mencari anaknya selama 3 tahun, selepas berjumpa anaknya dia bertekad untuk berusaha lebih kuat untuk menyara anaknya yang hidup dalam keadaan daif.

Selepas berbincang dan memberi sejumlah wang kepada per0g0l, dia dibenarkan membela anaknya dengan syarat jangan tukar agama, oleh itu dia masukkan anaknya ke sekolah pondok di Yala.

Kata suami rasa kasihan dan keinginan untuk membawa dia yang sedang terumbang ambing ke dalam islam menyebabkan suami saya tidak berfikir panjang. Apabila suami ajak berkahwin, dengan syarat masuk islam, dia terus setuju…

Maka kahwinlah mereka ketika saya sedang membela mertua yang p4kinson dan lumpuh, juga seorang kakak ipar yang oku… huhuhu.. (mertua meninggaal ketika suami berbulan madu- 5 hari selepas suami berkahwin).

Dengan tangisan dan juga cinta yang mendalam terhadap suami, saya setuju untuk terus bersamanya, lupakan yang lalu dan mulakan hidup baru kerana katanya ini adalah “last lap” dalam hidupnya.

Saya juga meminta suami tidak menceraaikan madu kerana takut ditanya diakhirat nanti (mualaf tu).

Suami yakin madu tidak akan tinggalkan islam selepas berbulan dihantar ke sebuah surau disana untuk madu mendalami islam dan mengaji quran. Madu juga sudah boleh berpuasa dan tidak tinggal solat.

Lagipun anaknya mengaji pondok di Yala mesti takkan biarkan ibunya murtad. Dan madu juga sudah tidak bekerja dengan orang, dah buka spa sendiri dan dah pandai jahit baju.

Pembaca budiman, doakan saya diberi kesabaran, keredhaan dan ketabahan dalam ujian ini. Doakan juga kami (saya dan madu) diberi kesejahteraan hati dalam berkongsi.

Suara2 jahat sentiasa menghantui saya. Saya sentiasa selitkan doa untuk madu seusai solat fardu, namun nafsu dan syaitan sentiasa merasuk.

Mohon pandangan dan kata2 semangat dari pembaca untuk saya. Benarkah pilihan yang saya buat.

Ini antara reaksi netizen untuk kisah ini.

Mas. Ramai je lelaki macam ni. Kesian kat perempuan lain tapi tak kesian kat isteri sendiri. Menjandakan isteri sendiri untuk janda yang lain atas alasan khidmat kepada agama n sebagainya.

Atas faktor umur yg dah lebih saya rasa tt berhak untuk bahagia atas jalan sendiri.

Kalau tt ingin bersama suami teruskan kalau itu yg terbaik, dan kalau rasa tak boleh nak terima sebuah perkongsian boleh bawa diri.

Pada saya ada anak2 yg dah besar tu cukup sebagai peneman hidup. Cinta yg hakiki hanya pada Allah dan rasul.

1 dalam sejuta nak jumpa lelaki yg setia sampai akhir hayat. Bina hidup yg boleh membahgiakan diri sendiri. Sayangi diri sendiri sebelum sayangi org lain.

Liya.Alhamdulillah tahniah Puan saya lihat puan sukses dunia dan insyaAllah akhirat.

klu suami belum berkahwin lain boleh la meroyan.. tp klu suami dh kawin dh pun x sesuai puan larang sbb dah halal. kenapa mesti x puas hati dgn apa yg telah Allah bolehkan..

saya tidak melihat sebarang masalah sama ada dr suami, atau dari puan, atau dari madu puan..

cumanya ada jalan, ruang & peluang yg nyata untuk syaitan menghasut puan dan suami agar kehilangan akhirat bergantung sejauh mana puan dan suami dapat mengendalikan hasutan syaitan tersebut.

Semoga puan suami dan madu dapat mendidik nafsu masing2 menjadi nafsu yg terdidik. jgn biarkan syaitan menang

Jainal. Apa lagi, ni la masa puan enjoy dgn anak2. Pergi jaga diri, buat facial, kruskan badan.

Ambil cuti pergi holiday hotel mahal2. Jgn lupa ambil buffet breakfast dgn buffet dinner tau. Yang suami tu biar madu jaga. Pandai2 la dua ekor tu bawak diri.

Suziana. Sy xde advice sbb sy pun bru msuk 9 thn kawen tp sy ada suggestion. Akak….

this is the right time utk akak glow up,sayang diri akak. Anak2 dah besar,career dah stable,suami pun ada fokus lain.

So akak buat apa yg akak suka,fokus utk diri akak pulak. cari 1 hobi,cari geng. Belajar mengaji,Cycling,hiking even tanam pokok pun blh jd best. Not too late kak. Stay strong

Qaisara. Mudahnya memiliki mudahnya membuang. Kasihan pd tt. Tika tt jaga mertua yg saakit, laki kawen lain pulak di thailand.

Sabar itu adalah mahar ke syurga insyaAllah. Jika tt bole sabar di dunia inu, saya doakn tt dpt syurga yg tertinggi.

Tt ade segalanya tp masih pilih suami. Walau saya xsokong dgn perangai laki u yg senang bermadu & now kata boleh je ceraaikn madu seolah-olah benda nikah kawin ni benda remeh. Seolaholah wanita ni boleh dibuang ganti.

Sblm poligami, he should discuss with u. Bukan kawen senyap2, lupakan jasa u byk beralah berkorban utk dia. Jaga mertua, masak makan pakai raya balik umah mak die je byk hari.

Tapi u decide ur own life. Dunia sementara, akhirat selamanya. If dgn stay dlm marriage ni blh buat madu tt stay dlm islam& u rasa itu baik utk family, anak2 u dunia & akhirat, then stay je.

If u rasa tertekan, can’t cope with it sampai stress, sedih then ade jln kuar drpd marriage tu.

Sabar itu perit. Nk redha tu payah. Tapi ganjarannya syurga insyaAllah. Laki u dont deserve u. Laki yg xsetia, yg lupa pengorbanan isteri adlh ujian utk u di dunia.Allah will grant u better in jannah insyaAllah.

We live in a society where most man dont appreciate their wife. Hope more quality mslim man who are loyal to their wife r still many in msia.